Header2

• 27 February 2013 •

Foto Raya Cina

"Weh"
"Apa"
"Tereh?"
"Bila?"
"Esok"
"Okey"
Conversation ringkas tu membawa kami ke tempat lama. Tempat kami mula-mula belajar membaca, tempat kami mula-mula belajar mengira. Tempat kami mula berangan, pasang cita-cita, main bola, bergaduh, dan belajar jadi manusia.

Oh ya, lupa nak bagitau yang conversation tu adalah antara aku dengan adik lelaki aku. Dan destinasi yang kitorang nak pergi ialah Ladang Tereh Selatan, tempat tinggal kat Kluang suatu ketika dulu. Sebenarnya planning nak datang balik kat sini memang dah lama. Sejak beberapa tahun lepas kot. Tapi asyik tertunda sebab aku ni dah kena buang negeri.

So bila perancangan tu diajukan pada adik beradik yang lain, masing-masing nak ikut. Akak aku tak dapat ikut sebab dia kena jaga anak-anak. Adik perempuan aku pun tak dapat ikut sebab dia tengah tunggu hari nak bersalin. Dah bersalin pun Isnin lepas. Anak perempuan, namanya Nur Aimi Nadhira. Aku decide nak panggil budak tu Aimi.

Lari topik kan? Ya, aku tau. Jadi kesimpulannya, kitorang pergi berempat. Aku, ayah aku, adik lelaki, adik perempuan sorang lagi.

Kebetulan pulak hari yang kitorang pergi tu hujan. Jadi tak dapat nak berjalan sangat. Tak jumpa siapa-siapa pun. Plus aku sendiri tak tau nak jumpa siapa, tak tau sama ada kawan-kawan aku masih ada kat situ ataupun tidak. Lagipun family kitorang dah lama pindah. Seingat aku tahun 1997, 16 tahun yang lepas.

on the way ke Ladang Tereh..aku suka betul tengok pokok tu macam bercantum..redup jer..
pun on the way jugak..aku lupa apa motif masa snap gambar ni..
12km nak masuk ke ladang..dulu-dulu aku tumpang lori daripada sini nak masuk dalam..'Tereh Complex' tu aku ingatkan dah ada shopping complex la kat dalam..rupanya, hmmmm...
guard post..lebih kurang 2km daripada jalan besar..
haa..ni panjang sikit nak cerita..dulu rumah kitorang mengadap jalan yang bawah tu..sebaris la, semua rumah mengadap jalan bawah..tapi nampaknya rumah kitorang dah kena roboh..rumah kawan-kawan aku yang mengadap jalan atas tu pun dah kena roboh jugak..sadis betul bila rumah tu dah takde..haishhh..
ni padang kat depan rumah kitorang..kat sini la aku belajar main bola..bila dah score, terbang buat gaya superman kat tengah-tengah padang..konon hebat la..ceh!
ni sebenarnya dewan ke apa entah..kat sebelah padang..kitorang panggil 'panggung' sebab tiap-tiap bulan ada tayangkan wayang pacak kat sini..korang tau ke wayang pacak tu apa? O.o
Lepas daripada tengok-tengok kawasan rumah, kitorang pergi tengok sekolah lama pulak. Tapi kali ni aku tak amik gambar. Sebab lokasi sekolah tu dah berubah. Dulu sekolah kitorang kat atas bukit, tapi sekolah tu dah ditukar jadi sekolah agama. Dan sekolah kebangsaan tu dipindahkan ke bangunan baru, kat bawah bukit.

view sekolah baru kalau dilihat daripada sekolah lama (atas bukit) - sumber
Adik lelaki aku sayang bebenor kat sekolah ni. Sebab pada dia, ini la satu-satunya sekolah yang dia anggap sebagai sekolah. Sekolah yang tak membeza-bezakan antara aku dengan dia.

Penat berjalan, penat meronda, kitorang gerak balik, singgah kat bandar Kluang. Takde apa kot yang buat aku teruja dengan suasana kat bandar. Rasa macam biasa jer. So lepas makan-makan, terus plan nak balik Kulai la. Tapi singgah sekejap kat Masjid Kluang. Aien tau masjid ni sebab dekat dengan sekolah dia. dekat dengan sekolah aku jugak. Alang-alang dah sampai, aku snap la gambar kelas aku, pemandangan daripada Masjid Kluang.

haaa..tu la kelas aku masa form 3..bawah kelas yang ada tingkap tu..masa form 2 kelas aku kat bangunan sebelah dia..kalau tak silap aku, bangunan oren tu sebelum ni takde..sebab situ kuarters staff..kawan aku duduk situ la sebelum ni..bila kelas Bahasa Arab, ramai-ramai ponteng duduk kat dalam rumah dia..zzzz
Aku cadang nak singgah kat asrama lama. Asrama Pusat kat Sek. Men. Keb. Jalan Batu Pahat. Asrama tu dekat-dekat taman perumahan la. Tapi aku tak ingat dah taman apa. Sudahnya aku tak tau nak masuk simpang yang mana. Last-last terus jer la sampai Ayer Hitam. Pastu menghala ke Kulai, balik rumah. Sekian terima kasih.

