Bundle yang dah 3 kali jumpa aku termasuk masa ngeteh petang tadi boleh nampak la kot. Bercakap-cakap sikit, lepas tu masing-masing senyap. Biasanya aku la yang senyap sampai kadang-kadang aku saspek beliau takde idea nak sembang apa dengan aku lantaran karekter aku yang tak reti nak kembangkan skop perbualan. Aku saspek jer la, betul ke tidak tu aku sendiri pun tak tau..hahaha.
Semalam pun macam tu jugak. Walaupun aku boleh jer melayan sembang dengan Bundle, Syida, Chuu, Fik dan Nurul, tapi hakikatnya aku still tak tau nak sembang apa. Diorang tanya, aku jawab. Diorang bahan, aku layan. Conversation aku kiranya lebih kepada reaction jer la, either reaction muka ataupun kata-kata. Tapi itu tak bermakna yang aku bosan. Sikit pun tidak. Malah kalau ikutkan aku sebenarnya tak puas jumpa dengan diorang. Sebab masa tu memang sekejap sangat.
Biar aku ceritakan sikit (kot) kronologi yang berlaku sepanjang 4 hari ni. Ahad malam aku sampai sini. Check in hotel, kemudian makan dan tidur. Cadang siang esoknya nak serang blog Bundle, bagitau yang aku dah sampai kat Batu Caves. Then pagi Isnin tu, waktu aku nak pergi kat kereta untuk tukar parking, tiba-tiba ada satu mat rempit berhenti depan. Hulur tangan sambil tegur, H kan? Aku blur sikit mula-mula, sebab beliau pakai helmet, so aku tak berapa cam. Sekali rupanya Ym.Bundle la. Tak sangka boleh jumpa tepi jalan jer..kehkeh. Terus pegi ngeteh.
Then dalam pukul 6.30 petang tu aku call Syida, nak ajak jumpa la. Ceh, suara baru bangun tidur. Buruk benor perangai, siap marah aku pulak tu sebab kacau dia tidur..hahaha. Aku try contact Chuu, tapi tak jumpa nombor telefon dia. Jenis malas save nombor telefon camni la jadinya. So kena cari dia kat facebook, tanya balik apa nombor telefon dia. Ding dong ding dong, Chuu kata dia boleh jer nak jumpa. Cuma mungkin time restricted, ditambah pulak deal last minit, so better jumpa malam esok jer. Maknanya, hari Selasa.
Selasa tu semalam, sebab tu decide nak jumpa kat Shah Alam. Chuu gerak kemain awalnya. Pukul 8.00 malam dah on the way. Maklum la, Bangi tu jauh. So dalam pukul 9.30 dia dah sampai. Aku dengan Bundle pukul 9 baru gerak. Aku call Syida, dia kata tengah tunggu Fik. Jalan jammed. Dia tanya, aku dah jumpa Chuu ke? Aku dengan yakinnya kata yang kitorang dah ada dengan Chuu. Tengah tunggu dia jer. So cepat sikit, jangan lambat sangat. Tapi dia kata, VIP memang kena datang lambat.
9.40 malam, Syida call. Aku dah start gelak dah. Seperti yang dijangka, aku angkat phone jer dia terus maki..hahaha. Rileks la Kakdah, VIP kan memang kena datang lambat..kahkahkah. Dalam 10 minit lepas tu baru kitorang sampai. And the rest is history..
Happy beb jumpa tiga orang makhluk ni. Sebab diorang antara generasi terawal yang singgah kat blog aku. Bundle dengan smart thinking dia, life dia, sejarah dia. Chuu dengan lesung batu dia, suara manja dia, watak sniper dia. Syida pulak dengan kasut kungfu dia, poket doramon dia dan tak lain tak bukan, kegilaan dia. Fik? Fik dengan ciri-ciri menantu idaman..hahaha. Nurul? Aku syak Nurul ni agak garang la. Mungkin dia segan sikit dengan kitorang, kalau tidak memang kemungkinan besar akak amik order tu dah kena marah.
