Header2

• 27 December 2013 •

Donald Duck Kembali

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Heh..tajuk kemain..kahkah! Okey. Ini bahagian terakhir. Kot.
Walaupun daripada pembacaan sendiri, ada beberapa benda yang aku anggap telah terjawab.
Sebenarnya sambil-sambil aku taip entry Donald Duck 2, aku sempat la jugak menjengah ke laman web Portal Rasmi Fatwa Malaysia. Aku terjumpa dan baca satu artikel tentang Merokok Dari Pandangan Islam. That's why aku taip ayat yang macam kat atas tu. Sebab aku tau, daripada pembacaan tersebut, secara tak langsung membuatkan beberapa persoalan aku telah terjawab.

Secara ringkasnya, pada 23 Mac 1995, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan. Tahun 1995. Haram.

So daripada pembacaan tu, aku mulai nak menerima bahawa hukum merokok adalah haram. Instead of makruh sepertimana yang aku dah belajar masa kecik-kecik dulu. At least, dah mula nak menerima la. Sebab secara jujurnya, time tu la aku baru tahu tentang kewujudan fatwa tu. Teruk betul aku..hahaha.

Tapi, bila mana aku baca ayat kat bawah, aku jadi straight face.
Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci Al-Quran.

Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya.
Jangan salah faham. Bukan aku menidakkan pandangan ulama, menolak fatwa ataupun memperkecil pendapat mereka yang lebih arif dalam ilmu agama. Bukan macam tu. Cuma aku tak puas hati bila hukum haram tidak boleh disamakan dengan hukum yang haram.

Pada aku, kalau haram tu haram la. There is no such things as haram tapi tak berapa nak haram. Or haram tapi tak boleh disamakan dengan yang haram. Seolah-olah hukum tu bertindih dan boleh dipertikai. Secara tak langsung membuatkan kita keliru, seterusnya meremehkan fatwa tersebut. Isn't it?

Dan pada aku jugak, hukum tersebut membenarkan rokok boleh terus dijual berleluasa kepada sesiapa saja. Even ada jer kot dikalangan Pak Imam ataupun Pak Haji yang hisap rokok. Budak-budak apatah lagi. Sedangkan aku yang akhir remaja ni pun baru baca pasal fatwa tu, tak mustahil la kalau budak sekarang langsung tak tahu.

Kita tengok iklan. Kita nampak bahawa hari-hari dipaparkan tentang bahaya menghisap rokok. Tapi kita langsung tak nampak iklan yang menyatakan fatwa tentang hukum merokok. Padahal fatwa tu daripada laman web government sendiri. Jadi apa guna ulama bersungguh mengkaji hukum tersebut sedangkan penguatkuasaan terhadap hukum tu langsung tak disebar atau diingatkan? Sia-sia yer dak? Seolah-olah tak menghormati fatwa yang dikeluarkan.

Kau sahkan haram. Tapi kau tak maklumkan haram.

Ada maklumkan ghopenyer. Beta baru jumpa artikel ni kat paper..hahaha.

Jadi conclusionnya di sini, walaupun KADANG-KADANG artikel tu dah dikeluarkan, walaupun dah difatwakan haram, tapi aku sendiri tak nampak yang kerajaan akan mengharamkan penjualan rokok. Maybe tak akan. Sebab duti eksais, cukai dan lesen terhadap tembakau serta rokok tu sendiri merupakan antara punca pendapatan yang terbesar negara, if not yang paling besar la. Dan selagi benda ni berterusan, selagi ditutup sebelah mata, maka selagi itu jugak la kita-kita ni akan terus menghisap rokok, serta mempertikaikan tentang perbezaan hukum menghisap rokok.

Yer la. Sedangkan arak dah sah-sah haram pun ada yang beli. Inikan pulak rokok yang haram tapi tak boleh disamakan dengan yang haram, lagi la tak ada orang peduli.

Kesimpulannya, aku harap aku akan berhenti merokok. Walaupun aku bukan kategori perokok tegar, tapi aku mengaku, memang rasa susah sebenarnya nak berhenti merokok. Cuma, niat nak berhenti ni bukan sebab pertikaian hukum haram atau makruh. Tapi untuk diri sendiri. Berjaya ke tidak tu tak tahu la, kita tengok setahun lagi.

Sekian, majulah sokan untok negara. Terima kasih.

p/s: esok interview..cuak woi!!


11 comments:

  1. gud luck utk brenti merokok...
    gud luck jgak utk inteview tu... ;D

    ReplyDelete
  2. mungkin haram tu kategori haram yang ringan kot..cam najis jugak..hehe..ok ni gurau je..

    kerajaan lebih haramkan vapor sebab takde cukai..kihkihkih..

    pengharaman yang dimaksudkan tak sama dengan arak tu ko toksah pening bro..bezanya cuma rokok ni haram tpi tak tertulis dalam Al Quran..tu je diorang nak highlight sebenarnya..memang takleh disamakan la sebab hukum arak tu Allah dah tetapkan, hukum rokok ni plak manusia yang buat..

    tapi kan dia tulis..

    Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya.


    aku rasa jelas dah kot..hukum ni difatwakan lepas dipersetujui semua ulamak, dan mufti..hukum ni kan boleh berubah ikut masa, keadaan dan lain2..dulu takda rokok, la ni ade rokok..hisap rokok haram sebab memudaratkan, tp mungkin jadi makruh pulak kalau rokok tu ko makan..gitu la kekdahnye..

    ado lagi tak paham.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tu aku faham la..memang jelas dah hukum tu diistinbatkan oleh para ulama..

      cuma dalam masa yg sama, bila baca tu aku rasa macam hukum tu tak berapa nak strong..seolah2 boleh jer dipertikaikan..kalau nak ikut, ikut la..kalau taknak ikut, terpulang..haaa camtu la ibaratnya..padahal benda tu dah difatwakan..hahaha.

      then, pertikaian pasal hukum ni berterusan sebab jarang bebenor or hampir x pernah diwar-warkan tentang fatwa ni..padahal dah hampir 19 tahun.

      aku rasa kalau daripada kecik budak2 dah faham hukum haram merokok, instead of bahaya merokok, maybe jumlah perokok setiap hari takde la sebanyak macam hari ni..maybe aku sendiri pun takkan merokok..

      agaknya la..

      so kalau jumlah perokok berkurang, nanti lama-lama kerajaan la rugi..kehkeh..

      Delete
    2. apa yg ko rasa fatwa tu lemah dan boleh pertikaikan plak?..diorang nak buat fatwa tu bukan senang bai..bab orang nak langgar hukum tu terpulang la kan..jangan cakap hukum fatwa yang manusia buat, yang hukum Allah buat pon orang langgar...tp bg aku yang kurang ialah bab perlaksanaan hukuman bila buat perbuatan haram merokok tu takda apa2 hukuman yang boleh djatuhkan keatas pesalah..

      bab ni kene kaji balik..kurang tegas kat situ la aku rasa..kalau minum arak orang islam takut jugak kantoi sebab ade hukaman dan ada akta dalam hukum syariah..ikut islam patut sebat 80kali..tp rokok ni orang tak pandang pon haram walaupon dah diharamkan..so bebas sebebas2nye la ibarat minum arak ditempat awam tanpa ade pihak agama islam ambil tindakan..

      nak didik masyarakat bab tu memang kene start dari peringkat bawah balik mcam kita masa kecik2 tau babi arak tu benda haram..tp rasanya skg pon dah ade inisiatif camtu sebab anak buah aku yang darjah satu ada citer, cikgu dia bagitau yang rokok tu haram..berita baik..

      Delete
    3. aku tau bukan senang diorang nak keluarkan fatwa tu..dah timbang, dah nilai and dah kaji sehabis baik kot..tapi aku tetap rasa fatwa tu macam tak cukup strong..xtau nak explain macam mana..hahaha

      maybe sebab aku sendiri masih merokok ke apa ke xtau la..normally org yg merokok mesti akan pertikaikan hukum ni yer tak?

      tapi betul la macam ko kata tu..perlaksanaan tu kurang..org x pandang rokok tu haram walaupun dah diharamkan..takde diwar-warkan kat tv..boleh dibeli bila2 masa..boleh hisap kat mana2..so kat situ sendiri org xnmpak apa yg haramnya..

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. ekceli kalau dorang x kuarkan stetmen camtu lagi banyak pihak yang akan pertikaikan. sebab hukum berkaitan rokok mmg takkan jumpa dalam al-qur'an atau hadis, tapi dorang kena keluarkan hukum (qias) bersandarkan pada bukti2 dan dalil2 yang kukuh.. dan bukan agamawan yang boleh istinbat hukum je yang terlibat, tapi pakar2 dalam bidang berkaitan pon terlibat jugak.

      hukuman bagi peminum arak di zaman Rasul SAW adalah 40 kali sebatan.
      Nabi telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim)

      tapi zaman khalifah Umar al-Khattab RA dinaikkan jadi 80 kali sebatan.
      Sesungguhnya Nabi SAW merotan (sebat) dalam kes arak dengan pelepah tamar dan sepatu, kemudian Abu Bakar (di zaman pemerintahannya) juga menyebat dengan 40 kali sebatan, di ketika pemerintahan Umar, beliau meminta pandangan orang ramai dari kampung dan desa lalu berkata : Apa pandangan kamu berkenaan sebatan bagi peminum arak?, lalu Abd Rahman bin Auf berkata : Aku berpandangan kita menjadikannya hudud yang paling ringan (merujuk kepada sebatan qazaf), maka Umar membuat keputusan untuk menyebat dengan 80 kali sebatan (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

      Berkata Ali RA : Rasulullah menyebat peminum arak 40 sebatan, Abu Bakar juga 40 sebatan, Umar menyebat 80 sebatan, semuanya adalah sunnah, dan ini (merujuk kepada 40 sebatan) adalah lebih aku sukai. (Riwayat Muslim)

      dalam usaha nak berhenti merokok ni seeloknya dibuat secara berperingkat. yang penting usaha kena ada n niat / matlamat kena betul. tapi jangan maintain je usaha tu.. biar ada peningkatan.

      Delete
  3. Take your time to change your habit. Setiap perkara ada step dia. Good luck (:

    ReplyDelete
  4. gud luck!!!
    jemput follow blog saya
    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Sila tazkirahkan Fik sekali :D

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top