Header2

• 12 April 2013 •

Aktiviti Mingguan

Assalamualaikum..

Dulu kalau tak silap masa tingkatan 5, berat aku lebih kurang 47.5kg. Kira dalam kategori underweight la. Kalau time jalan-jalan waktu panas terik, aku boleh selamba jer berlindung kat sebalik tiang letrik. Pastu bila tengok kat tanah, aku nampak bayang-bayang tiang letrik jer. Bayang-bayang aku takde, sempat la aku berangan konon-konon jadi Peter Pan. Tapi itu dulu la, lama dulu. Sekarang ni, berat aku dah jadi lebih kurang 70kg. Kenapa berat aku boleh naik sampai 70kg? Jawapannya mudah. Sebab aku masak memang sedap..hahaha.

Walaupun berat aku dah 70kg, tapi itu tak bermakna yang peha aku ada selulit. Cuma part betis berparut tu biasa la, masa kecik-kecik dulu aku bukannya jenis yang bersimpuh main barbie doll. Dan walaupun peha aku tak ada selulit, tapi itu pun tak bermakna yang aku pakai seksi-seksi dan menzalimi diri sendiri. Aku pakai sopan jer tau. Menutup aurat dan memelihara kehormatan diri..kahkahkah.

Okey. Sebenarnya aku nak cerita pasal aktiviti mingguan!

Setiap Rabu malam, aku dengan geng-geng ofis main badminton. 2 jam setiap minggu. Walaupun aku tak reti main, tapi member-member punya pasal, aku join la jugak. Macam biasa, kadang-kadang pukul kena, kadang-kadang pukul tak kena. Biasanya? Ya, betul. Biasanya pukul tak kena. Either aku pukul cepat sangat sebelum shuttle tu sampai, or aku pukul lambat sangat selepas shuttle tu sampai. Tapi takpe, itu cuma aktiviti Rabu malam jer.

Selebihnya ialah aktiviti panjat bukit. Setiap minggu hari Isnin, Selasa dengan Khamis aku akan panjat Bukit Pelindung. Not exactly panjat sebenarnya. Just berjalan kaki jer. Tapi penat dia boleh tahan la. Kadang-kadang aku naik dengan RE, kadang-kadang aku naik sorang. Forever alone gitu..hahaha. RE aku kata, tenaga yang digunakan untuk berjalan naik ke Bukit Pelindung ni lebih kurang sama dengan kita jogging 10km. Mana dia dapat konsep equality tu aku tak tau la. Aku angguk-angguk jer.

Pernah jugak dia ajak aku jogging kat Taman Bandar. Tapi aku taknak. Berjogging tu buatkan aku rasa punggung aku ni tertinggal kat belakang. So baik aku berjalan jer.

Bersama-sama ini dilampirkan gambar untuk tujuan eksen-eksen kat korang. Mana la tau kot-kot korang outstation ke Kuantan, then nak try naik kat Bukit Pelindung ni. Aku masa first time naik, 5-6 kali kot berhenti duduk kat kerusi. Pancit sebab tak tau berapa lama nak berjalan sebelum sampai ke benchmark. Tapi lepas-lepas tu, second time and seterusnya, boleh berjalan non-stop dari bawah sampai ke atas. Haaa..eksen kan? Padahal cuma berjalan jer..kahkahkah.

pemandangan daripada bawah..where's the target? tuu..pencawang-pencawang kat atas tu..
*sambil juihkan bibir tunjuk ke pencawang*

self explanatory..

pandangan daripada pintu gate no. 1

pandangan daripada jalan ke pintu gate no. 2
Kesimpulannya, badan aku dah ketak-ketak ke? Dah ada 6pax ke? Ceh, jangan harap! Aku cuma ada 1pax jer. Dan yang satu ni la aku selalu usap-usap bila orang tegur badan aku dah berisi berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. Sekian, terima kasih.

p/s: weh bundle, moh ler kita panjat tangga Batu Caves tu minggu depan..


68 comments:

  1. Kejap..kenapa pula bila H joging H terasa punggung tinggal ke belakang...? Nur blurr...

    Lepas ni terer la main badminton..juih dengan bibir je berdesup shuttle tu pegi..hahaha..

    Dann..1pax yang H ada tu perut kan... hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah2 kejam kak Nur. haha

      Delete
    2. sebab rasa segan kot nak berlari2 dpn org..tu yg rasa macam punggung tertinggal kat blkg..hahaha

      terer main badminton? harapan jer la..kalau boleh guna kaki, H dah angkat shuttle tu guna kaki..:D

      Delete
    3. Kalau nak juga kaki..main takraw laa..
      Hehehe...

