Header2

• 02 April 2013 •

Artikulasi

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, artikulasi ada dua maksud iaitu; 1. cara atau proses menyebut bunyi atau kata dengan jelas; 2. penyataan idea atau perasaan terutamanya dengan kata-kata. Maka artikulasi kali ini adalah untuk menyatakan idea terhadap Moalan Mumah III tempoh hari. Kenapa? Sebab dalam entry Moalan Mumah III tu, komen masing-masing banyak yang lari. Langsung takde kena mengena dengan entry..kehkeh.

Tapi bukan salah korang pun. Aku memang dah agak yang postscript tu akan distract perhatian korang. Sebab tu aku letak postscript II. Tujuannya untuk maklumkan yang postscript sebelumnya tu takde kaitan dengan entry. Tapi dah korang nak komen pasal Cik Salmah, aku layankan jer la..hahaha.


Okey, kembali kepada soalan susah kat atas ni. Yaya pernah tanya aku soalan ni, Hana pun pernah tanya aku soalan ni, dan NAF pun pernah tanya aku soalan ni. Sungguh, aku tak tahu macam mana nak jawab. Aku rasa aku tak pernah ada alasan untuk sukakan someone.

Nak kata diorang cantik, rasanya ramai lagi yang lebih cantik daripada diorang. Nak kata menarik, pun ramai jugak yang lagi menarik. Nak kata baik, jawapan tu macam tipikal sangat. So aku tak tau macam mana nak jawab. Memang aku tau ada jer kelebihan yang tak boleh aku nak bandingkan dengan orang lain. Tapi kelebihan tu still susah aku nak explain.

Pada aku, bila aku dah suka kat someone, aku akan sukakan orang tu sepenuhnya. Tak kira la perangai buruk ke apa ke, aku tetap terima. In fact, aku pernah suka perempuan yang merokok. Dan aku jugak pernah suka perempuan yang kaki minum. Tapi sebab dah suka, aku tetap terima jer keburukan seseorang tu walaupun keji kat mata dunia. Aku percaya suatu masa nanti, setiap orang tu akan cuba berubah ke arah yang lebih baik. Tak ada orang yang bercita-cita nak minum arak sampai diorang mati. Tak ada kot. Tak ada agaknya.

So untuk soalan tu, jawapan aku ialah, "Entah, tak ada sebab kot. Saya suka semua tentang awak".

NAF pernah kata, kalau waktu tu aku takde alasan untuk sukakan dia, means suatu masa nanti aku tetap takde alasan untuk suka kat orang lain. Aku boleh suka kat siapa-siapa yang aku jumpa, tanpa ada sebab apa-apa. I guess she's right. Sampai sekarang, setiap kali diajukan soalan macam tu, "tak ada sebab kot" tetap akan jadi skema jawapan aku.

p/s: kalau aku ada sebab untuk sukakan seseorang, means orang tu adalah seorang yang sangat biasa..tak ada apa yang istimewa..


64 comments:

  1. Yup..mmg xde alasan pun sebab apa kita suka seseorang, sebab benda tu datang dengan tiba2...

    tak ada jawapan yg sesuai untuk soalan tu..
    apapun, ada sesuatu yg buat Nur salute dekat H dalam entry ni..

    ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa..susah nak jawab..rasa macam takde jawapan sesuai untuk soalan tu..hahaha

      Delete
  2. aku ke 2nd....

    jarang aku dpt tmpt awal2 mcm ni...

    betul, aku pun mcm ko. berpuluh sebab aku kumpul utk suka kat tunang aku...

    padahal takde sebab pun yg menjadikan hidup dia ber-bab-bab dalam hidup aku ni...

    bermula dari die seorang yang biasa tapi luar biasa dalam hati i....

    jiwang kan??

    hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku x pandai nak kumpul sebab2 suka kat org..once aku dah suka, insyaAllah aku akan suka semua pasal dia..:D

      Delete
  3. owhhh.... now I see, last entry tak perasan sebab bagi aku tak penting untuk kaji selidik "kenapa suka saya". As long as u love me babeh. hahahaha
    Tapi bila tak suka, tu kena kaji... bagi aku la.
    aku rasa aku dah lari tajuk berhalangan dah ni. ciao

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..x penting kot utk dia selidik kenapa aku suka kat dia..as long as aku suka dia dah la..kan sng camtu..:D

      Delete
  4. betul tuh... tpi kdg2 aku tak paham, org pompuan suka tanya soklan yg sama "awak syang saya tak?"... bila aku tak jawab, dia ckp aku tak syang kn dia... tpi bila jawab "sayang" kadang2 rasa macam ada something wrong.. "sayang" itu bukan lahir dr kata2.. tak taw la.. mungkin perempuan suka mcm tuh kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin la..mungkin ppuan memang camtu..dia tetap nak clarification kenapa kita suka kat dia..

      susah aku nak jawab bila ditanya..:D

      Delete
  5. betol2.aku setuju weh!!!

