Header2

• 02 August 2012 •

Pustaka

Dengan Nama Yang Memberi Nyawa.

Hari ini aku nak kongsikan suatu perkara, yang mungkin boleh jadi manfaat untuk rujukan kita bersama.

Rasanya hampir semua orang tahu minat aku terhadap bidang seni bahasa. Semua orang dah sedia maklum agaknya. Tapi kalau kalian perasan, rasanya aku tak pernah mengaku bahawa apa yang aku tulis ialah sebahagian dari cabang sastera. Atau lebih tepat, aku tak pernah rasa yang aku layak untuk mengaku sedemikian rupa. Mengaku bahawa aku menulis cabang sastera, umpama mengaku bahawa aku punya level yang sama dengan para cendiakawan negara. Rasa macam angkuh gila.

Aku percaya bahawa kita berkongsi laras bahasa yang sama. Apa yang aku tulis tentunya mampu kalian baca. Apa yang aku lukis tentunya mampu kalian terka. Mungkin terlebih terkurang bahasa aku rentak berima. Mungkin terlebih terkurang kiasan aku sukar dicerna. Dan kalaupun kalian faham, mungkin kepersisan dan kejituan itu dah tak sama dengan apa yang sebenarnya aku rasa.

Jadi, di sini aku kongsikan suatu tapak medium pengantara. Medium yang sering jadi peneman setiap kali mengolah rasa. Aku percaya, dengan merujuk DI SINI, aku bukan saja memperkaya kosa kata. Tapi dalam masa yang sama, aku cuba pastikan sisi yang terluah masih dapat berlindung di sebalik tirai dan tiras bahasa.

Moga jadi rujukan untuk kita mengerti makna.


66 comments:

  1. Replies
    1. Ekekekeke. Kejayaan seminit ni lah yang memberi makna ko tau...Hahahaha.

      Delete
    2. aku third barangkali. hik hik hik :P

      Delete
  2. kalau A.samad said sasterawan negara..ko mybe layak jadi sasteraman..nampak sikit cam superhero h..ekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. ceh..tak pernah terfikir aku nak jadi superhero..kena pakai underware kat luar..hahaha

      Delete
  3. pastikan sisi yang terluah masih dapat berlindung di sebalik tirai dan tiras bahasa. <--ayat ni dapat faham n bez! hehe .. :)

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. hahaha..aku terus bagi kamus siap2..:p

      Delete
  5. aku suka~ lagi2 bila bahasa tu ada makna tersirat yg lain! rasa misteri tahu bila cuba menafsir...ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku..aku..errr..aku sakit perut..:D

      Delete
  6. Mohon admin letak link tu pada setiap entry. Senang kami nak terjemahkan word yang susah2. Ingat kitorang ngah wat preparation nak amek exam sastera ke? Grrr~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan anda telah ditolak. Harak maklong =))

      Delete
    2. letak kat side bar.haha. *pasni nk msuk kels sstera pulak..huhu

      Delete
    3. erkk..sidebar? bagus gak idea tu..:D

      Delete
    4. bagus idea kak liyaa & missha...aku sokong H.

      Delete
    5. tengok la nanti..kalau rajin..kehkeh

      Delete
    6. Aku memaen je ngan permohonan tu. Tp kau tolak dengan sukacita. Sukasuki kau je kan? Hampeh! Idea org laen bagus pulak. Saje dengki :'(

      Delete
    7. hahaha..aku memang sukahati jer tolak permohonan kau..=))

      Delete
  7. tu diaa siap bagi kamus.
    lepas ni kena bookmark la page tu. setiap kali baca entry kau, kena refer :)

    "Dan kalaupun kalian faham, mungkin kepersisan dan kejituan itu dah tak sama dengan apa yang sebenarnya aku rasa. " -aku setuju ! susah nak predict la perasaan org ni apatah lagi kau. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbnrnya perasaan semua org pun susah nak predict..even kita boleh agak, tapi takkan 100% sama..maybe cuma 70%..kot..hahaha

      Delete
  8. link yang kau bagi tu bagus H. membantu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. link tu memang banyak membantu aku pun selama ni..hehe

      Delete
  9. ayat kau memang xley blah la . tinggi bahasa kau guna tu ! haha . langsung aku tak paham * maklum la bkn org sastera . haha

    ReplyDelete
  10. uish..sakan ye..hehe..

    ReplyDelete
  11. wah2, aku bukak je link tu, trus aku taip kenihilan.. keh3.. thanx sharing.. bleh aku mntapkn bhs aku jgak.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..sama2 la kita..insyaAllah..:D

      Delete
  12. rajinnya H menaip sambil merujuk. B)

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..bukan semua prkataan yg kena rujuk kamus..sikit2 jer..hahaha

      Delete
  13. tp entah kenapa.
    aku suka menulis dgn cara dan bahasa sendiri.
    rosak?
    haha

    ReplyDelete
  14. waahhh gempak la tak tipu!!! sok da jdik novelis (kut2 tringin kan ;) ) nak sign tau hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..kalau nak sign, mintak kat kak sida-sida..:p

      Delete
    2. Grrr! Nama aku disebut2 kenapa...

      Delete
    3. on behalf la..kau kan PA aku..=))

      Delete
  15. ahhh kenapa baru sekarang kau mahu share? aku sudah mahu pergi membawa diri. selamat tinggal H! teruskan menulis sesastera mungkin! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. suatu masa nanti, aku harap kamu kembali..:)

      Delete
  16. Kau tahu, link itu sangat berguna bila aku kekeringan idea saat mahu menulis bait-bait puisi sejak dulu lagi.

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. patut la bahasa yg kau guna tu sedap dibaca..:D

      Delete
    2. hahaha. kebanyakannya lahir dari corong minda aku yang gelap dan beku. hihi ^_^

      Delete
    3. haha..asal mungkin la gelap dan beku..tapi bila tulisan tu lahir, aku rasa ia terlahir dengan sedikit ilmu..:D

      Delete
  17. pening lalat .. mohon admin sediakan ubat :)

    ReplyDelete
  18. Replies
    1. mohon segala permohonan maap diajukan semasa sambutan hari raya :|

      Delete
    2. mohon hantar kad raya :|

      Delete
    3. mohon maaf..permohonan anda tidak diluluskan :|

      Delete
  19. baguslah.lepas nih bila pening2 lalat baca entri H boleh godek2 kat situ...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..pasni x taip pening2 dah..:p

      Delete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top