Header2

• 17 April 2013 •

Aku Jumpa Diorang Kat Shah Alam

Aku ni, walaupun nampak macam huru-hara jer kat fb, kat blog, tapi sebenarnya aku agak pendiam. Lebih-lebih lagi dengan orang yang aku baru kenal. Pendiam tu bukan la in term of taknak bersembang, then bila ada conversation aku cuma senyum jer sambil angguk-angguk kepala. Bukan, bukan pendiam yang macam tu. Tapi lebih kepada aku tak banyak cakap. Macam tagline blog ni la, the me that I couldn't be. Means dunia online ni buatkan aku macam peramah jer buat-buat kenal dengan semua orang walaupun hakikatnya aku takde la peramah sangat.

Bundle yang dah 3 kali jumpa aku termasuk masa ngeteh petang tadi boleh nampak la kot. Bercakap-cakap sikit, lepas tu masing-masing senyap. Biasanya aku la yang senyap sampai kadang-kadang aku saspek beliau takde idea nak sembang apa dengan aku lantaran karekter aku yang tak reti nak kembangkan skop perbualan. Aku saspek jer la, betul ke tidak tu aku sendiri pun tak tau..hahaha.

Semalam pun macam tu jugak. Walaupun aku boleh jer melayan sembang dengan Bundle, Syida, Chuu, Fik dan Nurul, tapi hakikatnya aku still tak tau nak sembang apa. Diorang tanya, aku jawab. Diorang bahan, aku layan. Conversation aku kiranya lebih kepada reaction jer la, either reaction muka ataupun kata-kata. Tapi itu tak bermakna yang aku bosan. Sikit pun tidak. Malah kalau ikutkan aku sebenarnya tak puas jumpa dengan diorang. Sebab masa tu memang sekejap sangat.

Biar aku ceritakan sikit (kot) kronologi yang berlaku sepanjang 4 hari ni. Ahad malam aku sampai sini. Check in hotel, kemudian makan dan tidur. Cadang siang esoknya nak serang blog Bundle, bagitau yang aku dah sampai kat Batu Caves. Then pagi Isnin tu, waktu aku nak pergi kat kereta untuk tukar parking, tiba-tiba ada satu mat rempit berhenti depan. Hulur tangan sambil tegur, H kan? Aku blur sikit mula-mula, sebab beliau pakai helmet, so aku tak berapa cam. Sekali rupanya Ym.Bundle la. Tak sangka boleh jumpa tepi jalan jer..kehkeh. Terus pegi ngeteh.

Then dalam pukul 6.30 petang tu aku call Syida, nak ajak jumpa la. Ceh, suara baru bangun tidur. Buruk benor perangai, siap marah aku pulak tu sebab kacau dia tidur..hahaha. Aku try contact Chuu, tapi tak jumpa nombor telefon dia. Jenis malas save nombor telefon camni la jadinya. So kena cari dia kat facebook, tanya balik apa nombor telefon dia. Ding dong ding dong, Chuu kata dia boleh jer nak jumpa. Cuma mungkin time restricted, ditambah pulak deal last minit, so better jumpa malam esok jer. Maknanya, hari Selasa.

Selasa tu semalam, sebab tu decide nak jumpa kat Shah Alam. Chuu gerak kemain awalnya. Pukul 8.00 malam dah on the way. Maklum la, Bangi tu jauh. So dalam pukul 9.30 dia dah sampai. Aku dengan Bundle pukul 9 baru gerak. Aku call Syida, dia kata tengah tunggu Fik. Jalan jammed. Dia tanya, aku dah jumpa Chuu ke? Aku dengan yakinnya kata yang kitorang dah ada dengan Chuu. Tengah tunggu dia jer. So cepat sikit, jangan lambat sangat. Tapi dia kata, VIP memang kena datang lambat.

9.40 malam, Syida call. Aku dah start gelak dah. Seperti yang dijangka, aku angkat phone jer dia terus maki..hahaha. Rileks la Kakdah, VIP kan memang kena datang lambat..kahkahkah. Dalam 10 minit lepas tu baru kitorang sampai. And the rest is history..

Happy beb jumpa tiga orang makhluk ni. Sebab diorang antara generasi terawal yang singgah kat blog aku. Bundle dengan smart thinking dia, life dia, sejarah dia. Chuu dengan lesung batu dia, suara manja dia, watak sniper dia. Syida pulak dengan kasut kungfu dia, poket doramon dia dan tak lain tak bukan, kegilaan dia. Fik? Fik dengan ciri-ciri menantu idaman..hahaha. Nurul? Aku syak Nurul ni agak garang la. Mungkin dia segan sikit dengan kitorang, kalau tidak memang kemungkinan besar akak amik order tu dah kena marah.

