Header2

• 19 December 2013 •

Dari Parti Mana?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebenarnya daripada hari tu aku nak taip entry ni. Tapi macam biasa la, aku malas. Aku rasa malas masa kecik tu tak pernah habis. Dari dulu sampai la sekarang.

Entry ni adalah berhubung dengan Doalan Dudah VI yang aku publish minggu lepas. Tentang kisah yang terjadi kat salah satu tempat yang kitorang pergi. Bila mana ada seorang pakcik bertanya, bahawa bantuan yang kitorang hantar tu datangnya daripada parti mana.

Untuk mengelakkan sebarang provokasi, mahupun sokongan atau cemuhan berbangkit terhadap mana-mana parti, ada baiknya aku rahsiakan jer sisi politik pakcik ni.

Perkara pertama yang menujah kepala hotak kamu aku, adalah rasionalnya soalan yang dikemukakan pada waktu tu. Yer la, tanya pasal parti politik. Walaupun aku lukis cuma seorang, tapi manusia kat pusat menempatan tu bukannya dia seorang. Either jawab BN or jawab PR, ada jer kemungkinan bahawa pakcik tu sendiri atau mangsa-mangsa yang lain akan terasa hati.

"Elleh, nak kata parti awok baik lettew"
"Alaaa..parti lain pun ada jugak datang membantu"
"Bagus parti awok ni, bukan macam parti se lagi tu"
Dan lain-lain.

Itu satu hal. Membuatkan soalan yang sesenang itu terasa susah bebenor untuk dijawab.

Satu hal lagi, kitorang memang tak mewakili mana-mana parti. Even keenam-enam tu tak berpihak kepada BN, tapi hakikatnya sumbangan kecik tu bukan untuk menaikkan parti yang satu lagi. Sumbangan tu atas ihsan, usaha dan duit sendiri. Encik S terutamanya. Sebab dia yang banyak deal untuk dapatkan bantuan daripada KL. Lori tu pun daripada kenalan dia yang sudi membantu. Sesen pun kitorang tak dapat daripada aktiviti tu.

Macam aku taip kat facebook la, ini isu kemanusiaan. Tak salah rasanya kalau kita cuba membantu. Hari ni kau tolong orang lain. Entah-entah esok lusa, kau pula perlukan pertolongan daripada orang lain yang lain-lain. So tak timbul isu bahawa bantuan tu semestinya sumbangan daripada parti-parti tertentu.

Tapi, ada tapinya.

Tapi aku tak salahkan that pakcik or siapa-siapa kat pusat penempatan yang tanya soalan macam tu. Secara logiknya, siapa-siapa kat pusat penempatan akan terima apa jer bantuan yang tiba. Tak kira la kau parti sardin cap ayam ke, parti minyak cap keris ke, parti minyak yu yee cap limau ke, ketibaan apa jer jenis bantuan memang sangat dialu-alukan. Sangat dihargai.

Macam orang dalam kubur yang harap disedekahkan doa dari mereka yang masih hidup. Macam tu la ibaratnya. Contoh jer.

Cuma, rasional terhadap soalan-soalan sedemikian mungkin lebih kepada untuk menilai. Melihat golongan mana yang sanggup turun padang dan bersusah payah merasai dugaan dan keperitan yang diorang alami. Mungkin itu jer rasionalnya. Kot. Yer la, diorang yang undi masa pilihanraya tempoh hari. So, nak jugak diorang tengok sama ada yang hulurkan tangan tu adalah orang yang mereka sokong atau orang yang mereka benci.

Kesimpulannya, tak semua orang macam tu. Tak semua orang akan tanya se-direct pakcik tu. Dan motifnya pun mungkin bukan untuk menitikberatkan perbezaan ideologi dan fahaman politik, hanya sekadar nak tahu dan niat nak ambil tahu.

Itu jer. Sekian, terima kasih.

p/s: "kitorang dari parti buih"..boleh ke jawab camtu? :p


8 comments:

  1. Baguslah kalau diorg boleh terima bantuan mana2 parti...

    Lagipun...kalau memilih mcm belagak xbertempat lak nantikan..

    Ade eh parti buih...baru tahu...
    (-_-#)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parti buih guna sabun pencuci Daia kot? Hehe

      Delete
  2. parti buih kau?

    meletup...

    patutla bantuan cepat sampai, datang pakai buih...

    hahaha.

    ReplyDelete
  3. nasib pakcik tu tak tanye macai ke barua..kehkehkeh..

    ReplyDelete
  4. Time-time terdesak ni, mangsa dah tak kisah dah dari parti mana. Asalkan dapat meringankan beban mereka, dah cukup bersyukur dah.

    ReplyDelete
  5. aku setuju dengan kemungkinan yg ko bagi tu. Kalau aku pon memang menggelupur nak tau parti mana yg bagi sumbangan demi untuk menilai siapa yg lebih sanggup bersusah demi rakyat. Pandei jugok awok cakap kuantan ye.

    *en S tu nama sebenar dia Shaifuddin ke?

    ReplyDelete
  6. setakat tanya parti rasanya ia normal kot. Kalo akak pun konfem tanya jugak. saje tambah pengetahuan kekdahnya. hahaha....

    ReplyDelete
  7. bersangka baik jelah.. mgkin p.cik tu risau pertolongan trsebut dtg dari parti b, so dya xnk la ada report lepas tu.. kan diorang ni nak yg elok2 je.. eh.. betul ke?? opsss~

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top