Assalamualaikum dan selamat pagi. Sebab aku taip entry ni awal pagi.
Kalau korang pernah baca entry ini, mungkin korang akan perasan satu watak nama Hazati. Dan untuk entry kali ini, aku akan ceritakan serba sedikit tentang Hazati. Oh ya, kak Aisy Nasiha banyak kali jugak tanya pasal Hazati ni. Sebab aku pun banyak kali mention nama Hazati, tak kira la dalam komen ataupun dalam entry.
Cerita ni bermula pada awal tingkatan 4. Masa tu aku jadi pelajar baru kat sekolah. Tak kenal sesiapa dan tak berkawan dengan sesiapa. Aku duduk kat meja paling belakang, tepi pintu. Hazati pulak duduk meja betul-betul kat depan aku. Dia yang tegur aku dulu. Sepuluh patah dia cakap, aku cuma jawab sepatah. Dua puluh patah dia cakap, aku still jawab cuma sepatah. And since that day, kitorang jadi kawan, walaupun tak berapa akrab.
Hujung tingkatan 5 baru la kitorang jadi rapat. Jadi rapat sebagai kawan jer la. Then bila dah habis SPM, kitorang tetap keep in touch dengan berutus-utus surat. Tapi surat pertama yang Hazati bagi kat aku, awal lagi daripada tu. Dia bagi masa sebelum paper SPM yang terakhir, just mention tentang impian-impian dia. Sebab sebelum tu, aku ada mention pasal impian aku kat diorang semua.
Impian dia masa tu pun ada tiga jer. First, dia nak cepat-cepat habis SPM. Impian tu dah kira terlaksana. Second, dia nak duduk jauh-jauh daripada family dia, biar family dia rindu kat dia. Impian tu luar kemampuan aku, so aku tak boleh buat apa-apa. And third, dia nak dapat potret Ishak (watak Blues Untuk Aku) setiap kali tiba 31 Mac. Sebab dia nak rasa dapat hadiah dan ucapan hari lahir setiap kali birthday dia.
Impian ke-3 tu aku usahakan. Tahun pertama, aku lukis potret yang besar. Saiz paper A3 kalau tak silap. Tahun kedua, jadi kecik sikit. Maybe cuma saiz A4. Tahun ketiga, jadi makin kecik. Terus reduce jadi saiz A5. Tahun keempat dan seterusnya? Tak ada. Aku cuma mampu laksanakan impian tu untuk tiga tahun pertama jer..hahaha.
Pasal impian ke-2 tu, sebenarnya pun dah terlaksana. Hazati masuk PPUM lepas form 5, amik course kejururawatan. Dah kerja jururawat pun kat sana. Masa tu pulak, aku kat Skudai. So kitorang dah tak berutus surat sangat. Dah advance sikit, berbalas-balas email pulak. Time ni la yang aku terjatuh suka kat dia. Malam-malam pegi bergayut kat public phone. Maklum la, aku belum beli handset time tu. Mampu guna public jer.
Tapi tu la..orang perempuan ni instinct dia kuat. So aku rasa Hazati ni sebenarnya tau yang aku suka kat dia. Cuma dia buat tak tau jer la. Until one day, aku rasa macam nak confess kat dia. Aku call dia, tapi masa tu macam nak cakap, macam taknak cakap, macam nak cakap, macam taknak cakap. Gelabah woi tiba-tiba nak bagitau yang kau suka kat bestfriend sendiri. Kalau kena reject camne? Mana nak letak muka?
Tiba-tiba masa tengah kegugupan tu, Hazati bagi satu ayat yang buatkan aku rasa moving. Masa aku umur 20 tahun nanti, aku akan bawak sorang lelaki jumpa mak abah aku. Masa tu orang lain takde peluang dah. Gila! Tiba-tiba cakap macam tu padahal aku belum confess apa-apa. Tapi, sebab ayat tu la yang beranikan aku untuk confess kat dia. Aku rasa dia buat macam tu untuk kebaikan aku. Better untuk aku let it out, daripada tertanya-tanya siapa sebenarnya aku pada dia.
Keputusannya? Hahaha..keputusannya aku kena reject la. Tapi yang bestnya, dia reject aku dengan satu ayat yang buat aku rasa cukup selesa. Perasaan tu boleh dipupuk. Itu jer jawapan dia. Itu jer. Indirectly dia bagitau yang dia cuma anggap aku kawan biasa. Feel rejected? Yes. Feel ashamed? Yes. Frust for being rejected? Nope. Not at all. In fact aku rasa happy sebab kena reject dengan cara macam tu.
