Header2

• 04 December 2013 •

Dilanda Bencana

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ni 1st time aku update blog guna phone. First time tahu. Jadi segala ke-typo-an yg berlaku kat dalam entry ni adalah tidak disengajakan. Siapa yang membahan, aku akan marah. Haaa..jangan main-main. Aku garang ni!


Okey, Kuantan banjir. Meng-ga-la-mi hujan lebat, sederhana lebat dan tak berapa lebat dalam tempoh 3 hari. Non stop. Kalau siapa-siapa nak tengok gambar, pergi la kat pages KUANTAN. Banyak kot gambar kat situ.

ni jer gambar yang aku ada..

Rentetan daripada banjir dan hujan berpanjangan, semalam bekalan elektrik kat rumah aku terputus. Rumah jiran pun takde. And pagi ni aku dapat tahu, hampir kebanyakan kawasan kat Kuantan ni terputus bekalan elektrik. Stesen minyak pun meng-ga-la-mi kesesakan yang teruk dek kerana berpusu-pusunya umat mengisi tangki minyak mereka sewaktu ketiadaan elektrik.

Dan tadi, bos baru bagitau yang kawasan perumahan kitorang pulak meng-ga-la-mi gangguan bekalan air. Padahal tadi elok jer aku eksen-eksen dengan si Emma, bagitau yang air kat Kuantan ni dah banyak gila. Sampai melimpah-limpah..hahaha. Sekali malam ni jugak terus tak ada bekalan air. Haaa..macam mana tu. Air dengan elektrik takde. Nak charge phone takleh. Nak on wifi takleh. Nak mandi takleh. Nak beristinjak takleh. Nak masak takleh. Bosan kering la aku kat rumah..huh!

Aku bukan nak salahkan mana-mana pihak. Either BN or PKR or PBT or anything else. Dah nama pun bencana alam. Bukan kita boleh predict, bukan kita boleh jangka. Tapi, kalau aku boleh bagi pendapat dari sudut pandangan aku, aku akan persoalkan sistem saliran. Drainage system kat Kuantan ni yang menyebabkan berlakunya banjir di kawasan bandar.

Diulangi, di kawasan bandar.

Kalau kat kawasan luar bandar or perkampungan terdekat, logik la untuk dinaiki air. Sebab kawasan rendah. Ada kawasan berpaya. Ada sungai. Tu kira macam susah nak dielakkan la sebab sebelum-sebelum ni kawasan tu pun pernah dilanda banjir.

Tapi kawasan bandar ni, aku pelik kenapa sistem saliran macam kurang berfungsi. Contoh macam kat kawasan Megamall Kuantan. Air tu tak dapat nak disalirkan dengan betul ke dalam sistem yang sepatutnya. Longkang ada. Tapi tak dapat berfungsi secara efektif. Air rasa macam lembs je nak masuk dalam longkang.

Kesannya, bila hujan lebat selama sehari, kawasan tersebut dinaiki air. Dan bila hujan reda sedikit, even tak berhenti sepenuhnya, air akan mulai surut. Ini bermakna, kawasan tu bukan takde sistem saliran langsung. Ada jer. Cuma keberkesanannya tu tak seberapa.

Tahun lepas berlaku jugak banjir kilat kat daerah Kuantan. Tapi tak seteruk macam banjir kali ni la. Yang ni lagi teruk. Tempat yang sama, kawasan yang sama. By right, bencana tahun lepas sepatutnya dijadikan iktibar. Sepatutnya dah ada standby langkah-langkah kawalan dan cara mengatasi masalah ni.

Tapi, benda yang sama jugak berlaku untuk kesekian kalinya.

Kesimpulannya, awal-awal jer aku draft entry guna phone. Then balik kerja tadi, elektrik dah ada. Boleh la aku taip sesuka hati sambil membetulkan mana-mana typo yang aku jumpa. Cuma masalah sekarang, air takde. Jadi persoalan pulak bahawa esok aku nak mandi kat mana, nak makan kat mana.

Kesimpulannya lagi, harap-harap bencana kali ni membuka mata pihak-pihak berkenaan untuk perbaiki sistem saliran sedia ada. Leceh kot kalau kawasan bandar pun lumpuh. Elektrik takde, air takde, lampu isyarat tak menyala, kesesakan teruk, takleh masak kat rumah, kedai makan kat luar banyak yang tutup, kelaparan, terpaksa makan kat mamak, eh lapar tahu tak?

Dah, itu je kesimpulannya. Sekian, terima kasih.

p/s: draft entry guna phone ni leceh tahu?


10 comments:

  1. Patutlah xde typo..dah dibetulkan rupanya..!

    Haaa...xnak belajar dari pengalaman, inilah jadinyakan..!
    makin teruk adelah..

    apapun harap banjir cepat surut..dan lepas surut, mohon pihak yg bertanggungjawab betulkan saluran2 yg tak berfungsi tu...

    sekian.... ^_^

    ReplyDelete
  2. tetibe ada bn, pkr bagai......hahahahaha

    ReplyDelete
  3. Mungkin sampah tersumbat kot kat mana2 dalam longkang tu. Nak tunding jari pun dah tak boleh. Tapi jika dorg dah pkr hal ni dulu, dorg ptt dah kenal punca air masuk bandar, jadi siap2 korek satu saliran ke pe yang boleh lalukan air melalui terusan ni bila banjir. Tuk elak terusan ni sumbat masa hari2 biasa, tutuplah. Bila banjir besar camni, buka.

    Banyak kedai makan tutup, stall mamak masih buka ke? Gila hebat mamak tempat ko berniaga. Ko nek je kapal selam H bagi elak kesesakan. Hoho..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. kesimpulannya...

    bandar ialah kawasan yang tak jangka dia jadi bandar...

    jadi, langkah2 penambaikan perlu dilaksanakan...

    sekian, terima kaseh.

    ReplyDelete
  6. tahu..eh H, umah sya ade air. mari le haha..angkuhnya kan

    ReplyDelete
  7. Semoga Allah melindungi kalian di sana..aminn

    ReplyDelete
  8. aku tau... aku tau.. update blog guna henfon macam rasa nak meletup je sebab... err... nak tau sebabnya kena try sendiri. umha ko area mana h/ kampung aku tahun ni banjir jugak mcm tiap2 tahun tapi banjir biasa2 je. tapi area bando mmg paling teruk aku rasa. napa sekarang baru sistem saliran tu kurang efektif ye. aku rasa sebab pembinaan east cost mall tu la. dgn zenith hotel tu semua. sbb sebelum ni mana ada banjir bandar kuantan. ke ko rasa cemana.

    ReplyDelete
  9. tumpang sedih sebab mengalami gangguan bekalan air besih. :P dah ad air blm? hahaa

    ReplyDelete
  10. baru teringat H kat kuantan.. mohon sabar ye.. =)

    kalau dah kejadian sebelum ni pon buat dono jer, agak2 kali ni ada kelainan??

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top