      Cik Pensil : Nur tak kejam laaa..hehehe

      Delete
    4. hehehehe
      yg 1pax tu lambang kemewahan Nur oiiii
      kehkehkeh

      Delete
    5. Kahkahkahkah..
      kemewahan dan kecomelan kee...?

      Hahaha

      Delete
    6. haaa kecomelan pun yer jugak..hahaha

      Delete
    7. comel kee..!
      Hahaha...
      -_-

      Delete
    8. kompem..tiada keraguan!! yeahhh!!

      Delete
    9. Errr..Kahkahkahkah...
      Terima kaseh buat Nur ketawa H..
      >__<

      Delete
  2. MINGGUAN?! Berapa lama masa ambil untuk sampai atas sana eh cikgu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak naik sampai atas tu sempat la habis dengar 10 buah lagu..kira2 45-50 minit jugak..

      satu setengah jam la kalau nak naik pastu turun bawah balik..semalam cikgu naik kul 5, then dah sampai bawah tu dalam kul 6.30..

      Delete
  3. wahhh...bestnyeee aktiviti ni...nnt ber-pax la tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..xnak la ber-pax..camni lagi best, senang sikit nak usap..hahaha

      Delete
  4. todiaaaAa cikgu dah start senam...cik azue tak leh ketinggalan wey..sonam juger..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..cik azue pun panggil saya cikgu ke? hehehe

      Delete
  5. Usaha tangga kejayaan. Lepas ni dapat la 6pax tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. usaha tangga kejayaan, jatuhnya kat mana? :D

      Delete
  6. badan ketak ketak. hehehe..
    len 28% lemak.

    :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..aku xnak la badan ketak2 Len..camni jer pun dah okey pada aku..better drpd kurus melidi macam dulu2..:D

      Delete
  7. eh..eh..

    bayang2 aku sekarang serupa tiang letrik ke..? sobs..! sobs..! sobs..! sobs lagi..!

    tak sexy langsunggggg...!!

    mungkin kene start jogging..pagi punggung tertinggal sikit.. kakaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pagi punggung tertinggal? petang kutip balik ke? hahaha

      Delete
  8. masa belajar kat kuantan pernah jgk member2 ajak. tp masa tu chic na lebih suka berjalan2 dlm megamall berbanding bukit pelindung tu. :p

    one pax? takde partition langsung ke? kakaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. xyah partition2..kita hidup ni kan kena bersatu, jangan berpuak2..hahaha

      Delete
    2. alasan tak relevan. next time cuba lagi.

      angah > selalu anak tengah memang nakal & giler banyak sikit kan. hahaha..

      Delete
    3. erkk..tak la..angah ni selalunya baik dan bersopan santun..hahaha

      Delete
  9. Perasaan macam tertinggal punggung kat belakang masa jogging tu aku rasa aku macam paham la. Sbb aku rasa aku pun camtu. Aku igt sbb aku mmg tak kuat lari. So bila jogging tu, badan aku rasanya cam dah ke depan dulu selaras ngan mission (cheh!) tp kaki aku bukannya bergerak mana. Slow je langkah jogging aku. So dlm keadaan camtu, mmg terasa cam punggung tertinggal kat belakang. Takpun punggung berat nak bergerak kut. Kehkeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa..komen kau ni memang betul2 di saat aku memerlukan la..hahaha..

      aku cuba nak explain camne punggung tertinggal tu, tapi xtau nak jelaskan camne..:D

      Delete
    2. Thanks Liya..

      Nur faham dah apa yang dikatakan punggung tinggal kebelakang..hahaha..

      Delete
    3. haaa Nur pun sama la tu maknanya..hahaha

      Delete
  10. hahahaha. duduk bersimpuh main barbie doll.macam siot.ahahhaa

    ReplyDelete
  11. minggu depan ke minggu ni..Ha dah buat aktiviti minggu dah pon tiap2 minggu..ekeke..aku pasti aku tak larat panjat skg..kang kawan ngan beruk je kat tangga..ekeke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku last2 xjadi nak naik tangga batu caves tu..berangan jer lebih..hahaha

      Delete
  12. Aku pernah gi bukit pelindung ni..
    Mcm ko gak aku jln & berhenti brapa kali gak sbelum smpai kt pencawang ke nama menda alah kt gate tu..
    kalau ikotkn aku nk give up sparuh jln, xlarat wei nk pikol lelemak ni..tp aku berjaya juga..yesss..!!!