Entry ni sebenarnya nak abadikan gambar jer..

p/s: tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat tak jatuh..


84 comments:

  1. Replies
    1. ceh..mentang la no 1st kan.hahaha

      Delete
    2. Tak drive bolehlah snap gambar banyak2...

      Gambar yg ketiga tu, mcm2 papan tanda ada...cantik lak nur tgk...heee.. :)

      Wayang pacak tu, wayang kulitkan..?

      Delete
    3. H la yg drive tu..drive sambil snap gambar..hahaha

      teruja jugak masa sampai kat papan tanda sume tu..sbb dah imagine suasana kat dalam ladang..jauh jugak nak masuk, 12km..dengan jalan kemain teruk..grrr

      wayang pacak tu bukan wayang kulit la Nur..tapi wayang biasa, pacak pastu tayang kat dewan..semua bersila kat situ..hehehe

      Delete
    4. Kan dah ada tulis, 'Jalan Tidak Rata' dia dah bagi reminder awal2 dah kan...

      Macam2 ada kan..complex tu ada jual ape H..?

      Ermm..bukan wayang kulit eh.. habis tu pertunjukkan tu dia main dengan ape kalau bukan org kulit tu..?

      Delete
    5. sbb ape Nur cubit bontot budak tu?
      Sebab geram..!

      Duk mempertahankan tuala wanita dia..
      Grrr..!

      Xde niat nak buat ganguan atau dera dia..
      Hahahaha.. :p

      Delete
    6. hahaha..memang dah agak pun jalan tu x rata..sama jer macam dulu2..jalan tu xpernah nak rata..

      H rasa Tereh Complex tu bukannya supermarket la..tapi lebih kepada gugusan ladang2 yg ada kat tereh tu..

      dia main filem biasa la..yg org berlakon punya..

      Delete
    7. H..mohon panggil baby tu NUR...
      hahahah...
      :D

      Delete
    8. erkk..xleh..nak panggil Aimi jugak..

      Delete
  2. ermmm
    lagi kan pula tempat bermain,bercinta cintun kan..haish byk sggh nostalgia..

    erkk ada KULIM malaysia berhad eh kat situ..ingt H dtg KULIM.heheheehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. K - Kawasan
      U - Untuk
      L - Lihat
      I - Ingat
      M - Memori

      Delete
    2. haaa..apa Ai ingat kat Kulim jer ke yg ada KULIM? :p

      Delete
    3. bagus la Cik Nur buat akronim..
      Tahniah anda lulus BM.. :D

      Delete
    4. Err..Terima kaseh NAL..
      Bagi Lulus BM lagi...!

      p/s: Sila baca H...hahaha

      Delete
    5. lulus BM, tapi Ratu Typo? hahaha

      Delete
    6. Err..Xdelah sampai ratu lagi ye..!
      tumbuk baru tahu..!
      Grrrr..!

      Delete
    7. hahaha..typo tu kan hobi Nur..:p

      Delete
  3. Tmn sri kluang kah? Atau tmn emas? Aku sek convent

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa..either that 1 la..aku blur antara taman emas dgn taman sri kluang..plus aku xnampak dua2 signboard untuk ke taman2 tu..

      Delete
  4. Tahniah jadi Pakcik.
    1997 kamu masih bersekolah ker? Apa rasa jenguk2 daerah, berbunga tak hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1997 tu kami sekolah lagi..muda lagi time tu..baru nak up..hahaha

      perasaan jenguk2 daerah lama, rasa ohsem..

      Delete
  5. kulim malaysia bhd..aku ingat ko kat kedah tadi.hahaha..

    tp tu untungnye kawasan desa camtu...masa lambat bergerak...ko dah tinggalkan tempat tu 16 tahun pon ade lagi tempat yang tak berubah..

    sama gak cam kg bini aku tu..dah 20 tahun lebih pon tempat tu dia tinggalkan..sama je..bila aku balik kedah.boleh lagi dia tunjuk tempat2 tu..tak berubah langsung..hahaa..

    kg aku kat sini tak payah citer la..habis hilang dah kenangan kecik2 dulu..pembangunan cpt betul naik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal..jalan semua still jalan yg sama macam dulu jgk..tmpat permainan, kedai runcit, masjid, kuil india, pejabat, klinik, semak tempat main perang2, semua tu ada lagi sampai skg..

      kalau kat bandar tu xleh nak watpe la..10 tahun belum tentu sama macam skg..

