Walaupun dengan gaji yang tak seberapa, tapi masa tu abah dah mampu untuk pakai Honda. Honda bulat jer la, C70 kalau tak silap..hahaha. Nombor pendaftaran, JAA 4389. Kitorang? Basikal pun takde. Nak pergi mana-mana jalan kaki jer la. Setakat tumpang lori dan traktor tu dah jadi macam perkara biasa. Kalau daripada Kluang nak balik kampung kat Kulai, abah akan pinjam kereta Osman Kedai. Ntah model apa ntah, yang belakang boleh buat letak sayur tu. So berpangku-pangku la kitorang. Siapa nak lapang, boleh duduk kat belakang.
Haaa macam ni la keretanya. Boleh duduk kat belakang sambil makan jajan. |
Kapal terbang? Helikopter? Jet pejuang? Tak pernah. Sekali pun tak pernah. Aku teringin nak tau apa perasaannya bila berada beribu-ribu kaki kat atas sana. Melihat pemandangan di bawah. Melihat sebahagian bumi yang selama ini aku pijak dan jejak. Suyup-suyup jer. Rasa macam nak bukak tingkap sambil jerit, "Hoi siapa kat bawah hoi? Aku kat atas!". Sebab tu aku nak naik kapal terbang. Sebab aku nak tau apa perasaannya. Sebab aku tak pernah tau. Sebab, haaa..sebab tu.
Sepatutnya masa tahun 2005 aku dah boleh merasai pengalaman naik flight. Sebab aku menang tiket flight domestik. So aku decide nak guna tiket tu untuk pergi Sabah. Kenapa Sabah? Sebab kalau dalam Semenanjung Malaysia ni, tak payah naik flight pun tak apa. Drive 3-4 jam dah boleh sampai. Rugi la kalau aku guna tiket free tu untuk tempat yang boleh sampai guna kereta. Itu jer sebabnya.
Tapi tu la, kita ni cuma merancang. Allah juga Yang Maha Menentukan. Waktu aku sampai kat airport Senai, baru dapat tau yang rupanya tiket flight aku tu tak lepas. Maybe kad kredit tu dah disekat ke macam mana entah aku pun tak tau. Sebab sebenarnya tiket tu ditaja secara percuma oleh kawan kat MiRC. Sebelum ni aku ada dengar-dengar yang dia hack kad kredit foreigner untuk dapatkan tiket. Thats why tiket tu cuma valid untuk flight domestik jer. 2-3 orang yang menang bulan sebelumnya tu, tiket diorang lepas. Cuma tiket aku jer la yang sangkut. Mujur jugak aku tak kena tahan. So takpe la, takde rezeki nak buat macam mana.
Dan esok. Ya, esok. Kalau takde sebarang masalah, insyaAllah esok aku akan naik flight ke Sabah. Bulan Februari aritu masa Air Asia sibuk-sibuk buat promotion, aku pun sibuk-sibuk jugak la untuk booking satu tiket. Planning punya planning, tengok kalender sambil berkira-kira baki cuti yang ada, so aku decide bahawa esok adalah harinya. Terus cepat-cepat aku apply cuti sampai cuti Hari Pekerja.
Risau jugak hari tu bila ada pencerobohan kat Sabah. Risau dari aspek keselamatan. Then bila lama-lama tu, rasanya keadaan pun dah beransur reda. Tapi bila parlimen dibubarkan, kerisauan lain pulak menjelma. Risau bila digembar-gemburkan bahawa PRU13 dijangka pada 27 April 2013. Ah sudah, kalau tarikh bertindih macam mana? Aku dah berkira-kira nak mengundi cepat-cepat lepas tu terus berkejar naik flight. Tapi Alhamdulillah, SPR umumkan pembuangan undi adalah pada 5 Mei 2013. So aku memang rasa cukup lega, at least aku ada lebih ruang dan masa.