Oh ya, aku ada sorang kakak. Dan kakak aku sebenarnya cukup suka kat Hazati. Selalu tanya pasal aku dengan Hazati, selalu suruh kirim salam kat Hazati, dan macam-macam lagi. Sampaikan masa Hazati datang beraya kat rumah, kakak aku dalam nada bergurau, direct jer cakap yang kalau boleh dia nak Hazati tu jadi adik ipar dia. Padahal masa tu Hazati dah bertunang dah. Aku yang dengar pulak jadi segan.
Sekarang? Sekarang Hazati dah kahwin. Suami dia nama Heikal. Anak pertama dia dah 2 tahun, nama Hanzalah. Anak kedua dia baru jer lahir 22 November lepas, nama Hamzah. Nampak kan? Semua start huruf H. Takde kaitan dengan aku pun..kahkahkah.
p/s: happy birthday Zati..may your life be blessed..:)
erk... rilek bro... jodoh semua di tangan tuhan. tpi menarik la citer ni.. :)
ReplyDeletehahaha..aku x kisah pun..benda ni dah lama dah..hazati pun dah kahwin..harap dia bahagia jer la..:D
DeleteOh ini kisahnya.... Hazati heikal hanzalah hamzah dan H... Menarik semuanya....
ReplyDeleteAgaknya hazati ni tensen tgu H lambat bertindak kot... Perempuan selalu takut dan tak yakin bila jumpa dan berkawan dengan lelaki yang tak nak komitmen... Apa pun bukan jodohlah tu...
Yang bestnya, betul ke part 10 atau 20 ditanya tu H jawab sepatah je? Idakla teman percaya... Ke tu karektor masa di sekolah...sekarang dah jadi bertambah peramah...
TAkpe, akak doakan H jumps pasangan yg lebih baik nanti ye....
eh tak la kak..maybe dia rasa better utk jadi kawan jer kot..tu yg dia jawab camtu..hahaha
Deletesaya ni kalau awal2 jumpa, belum kenal sape2, saya mmg pendiam kak..tanya la byk2, sy mmg jwb sikit jer..then bila dah lama2 kenal baru sy jadi pembising..:D
dan msa dia ckp mcm tu "Masa aku umur 20 tahun nanti, aku akan bawak sorang lelaki jumpa mak abah aku. Masa tu orang lain takde peluang dah." ko umur brapa wehh??
ReplyDeleteyang bab kakak tu aq suka.. KWN aku pn ada kakak jgk, mesti akn ckp mcm tu.. sama la watak beliau mcm kakak ko... tp bezanya aq ataupun dia blom tunang lg.. hihihi.. still single...
:P kah3
umur aku sebaya dengan Hazati la..masa tu kitorang 19 tahun kot..budak lagi..hahaha
DeleteHazati ni selalu jg tanya pasal kakak aku..even sabelum dia jumpa kakak aku pun, byk kali dia tnya..tu yg last2 diorang jumpa jugak..sekali tu jer la..
kalau x kompom2 ko dah jd dgn dia kn?? ekekekeke
Deletex,mksud aq, masa ko nak cuba luahkan perasaan ko tu , masa tu umur brapa?? ekekeke
erkk..betul la aku jwb kat atas tu..19 tahun..hahaha
DeleteLina tak boleh fokus, sbb duk teringat Saim n ilias je...
Deletehahaha
Lina ke Nur yang ingat diorang? hahaha
DeleteLina eh..Bukan Nur...
DeleteHahaha..
Birthday Hazati 31 march?
ReplyDeleteHappy birthday Hazati...!
Semua tu kenangankan, walaupun dia dah kawin, sebagai sahabat kita tetap doakan yg tbaik buat mereka.
Skrang H masih bhubung dgn Hazati tak?
Selain wish dekat sini, H wish betul2 tak dekat Hazati?
yup..besday dia 31 march..:D
Deletemasih berhubung..smlm wish la kat dia, tapi lambat..and x sangka rupanya dia mmg tggu H punya wish..kehkeh
Dan Nur juga tahu, 'dia' pun mgkin tggu wish dari Nur...*tetibe..hahaha
DeleteTapikan H, kira okay la di reject awal2kan...Sekurang2nya kita boleh beri kunci pada org lain...
