Header2

• 23 December 2013 •

Donald Duck 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entry ni adalah lanjutan kepada entry yang sebelumnya.


Waktu aku berdiskusi dengan nutritionist tempoh hari, sempat la jugak kitorang berbincang tentang suatu isu ni. Iaitu tentang hukum merokok. Sebab sejak kecik, aku belajar dan diajar bahawa merokok ni hukumnya adalah makruh. That nutritionist tu pun bersependapat tentang perkara ni. So kitorang bersetuju bahawa merokok ni hukumnya makruh.

So kat sini aku nak tanya korang. Hukum merokok ni sebenarnya apa? Makruh ke haram? Ni bukan untuk berdebat, just nak tanya. Sebab kedua-dua hukum tu mewujudkan beberapa persoalan yang berbeza. Apa persoalannya? Okey, persoalannya ni aku bahagikan kepada dua.


Kes 1: Makruh

Kalau kita sependapat bahawa hukum merokok adalah makruh, maka secara logiknya kita boleh menganggap bahawa statement Ustaz Ahmad Dasuki adalah terbatal. Betul kan? Sorry kalau salah. Aku pun sebenarnya tak berani nak berbincang soal hukum, sebab aku tak layak. Tapi kalau based pada apa yang aku belajar, merokok adalah makruh. Dan dari segi hukum, aku tak dapat nak bersetuju dengan statement ustad tu.

Clear? Okey, kes 1 selesai..


Kes 2: Haram

Yang ni akan ada banyak persoalan. Bukan kerana aku mempertahankan hak mengisap rokok, tapi kerana aku belajar dan diajar bahawa pada asasnya, adalah makruh untuk mengisap rokok. So soalan pertama, semestinya aku inginkan justifikasi dan hujah yang kukuh, yang boleh yakinkan aku, bahawa sebenarnya, hukum merokok bukannya makruh. Tapi haram.

Clear? Okey, kes 2 selesai..


Kes Lanjutan.

Yang ini adalah lanjutan kepada Kes 2: Haram. Sebenarnya ini tak penting pun. Bila saja aku diyakinkan bahawa hukum merokok adalah haram, bermakna segala soalan lanjutan dah tak perlukan sebarang jawapan. Yer la, kalau dah hukumnya haram, bermakna ia haram.

Untuk kes ni, aku mempersoalkan status menjual dan menghisap rokok kat Malaysia. Kalau haram, kenapa penjualannya masih berleluasa? Kenapa rokok tak diharamkan sepertimana pengharaman Shisha? Kenapa penjualan rokok tak diharamkan kepada orang Islam sepertimana penjualan arak? Kenapa? Sebab penyumbang cukai untuk kerajaan ke?

Clear? Okey, kes lanjutan selesai..


Kesimpulan.

Errr..sebenarnya, ada banyak lagi benda yang aku nak taip. Tapi elok rasanya aku sambung untuk entry yang akan datang. Korang yang mana sudi, tolong la jawab soalan aku. Walaupun daripada pembacaan sendiri, ada beberapa benda yang aku anggap telah terjawab, tapi aku nak tau jugak apa pendapat and pandangan korang.

So, jumpa next two entry yer. Sekian, terima kasih.

p/s: entry aku pasal rokok jer? ceh!!!


6 comments:

  1. Encik/Cik,

    Setahu saya, merokok memang diharamkan dalam Islam. Malah pengharaman ini juga telah disebut jelas dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia tahun 1995. Baca SINI.

    Cuba kita tengok dari sudut ketara lain. Merokok memang jelas membahayakan kesihatan. Adakah dengan merokok boleh menyebabkan peparu menjadi lebih sihat? Adakah dgn merokok boleh menyebabkan bibir menjadi semakin merah? Adakah dgn merokok dapat menyebabkan gigi menjadi putih dan tersusun melainkan rabak sana sini? Adakah merokok menghasilkan bau wangi yg menyenangkan orang di sekelilingnya melainkan bau yg dihasilkan memeningkan kepala? Adakah merokok tidak akan menyebabkan penghisapnya terbatuk-batuk yg mana kita tahu batuk merupakan salah satu tanda permulaan penyakit berbahaya?

    Saya pasti kita semua blurrr tentang hukum sebenar merokok. Tapi sebagai seorang manusia apatah lagi Islam, kita disaran agar menjaga kesihatan dengan baik. Dan adakah merokok itu salah satu cara menjaga kesihatan dengan baik seperti disarankan oleh Islam? Bukankah perkara yg membahayakan manusia secara automatiknya jatuh HARAM dalam Islam? Tepuk dada, tanya iman. Titik.

    "Kalau haram, kenapa penjualannya masih berleluasa? Kenapa rokok tak diharamkan sepertimana pengharaman Shisha? Kenapa penjualan rokok tak diharamkan kepada orang Islam sepertimana penjualan arak? Kenapa? Sebab penyumbang cukai untuk kerajaan ke?"

    Sebab Pak Menteri pun hisap rokok Bai.. (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..nice info..sbnrnya aku memang ada baca pasal artikel JAKIM masa tengah draft entry ni semalam..:D

      Delete
    2. aku pernah buat tugasan ni masa sem 2. terbeliak biji mata baca info-2 nih... nasib tak terkeluor je.

      Delete
  2. apa yang ustaz2 tu ckp aku takmo komen..dia lebih tau..cuma kalau bab rokok je..ulama dah fatwa haram tu, haram la jugak beb..tp aku paham perokok ni rasa ape..haram sekalipon tetap tak leh tinggal..aku pon perokok gak kan..camtu gak ngan lain2 benda haram..dah tau haram, nak buat jugak..

    tp nak haramkan rokok tu aku rasa tak mungkin la..arak yang diharamkan utk org islam pon boleh beli suka2 hati..inikan rokok..nasib ramai islam tau geli ngan babi tu..kalau tak kompom babi pon nak makan walaupon hukumnya sama je..haha..

    ReplyDelete
  3. cakap pasal rokok.. sebagaimana yang difatwakan. sebabnya, rokok ni memudaratkan kesihatan.. kita umpama bunuh diri slowly.. so, bila kita umpama bunuh diri slowly, sedangkan kita tak layak untuk buat gitu terhadap diri kita sendiri.. aku berpegang kepada yang difatwakan.. kerana menjaga kesihatan diri/ nyawa itu adalah yang wajib di dalam islam dengan tidak mengambil sesuatu yang memudaratkan kesihatan.. tapi, aku faham jugak kalo dah merokok tu, mest susah kan.. hmm, ce try rokok letrik? bleh kot..
    rokok, bukankah penyumbang ekonomi terbesar malaysia.. dats y xboleh stop.. setahu aku lah..

    ReplyDelete
  4. hahaha.. sebabnya tax dari penjualan rokok tu salah satu pendapatan negara kot??

    betul ke??

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top