Jadi macam tu la ceritanya. Esok aku nak naik flight. Nak pergi Sabah. Sorang-sorang. Ramai tak percaya yang aku nak pergi Sabah tu sorang-sorang. Bos aku pun tak percaya dengan keikhlasan dan kejujuran aku. Kenapa sorang-sorang? Kenapa tak pergi dengan kawan? Kalau jadi apa-apa macam mana? Jawapannya, memang aku nak pergi sorang-sorang. Aku nak jalan sorang-sorang. Aku taknak orang ikut aku, dan aku sendiri taknak ikut orang. Berseorangan membuatkan aku rasa bebas. Peduli la kalau aku sesat ke apa. Aku nak nikmati suasana tu sorang-sorang. Bersendirian.
p/s: perjalanan hari esok setidak-tidaknya melunaskan satu perjanjian..:)
Zzzz
ReplyDeleteaku pn xpenah nek flight, rsenya tunggu kawin nnt kot pg honeymoon baru nk cari tmpt yg kne nek flight..hahaha
Deletehaaa..ko dah boleh start rancang untuk nak honeymoon ni fik..:D
Deletesaya .. hehee
ReplyDeleteala .. lambat . hehe .. nak baca entri kejap :D
Deleteerkk..hahaha..cuba lagi lain kali yer..:D
Deletepoeba alone :O
ReplyDeletetu la..kesian aku, poeba alone..:p
Deletewah .. nak mai sabah ye? Sabah ni luas. nak pergi area mana? Sandakan? wee :D
ReplyDeletebtw , selamat berada di awang2-an dan ambillah gmbar banyak2 esok .. hehe
xsampai sandakan la..paling jauh pun sampai ranau jer..
Deletemaybe next time kot..kot boleh sampai kudat..:D
Akhirnyaaaaaa......!
ReplyDeleteYou can fly without wing.... <---ecehhh omputih pulokk..!
Nur pun xpernah naik kapal terobang... -_-
wah....
Deletetercapai akhirnya,in shaa Allah
**ntah2 kat sana dah ada org tggu dak?
dah try seafood nya? dah jlan2 ke pasar pilin ?
beli mutiara sabah x?nak satuuuuuuuu ;p
hehehehe
Nur: try la naik, dari KL ke Ipoh..:D
DeleteAi: makan dah jatuh perkara nombor 2..so tak try pun seafood kat sana..pasar pilin tu pasar filipina ke? tak sempat nak pegi..lalu jer sebab masa tu belum bukak..
tak panas pungkoq kalau KL ke Ipoh...
Deletehahaha
erkk..kalau nak panas pungkoq senang jer..letak bara api kat seat..:p
DeleteKahkahkah...H buat dulu...
DeleteElok sampai atas udara kapal terbang meletop terus...!
eh tak la..bara api tu bergesel dgn atmosfera akan membentuk sfera2 kecil..hukum fizik tu..-_-"
DeleteBukan ke bila api akan marak bila bergesel dengan atmosfera...?
DeleteErrr...Nur pun blur sudah...
Hahaha....
tak la..dia bila dah bergesel dgn atmosfera, akan jadi ion2 sfera..zzzzz
Deleteokay2..
Deletehahaha....
jom H pi kelantan..
kelantan ke kuantan? -_-"
DeleteK.E.L.A.N.T.A.N. bukan K.U.A.N.T.A.N
DeleteBaca betul2....
KELANTAN....
betul la H eja..K.E.L.A.N.T.A.N
DeleteKUANTAN..
Tak sangka H typo bila sebut KELANTAN kan..
DeleteNur baru tahu H typo ni...
Hahahahaha.. :p
erkkkkkkk...betul la KUANTAN..Nur typo ejaan ea? :p
DeleteHello..tolong sikit ehh...
DeleteH yg typo...
ehh..jom laa..ke kelate..
krohhh..krohhhh...krohhhh..
erkk..krohhh krohhh krohhh..
Deletedah naik flight tu nanti jangan buat gila pulak.. nak pegi bukak tingkap. memang takkan boleh punya la.. kalau ada pon pintu kecemasan je. haha~
ReplyDeletesemoga bergumbira bercuti2 mesia di sabah tu nanti. ;D
hahaha..xleh bukak tingkap ke? nak rasa jugak fresh air kat atas sana..
DeleteHave fun flying!!!! Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. And tell u what, u can explore better by getting sesat, just enjoy it ;)
ReplyDeletedari: orang yang selalu sesat and treasure the hunt, eh treasure the priceless moment. Err...make sure kembali ke pangkal jalan jer la ok.
hahaha..kau tau tak dora, aku sesat banyak kali..dalam kk pun sesat x jumpa jalan balik hotel..nak pegi ranau pun sesat..drpd sepanggar nak balik kk pun sesat..
Deletetapi seronok la sesat tu..entah ke mana2 jer aku pegi..
Salam.
