Header2

• 20 October 2013 •

Oposisi Separa Sisi - Episod 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ya, aku tahu. Aku tahu aku lama tak update blog. Aku tahu blog ni dah macam blog terabai. Aku tahu pasal tu. Maksud aku, kadang-kadang aku rasa aku tahu.

Dah, itu jer intro aku. Eh, ingat lagi tak pasal Encik R? Someone yang aku pernah mention kat dalam blog ni zaman dulu-dulu. Tak ingat? Ya, takpe, aku tahu..heheh. Untuk makluman, sejak awal tahun ni, Encik R dah tak kerja sekali dengan aku. Dia dah kena transfer kat Sg. Buloh, buat projek MRT. Haaa..yang ni boleh kira sebagai second intro.

Ketiadaan Encik R, bermakna ketiadaan la partner memasak untuk aku. Berat badan aku pun dah menyusut sekarang ni.  Dah tinggal dalam 65kg jer. Yer la, waktu zaman ada partner masak dulu, juadah boleh dikatakan agak lengkap. Siap ada side dish. Sayur, telur dadar, semua cukup. Encik R la yang rajin nak masak. Aku tukang bubuh garam dengan cuci pinggan jer.

Sekarang, after almost 10 months, aku memasak hanya untuk makan sendiri-sendiri. Takde dah nak buat telur dadar. Takde dah nak tumis sayur. Setakat bubuh tomato jer dalam masakan. Gila apa aku nak prepare lauk banyak-banyak. Siapa yang nak habiskan? Haaa..tau pun. Aku dengan tong sampah jugak yang kena habiskan. So nanti siapa yang rugi? Eh tak, bukan aku. Tapi Chuu. Chuu yang rugi..hahaha.

Okey, ketiadaaan Encik R jugak, bermakna aku dah tak keluar berjalan ke mana-mana. Kalau dulu, rajin la jugak mengulor pergi Megamall atau Kuantan Parade, walaupun hanya untuk membeli wallet. Takpun handphone, atau kasut.

Oh ya, Encik R la punca utama aku ada banyak kasut. Ada jer racun dia supaya aku beli kasut. So sejak dia takde, aku malas la nak keluar sangat. Sebab aku tau, kalau aku keluar pun, jarang sangat aku beli apa-apa.

Tapi walaupun aku tak save nombor dia, kadang-kadang aku contact la jugak dengan Encik R ni. In case kalau aku perlukan khidmat nasihat tentang beberapa perkara, aku akan rujuk kepada dia. Bukan sebab aku takde decision or meng-ga-la-mi kekusutan melampau sampai tak boleh nak fikir apa-apa. Aku ada jer direction yang aku nak. Cuma, sebagai orang yang lebih tua dan berpengalaman, aku percaya yang dia sentiasa ada pro and kontra terhadap apa yang aku fikir atau cuba usahakan.

Itu part yang best. Sebab dia akan state out benda-benda yang aku dah fikir even sebelum aku discuss perkara tu dengan dia.

Eh tak, tak. Jangan salah faham. Aku tak rindu pun kat dia. Suami orang tu woi! Agak-agak la..kahkahkah.

Kesimpulannya, entry ni bersambung. Ada episod-episod macam tajuk yang korang baca kat atas tu. Sampai episod berapa? Entah, yang tu aku memang tak tahu.

p/s: aku syak bulan ni maybe tak sampai pun 10 entry..


10 comments:

  1. p cari teman memasak baru cepat!! :D

    even org yg berpengalaman pon dya mintak pendapat orang lain la H..

    ReplyDelete
  2. Ingatkan Encik H sebaya dengan Encik R...
    Hemehemeheme.... :p

    Agak2 tersedak tak Encik R mlm ni..?
    Hahahaha....

    Dan Nur syak, episod seterusnya sebulan akan datang..
    Hahahaha

    ReplyDelete
  3. wahaaai encih H, tahukah anda blogku 1 entry per month? haha

    ReplyDelete
  4. Ala, tak mengaku plak ko rindu kat mr R. Hahah.. itu maknanya, ko kena cari 'horse'mate baru le. Ataupun, cari bedmate je terus. Chuu ke? Heheh.

    ReplyDelete
  5. best friend la katakan...

    ko carilah partner sorang. yang penting lain jantina...

    hehe.

    ReplyDelete
  6. kesian kat ko... partner dah berhijrah...

    lama tak singgah sini... ingat aku lagi tak??? hihihihi~~

    ReplyDelete
  7. hahahaha...kuruslah H sat g.

    ReplyDelete
  8. kesian chuu..chuu juga yg rugi H juga yg untung

    ReplyDelete
  9. aku pon dah lama tak singgah ke sini. tak tahu pulak kau dah lama mane x update tu -__-.. kirim salam kat Encik R kalau kau contact dy. Btw faham perasaan nk masak untuk diri sendiri tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. malas gile...bagus beli ye dak?
      ahahaha

      Delete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top