So itu jer la ceritanya. Jumpa 3 blogger jer tapi tetap rasa suasana kemeriahan tu ada. Sebelum gerak tu aku ada call NAF. Kot-kot dia nak join. Sebab dia menyewa kat Kristal tu jer. Seberang jalan daripada Petronas tempat kita parking kereta. Tapi dia segan. Mujur jugak, kalau tak agaknya lagi teruk aku kena bahan..hahaha.
jangan fokus pada gambar yang blur..just fokus pada poket doremon jer..kahkahkah |
yang sandal ceklat tu kaki aku, yang satu lagi tu kasut kungfu.. |
bile nak jumpa chemay lak ni H?
ReplyDeletehihi
:P
haaa..tak tinggal nombor tepon camne nak jumpa..hahaha
DeleteMintak alamat chemay H, baru boleh detek katne. Lol.
Deletexpe..mintak nombor telefon jer senang..sebab chemay rasanya still ada kat johor..:D
DeleteLepas ni datang KL boleh roger ceq plak na
ReplyDeleteroger..roger..nombor tepon mana? :D
Deletemne boleh bagi kat sini..rahsia la haha
Deletexpe la..xde org baca punya..hahaha
DeleteAda tgk pic kat blog Bundle tadi, Nur ingatkan H rambut panjang ala-ala Ella...kahkahkah...
ReplyDeleteTapi mmg seronok la kan bila dapat jumpa kawan blogger kat luar..
Nur teringin nak jumpa cikna..
Entah bila dapat jumpa dia...
Nur mcm H gak, dalam blog mmg huru hara..
kat luar bisu...Hahaha
memang rambut panjang pun..tapi sebelum jumpa diorang, H dah potong kasi pendek..:p
DeleteNur kalau dalam blog selalu typo kan? agak2 kalau tengah sembang2 cakap tu Nur typo x?
Laa..buat apa potong...lain kali buat tocong dua..
DeleteBarulah macho man...kahkahkah...
Err..kalau bercakap Nur tak typo kot..rasanya tak la..
Ehh...ckp mana boleh typo...grrr..
HAhaha tergelak aku imagine Nur cakap typo, confirm ker tak syasyul syasyul Cik Nur?
DeleteWei H, aku dah nampak gambar kau kat blog bundle, sorry la selama ni aku ingat kau jenis gemok2, keding kau ruper nyer.
Nnt gi Amsterdam jangan lupa singgah Berlin ;)
eh...
Deletetahu x..tahu x..ai ingt H ni putih melepak..rupanya xdolah putih pun,cemanalah boleh p imagine si H ni putih..adoiiii mama Dora,ai pun ingt H ni gumukksss,kahkahkah jangkaan kita meleset daaa :)
**Nur cakap pun typo..ai selalu je dgr.kehkehkeh
cikna lak ingat H tinggi, rupanya ketot. errr hahaha..
DeleteTu la sangat misteri, kan orang dah anggap bukan2. And I tend to expect the worse, at least takder la terkezut kalau one day tetiba he reveals himself kan. HIhihi so not bad la, kurus lampai orang nya, takder la body ketak2 geli tu. *masih imagine macam mana dia jogging bontot tinggal belakang, unless jogging dengna high heels.
Delete*I am not so sure to hit publish button or not ni, hope H dalam keadaan baik2 sahaja yer. We gurau2, hope to cheer u up. Salah silap harap dimaafkan.
Nur: tocang dua tu time nak tidur jer..-_-"
DeleteDora: hahaha..aku ada baca jugak komen kau kat blog bundle..sebelum ni lagi keding tau..aku makan banyak mana pun still badan x naik..dulu la..
Ai: H memang putih melepak pun..tapi sebab kerja site kan, tu yg makin lama makin gelap..:p
Chic Na: err..err..grrrrr!!!
Dora: xde hal la..aku okey jer..hehehe
Kiranya H xdelah tinggi sangatkan,..kan...kan..
Deletehahaha
errr ampunkan patik H. hikhik.. :p
DeleteNur: H tinggi la..tinggi sangat!! :p
DeleteChic Na: okey takpe..beta ampunkan..-_-"
tggi keeee...
DeleteNur tgk mcm pendekkk je..
Err.. :|
lenkali tengok la dgn mata hati..dah2 gi beli lampu suluh..>:(
DeleteXpayah beli laaa...
DeletePinjam H punya je laa...
Kahkahkah....
pinjam? xde2..H kedekut..grrrr
Deletehuh...kedukutt..! <--ehhh..bukan typo tau..
Deleteowh..H pon selalu kena bahan nih..haha..