ReplyDeleteAk pun H, teringin nak terbg kat langit tu, tpi aku teringin nak cuba helikopter :D Buat paragliding ke, benda2 mcm tu lah. Tak terasa plak nak naik kapal terbg.
Tapi tu la.. belum smpai masa utk ak. Ko punya masa dah tiba. Selamat terbang!
wslm..
Deletekalau helikopter ke paragliding ke payah sikit kot..tp kalau parasailing, yg tu maybe boleh dicuba..sebab kat kawasan2 pantai dia ada provide benda tu..
akhirnya dapat terbang juga. huhu..
ReplyDeletehave fun H. jgn lupa balik sudah la.. ;)
hahaha..kalau ikutkan, memang taknak balik..tak puas lg berjalan kat sana..:D
Deletelain je. semoga berjaya :D
ReplyDeletesemoga berjaya? errr..hahaha
DeleteBukit Besi rindu kau jugak! (Ha ha ha)
ReplyDelete-oke takda kaitan, aku nak tegor je, lama tak baca apa kau tulis :'(
kehkeh..kirim salam kat awek2 bukit besi..:D
DeleteDalam Capital List tu, generasi-generasi tu natang mende weh? Dok paham kite
ReplyDeletegenerasi2 tu kira kelompok yg dtg kat blog aku la..:D
DeleteAgak tersentuh aku baca cite kau ni, H. Macam kau mengimbau kenangan zaman susah masa kecik2 & kau pasang impian. Dan finally kau dapat capai apa yg kau impikan tu. Alhamdulillah dengan izinNya.
ReplyDeleteLast aku naek keretapi masa zaman diploma. Shah Alam-JB tapi aku tak igt masa tu naek kat mana. Membe aku yg ajak rasa :D
Feri rasanya pernah. Masa baru abes degree. Dlm age 24 tahun. Pegi indon masa tu dgn family. Hahaha! Syok gak sbb lalu laut kann :D
& flight masa 2011 tak silap, pegi Bandung ngan husband aku. Nak kata honeymoon tu taktau la. Tapi saje holiday. Masa tu aku baru benti keje. So meraikan masa aku yg byk terluang. Kalau keje serius aku takde masa nak pikir cuti2 ni. Aku ni agak workaholic taw! -_-
Ohh, ya! Aku lupa nak cakap semalam. Aku rasa dulu ayah aku pun pakai kete camtu. If tak silap aku laa. Sbb aku teringat kenangan kitorg penah eksiden ngan kete tu masa balek drpd kg. Hehe. Tu je nak cakap. Kbai.
DeleteEhh. Selamat terbang, H!
hahaha..aku x sure la boleh dikategorikan sbgai impian ke tidak..maybe cuma beberapa benda yg aku nak buat dalam life aku kot..lebih kepada keinginan aku..
Deletepanjangnye..nanti wa baca balik...
ReplyDeletehuh..forever alone ko H..aku pon sebenarnya tak berapa suka jugak kalau time lepak2 contohnya haritu kite kuar aku menumpang ko..sebabnya aku takleh buat keputusan nak lepak ke, nak balik awal ke, nak stay ke..kira time tu aku ikut je la keputusan ko..tapi nak wat cne dah mmg tu lagi senang kan..jgnkan dengn member, kalau ajak bini aku pon belum tentu sekepala beb..aku nak lepak dia nak balik, aku nak balik dia nak lepak..ahh, tak best.. hahaha..
Deletetapi kalau bercuti ni boring kot jalan sorang2..tak sanggup aku..lagi ramai lagi best..tapi kene ikut je la pendapat ramai..
kim salam sumandak..
Sumandak sabah tak comey.... Hahahaha
Deletehahaha..utk pegi sabah ni aku mmg prefer forever alone jer..mudah aku nak pegi mana2 or decide apa2..
Deletemasa yg kita pegi s.alam aritu, aku pun tunggu2 jugak kot2 ko decide nak balik..sbb muka ko nampak letih time tu..hahaha..tp dah ko kata okey, aku pun okey jer la..
cuma aku rasa, even kalau aku drive sorang aritu, aku tetap xleh decide nak stay ke nak balik..tetap ikut decision korang..kehkeh
dira, aku ada cerita ni pasal sumandak..:D
Deletetu la H bahagian hidup masing2. ada orang dari kecik dia dah naik kapal terbang...siap terbang g luar negara lagi. aku pun menyimpan hasrat yang sama. dan aku pun sibuk2 beli tiket dikala promotion macam kau ni beberapa bulan yg lalu...kiranya ko lepas la ni nak g sabah kan. hati2 ya H. sorang-sorang pun sorang-soranglah...enjoy sorang-sorang.
