Header2

• 01 April 2012 •

Paling Comel

Tiada ku sangka~ Bola-bola api~

Sebenarnya aku baru lepas tengok bola sebentar tadi. Man City lawan Sunderland kat tempat sendiri. Manyak cilakak punya Man City. Dah ketinggalan 1-3 boleh pulak pulun bagi seri..>:[

Aku kan, bukan aku tak sokong kemajuan Liga Malaysia tau. Aku sokong. Tapi entahlah. Daripada dulu aku tak suka sistem dalam Liga Malaysia ni. Format liga dah la tak tetap. Tahun ni guna format macam ni. Tahun depan atau 2-3 tahun lagi formatnya berubah lagi. Tak konsisten. Macam mana la nak maju..

Pasal pemain import pun sama jugak. Tahun lepas tak boleh. Beberapa tahun lepas boleh pulak. Tapi sebelumnya dah tak boleh. Ni sekarang ni dah kembali boleh. Badan induk FAM ni asal boleh agaknya. Tak ada pendirian tetap. Kesian Johor FC (tak ada kena mengena)..

The best part is, FAM selalu betul. FAM pasti betul. Jangan kritik FAM. Siapa kritik FAM hukumnya kena hukum. So kalau tak boleh kena kritik macam mana bolasepak nak maju. Dah pasukan Malaysia main teruk, takkan nak ucapkan tahniah sebab tak kalah teruk. Teruk betul la FAM ni. Langsung tak boleh kena kritik..

Kesimpulannya, FAM memang tak comel..*harap tak ada wakil FAM yang baca*

p/s: aci tak kalau nak cakap padan muka sebab kena godam petang semalam? :p


9 comments:

  1. Hahaha! Bro, diorg byk kaitkn FAm dgn politik kan?

    Taktau la bro.. Bola ni pun boleh kasi angkut dlm politik. Malaysia ni.. Tak terkata la bro. Lgi2 nk pilihanraya ni.

    ReplyDelete
  2. hampir semua sukan kat malaysia dipolitikkan..bolasepak..badminton..hoki..org yg pegang kepimpinan badan induk silap2 tak ada pengalaman pun pasal sukan yg diorg pegang..hehehe

    patutnya sukan tak boleh dipolitikkan..sama jugak mcm seni, tak boleh dipolitikkan..:)

    ReplyDelete
  3. Psal sulan plak.
    Errr..apa nk komen eak..
    Psal FAM tuh sjak kbelakangan nih mcam dah nk tunjuk blang masing2

    ReplyDelete
    Replies
    1. SKL ni rabun ea? ke menaip dalam gelap? hehehe

      Delete
    2. sesugguhnya itulah yg sebenarnya..hahahaha

      Delete
  4. ABAH pun selalu ckp nyampah nk tgk
    liga bola malaysia.kalo abg long lg
    la mmg x tgk langsung. layan EPL je
    rasenye kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakit hati kot tengok liga malaysia ni..hehehe..tapi musim depan johor kuat tau..yeahh

      Delete
  5. sya comel kan??? hihihi.. sya tetap sokong pasukan bola Mlaysia hihi

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top