    ReplyDelete
  6. seronok betul baca entry ada unsur ilmiah mcm ni.. tahniah, dan teruskan k.. akak kagum juga sebenarnya dengan usaha dan persediaan mcm ni..

    berkaitan dengan tajuk, tontonla rancangan 'kalau dah jodoh - Ustaz Kazim ' untuk jawapan ikut syarak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..usaha apa kak? persediaan apa? hahaha

      Delete
    2. h tulis entry ygnada unsur ilmu baru ni, that's what it means...

      Delete
    3. err..err..kebetulan jer kak..:D

      Delete
  7. mungkin kata dari hati tak diilhamkan lagi.. in fact tak perlu pun kan.. tapi kalau seseorang tu tanya means dia nak kepastian dan jawapan yg betul2 secure. cuma please, jangan cakap KOT..kat belakang tu. Itu kata ragu okayy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..aku rasa dia cuma nak kepastian..sbb bila aku jwb takde sebab, macam aku bukan betul2 suka kat dia..:D

      kot tu memang kebiasaan la..aku susah nak buang..hahaha

      Delete
  8. betul.. memang tak ada sebab untuk kita sukakan seseorang.. jika hati dah suka, kita sendiri tak ada jawapan untuk soalan tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita memang ada jawapan, tapi bila ditanya, rasa macam jawapan tu susah nak dijelaskan dgn kata2..:D

      Delete
  9. suka tak bermakna sayang,
    sayang tak bermakna cinta,
    cinta tak bermakna sayang,
    sayang tak bermakna suka....

    #ada kaitan ker? hahaha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira ada kaitan la ni..hahaha

      Delete
    2. Nak petik kata2 Nal ni boleh?

      Delete
    3. boleh..boleh..

      *aku jawab on behalf..kehkeh*

      Delete
  10. ko kawen dulu H, baru nampak realiti..masa nak dan blom dapat biasanya memang 'kononya' tak kisah..biasa la tu, yang blom dapat excited lebih..takut bila dah kawen nanti, porak peranda plak..dulu cakap kentut busuk ok, i like..dah kawen bini terkentut dpan laki, terus kene teranjang..aku ok lagi, bini aku kentut aku lari je..haha..

    kalau dah kawen, ko takleh cakap takde alasan suka kat bini ko..tak pasal2 dia lari balik kampung nanti..ko kena jgak cakap suka dia masak sedak ke, servis 1st kelas ke, dia cantik ke, n wat ever..kene pandai amik hati..

    tp sebagai dr.love, pendapat aku, ko kene create gak alasan ko suka dia orang sesapa..tp alasan tu biar la suka benda yang elok dan kelebihan dia..jgn suka sebab dia kentut busuk plak..orang puang ni suka kene puji..tu kenyataan..

    sekian..panjang lak komen aku..kehkehkeh......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetiba aku rasa setuju lak ngan Dr. Love Bundle. Hahaha!

      Wat masa skang takpe la if kau nak kata kau akan terima org tu sepenuhnya, takde sbb spesifik utk suka, etc etc. Sbb kau pun bujang lagi. Dah kawen nanti, ikut tips Bundle tu, kena carik sebab kenapa kau suka dea. Tak mungkin kau akan terima dea sepenuhnya. Maksud aku, yes kau akan terima dea sepenuhnya, tp certain2 kelemahan mesti kau akan ada rasa nak tegur. Utk kebaikan rumah tangga gak. Cheh! Ni aku rasa la, ikut pengalaman maseng2.

      Kalau aku letakkan diri aku kat sudut org bujang lak, susah nak komen. Puitis sgt bunyinya nanti. Kahkah! Btw, some things maybe hard to be described, it must be felt :D

      Delete
    2. huhu..ko sokong aku makcik..terharunye..hahahaha....tp betul la makcik..komen kita ni menjurus bila dah stage lepas kawen je..akan ade kelemahan yang kita takleh suka dan minta/harap berubah..tapi sebab untuk suka tu takleh tidak,mesti ade...

      Delete
    3. haaa tu la..mungkin sbb aku belum kawen, so aku xbrpa nampak realiti dia camne..sebelum kawen semua aku suka tapi lepas kawen ada jer benda yg x kena..hahaha

      part amik hati puji2 org ppuan ni, kalau spontan boleh la aku cakap dia cantik ke, baik ke, pakai tudung hana tajima ke..tapi kalau ditanya soalan camtu..siyes aku xreti nak jawab camne..rasa mcm aku kena reka jawapan pulak untuk suka kat dia..

      macam aku taip kat atas tu la..kelebihan tu ada tapi susah nak explain bila ditanya..