ReplyDeleteaku ni dilema cuti la pulak...bos macam hitler! cuti sehari pun bising inikan 4, 5 hari....adoihai la nasib. dapat ke tak ni :( kalau tak dapat burn gitulah dan aku anggap jelah belum sampai masanya lagi aku berterbangan diawan biru.
sekali lagi nak cakap...bahagian hidup masing-masing.
Deleteyup betul tu..rezeki masing2 yer tak..aku dah selamat sampai kat kuantan..memang enjoy walaupun sorang2..:D
Deletekete tu mcm kete abah aku yg lame. warne biru. dulu aku naek kete tu je ikot abah meniaga kat masjid tanah. #tp kete wegen abah aku lagi lawa lah# hikhikhik.
ReplyDeleteaku dah 3x naek flight. Arabic Airline (2004), MAS (2005), dan AIrAsia (2011). Belagak sgt ke? Kihkihkih
Aku teringin nak brcuti sorg2. And Sabah is my dream. Kalu aku ade duet, nak ikot ko g sane pastu masing2 bwk diri. Nak balik semenanjung, bru jumpe balik. Kihkihkih.
take care. nikmatilah kebebasan yang ohsem! will miss u. ececehhh :P
hahahaha..kebebasan tu memang ohsem..aku rasa macam tak nak balik semenanjung dah..kehkeh
Deleteperjanjian ?
ReplyDeleteyup, perjanjian..akan diceritakan kemudian..:D
Deletehahahaha.
ReplyDeletemengingatkan kisah aku pertama kali naik flight pun pegi Sabah jugak. masa tu bos suruh aku beli tender sorang-sorang.
selamat merasa angin atmosfera H
:)
aku tak dapat nak bukak tingkap untuk merasai atmosfera kat atas sana..hahaha
Deletesy pun pernah ke KK sorg dulu. Urusan kerja. Berjalan lone ranjer kt situ bes juga sbb, xdalah tbuang masa tunggu kwn buat pilihan nk beli brg. cuma yg xbesnya bila nk rasa seafoodla. sbb xbes mkn sorg2 & mahal klu sorg2 nk byr.. enjoy ur journey H. Semoga bertemu dgn apa yg dicari..
ReplyDeleteyup..berjalan sorang2 tu rasa macam masa digunakan dgn lebih efektif..on the spot boleh decide nak pegi mana2..
Deletehaa... setuju ngan H dan Kak Nanie...
Deletemasa kat pasar payang aku meroyan sorang-sorang...
semua aku balun..
happy :))
hahaha..masa tu forever alone dah macam satu nikmat yg x terhingga..:p
DeleteAku pun teringin sangat nak travel sorang sorang..
ReplyDeletehaaa..travel la sorang2..best bro..hehehe
Deleteeh datang sabah ke? awat tak habaq mai? ceq ada kat sini.
ReplyDeletelai lai lai
macam mana nak habaq..kami xdak no tepon ampa..la ni dah balik kuantan dah..hahaha
Deletesorang2 pun ok bro.
ReplyDeleteyg pnting happy
yup..memang happy..hahaha
Deleteselamat pergi dan selamat balik H..=)
ReplyDeletekapal titanic x payah teringin nk naek..dah karam dh pon..-.-
dah selamat pergi dan selamat balik dah Husna..:D
Deletetak kira, teringin jugak nak naik titanic..hahaha
saya pun xpenah lg naik flight..wah srg2 bercuti tu...ye la xterikat dengan orang.xpe H lelaki,kalau saya pompuan ni xleh la g srg2..selamat bercuti ye H...
ReplyDeleteheheh..Alhamdulillah dah selamat pegi and selamat balik ke kuantan..cuma rasa x puas bercuti 2 hari..:D
DeleteAku nak naek helikopter.. baru nampak dengan jelas apa yg ad kat bwh.. n btw, aku suka tgk awan time dh kat atas tu.. cantik sangat3!! terus teringat crita doremon.. doremon n nobita n yg laen2 duduk di atas awan.. waaah, bestnya.. hehehe.. n paling best naek time malam! slamat bercuti H.. semoga bertemu jodoh di sana.. Hahaha..