ReplyDeleteselalu..hari2 kena bahan..hahaha
Deletepatotlar husna balik yg kena..sesi membalas dendam rupanya..haha..
Deletehahaha..yg husna kena balik tu kira part of orentasi silatulrahim..:p
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKena maki? Mana ada aku maki..
DeleteAku tanya,
"Weh, kau nak mati ke?"
Hahahaha.. Sape suruh kau tipu aku?
hahaha..kira cincai la tu..aku sebenarnya bukan nak tipu kau, tapi aku terpaksa..kehkeh
DeleteOoo bestnya korang jumpa kwn blogger.. Masih meneruskan misteri H siapa nampaknya ni..tunjuk sandal je tu.
ReplyDeleteheheh..termampu untuk tunjuk sandal jer kak..:p
Deleteterer ar bundle teka. mesti dah lama dia dok ushar H. haha..
ReplyDeleteerr boleh caya ke H pendiam? :p
Nur percaya....hahaha
DeleteChikna,mmg Bundle dasyattt lah..kalo ai,mesti tepon dulu tgk betul ke salah.hahaha
Deletecaya2..tp ai x caya Nur pendiam.kahkahkah
alaaa korang ni.. cikna saje je tu.
Deletecikna pun tak caya Nur ngan Ai pendiam. kakaka..
bundle xde ushar2 dah..dia bawak moto slow2, then terus berenti kat depan..:D
Deletekesimpulannya, H memang pendiam..hahaha
detail citer ko H...tak reti aku nak tulis citer pasal korang ni..hahaha..tpi yela, ko nampak kurang bercakap gak..ingat ko boring..tapi bila sekali ko ckp bleh tahan gak kelakar ko ni nak2 kalau ko nak bls sida ngan chuu tu..hahaha..
ReplyDeletehahaha..aku bukannya boring..cuma aku x tau nak sembang apa..xkan nak sembang psl politik byk2, bosan kot..xkan nak sembang pasal bola..blur sekejap otak aku..
Deletetapi aku tgk ko dgn syida sembang sampai family2 semua, kagum jugak aku..syida mmg cakap non stop la..kehkeh
Aku non stop? Aku pemalu la..Kehkehkeh...
Deleteerkk..aku x tau la celah mana yg pemalu tu..grrrr
Deleteseronok la dapat jumpa geng2 blogger kan?
ReplyDeleteAlhamdulillah..seronok la..sebab aku memang nak jumpa diorang..:D
Deleteaku duk shah alam.. okbai... *golek golek*
ReplyDeleteerkk..aku pulak duduk kat Kuantan..hehehe..lenkali la bro, insyaAllah..:D
Deleteoooo cenggitu ke bundle jmpe ko H. hebat pakcik bundle. smpai2 terus boleh cam ko ahaha. sebenarnye ko mmg misteri pn.. aku sbenarnye smpai nk jmpe ko tuu pn aku x penah tahu rupa ko cemane. sampailah aku jmpe kt petronas tu. oh! ini H rupanya :D nsib baik ade pakcik bundle a.k.a randi-la-sangat tuuu..yg tu aku kenal hahaha. sida xyah ckp lah. mmg aku ingt muka dia, sah2 kt blog pn kuat bahan org lol.so wajib ingt XD
ReplyDeleteoh ya. H. mggu ni umah aku ade kenduri. aku nk order kelapa boleh? :))
DeleteGrrr! Hahahaha..
DeleteKelapa kau nak order tu nak pecahkan siap2 ke tak payah?
Order biar terang2..Kahkahkah..
hahaha..jumpa bundle memang paling simple la..xde call xde deal apa2..terus jumpa kat tepi jalan, pastu minum kat kedai mamak..
Deletekelapa tu kau nak aku panjat sendiri ke camne? -_-"
Aku rasa, kalau aku jumpa korang pun, karakter aku sama je cam kau H. Ntah2 lagi membosankan. Ntah2 korang terus serik taknak jumpa aku lagi dah. Hahaha! Plg2 busuk pun, mungkin aku kaki gelak je la kut tgk korang saling membahan. Selebihnya, aku maybe diam je la kut. Tak reti nak kembangkan skop perbualan. Hahaha!
ReplyDeleteApa2 pun, fine aku tetap jeles! :|
mohon liyaa bawak character dlm blog ke dunia sebenar tatkala kita ketemu nanti. Sekian.
