Header2

• 07 October 2013 •

Omong Kosong

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bila tengok balik 2 entry yang lepas, rasa macam tak sangka pulak aku boleh buat entry wordless. Walaupun 1 jer Wordless Wednesday, tapi yang satu lagi pun kira wordless la jugak yer tak? Ke tak aci? Ke camne? Ah tak kira la aci ke tidak. Berdebat pun bukannya kita dapat apa-apa..hahaha.

Sebenarnya hari Selasa malam Rabu tu memang aku ada plan nak buat entry wordless. Cadangnya nak publish lepas pukul 12 tengahmalam la. But then, aku taknak wordless yang biasa. Aku cuba nak buat kelainan. Means, wordless tu kena lain daripada wordless yang aku dah biasa buat. Tapi tu la, sel-sel otak tak berhubung. Otak aku tak dapat nak berfikir secara kreatif. Last-last, aku rasa kalau aku tido mesti lagi baik.

Hari Rabu, masa kat ofis, kerja bapak banyaknya. Serabut kepala aku tengok meja betul-betul bersepah. So aku pun jadi malas. Dengan senang hati aku buka aplikasi Paint, lukis keserabutan aku kat situ. And yes, masa tu baru tiba-tiba dapat idea nak buat entry wordless..kehkeh. Jadi aku pun invert color, sebab nak bagi matching dengan background. Then add text untuk point out kat mana sebenarnya lukisan tu bermula.

Postscript? First, kepala aku serabut dengan segala macam kerja. Second, hati aku takde kat tempat kerja, dok serabut fikir camne nak buat side income. Third, aku meng-ga-la-mi keadaan lapar. Lapar gila. Itu jer reasonnya.

Then, sejak Khamis sebenarnya aku memang cadang nak buat entry baru. Benda nak ditulis tu ada, cuma rasa malas bebenor nak mula. Jumaat pulak ada bola. ATM vs. LionsXII. Kemudian ada Super Spontan. Memang agak kesuntukan masa la kan. So aku ingat, Sabtu baru aku start karang cerita.

Jumaat tu jugak, pukul 7.57 petang, Nur inform kat facebook yang blog aku tak boleh diakses. Pukul 9.34 malam baru aku reply, sebab bizi tengok bola..hahaha. And lepas habis Super Spontan, baru aku jenguk blog. Aku cuba buka blog Kopi Pasta, sebab dia pun guna domain dot my. Tapi tak boleh nak diakses. Maknanya, domain dot my masa tu mungkin ada masalah. Tak apa la kot, aku tukar jer ke domain lagi satu.

And yes, masa tu la idea Wordless Saturday aku bermula. Niat asal cuma nak bagitau yang domain aku at that time tengah bermasalah. Tapi aku malas nak taip panjang-panjang. So jalan mudah ialah printscreen and publish, habis cerita.

Kesimpulan daripada cerita di atas, aku sebenarnya nak buat entry pasal benda lain. Tapi sedar tak sedar, menjelaskan benda ni jer dah buat entry aku panjang berjela. Padahal bukannya ada orang tanya pun..kahkahkah.

Eh dah la. Lenkali jer aku cerita apa yang aku nak cerita. Sekian.

On the way - Sekadar gambar hiasan
p/s: ha'ah kan..semalam sepanjang Ahad aku buat mende?


13 comments:

  1. erkk....panjang betull.... H, awk tak tengok diari AF? heee.......

    ReplyDelete
  2. omong kosong beserta penjelasan.

    komen kosong sengaja mengisi ruang.

    ReplyDelete
  3. gambar cermin tu smart!

    ReplyDelete
  4. Ni la senja yg cntik tu H ye?

    ReplyDelete
  5. Kau buat mende H??

    Dating ke hari ahad?

    ReplyDelete
    Replies
    1. H...

      taknak balas komen, aku merajuk!

      Delete
  6. Dot my dah dua kali jugaklah kan buat perangai....

    Ehh..cerita apa sebenarnya yg nak diceritakan...?

    ReplyDelete
  7. memang betul2 omong kosong la entry ni. Hahaha.

    ReplyDelete
  8. hahhahaa...macam-macam ;)

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top