DeleteDaripada tak di reject, tetiba je dia kawin dengan org lain...
Sentap ohh....!
kena reject bukan benda yg teruk sgt pun..:D
Deletekene reject mmg bkn bnda yg teruk sgt, tp yang paling mnyakitkan bila dh bg harapan tetiba dia nak kawen.. yg tu sakit.. sebab dah terkena.. ekeke
DeleteBetul kata Lina, bagi harapan..pastu tetiba kawin dgn org lain...lagi sakit berbanding kena reject awal2...huihuihui
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteHaaa..Nur typo lettew..kahkahkah
DeleteTakk..bukan typo..
Deletetp terkomen dua kali...
:)
kira typo jugak tu..lalala~
Deleteoh...macam tu ceritanya. janji kau berani luahkan walaupun kena reject. ok la tu. berani. daripada diam sampai ke sudah.
ReplyDeletehaah. betul. sekurang-kurangnya puashati sbb dah luahkan. daripada pendam, dua-dua tak tahu, terasa melepas je. Apapun, jodoh itu di tangan Allah. Doakan yg terbaik utk semua.. ;)
Deletetapi 2-3 minggu pertama lepas kena reject tu, memang segan gila kot nak contact dia..:D
Deletemak dah komen berjela-jela tadi.. tetiba masa nak publish.. tenet BERUKBAND ni disconect sesuka hati je.. grrrrrrr!
ReplyDeletehahaha..xpe mak..nanti bila aku dah jadi menantu, aku belanja stimix seketul..:p
DeleteSelamat Hari Lahir Hazati...kawan baek H.
ReplyDeletebagi aku takpe kena reject selepas luahkan. sekurang2nya tak terpendam tanpa ada tindakan apa2 kan. aku pernah la masa sebelum SPM aku minat kat Orlando Bloom...pastu walaupun bukan impian aku nak dapat potret si OB ni tapi kawan baek aku (lelaki) lukis dan bagi dan confess dia suka aku. aku reject dia...pastu habis SPM dia sambung dip kat lendu aku dah lost contact sekejap dan bila dia sambung degree kat S.Alam aku terjumpa dia dalam rapid kL...dengan awek dia. tapi keadaan da berubah dia lak yang reject aku....perghhhh aku senyum je kot. tu pun nak reject. balas dendam apo.
#sori tercerita lak. takpe kan H?
Amboi aien..haha
Deletehahaha..dia nak jaga hati awek dia kot, sbb tu yg dia reject kau..xpun dia still segan sebab dulu2 kan dia dah kena reject..hehehe
DeleteHappy birthday Zati!!
ReplyDeleteAh sudah..nama semua mula dengan Huruf H. Sok anak2 dia pun boleh jadi "Encik H" :P
diorang tu kan penyambung generasi..kot2 bila H dah nak bersara nanti, boleh transfer blog ni kat diorang..:p
Deleteaku lebih suka orang reject terus daripada bagi jawapan tak pasti contohnya, nanti la dulu, belum bersedia, tunggu la, kita cuba la. bangang namanya. aku tetp salute ko for being brave capital h,, hee,, aku pun nak berani jugak tapi sebab aku perempuan,, aku pun menakutkan diri sendiri,, haha
ReplyDeleteSokong muja..jawapan straight 4wd lg sakit hati dn puas hati drpada jawapan tak pasti ni..
Deletetunggu punya tunggu,, tak dapt jawapan,,, makan tahun gak t,, then orang tu kawin lain,, tak ke naya,,, grrr
Deletehaaa..aku rasa camtu la kot..bila dia dh reject, means aku xpayah la nak tertunggu2 or tertanya2..lagi senang camtu drpd aku rasa harapan tu ada..
Deletenama anaknya semua H,aummmmmmmmm....encik H sila jangan perasan :P
ReplyDeletehahaha..dah mak ayah diorang nama H & H, tu yg anak2 pun nama H & H..
Deletememang takde kaitan pun..:D
hehehe...
ReplyDeletebercampur-campur perasaan aku baca entri ni...
semoga jodoh H tak ke mana.
lgpun aku conform yang Hazati dan Heikal nak meneruskan generasi H dalam hidup diorang....
H, nama ko ape eh???
huhu ke?
Aku tau name h yg sebenar..aku mulakn bidaan bermula RM 4 juta untuk rahsia ni..hehehe..berminat punzel?
