Header2

• 21 December 2013 •

Donald Duck

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Malam kelmarin, waktu aku tengah ambil mood nak tidur, my nutritionist share something kat wechat. Something yang membuatkan mata aku segar, membuatkan aku rasa nak tulis entry ni untuk jelaskan pendapat aku dengan panjang lebar.

Keratan yang beliau share adalah seperti di bawah.


Okey. Untuk makluman, aku adalah seorang perokok. Walaupun bukan kategori perokok tegar, tapi hakikatnya aku tetap tergolong di kalangan mereka yang menghisap rokok. Cuma, pandangan aku melalui penulisan kat bawah ni, bukan disebabkan aku merokok apatah lagi untuk mempertahankan golongan yang menghisap rokok.

Berbalik kepada entry. Bila aku baca keratan kat atas tu, ada sedikit benda yang aku tak setuju. Part merokok membahayakan kesihatan tu aku tak nafikan la. Yang tu aku setuju 200%. Memang merokok tu memudaratkan. In fact aku dah prepare 1 lagi soalan susah yang berkaitan dengan isu ni. InsyaAllah aku post bulan depan. Joalan Jujah VII.

So, apa yang aku tak setuju?


Part 1

Of course la pasal doa. Orang yang menghisap rokok, doanya tidak akan didengari oleh Allah. Kerana mulutnya hisap benda yang haram. Secara generalnya, aku boleh jer bidas dan menyatakan bahawa bukan kita menentukan sama ada doa akan didengari oleh Allah atau sebaliknya.

Walaupun nampak macam typical person yang tiba-tiba sentap bila ditegur, tapi hakikatnya bukan macam tu. Aku takde la sentap pun, sebab aku sendiri tau merokok tu tak elok. Cuma aku persoalkan jer. Aku persoalkan kerana aku tahu bahawa Allah itu Maha Mendengar. So, di mana justifikasi untuk menyatakan bahawa doa tu tidak akan didengar? Kalau gitu, imam masjid yang merokok tu macam mana? Ahli keluarga kita, ayah contohnya, yang merokok tapi jaga solat 5 waktu, macam mana? Doa diorang tidak akan didengar?

Aku bukannya berilmu sangat. Kalau nak banding antara aku dengan Ustaz Ahmad Dasuki, bezanya umpama langit dengan kerak bumi. Aku bahagian yang kerak bumi la. Jadi bila baca statement-statement macam tu, apa yang aku perlukan adalah bukti. Mungkin memang ada ayat-ayat Al-Quran yang menyokong hujah tu. Ayat-ayat Al-Quran yang mungkin aku tak faham, atau mungkin aku tak tahu.

Kalau pandangan aku ni silap, aku minta maaf. Tapi buat masa ni, aku tak rasa ada justifikasi yang menyokong bahawa doa kita tu TIDAK AKAN Allah dengari.

Habis part 1..


Part 2

Ni rasanya tak ada apa sangat kot yang aku nak persoalkan. Pada awalnya, aku cakap kat nutritionist yang aku tak setuju statement ni. Ada la 2-3 hujah bodoh yang aku kemukakan. Tapi bila aku baca semula, baca berulang kali, aku rasa tak ada silapnya statement Ustaz Don Daniyal tu. Tak ada silapnya.

Cuma kat sini aku nak tekankan sikit. Terlahir dari sumber yang haram bukan bermakna bahawa anak tu adalah anak yang haram. Ramai tersalah nilai tentang perkara ni.

Okey, berbalik kepada astatement Ustaz Don. Aku setuju. Konsep kali ni sama macam kita makan rasuah, contoh la. Eh makan rasuah kes berat sangat. Ambil contoh lain, makan nasik. Masa kecik-kecik kita tak berapa pandai. Makan kat kedai tapi bila tak cukup duit nak bayar, kita lari. Kira makan free jer la.

Benda tu kalau tuan kedai tak halalkan, bermakna jadi haram la. Kita yang makan ni konfem la jadi darah daging. Then bila kita kahwin and dapat anak, anak tu terlahir dari sumber yang haram, Itu la maksud dia. Haaa..dah betul la tu.

Perasan tak tadi, aku taip ayat kita kahwin. So persoalannya sekarang, kita tu siapa? Awak dengan saya ke? Hahaha..

Hoi! Ini bukan masa nak bergurau la! :p

Habis part 2..


Kesimpulan

Kesimpulannya, banyak lagi benda yang aku nak taip. Tapi elok rasanya sambung kat entry yang lain. Entry ni pun aku rasa dah panjang berjela. Yang setakat ni pun entah korang baca ke tidak. Rugi jer aku buat lawak, sorang pun tak gelak!! Grrrr!!

Eh dah la. Sambung lain kali yer. Sekian, terima kasih.

p/s: errr..habis kesimpulan..komen yang murni jew~ kehkeh..


11 comments:

  1. ahahah..mungkin maksud ustaz tu z sama dengan apa yg kite pikir ;)

    ReplyDelete
  2. masa aku cakap ayat ni dekat L; jawapan die sama dengan kau la H...

    tu je aku nak komen. sekian.