      Delete
  6. bila ko cakap ko baru je jalan2 kat Kluang siap ambil gambar masa cuti CNY.....inilah gambarnya ya?? hehehe. best kan H...kira ko sempat la jejak tempat lama siap bergambar. aku tak sempat pun :(

    padahal dah dekat sangat nak pergi jejak sekolah lama tu cuma keadaan tak mengizinkan, aku pun masa kat Kluang tu hari ikut orang buat kerja, bukan jalan2 makan angin sangat pun. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa..ini la gambarnya..ada lagi yg aku x masukkan..sbb nnti penuh pulak entry ni dgn gambar..hahaha

      tapi kebetulan pulak hari tu hujan..xdpt nk kuar jalan2 kat situ..insyaAllah lenkali kitorang dtg lagi kot..

      Delete
    2. takpelah penuh...bukan selalu pun entry ko bergambar sakan macam ni. hahaha.

      H..ko datang ajak aku la pulak. g Gunung Lumut sekali. huhu..berangannn je~

      Delete
    3. g Belumut hiking jom jom jom. Bestt woooo. Hihi :)

      Delete
    4. aku pernah naik gunung berlumut tu sekali jer kot..itu pun masa darjah 6..:D

      Delete
    5. aku lak g masa darjah 2. masa tu apo pun xde...huhu

      Delete
    6. errr..drjh 2 tu tahun brpa Aien? kot2 masa tu sekolah kita pegi sama2..hahaha

      Delete
  7. kat Renggam ada area yang pokok kanan dan kiri bercantum. cantik gilaa. redup tu memang lah semestinya kan.

    eh kesiannye kau dah kena buang negeri. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa tu la..pokok tu bercantum dah macam pintu gerbang pulak..sejuk jer rasa..

      aku curi2 balik johor tau raya cina aritu..:p

      Delete
    2. tapi kalau pokok sawit yang bercantum camtu seram ah. hahaha. tu sejuk meremang bulu roma..kahkah

      err bila lagi nak curi2 balik johor lagi pakcik?

      Delete
    3. time mengundi nanti aku balik la..

      Delete
  8. wah cantik... lama x singgah sini lately busy sikit & x dapt BW sangat ! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. suasana ladang KA, biasa jer kot..:D

      Delete
  9. bila mr h letak pic sekolah tu tiba2 rindu masa sekolah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg SKLT tu sekolah rendah, sampai darjah 6..then yg bwh skali tu sampai form 3..:D

      Delete
  10. ok...view jalan di celah2 kebu kelapa sawit tu mcm sesuai jerr buat citer seram drive mlm2 jumpa hantu...


    skolah lama...cantik lerrr...rindu plak kt kg aku..

    ko umo brapa? yg pnting tua sket dr aku kan...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..dulu aku jalan kaki tau drpd jalan besar tu nak ke pondok guard..dah la jalan waktu maghrib..seram jer rasa time tu..:D

      Delete
  11. H! KAMI MENUNTUT UNTUK MELIHAT GAMBAR PENULIS MISTERI CAPITAL H. BUKAN BATANG-BATANG JALAN DAN POKOK KELAPA SAWIT,, HEHE

    ReplyDelete
  12. bestnya dapat melawat tempat jatuh lagi dikenang. tp yg tak best sbb dah banyak berubah.

    letakla pict aimi.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. p/s: kalau H tengok betul2 coklat dalam entri chicna aritu kan... ermm takde apelah. heheh.. :p

      Delete
    2. H balik Ahad ptg..dia bersalin Isnin ptg..so xdapat la nak amik gambar dia..

      coklat dlm entry chic na? ada patrick ke?

      Delete
    3. H nampak ada patrick ke? :D

      Delete
  13. * membayang kan ko buat aksi superman

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..best tau buat aksi tu..rasa macam hebat jer..tp kalau tiba2 ada kaca ke kat tengah2 padang tu, mmg koyak la badan..hahaha

      Delete
  14. Pestime dengar nama tempat ni la..nampak macam nyaman je kawasan dia..jauh dari bandar yang tak kira pagi petang siang malam bising non stop

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..mmg nyaman pun..sbb keliling semua pokok sawit jer..cuma jauh la nak masuk dalam..

      Delete
  15. kalau H tak kasi tahu..NAL pun xtahu tempat ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade juga tempat ni ea..buat kajian lapangan menarik ni..mohon H tunjuk jalan.
      boleh?