DeleteH untuk Hahaha
Deletekeh keh keh :D
punzel: generasi H tu sebab nama diorang masing2 pun start dgn huruf H..itu jer..hahaha
Deletebundle: kalau punzel bayar RM4juta, ko bagi aku RM1juta pun xpe weh..cukup byk dah tu..kehkeh
nama H sebenarnya msti tak berapa nak glemer macam Haris ke, Haikal ke...
Deletepaling-paling nama Hashim kot...
kan kan...
bundle : aku boleh bayar ko 4 juta, duit jutaria... hahaha.
tak la..nama aku Harun..kot..hahaha
Deleteaku perlukan bantuan bundle...
Deletemana kau...
:P
bundle xde..dia sibuk..hahaha
Deletesyabas beta, happy birthday to Zati.
ReplyDeleteYang aku kurang jelas, maaf yer bertanya saudara memandangkan aku baca dengan teliti tapi masik kurang jelas... part yang kau confess sebab dia bagi hint tu, and still kena reject. Kau memang ingat dia hint suruh kau propose dia ker time tu? Hehehhee
Kau kena reject atas sebab apa?
Very sweet story indeed :D:D Rasa macam baca novel.
hahaha..aku mmg ingat camtu pun..bila dia dah bagi hint camtu, indirectly dia nak suh aku confess la kan?
Deletethen bila dah kena reject, relief la jugak..aku x kisah sgt dia reject sbb apa..aku x tanya sbb pun..yg penting dah kena reject la..:D
sebab tu aku penah tulis dulu, laki kalau ade kawan baik perempuan mesti ade niat nak lebih2..kehkehkeh..tapi selalunya tak bleh jadi..salah sorang mesti reject..kalau jenis friendly ramai kawan lain citer pulak..kalau semua kawan baik dia perempuan tu player namenya..
ReplyDeleteapapon kisah ko tak tragis sgt macam aku H..baru kene reject.biasa la tu...kalau ko tau pasal tips yang aku amalkan dulu, kompom leh lekat..hahaha...
TIPS MENDAPATKAN CINTA CARA BUNDLE..kehkehkeh
kalau kawan baik tu sebaya or lagi muda, mybe la tersuka kot..tapi kalau kawan baik tu lagi tua, aku memang xde perasaan apa2..
Deletekawan baik aku semua perempuan weh..player ke? hahaha
kompom ko player..hahaha..tp player takleh jatuh hati dengan awek2 yang dia kawan tu..tu hanya untuk playing..awek kene cari lain..hehe..
Deleteceh..tapi memang ramai org anggap aku player..hahaha
Deletehadoiiii...tkde jodoh H dgn H. tp....klau tk bgtau isi hati pown takut gk menyesal mana tau H sana tu ada hati gk, cuma tunggu H yg ini luahkn. atleast dh trjawab. so...... H dh move on dgn segala H yg dia ada, dan..... H yg ini psti akn ada yg terbaik lbh dr H kannnn, so I, J, K, L......dn strusnya psti lbh membahagiakn dr sbtg huruf yg umpama tiang tangga itu.
ReplyDeleteapadaaaa... CiM mengarut ni...?
hahaha..mengarut camni takpe..aku still boleh bezakan H dengan segala H yang dia ada, dan H yg akan ada terbaik lebih dr H..:D
DeleteRasa macam lain jer bila suka ngn besfren sndri.. (-__-) mesti segan dah kan.. :'( sedihnyer cinta ditolak.. cintaku belum ku luah sudah ditolak.. muahahaha..
ReplyDeletehahaha..segan tu mmg la segan..tapi sometimes rejection tu lagi baik drpd tertanya2 kan? :D
Deletejodoh H mungkin dengan H yang lain. hehe.. perit kn bila jatuh cinta dgn kwn baik sndiri. izma pn penah rasa. tapi lama2 move on and blajar terima kenyataan. hep2.. Ada sebab kenapa Allah jadikan mcm tu :)
ReplyDeletep/s: Thanks sbb slalu singgah kt blog.. sorry x sempat bls kunjungan.. lately busy sket. do keep in touch. take care! :)
nak kata perit sgt pun x jugak..lebih kepada sweet pain kot..hahaha..ketentuan Allah kan, kena terima la..:D
Deletep/s: xpe..xde hal..