    ReplyDelete
  3. Sebelum tuh aku berharap kau dpt berenti merokok... huhuhu...

    tpi aku stuju ngan kau encik H. sebab doa diterima oleh Allah walaupon dosa manusia tuh berat. Habis tuh mcm mana org yg bertaubat? dia dah buat dosa besar lepas tuh dia berdoa pada Allah utk terima taubatnya, takkan Allah tak terima. ye dak.. Wallahualam

    ReplyDelete
  4. Aku dah malas nak cakap pasal rokok, perokok, dan merokok ni. Malas. Malas!

    ReplyDelete
  5. *sedang meletakkan dua jari telunjuk di mulut dan menggelengkan kepala berulang kali

    ReplyDelete
  6. lawak je.. aku gelak sorang-sorang je ni mcm org giler.. btw, points kau aku setuju 55.5%. Heheh.

    ReplyDelete
  7. bukan nak berhujah dgn kau.. sebab masing2 ada pendapat tersendiri. tapi aku ada baca hadis Nabi SAW pasal perkara ni. mungkin kita boleh renungkan bersama. (hadis ni aku amik dari buku Hadis 40, karangan Imam Nawawi. hadis #10.)
    Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; "Sesungguhnya Allah Ta'ala itu Maha Baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang Mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: 'Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu segala sesuatu yang baik dan kerjakanlah amalan yang soleh'. (Surah al-Mukminum 23:51) Dan Allah Ta'ala berfirman: 'Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu apa-apa yang baik yang telah Kami rezekikan kepada kamu.' (Surah al-Baqarah 2:172) Kemudian Rasulullah SAW menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, rambutnya kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit dan berkata: 'Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!' Bagaimanakah doanya akan diperkenankan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram? (Riwayat Ahmad no. 8348, Muslim no. 1015 dan at-Tirmizi no. 2922)

    ada yg persoalkan kalau dah taubat xkan Allah x perkenankan doa? tapi sebelum tu, apa syarat2 taubat?
    1. Berazam dan bertekad untuk MENINGGALKAN (tidak akan mengulangi lagi) perbuatan dosa yang telah dilakukan.
    2. MENYESALI terhadap perbuatan dosa yang dibuat.
    3. Bersegera MENINGGALKAN dosa yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah.

    kita disuruh mengikut apa yang betul dan tinggalkan apa yang salah.. tak kisahlah walau siapapun yang melakukannya atau menyuruhnya. hatta dari kalangan ahli ibadah atau agamawan sendiri.

    dan apapun isu yang ditimbulkan.. semuanya berbalik pada satu persoalan. 'Di manakah tahap kepentingan Allah dalam hidup kita?' wallahu a'lam.

    aku mintak maaf sgt2 sbb komen aku pjg sgt n kalau2 ada yg tak sependapat dgn aku, sebab setiap orang ada pandangan tersendiri..kan? tapi yg penting, hubungan sesama saudara seIslam kita jaga. =peace=

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh aku xkisah..aku lagi suka komen yg camni..:D

      Delete
    2. okey..aku setuju komen yang ni..aku rasa siapa jer, kalau baca komen kat atas ni, insyaAllah akan faham..

      untuk aku yang ilmu tak seberapa, aku memang harap akan jumpa komen2 yg macam ni..bukan aku menidakkan pandangan ustad..cuma aku ni jenis yang tak terus terima sesuatu tu bulat2..

      aku persoalkan kerana statement tu nampak general dan tak disokong oleh hujah apa2..seolah2 itu cuma pendapat peribadi..personal view seorang ustad..sebab tu la aku tanya kat mana justifikasi yang menyokong statement tu..hahaha

      kesimpulannya, aku rasa komen ko kat atas ni menjelaskan byk perkara..

      Delete
    3. memang elok pon perangai camtu.. kena dapatkan dalil2 dulu b4 percaya sst stetmen.

      ada kawan aku emel satu doa kat aku..doa ditunjukkan kebenaran n kebatilan.

      اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا

      اجْتِنَابَهُ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِين

      Allahumma arinal-haqqa haqqan warzuqnat-tiba'ah, wa arinal-batila batilan warzuqnaj-tinabah, bi rahmatika ya arhamar-rahimin.

      Ya Allah! Tunjukkan kami kebenaran sebagai kebenaran dan kurniakan kami kekuatan untuk mengikutinya. Dan tunjukkan kami kebatilan sebagai kebatilan, dan kurniakan kami kekuatan untuk menjauhinya, dengan rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.

      evendoh masih belum tinggalkan xtvt merokok, tp jgn x berdoa pulak. sebab manusia mmg takkan sunyi dari buat silap kan? mintak la Allah bagi kekuatan n permudahkan cara utk tinggalkan xtvt2 camtu.. or jgn sampai ulang balik kesilapan tu.

      Delete
  8. setiap ayat yg diluah, pasti akan disalah ertikan.. yelaa tak semua org dpt baca dan paham benda yg sama kan?? =)

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top