    Lps hbs pantang ni aku mmg akn panjat dia lg kalau aku free...
    Berhrp agar lemak2 ni aku xbwk blik lps naik bkt pelindung :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..aku 1st time jer berenti byk kali..skg ni kalau naik memang terus non stop la sampai atas..:D

      Delete
  13. bukit tu macam gunung tampin kat tempat aku ni ada pencawang macam tu...sama je *sambil juihkan bibir tunjuk ke gambar ada pencawang*

    best jalan sampai puncak area pencawang. say hello hye hye bye bye dengan abang askar yg jaga atas tu pastu turun balik. tapi sekali jelah aku buat...punya pemalas nak naik lagi. letih weh.


    so sekarang..aku men badminton je. kena tak kena lantak aku men libas je asalkan berpeluh dan sehat. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi sampai terjuih bibir ea..hahaha..aku rasanya dah 2 minggu x naik bukit pelindung..bizi bebenor..:D

      Delete
  14. bersemangat ko nak panjat batu caves...

    aku tak pernah senaman-senaman... paling jauh aku penah pegi Taman Layang-layang Kepong.

    main layang-layang.

    haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..main layang2 tu kira bersenam ke? hahaha

      Delete
  15. bole pula berjogging tertinggal punggung kat belakang?
    mcm pelik kat situ.
    hehehe..

    best la hujung minggu penuh dgn aktiviti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saje jer isi aktiviti waktu petang..kalau x mmg kat umah jer la..:D

      Delete
  16. hamboi beraktiviti sakan naaaa...


    huhu..lama dah tak singgah sini kan..jom join ga kina jom..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh..H xreti la nak ber-GA nih..xpandai..:D

      Delete
  17. Ada eh orang tak reti main badminton? Hahaha. Eh kenape Isnin, selasa khamis panjat bukit tu? kau buat inspection eh. kemainnnnn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab Rabu ada main badminton..kalau panjat bukit, nanti penat..hahaha

      Delete
  18. Jom panjat bukit sama2..Aku dalam operasi menguruskan badan ni..Kahkahkah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa..kau memang patut kuruskan badan..kahkahkah

      Delete
  19. bakal laki suka panjat2 bukit..eh, seperti ko tulis..tidak lah memanjat...beliau hanya berjalan-jalan di dalam hutan, keseorangan..

    aku tak nak suggest dia panjat sampai ke kuantan...sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..kenapa xnak suggest dia panjat sampai kuantan?

      Delete
  20. tak larat ar nak joging, nak naek2 bukit.. nak.... nak... smua lah yang berkaitan... -____- tapi saya nak kurus..... waaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh la dtg kuantan..aku bawak kau panjat bukit..:p

      Delete
  21. aku prnah jungle trekking skali je. first n last, pergi balik 5 jam, naik lepas hujan licin n curam jln dia. lepas tu aku insaf, fobia panjat2 gunung ganang bukit bukau ni. tengok gambar pun dah mengah, bye2 perut kempis

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..aku mengah jugak masa jalan panjat bukit ni..tp teruskan jer jalan sebab nak tau apa kat atas..

      Delete
  22. aktiviti mingguan yer... aku minat main badminton...
    tapi raket dah kena curi... huhuhu~~~

    aku dah lama tak pergi bukit pelindung tu... ke tak pernah pergi sebenarnya?? haha!! aku lupa la...

    nak panjat tangga batu caves pula ye~~ moga berjaya... :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya kan ruha, kau duduk kat area mana? -_-"

      Delete
  23. macam bukit dekat k.terenggani tuh..

    lelama nanti adalah six pack.. kott...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terenggani, nama baru ke?
      hahaha

      Delete
    2. tu tempat baru tu..kuali terenggani..hahaha

      Delete
  24. eh..husna pon ada satu pack tuh..hari2 ngidam mcm2..=P

    ReplyDelete
    Replies
    1. husna memang la..kuat makan kan kan kan? :p

      Delete
  25. Rindu gila nak hang up kat bukit camtuh.. huhuhu

    ReplyDelete
  26. baru taw kat situ boleh panjat. haha..

    pdahal dekat je =.='

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..dekat jer ke? missha kat mana? semambu ea?

      Delete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top