      Delete
    2. tunjukkan jalan?

      drpd bandar kluang menghala ke mersing, bila sampai kat kampung baru, amik simpang kiri menghala ke Paloh..then akan jumpa signboard ke Tereh Complex tu..:D

      Delete
    3. wah..peta tak der ek?
      hahaha :p

      Delete
    4. google map pls..hahaha

      Delete
  16. mengimbau kenangan lama.. syiok kan.. sy ni balik kg xyah nk mengimbau sgt sbb sekolah btl² tepi jalan.. dan xpernah pindah randah skolah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ni sebab dah 16 tahun xdatang..tu yg teruja tu..:D

      Delete
  17. laa..kat situ ke.. xkenal pon, haha.
    semoga memori lama tu tersemat indah dalam hati :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau kat situ jugak ke? ceh..iyer jer kau ni..grrr

      Delete
  18. tipu la tak penah jatuh kat asrama H

    baik ko ngaku LOL

    ReplyDelete
  19. cantiknya suasana sekolah ko...

    kalo tak jatuh, tak sakit, mcm mane nak ingat H??

    huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak jatuh, mmg aku xdtg balik kat sini..:D

      Delete
  20. cantik pemandangan sekolah lama tu...

    mengimbau zaman muda remaja ye... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengimbau zaman kanak2 riang..hahaha

      Delete
  21. Dah sampai ke Batu Pahat dah orang tu...

    Bile tengok H ambil gambar macam ni kan, teringat tempat lepak dekat Gate Air C.D West. Dulu selalu lepak dekat atas empangan air tu sebab dulu tak berpagar. Last masa naik tu sebab ada pak cik tukang jaga kawasan tu ada situ. Sekarang, tempat tu dah tak macam dulu...dan dah jarang ke sana sebab dah pindah rumah..dah jauh sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..Gate Air C.D West tu kat mana Dira? O.o

      Delete
  22. bila tengok sekolah lama, rase nak stay balik zaman sekolah. seronok!!

    tenang je nampak view sekolah ko tu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi masa dulu sekolah aku kat atas bukit..tapak sekolah yg skg ni kira ladang sawit lagi masa tu..:D

      Delete
  23. Lepas raya cina hari tu gi Kluang tgk pakcik ipar hubby sakit.... renyai2 gak hari tu,... makan tghari kat kedai makan tepi jalan tu... dahlah lama ya rabbi dapatnya... sabau ajelah org Kluang! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kedai tepi jalan yg mana ni Kak Nom?

      Delete
  24. Kan, kan, tempat jatuh lgi dikenang, ini kan tempat tak jatuh.

    Aku banyak tempat tak jatuh. Aku pun sedar tak sedar, dah 10tahun pindah putrajaya. Walaupun tmpt tinggl lama aku kat kl, tak smpai sejam pun dari umah ak yg skrg ni..tpi, dlm 10thun mcm2 perubahan.

    Aku dulu duk setinggan.. stail rumah kat kampung, papan, atap zink..belah bawah je simen. Aku suka sngt rumah setinggan aku..sbb ada beranda luas, mak aku plak leh tnam mcm2 pokok, smpai org depan umah kata mak ak pembiak nyamuk (hahaha). Kawan2 ak berkumpul dulu kt branda umah ak sblm kitaorg pi main kat pdg.

    Hooiiilaa, boleh mengalir air mata ak kalau citer lama2 kat sini.

    Skrg, kawasan setinggan tu takda lagi..kena roboh dah. Cuma tahun lepas, aku pergi tmn titiwangsa..huii, tmpt ni tmpt aku jatuh, tmpt aku tak jatuh, tmpt berebut buaian, mcm2 la. Pergi ngan adik aku.. cepat betul msa berlalu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kat bandar, 10 tahun tu mmg nmpk perubahan ketara la..jgn kata 10 tahun, 5 tahun pun dah macam2 kan?

      aku teringin nak pegi lagi skali tempat tu, kalau boleh nak jumpa kawan2 lama yg still menetap kat situ..itu pun kalau ada kesempatan la..xtau bila..

      Delete
  25. budak hostel paling banyak pengalaman kat sekolah. dan itu semua seronok!

    hari tu datang sekolah. jumpe cekgu lelame. dah rase best bile cekgu ingat siapa kite. hikss

    terase tua bile dah lama tinggalkan sekolah. sobss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..betul tu..teringin pulak nak cerita pasal hostel kat jalan batu pahat..hahaha

      Delete
  26. wah...bestnya mengimbau zaman purba kala...

    mohon H tunjuk gambar muka H pulak..ehhe...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..sukacita dimaklumkan bahawa permononan anda telah ditolak..hahaha

      Delete
  27. tsskk..kelas mana yg xde tgkap H?? -.-

    sesi blogwalking bermula..
    mncari entry yg dah bkurun abad di tinggalkan utk di kaji para sej..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan ada 1 kelas yg nampak tingkap tu..haaa kelas H kat bawah, yg xde tingkap kat tepi tu..:D

      amboi2..rajin husna jelajah ea..hehehe

      Delete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top