Header2

• 07 December 2013 •

Dugaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sepanjang 2 hari lepas, cuaca nampak dah makin okey. Matahari dah mula keluar macam biasa. Bandar Kuantan kira boleh dianggap pulih la. Cuma kawasan luar bandar yang masih teruk terjejas.

Hari tu, aku dengan Encik D makan kat point A - Tanjung Api. Then lepas makan, destinasinya nak balik ke site office, kat point E. Dekat jer sebenarnya. Tapi dek kerana cuaca yang elok, Encik D decide nak tengok-tengok kawasan banjir di sekitar Sg. Isap. Dikhabarkan jalan daripada bandar ke Permatang Badak ditutup, tapi jalan daripada Permatang Badak ke bandar dah beroperasi semula.

So Encik D susur ke kiri, ikut jalan Kempadang - Sungai Soi - Indera Sempurna. Kawasan kat Indera Sempurna tu dah surut. Kesan-kesan banjir jer yang masih ada. Dengan perdu kayu dan akar pokok sebesar kaki gajah tertinggal kat pembahagi jalan. Agak teruk jugak la kawasan tu.

Then bila lepas simpang tiga dekat-dekat Taman Impiana Perdana tu, keadaan mulai sesak. Kitorang mengambil masa 1 jam hanya daripada situ sehingga la ke Paya Besar kat point C. Then last-last dapat tau jalan tu ditutup. Semua kenderaan terpaksa u-turn. 1 jam perjalanan nak tengok banjir kat Sg. Isap nampaknya hanya suatu yang sia-sia. Sebab kitorang tak dapat pun nak sampai kat sana.

Jadi bila dah patah balik, option lain ialah lalu kat Bypass. Situ pun banjir jugak, kat area Bukit Rangin. Baru surut time tu. Boleh nampak la kesan water level kat dinding-dinding rumah. Hampir-hampir ke bumbung la jugak. Ada sesetengah rumah tu, bumbung pun tenggelam. Itu baru tengok daripada luar. Kalau dalam rumah, tak tau la macam mana. Total lost agaknya.

Bila tengok kemusnahan kat tempat orang, sedih ada, kesian pun ada. Yer la, majoriti yang duduk kat kawasan luar bandar ni bukannya orang senang. Sedangkan orang senang, nak tampung hidup anak beranak setiap bulan pun kadang-kadang tak cukup. Inikan pulak golongan yang tak berapa nak senang. Ditambah pulak dengan ujian dan dugaan yang macam ni. Dengan bahan makanan, pakaian, kenderaan, peralatan rumah, alat-alat elektrik, boleh dikatakan hilang semua dan segala harta yang ada.

Atas sebab tu, aku dengan kawan-kawan office cuba tolong mana yang patut. Kalau dari segi kewangan, aku pun bukannya senang sangat. Tapi ada la jugak stok-stok pakaian dalam lama yang aku dah tak boleh pakai. Aku syak semua tu salah mesin basuh. Semakin kerap aku cuci, aku rasa pakaian tu makin lama makin mengecil. Terutama kat bahagian pinggang. Geram betul!

Errr..berbalik kepada entry.

Aku sebenarnya baru balik daripada Kemaman, menghantar sedikit bantuan kat sana. Sebelum tu kitorang dah jenguk pusat-pusat penempatan sementara kat Kuantan. Tapi disebabkan liputan yang meluas terhadap Kuantan, ditambah pulak dengan keadaan banjir yang dah semakin reda, kitorang berpendapat bahawa mangsa banjir kat sini dah dapat sumber bantuan yang secukupnya.

Last-last, kitorang tak jadi nak bagi kat area Kuantan. Yer la, dah alang-alang nak bagi, kalau boleh biar la sampai kat mereka yang betul-betul memerlukan. Jadi, after few discussion, kitorang decide nak hantar ke Kemaman.

Oh ya, walaupun yang baca blog aku ni berapa kerat jer, tapi aku nak inform jugak. Kepada korang yang rasa nak bagi sumbangan, tak kira dalam bentuk kewangan atau barang keperluan, tapi tak tau nak hubungi siapa, boleh check kat pages KUANTAN atau Fynn Jamal. Aku rasa banyak jugak info bantuan kat sana.

Kalau nak aku tolong pun takde masalah, insyaAllah aku cuba usahakan mana terdaya. Tapi kalau boleh, kalau korang nak menyumbang la, tolong jangan salurkan sumber kewangan kat aku.

First, takut terlepas pandang, takut terguna, takut tak terguna, takut tergelap mata atau sebagainya. Duit punya hal, takleh buat main woi. Kecuali la kalau korang memang dah niat nak sumbangkan sebahagiannya kat aku..hahaha.

Second, kalau korang salurkan kat aku pun, aku tetap kena salurkan kat tempat yang sepatutnya. So buat apa nak double handling.

Third, duit memang penting. Cuma dalam keadaan sekarang ni, duit bukan betul-betul penting. Kalau salurkan kat aku, aku tetap kena beli barang-barang yang sepatutnya. Sebagai contoh, bahan makanan, ubat, pampers, pakaian dalam, tuala wanita, selimut, dan sebagainya. Aku tak punya banyak masa nak belikan semua benda. Dan aku sendiri sebenarnya tak boleh nak beli semua benda. Sebagai contoh, pakaian dalam dan tuala wanita. Segan woi!

Fourth, aku keberatan nak bagitau korang nombor akaun aku..kehkeh. Yang ni tak penting pun sebenarnya. Kalau korang betul-betul nak salurkan bantuan kewangan untuk mangsa banjir, takkan la aku tergamak taknak bagi nombor akaun..hahaha.

Kesimpulannya, terpulang la korang nak bagi sumbangan ke tidak. Kalau tanya pendapat aku, aku harap korang bagi la. Tak dapat bagi sumbangan harta benda pun tak apa. Memadai la sumbangkan doa semoga ujian dan dugaan hidup mereka dipermudah.

Hari ni hari mereka. Esok lusa, mungkin, siapa tahu hari kita.

Sekian, terima kasih.

p/s 1: kalau ada niat, korang tahu cari aku kat mana..

p/s 2: hari ni hujan lebat gila..dengar-dengar cerita, bakal ada gelombang ke-2..


4 comments:

  1. Laju aku baca entry ni sebab kekeliruan dalam mentafsir segala point2 and tempat.. mata aku telah dapat mengdetect banyaknya perkataan tuala wanita dan pakaian dalam. woiii!ke aku je yang terlebih alert dalam mengscan perkataan terbabit?

    aku pun tumpang simpati dengan ape yang melanda saudara2 kat sana <---- kenapa ayat ni macam poyo sgt? doa.. doa.. xleh nak bantu kewangan, derma, makanan etc boleh doa...

    aku terpikir nak bagi sumbangan dalam bentuk kewangan nie.. so aku memerlukan nombor akaun kau.. mohon pm dgn segera... takkan kau tak tergamak nak kasi kan

    ReplyDelete
  2. kami kat sini siap kumpulkan baju2 yg tak boleh di pakai tapi masih dlm keadaan elok utk di beri.. =)

    ayat salahkan mesin tu lebih kurang encik zahidi je taw.. boleh ke dya salah kan mama sebab basuh baju tu sampai baju tu jdik kecik.. -.-"

    ReplyDelete
  3. no akaun H..H kedekut nama gggrrr

    sama2 la kita doakn semoga urusan mereka semua dipermudahkan

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top