      Delete
    4. perempuan memang suka kena puji...

      betul cakap bundle...

      kejadian aku membeli dadih dan membuat dadih adalah diterima dengan muka biasa oleh ncik tunang memang memudaratkan emosi...

      terima kasih dr bundle :)

      Delete
    5. Sabar Punzeel. Tunang kau maybe tak reti nak tonjolkan rasa keterujaan dea kut. Sbnanye dea suka tuu. Kut :D

      Delete
    6. hahaha.

      aku tak nak menjadikan entri H sebagai tempat luahan perasaan...

      tapi aku sokong kata-kata bundle yang bile dah sampai stage relationship ko sendiri kena ada rasa kenapa ko suka dan nak stay dgn dia.

      if kita ni menganggap bahawa kita akan terima seadanya pun susah gak. hubungan akan jadi hambar dan boring.

      seperti 'cantik tak benda ni, abg?' soalan ketika membeli belah. ia diterima dengan jawapan 'eh, tak kesah pakai apa pun diterima seadanya...'

      what the...?

      then jika satu hubungan tu memang kite tak sukakan orang tu punya suara or tingkah laku dari awal, its hardly to proceed... bila dah ada ikatan tiba-tiba kau akan cerita balik keburukan itu...

      jadi, macam mana eh, bila kita semua boleh awal-awal mengaku yang kita suka orang seadanya...

      tu lah aku memikirkan kata-kata bundle sedalam-dalamnye....

      aisyehhh....

      Delete
    7. hahaha..bagus punzel..ko memahami dari sudut pemikiran aku..tp kalau dari yang sudut H pikir pon takde salahnye..cuma nampak boring la kan..kehkehkeh..contoh ko tu memang aku suka..hahha..

      Delete
    8. hahaha..aku pun faham yg tu..cuma mungkin bila kena tnya direct ke apa ke, aku still susah nak jawab macam mana..rasa macam soalan tu x perlu dijawab..

      agaknya sebab tu la aku x kawen lagi..kehkeh

      Delete
  11. suka memang tak perlukan alasan.. hati dah suka nak wat camne ye dak.. aku dulu suka bila lelaki cakap dia sukakan aku without a reason.. sebab bila dia suka aku sebab sesuatu.. contoh.. sebab dia suka pasal aku cun. ( ahak! ayat perah santan.) kalu aku x cun dia xsuka lah yer? suka aku sebab pandai masak.. andai kate aku kehilangan skill masak.. dia masih suka aku lg kah?

    tapi aku lagi suka bila dia kate.. saya suka awak sebab saya sayangkan awak kerana ALLAH. dan saya bersyukur awak adalah jodoh saya.

    sekian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko macam reply komen aku je mell...ekekeke..

      apapon aku bangkang suka tak perlu alasan..dah macam lari fitrah je aku rasa..contoh gini la..ko suka makan nasik sebab apa? sebab dapat kenyangkan ko..ko suka BMW sebab cantik dan tip top.. tu yng namenya 'alasan'..sedangkan benda yang yang tak boleh balas perasaan kita pon kita leh cakap suka atas sbb2 tertentu..takkan dengan orang yang kita suka dan orang yang sayang kita, kita takde alasan suka dia..sori to say..nampak macam hipokrit sikit la dengan perasaan sendiri..suka mesti ade sebab..tak kira sebab apa pon..pasal cam contoh ko bgi tu..kalau suka sebab skg cantik, nanti bila dah tak cantik adekah suka lagi?..bg aku soalan ni tolong jngn tanya la dengan pasangan..tu style cinta monyet bleh la mell..malas aku nak ulaskan lebih..hahaha..aku cuma setuju ayat ko yng bawah sekali..tpi orang-orang cam aku ni tak pandai nak gunakan ayat tu..terasa cam cinta ustak2 lak..apapon bab tu aku setuju..

      p/s : ni la pentingnya perenggan..