So itu jer la ceritanya. Jumpa 3 blogger jer tapi tetap rasa suasana kemeriahan tu ada. Sebelum gerak tu aku ada call NAF. Kot-kot dia nak join. Sebab dia menyewa kat Kristal tu jer. Seberang jalan daripada Petronas tempat kita parking kereta. Tapi dia segan. Mujur jugak, kalau tak agaknya lagi teruk aku kena bahan..hahaha.

jangan fokus pada gambar yang blur..just fokus pada poket doremon jer..kahkahkah
yang sandal ceklat tu kaki aku, yang satu lagi tu kasut kungfu..
p/s: esok aku balik Kuantan..so pasni tak tau bila lagi dapat jumpa..


89 comments:

  1. bile nak jumpa chemay lak ni H?
    hihi
    :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa..tak tinggal nombor tepon camne nak jumpa..hahaha

      Delete
    2. Mintak alamat chemay H, baru boleh detek katne. Lol.

      Delete
    3. xpe..mintak nombor telefon jer senang..sebab chemay rasanya still ada kat johor..:D

      Delete
  2. Lepas ni datang KL boleh roger ceq plak na

    ReplyDelete
    Replies
    1. roger..roger..nombor tepon mana? :D

      Delete
    2. mne boleh bagi kat sini..rahsia la haha

      Delete
    3. xpe la..xde org baca punya..hahaha

      Delete
  3. Ada tgk pic kat blog Bundle tadi, Nur ingatkan H rambut panjang ala-ala Ella...kahkahkah...

    Tapi mmg seronok la kan bila dapat jumpa kawan blogger kat luar..

    Nur teringin nak jumpa cikna..
    Entah bila dapat jumpa dia...

    Nur mcm H gak, dalam blog mmg huru hara..
    kat luar bisu...Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang rambut panjang pun..tapi sebelum jumpa diorang, H dah potong kasi pendek..:p

      Nur kalau dalam blog selalu typo kan? agak2 kalau tengah sembang2 cakap tu Nur typo x?

      Delete
    2. Laa..buat apa potong...lain kali buat tocong dua..
      Barulah macho man...kahkahkah...

      Err..kalau bercakap Nur tak typo kot..rasanya tak la..
      Ehh...ckp mana boleh typo...grrr..

      Delete
    3. HAhaha tergelak aku imagine Nur cakap typo, confirm ker tak syasyul syasyul Cik Nur?

      Wei H, aku dah nampak gambar kau kat blog bundle, sorry la selama ni aku ingat kau jenis gemok2, keding kau ruper nyer.

      Nnt gi Amsterdam jangan lupa singgah Berlin ;)

      Delete
    4. eh...
      tahu x..tahu x..ai ingt H ni putih melepak..rupanya xdolah putih pun,cemanalah boleh p imagine si H ni putih..adoiiii mama Dora,ai pun ingt H ni gumukksss,kahkahkah jangkaan kita meleset daaa :)

      **Nur cakap pun typo..ai selalu je dgr.kehkehkeh

      Delete
    5. cikna lak ingat H tinggi, rupanya ketot. errr hahaha..

      Delete
    6. Tu la sangat misteri, kan orang dah anggap bukan2. And I tend to expect the worse, at least takder la terkezut kalau one day tetiba he reveals himself kan. HIhihi so not bad la, kurus lampai orang nya, takder la body ketak2 geli tu. *masih imagine macam mana dia jogging bontot tinggal belakang, unless jogging dengna high heels.

      *I am not so sure to hit publish button or not ni, hope H dalam keadaan baik2 sahaja yer. We gurau2, hope to cheer u up. Salah silap harap dimaafkan.

      Delete
    7. Nur: tocang dua tu time nak tidur jer..-_-"

      Dora: hahaha..aku ada baca jugak komen kau kat blog bundle..sebelum ni lagi keding tau..aku makan banyak mana pun still badan x naik..dulu la..

      Ai: H memang putih melepak pun..tapi sebab kerja site kan, tu yg makin lama makin gelap..:p

      Chic Na: err..err..grrrrr!!!