Assalammualaikum.
ReplyDeleteKenapa tajuk ko misi beranak dua ni, grrrr.
Pasal instinct tu kan..ya, perempuan memang kuat gerak hatinya. Dan ak rasa, dia dah lama prasan yg ko suka kat dia..cuma dia tahu batas garis perhubungn korg tu kat mana.
Macam kisah ak pulak weh, cuma dalam kes ak, aku lah hazati. H pula ganti dgn W. Ak hrp W pun boleh paham, sptmana yg ko faham.
Woww, tak pasal2 ak citer psl W kt ko H,hahaha
tajuk entri H misi beranak dua tu, maksudnya...
Delete1. misi a.k.a nurse a.k.a jururawat.
2. beranak tu disebut ber-anak. atau orang yg ada anak.
3. dua tu maksudnya bilangan anak yg hazati ada.
Betul tak H? hahaha :D
haaa..betul la macam apa yg Dira explain tu..misi tu nurse..beranak dua means anak dia ada 2 org..:D
DeleteDear Hazati, May Your life be blessed.
ReplyDeleteEh ?
err..
DeleteDear Hadira, thanks..:p
hahaha :D
Deletehappy birthday hazati.. macam nama kawan aku. tp for sure dia tak kawin lg kot..hehe.
ReplyDeleteerr, aku ingat kau ada 'misi' untuk mempunyai 2 orang anak.lulz
errr..for sure tapi ada kot..camne tu? hahaha
Deleteingatkan H punya misi = mission beranak dua. haha..
ReplyDeletemeans masa dia cakap camtu mungkin dia dah ada someone. kan kan.. happy birthday Hazati! :)
tak tau la dia dah ada someone ke tidak masa tu..citer lama dah..dia pun dah bahagia..:D
Deleteaq slalu cube elak drpd ber-bff opposite gender..sbab takut jatuh cinta.. ade laaa dulu.. ble dia dh confess rse tak best dan lastly putus.. dan skrg ni aq ade sorg je bff laki dan aku soh dia siap ade awek lg..hahaha.. senang citer..
ReplyDeletehaaa..mungkin tu la sebab utama..bila dah confess and hubungan tu putus tgh jalan, biasanya terus akan putus kawan..:D
Deletebersabarlah pakcik. tempat jatuh lagi kan terkenang, inikan pula Hazati. ye dop?
ReplyDeletelepasni jumpe bekenan terus je ajak kawin pakcik. aku taknak langkah bendul kau.
erks..pasni kau x payah la langkah bendul..kau langkah badul jer makcik..hahaha
Deletetetiba curious....sebab tu ke nama blog ni capital H....H?hehee
ReplyDeleteerkk..tak2..nama blog ni takde kaitan dgn Hazati..:D
DeleteAku pun masa form 4 dulu student baru yg paling last masuk. & duduk kat tepi pintu gak. Hahaha! Bezanya, kerusi dpn aku pompuan yg duduk, bukan lelaki. Kalau tak, maybe ada kesah yg lebih kurang sama ngan kau jadik kat aku gaknye. Mungkin Hazat ke orangnya :P
ReplyDeleteSebenanye kan, drpd dulu aku tak paham camne kau leh concludekan jawapan Hazati tu maksudnya dea menolak? Perasaan boleh dipupuk? Maksudnya?
maksudnya, perasaan tu takde..tapi boleh dipupuk..maybe ada org akan take it as a yes..tapi aku prefer utk take it as a no..masa tu aku cuma nak rasa lega sebab luahkan jer kot..hahaha
DeleteH, caner nak buat komen box mcm ko ni? boleh reply2 gitu.. aku dop reti laaa.. siap fb twiter pom buleh..guane?
ReplyDeleteerrr..kat setting tu, bahagian post and comments, pilih embedded..so dia akan jadi macam ni..:D
Deletepasal comments fb dgn twitter, yg tu payah sikit..kena cari tutorial pastu adjust sendiri..
ohh.. ohh..
ReplyDeletenampak-nampak.
-Kuning Hitam-
erkk..nampak apa? nampak apa? hahaha
Deletesabar yer Encik H...
ReplyDeletetiba2 NAL sedih.. sob..sob..~
errr..xde menda yg nak sdih pun NAL..:D
Deleteerk..sikit pon x terusik ke hati H cita mcm nih??
ReplyDeletetak..sikit pun tidak..:)
Delete