DeleteLiyaa Mf tak perlu risau bila berjumpa dorg terutama chuu. Liyaa Mf akan dijadikan bahan gelak ketawa chu sampai ke topik pokok kelapa dan bila balik nantinya, semua akan berkata, ramah giler liyaa, sampai kitorang gelak tak habis2. Harhar..
DeleteSebab tu la aku kena ada Liyaa. Hakhakhak...
Deletehaaa betul..sbb tu syida kena ada..hahaha..
Deletetapi kalau jumpa kau kan Liyaa, mesti hasben kau ada sekali yer tak? so aku rasa kitorang mesti xleh nak bahan kau sangat..rugi la camtu..kehkeh
Peduli hape hasben Liyaa ada ke tak..muahahahaha...Bahan tetap bahan...
Deletekau memang zalim dan kejam..hahaha
DeleteMemang seronok kalau dapat jumpa rakan-rakan blogger ni..
ReplyDeleteAlhamdulillah la..sbb diorang antara yg terawal singgah kat blog aku..:)
Deletewooo H dah mengembangkan sayap ke ape ni?
ReplyDeletehehe.
errr..aku mengembangkan badan jer..hahaha
Deletebila kau balik kluang..?
ReplyDeletenanti kite deting sana..kakaka..
konfiden je aku kata ko org kluang.. -__-"
erkk..aku Kulai la..grrrr
Deletekulai...?
DeleteH, kite ni sekampung ke..? kah3
erkk..sekampung ke kita? -_-
DeleteH. Saya datang sini, pi kat blog YM Bundle then mai sini balik. Aiseyman, sungguh misteri rupamu tak kelihatan, tapi rambut mu pendek benar semacam. Kahkah..
ReplyDeleteSungguh seronok korang dapat gather2 eh? bagus2. Lain kali Apple pun nak jumpa korang bila stay KL. Lol.
eh bila kau nak datang KL apple? aku pun nak jumpa kau jugak..:D
Deletebestnye jumpa ngan kawan2 maya. eh, berani jugak ko jumpa mnusia kt luar ye h.haha.
ReplyDeletehahaha..kalau dgn diorang tu aku berani la jumpa..tapi kalau dgn org lain, aku xsure..takut kena culik..hahaha
Deleteuntung la...
ReplyDeleteyaaa..ada untun...hakhak
Deletebestnyaa H.. ehem, org yg pemalu ni lah yg byk menulis tau.. bak kata pepatah melayu, diam2 ubi berisi.. hewhewhewhew.. syoknyaa jumpa kawan2 seblogg juga... jelly
ReplyDeleteena ni kat kuantan jugak kan? so bila nak jumpa H? bukan jauh pun kompleks teruntum tu dengan MPK..:p
Deletehahaha. teringat pulak masa jumpa kawan2 blogger tahun lepas. mula2 segan, tak sampai 60saat semua dah start tunjuk belang. kemain gila-gila termasuk la den. rasa macam dah kenal lama. dalam blog dan realiti, personaliti yang sama
ReplyDeletehahaha..ice breaking kena la amik masa..sebab 1st time jumpa kan..:D
Deletebila nak jumpa mak pula..? dah april ni heeeeeee
ReplyDeleteminggu depan!! :)
Deleteaku ajak kau pegi JPO takmao. okay fineeee, fineee :p
ReplyDeletehahaha..aku sbnrnya malu la nak jumpa dgn kau..boleh x jawab camtu? :p
Deletemalu sebab sebenarnye kau sama tinggi dengan aku ke? kahkahkah
Deleteerkk..aku tinggi okey..sekian terima kasih!! >:[
DeleteH pemalu? pendiam?
ReplyDeleteerrrrrrr.. yeke ni? bukti sket...?
ya, betul. H pemalu dan pendiam..aummmm!!!
Deletehebat ko bro,
ReplyDeletekalau aku malulah nak jumpa2 ni.
hahaha
kalau dgn org lain mmg la aku malu gak nak jumpa..tapi dgn diorang ni lain sikit..:D
DeleteBis tu....ko yg mana ? teringin jugak nak kenal hehe...takkan tunjuk sandal je hoho....
ReplyDeleteheheh..aku yg pakai sandal tu la kak nom..:D
Deleteseronok ye jumpa geng blogger.... ^_^
ReplyDeleteyup2..memang seronok..:D
Delete