      Dora: xde hal la..aku okey jer..hehehe

      Delete
    8. Kiranya H xdelah tinggi sangatkan,..kan...kan..
      hahaha

      Delete
    9. errr ampunkan patik H. hikhik.. :p

      Delete
    10. Nur: H tinggi la..tinggi sangat!! :p

      Chic Na: okey takpe..beta ampunkan..-_-"

      Delete
    11. tggi keeee...
      Nur tgk mcm pendekkk je..
      Err.. :|

      Delete
    12. lenkali tengok la dgn mata hati..dah2 gi beli lampu suluh..>:(

      Delete
    13. Xpayah beli laaa...
      Pinjam H punya je laa...
      Kahkahkah....

      Delete
    14. pinjam? xde2..H kedekut..grrrr

      Delete
    15. huh...kedukutt..! <--ehhh..bukan typo tau..

      Delete
  4. owh..H pon selalu kena bahan nih..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu..hari2 kena bahan..hahaha

      Delete
    2. patotlar husna balik yg kena..sesi membalas dendam rupanya..haha..

      Delete
    3. hahaha..yg husna kena balik tu kira part of orentasi silatulrahim..:p

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena maki? Mana ada aku maki..
      Aku tanya,
      "Weh, kau nak mati ke?"
      Hahahaha.. Sape suruh kau tipu aku?

      Delete
    2. hahaha..kira cincai la tu..aku sebenarnya bukan nak tipu kau, tapi aku terpaksa..kehkeh

      Delete
  6. Ooo bestnya korang jumpa kwn blogger.. Masih meneruskan misteri H siapa nampaknya ni..tunjuk sandal je tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh..termampu untuk tunjuk sandal jer kak..:p

      Delete
  7. terer ar bundle teka. mesti dah lama dia dok ushar H. haha..

    err boleh caya ke H pendiam? :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur percaya....hahaha

      Delete
    2. Chikna,mmg Bundle dasyattt lah..kalo ai,mesti tepon dulu tgk betul ke salah.hahaha

      caya2..tp ai x caya Nur pendiam.kahkahkah

      Delete
    3. alaaa korang ni.. cikna saje je tu.

      cikna pun tak caya Nur ngan Ai pendiam. kakaka..

      Delete
    4. bundle xde ushar2 dah..dia bawak moto slow2, then terus berenti kat depan..:D

      kesimpulannya, H memang pendiam..hahaha

      Delete
  8. detail citer ko H...tak reti aku nak tulis citer pasal korang ni..hahaha..tpi yela, ko nampak kurang bercakap gak..ingat ko boring..tapi bila sekali ko ckp bleh tahan gak kelakar ko ni nak2 kalau ko nak bls sida ngan chuu tu..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..aku bukannya boring..cuma aku x tau nak sembang apa..xkan nak sembang psl politik byk2, bosan kot..xkan nak sembang pasal bola..blur sekejap otak aku..

      tapi aku tgk ko dgn syida sembang sampai family2 semua, kagum jugak aku..syida mmg cakap non stop la..kehkeh

      Delete
    2. Aku non stop? Aku pemalu la..Kehkehkeh...

      Delete
    3. erkk..aku x tau la celah mana yg pemalu tu..grrrr

      Delete
  9. seronok la dapat jumpa geng2 blogger kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..seronok la..sebab aku memang nak jumpa diorang..:D

      Delete
  10. aku duk shah alam.. okbai... *golek golek*

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..aku pulak duduk kat Kuantan..hehehe..lenkali la bro, insyaAllah..:D

      Delete
  11. oooo cenggitu ke bundle jmpe ko H. hebat pakcik bundle. smpai2 terus boleh cam ko ahaha. sebenarnye ko mmg misteri pn.. aku sbenarnye smpai nk jmpe ko tuu pn aku x penah tahu rupa ko cemane. sampailah aku jmpe kt petronas tu. oh! ini H rupanya :D nsib baik ade pakcik bundle a.k.a randi-la-sangat tuuu..yg tu aku kenal hahaha. sida xyah ckp lah. mmg aku ingt muka dia, sah2 kt blog pn kuat bahan org lol.so wajib ingt XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya. H. mggu ni umah aku ade kenduri. aku nk order kelapa boleh? :))

      Delete
    2. Grrr! Hahahaha..
      Kelapa kau nak order tu nak pecahkan siap2 ke tak payah?
      Order biar terang2..Kahkahkah..

      Delete
    3. hahaha..jumpa bundle memang paling simple la..xde call xde deal apa2..terus jumpa kat tepi jalan, pastu minum kat kedai mamak..

      kelapa tu kau nak aku panjat sendiri ke camne? -_-"

      Delete
  12. Aku rasa, kalau aku jumpa korang pun, karakter aku sama je cam kau H. Ntah2 lagi membosankan. Ntah2 korang terus serik taknak jumpa aku lagi dah. Hahaha! Plg2 busuk pun, mungkin aku kaki gelak je la kut tgk korang saling membahan. Selebihnya, aku maybe diam je la kut. Tak reti nak kembangkan skop perbualan. Hahaha!

