Header2

• 10 April 2012 •

Sedekah

Kepada perasaan yang sangat aku agungkan..

Janggal rasanya bila terpaksa memandang ke dasar langit dengan mata yang tak mampu dibuka. Ibarat menanti hadir satu rasa, lebih dari apa yang mampu aku jangka. Umpama menunggu datang satu suara yang jaraknya jauh. Terlalu jauh dan tak mampu aku dakap walau sehabis tangan dibuka..

Aku kira satu senyuman palsu mampu jadi topeng kepada semua perkara. Tanpa aku sedar, rupanya aku tak dapat biaskan apa yang aku rasa dari mata aku yang merasa. Kejam bila terpaksa berlaku kejam pada diri sendiri. Walhal hakikatnya aku lelah mencari penawar untuk ubati lelah di hati..

Kalaulah perasaan ini mampu aku lakar pada sekeping kertas kosong, aku percaya yang kertas itu akan sentiasa kosong. Simbolik pada cebisan-cebisan perasaan kosong yang selalu aku usung. Dalam masa yang sama, kekosongan itu seakan terlalu sarat tak tertanggung..

Bantu orang lain, secara tak langsung kau akan bantu diri sendiri. Atau mungkin dengan izin Ilahi, orang lain akan bantu kau di lain kali. Aku pesan kepada aku. Aku pesan kepada diri. Aku pesan kepada cebisan hati yang kadang-kadang tak mampu aku mengerti..

Aku rindukan kamu dengan segala rasa di hati..


17 comments:

  1. Apa yg sunyi ni bro.. Rileks la.. Bab mana yg kosong ni? Ce crite kat sy skit.

    Apapun, part last tu btul. Klu kita slalu tlong org, kita auto akan happy. Taktau la bro. Mybe sbb kita mnusia kot. So bila tgk org happy, hati mnusia kita ni brlmbut jdi happy jgk..

    ReplyDelete
  2. Kau buat perasaan aku kecamuk bermuka kosong.

    ReplyDelete
  3. Sis AI: Hehe..lebih kepada karma sebenarnya..buat baik dibalas baik..:D

    Juno: Aku tak sengaja la..zzzz

    ReplyDelete
  4. Aduhai...gayat tengok AYAT AYAT..haha

    ReplyDelete
  5. encik h, sila dgr lagu Najwa Latif-Kosong hahaha :))

    ReplyDelete
  6. Apa yg mampu aku komen
    aku stuju apa yg Sis Ai.katakan

    Tgk org bhagia mampu buat kita bhagia
    hati berkecamuk layan keletah budak2 pasti terasa bahagia...-->itu akulah. Klau kau aku xtau..-_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la..aku pun sama..org cakap, budak2 ni boleh bagi kita warmest hug..rasa tenang jer..

      Delete
  7. sbb tu ada satu kata-kata tu :

    "bersedekah lah di saat kamu dlm sgt susah.
    insyaAllah haslinya indah "

    pernah try sedekah ms saat paling susah.
    alhamdulillah mmg indah rasa dia :)

    ReplyDelete
  8. bila kita tolong org hati akan rasa lapang kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia lebih macam kita tolong diri sendiri kot..rasa lega walaupun problem sendiri x selesai..hahaha

      Delete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top