      Delete
    2. mell: macam tu la kot apa yg aku fikir..kalau aku suka sebab cantik ke, baik ke, then aku dapat imagine yg org akan pertikaikan balik jawapan tu..macam mana kalau dia dah tak cantik, dah tak baik, so kira aku dah tak suka ke camne? hahaha..

      bundle: part mana yg ko kata perenggan tu? kehkeh

      Delete
    3. ko je rasa cenggitu h..awek aku sebelum2 ni tak penah pon tanya balik camtu..kalau dia tanya pon cakap je la semua tu pinjaman gak..kalau dia dah buruk pon cakap je suka..habis citer.pastu ko tanye dia balik, hang nak hilang ka yang dah cantik molek la ni.suh dia syukur je la apa ade...tu soalan orang mengada je lebih ko tau..padahal bila kita puji cakap suka dia sebab cantik pon hati dah berbunga2..trik lama nakkan lebih perhatian je tu..hahaha

      Delete
    4. (sorry nak mencelah di sini)

      Ha tetiba aku tingat tentang entry yg aku buat pasal apa yg buat aku jatuh cinta ngan tok laki aku, pasai kasut. Tapi sampai skang dia tak tau pun yg aku jatuh cinta betul2 kat dia pasal tu...sebab kami tak pernah bincang kot pasal kenapa dan mengapa ni.

      U guys yang baca komen aku ni lucky la tau kisah hati aku. hahahaha bajet.

      Delete
    5. wat..sebab kasut..hahahahhaha....

      Delete
    6. Bg link boleh? Miss la baca entry tu. Plissss nak bacaaaa :D

      Delete
    7. ala... takder apa yang menarik pun. takder la kasut bersidiarela bagai. I pun dah lupa nama tajuk entry tu, something kasut2 la. hahahaha

      Delete
    8. hahaha..aku dah baca entry tu utk kali ke-2..

      tapi since dora private blog dia, so tajuk entry tu pun aku dah lupa..:D

      Delete
  12. bagusnyaa H ni.... untung siapa jd isteri H nanti... keburukkan seseorang itukan boleh dibimbing, betul tak??? bukan bermakna kita kena buang/hina dia sepenuhnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..takde yg bagusnya ena..sbb sampai skg pun H belum kawen lagi..hahaha

      Delete
  13. kata-kata untuk merungkap segala rasa terhadap org yg kita suka, takkkan terungkap sampai bila-bila sebabnya semuanya pasal dia kita suka. tak pernah habis. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa camtu la apa yg aku fikir, apa yg aku rasa..:D

      Delete
  14. haa ni singgah petang namanya.. baca entry tak lagi..nanti ceq datang sini lagi na..busy dengan keje cau cin cau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa..dah datang baca ke belum ni? :D

      Delete
  15. aku pun kalau ada yg tanya "kenapa awak suka kat saya?" tak reti nak jawab eh. sebab suka aku lebih pada pembawaan diri seseorang tu tak perlu hensem fizikal pun.

    jadinya...aku tak retilah nak jawab bila ditanya soalan sebegitu. nanti belit2 nak terangkan dia x faham lak. "awak...saya suka awak sebab saya tak benci awak la....perlu sebab lain ke?? haa carik sendiri!!" hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..kita bukan xtau jawapan..tapi kita x reti camne nak jawab..benda tu susah nak terangkan..:D

      Delete
  16. Aku suka ngan Muhd H tu sebab.. xtau la.. fes time aku dengar dia bercakap, dengan gaya dia, dengan gerakan tangan dia, buat aku terjatuh cinta... Hahahha..

    ReplyDelete
  17. cause girl you're amazing.. just the way you're.. lalalala.. <--- kalau dia tanya nyanyi je lagu ni. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak..H x reti nak nyanyi lagu omputeh..:D

      Delete
  18. orang pernah suka orang kulit gelap, orang kerinting, orang pendek, orang kurus kering, haha,, orang botak pun pernah,, so,, orang suke tanpa sebab,, seriously,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la macam aku..pernah suka kat macam2 jenis org..:D

      Delete
  19. selalunya aku lebih sukakn seseorang sebab pembawakan diri, attitude n cara dy bgaul dgn org. fiiiiiizikal or paras rupa x kesah kot hahaha.

    ReplyDelete
  20. tak perlu alasan untuk suke kat seseorang tu ..anggap je tu seme takdir ..kalao aku tanye suami aku nape die pilih aku, konfem laki aku pon tak tau nak jawab ape ..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. reason tu macam terlalu banyak tau..so macam xde reason yg spesifik..:D

      Delete
  21. Alah.... tak yah pening2.... tak yah cari reason nape suka....kalau dah satu hari nanti nak suka org lain nak buat camne ...dah takdir hehe...senang je cakapkan.....doalah... moga panjang jodoh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak cari reason kak nom..cuma aku susah nak bagi reason..rasa macam reason tu semua fake..:D

      Delete
  22. ni aku sokong.. nak suka orang bersebab macam susah jer.. sebab aku kadang2 tak suka dekat org pun tak da sebab.. =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku selalu suka kat org tanpa sebab..:D

      Delete
  23. haa..betul2..
    nak suka org boleh dgn sekali lihat je..haha..

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top