ReplyDeletekartun betul la kau ni Emma..hahaha
Deletekalau rasa nak naik helikopter tu kena deal dgn askar la kot..x pun beli helikopter sendiri..:D
naik waktu malam best..sebab view KK cukup cantik pada waktu malam..
samo la kito..den pun tak pernah naik kapal terbang. At least akhirnya dapat juga hang naik kapal terbang kan.. tahniah H! haha tetiba je kan.. jalan sorang2 elok2.. selamat bercuti!!!
ReplyDeleteerkk..awat x habaq..kalau x kami boleh bawak ampa naik kapal terbang, bercuti sama2..hahaha
Deletehahaha hang la..pi senyap2..cuba bisik2 sikit kat ceq ni haa :P
Deletexpa2..lenkali kami bawak ampa na..-_-"
DeleteHonda C70 laju gila kalauu kena gaya. Abah dulu pun bawak kereta tu...
ReplyDeleteEntry ni menyayat hati, menunaikan janji dalam Imbauan kenangan...terasa H seperti mahu membawa diri....
aku pernah jatuh moto C70 betul2 depan kedai runcit awek yg aku selalu usha tu..hehehe
DeleteI guess ko kat sabah lg la kot skang ni kan..enjoy ur trip..kalau travel sorang2, ala-ala backpacker mmg best..adventure + survival.
ReplyDeleteAlhamdulillah..dah selamat balik ke Kuantan..overall mmg best la travel sorang2 kat sana..tak puas..:D
Deletesinggah la di dogongan untuk mendapatkan 'servis' yang tiptop...hohoho...
ReplyDeletehahaha..xyah sampai kat dogongan bro..kat Kampung Air tu pun dah ada yg offer 'servis' kat aku..
Deletenak kirim kuih cincin ngan amplang!
ReplyDeletekuih cincin? amplang? apa tu? :D
Deleteaku H aku teringin nak ke luar negara :( indonesia laaaa... jom la kita gi travel...jom jom hehe
ReplyDeleteindonesia kena ada pasport..aku ni mana ada pasport ima oii..hahaha
DeleteBulan 7 tahun lepas aku booked ticket pegi Kundasang dgn kekawan aku, terbangnye Januari lepas. Sudahnye tiket aku burn mcm tu je sbb aku menganggur lagi mase tu. Hahaha. Ahhh Kundasangggg!Sedihhh..Konklusi nye nak melancong ke melencong tak payah plan awal2. Last minit booked tiket terus terbanggg.
ReplyDeleteKundasang best weh..aku ada plan nak datang lagi..sebab ada tempat yg aku xsempat pegi masa kat Kundasang..:D
Deleteakhirnya... merasa kau nak kapal terbang... aku ajela yang masih berangan-angan....
ReplyDelete*merasa juga kau naik kapal terbang.... :p
DeleteAlhamdulillah..at least merasa la jugak..:)
Deleteaku dok dalam felda ni pon sempatla merasa susah yang pd aku mmg sangat susah. zaman memula sampai felda dulu mmg perit. perit giler sbnrnye.
ReplyDeleteLast aku naek keretapi masa zaman bljr usm dedulu.. Sungkai-butterworth. tu pon aku beli tiket rm12 punye. kelas ekonomoney.paling murah. sebab mak abah mmg bkn org berada.
Feri mmg selalu la. sbb bile dah trun kat tren btterworth pstu kena jln kaki plak p naik feri utk p ke sebelah pulau sana. dgn tarik beg besarnye lagi. sobs.sobs.
dan aku jugak x pernah naik flight. aku belom mampu lagi. even smpai aku dah keje skang ni.
slmt terbang & slmt kembali ke semenanjung H.
heheh..aku dah selamat kembali ke semenanjung..:D
DeleteAkhirnya dapat jugak naik flight ke sabah..
ReplyDeleteAlhamdulillah bro..rezeki dpt tiket murah..:)
Deleterasa mcm movie je jenjalan sensorang.. happening
ReplyDeletetu la..rasa macam nak jer suruh sape2 rakam percutian aku tu..hahaha
Deletetravel sorang2 memng bbest.... tapi2.. stakat ni tak pernah la travel jejauh sorg..
ReplyDeletesetakat pi naik lrt je =.='
insyaAllah lenkali kalau ada rezeki boleh la travel sorang2..:)
Delete