    Apa2 pun, fine aku tetap jeles! :|

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohon liyaa bawak character dlm blog ke dunia sebenar tatkala kita ketemu nanti. Sekian.

      Delete
    2. Liyaa Mf tak perlu risau bila berjumpa dorg terutama chuu. Liyaa Mf akan dijadikan bahan gelak ketawa chu sampai ke topik pokok kelapa dan bila balik nantinya, semua akan berkata, ramah giler liyaa, sampai kitorang gelak tak habis2. Harhar..

      Delete
    3. Sebab tu la aku kena ada Liyaa. Hakhakhak...

      Delete
    4. haaa betul..sbb tu syida kena ada..hahaha..

      tapi kalau jumpa kau kan Liyaa, mesti hasben kau ada sekali yer tak? so aku rasa kitorang mesti xleh nak bahan kau sangat..rugi la camtu..kehkeh

      Delete
    5. Peduli hape hasben Liyaa ada ke tak..muahahahaha...Bahan tetap bahan...

      Delete
    6. kau memang zalim dan kejam..hahaha

      Delete
  13. Memang seronok kalau dapat jumpa rakan-rakan blogger ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah la..sbb diorang antara yg terawal singgah kat blog aku..:)

      Delete
  14. wooo H dah mengembangkan sayap ke ape ni?

    hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..aku mengembangkan badan jer..hahaha

      Delete
  15. bila kau balik kluang..?
    nanti kite deting sana..kakaka..

    konfiden je aku kata ko org kluang.. -__-"

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..aku Kulai la..grrrr

      Delete
    2. kulai...?

      H, kite ni sekampung ke..? kah3

      Delete
    3. erkk..sekampung ke kita? -_-

      Delete
  16. H. Saya datang sini, pi kat blog YM Bundle then mai sini balik. Aiseyman, sungguh misteri rupamu tak kelihatan, tapi rambut mu pendek benar semacam. Kahkah..

    Sungguh seronok korang dapat gather2 eh? bagus2. Lain kali Apple pun nak jumpa korang bila stay KL. Lol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh bila kau nak datang KL apple? aku pun nak jumpa kau jugak..:D

      Delete
  17. bestnye jumpa ngan kawan2 maya. eh, berani jugak ko jumpa mnusia kt luar ye h.haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kalau dgn diorang tu aku berani la jumpa..tapi kalau dgn org lain, aku xsure..takut kena culik..hahaha

      Delete
  18. bestnyaa H.. ehem, org yg pemalu ni lah yg byk menulis tau.. bak kata pepatah melayu, diam2 ubi berisi.. hewhewhewhew.. syoknyaa jumpa kawan2 seblogg juga... jelly

    ReplyDelete
    Replies
    1. ena ni kat kuantan jugak kan? so bila nak jumpa H? bukan jauh pun kompleks teruntum tu dengan MPK..:p

      Delete
  19. hahaha. teringat pulak masa jumpa kawan2 blogger tahun lepas. mula2 segan, tak sampai 60saat semua dah start tunjuk belang. kemain gila-gila termasuk la den. rasa macam dah kenal lama. dalam blog dan realiti, personaliti yang sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..ice breaking kena la amik masa..sebab 1st time jumpa kan..:D

      Delete
  20. bila nak jumpa mak pula..? dah april ni heeeeeee

    ReplyDelete
  21. aku ajak kau pegi JPO takmao. okay fineeee, fineee :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..aku sbnrnya malu la nak jumpa dgn kau..boleh x jawab camtu? :p

      Delete
    2. malu sebab sebenarnye kau sama tinggi dengan aku ke? kahkahkah

      Delete
    3. erkk..aku tinggi okey..sekian terima kasih!! >:[

      Delete
  22. H pemalu? pendiam?

    errrrrrr.. yeke ni? bukti sket...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul. H pemalu dan pendiam..aummmm!!!

      Delete
  23. hebat ko bro,
    kalau aku malulah nak jumpa2 ni.
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dgn org lain mmg la aku malu gak nak jumpa..tapi dgn diorang ni lain sikit..:D

      Delete
  24. Bis tu....ko yg mana ? teringin jugak nak kenal hehe...takkan tunjuk sandal je hoho....

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh..aku yg pakai sandal tu la kak nom..:D

      Delete
  25. seronok ye jumpa geng blogger.... ^_^

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top