Header2

• 29 October 2013 •

Oposisi Separa Sisi - Episod 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Betul. Ada sebab kenapa Encik D kembali ke tabiat lama.

Sebab yang pertama ialah keluarga. Sebelum ni, Encik D duduk dengan family. Maksud aku, dengan mak ayah dia. Kat Kuantan ni jugak. Lebih kurang 15 minit daripada tempat kerja.

Untuk makluman, Encik D ni memang berasal dari Kuantan. Tapi sejak habis SPM, dia dah merantau ke KL. Duduk sana, kerja sana, dan sebagai-bagainya. Kiranya bila kena transfer kat Kuantan ni, dia memang decide untuk duduk dengan family. First, of course sebab dia nak spent time dengan mak ayah dia. Maklum la, dah bertahun duduk jauh daripada keluarga.

And second, sebab dia tau, kalau dia duduk kat luar, kalau dia bercampur balik dengan kawan-kawan masa muda, dia mungkin akan kembali semula ke tabiat yang lama.

Atas sebab-sebab yang tertentu, dia keluar daripada rumah, dan tinggal sekali dengan kitorang. Jadi, untuk menyatakan yang dia berubah sebab berjauhan dengan family, yang itu aku setuju. Sebab itu la dia benda yang berlaku.

Untuk makluman lagi, Encik D ni jenis yang cepat rasa bosan. Dia tak boleh kalau duduk saja, tak buat apa-apa. Rasa macam takde benda nak buat kalau sorang-sorang dalam bilik. Takde life katanya. So atas sebab itu, dia mesti rasa nak keluar berjalan.

Berbeza dengan aku yang jenis malas nak keluar kalau takde apa-apa kepentingan. Setakat nak melepak minum teh kat mamak, yang tu memang bukan aku la. Jadi, Encik D akan keluar cari rakan untuk melepak.

Ah, panjang pulak cerita ni. Bersambung la yer ke episod-episod yang seterusnya.

Sekian, terima kasih.

p/s 1: cadang lagi 2 episod..tapi sebab malas nak sambung, aku suka hati jer extra-kan lagi satu episod..


6 comments:

  1. xfaham sgt episod kali ni.. well.. nampaknye ko seorang yang jenis boleh make a life by yourownself.. hahaha.

    ReplyDelete
  2. Bila jauh dgn keluarga..pastu rasa kekosongan...sbb tu la dia tjebak dgn pkara lama...

    Tp syg..dia x pujuk hati dia supaya sabar dgn semua ni....

    ReplyDelete
  3. ko punye tajuk pon sebenarnya aku dh tak paham..-_-'

    dah macam citer mat jebon lak..

    ReplyDelete
  4. ada org mcm tu...

    mcm encik L, die mati kutu bile duduk rumah...

    skrg ni main asah-asah parang pulak...

    golongan mcm ni memang kena perhati tapi tak boleh nak ditegur...

    bukan senang nak nasihat...

    ReplyDelete
  5. ni semua main bagi nama dgn hurup ni. Aku Puan LS. Encik D tu ntah2 kawan aku jugak. Sbb dia org Kuantan.

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top