Okey. Bila bercerita tentang minuman kegemaran aritu, aku terfikir pulak nak cerita pasal makanan kegemaran aku. Kahkah..macam biodata zaman budak-budak pulak. Kalau dulu masa kecik-kecik, aku selalu nampak orang tulis makanan kegemaran diorang as "yang halal dimakan". Hahaha..tipikal sangat. Tak pun, "nasi ayam" or "nasi lemak". Atau paling common pun, "masakan emak". Tu zaman kecik-kecik la.
Fokus cerita aku kali ni bukan pasal nasi, tapi lebih kepada sayur. Eh aku nak tanya ni, tomato tu sebenarnya buah ke sayur? Sebab ada orang kata buah, ada pulak yang kata sayur. Aku cuba la jugak buat penyiasatan tak rasmi kat wikipedia, dan dia tulis kat situ, tomato merupakan sejenis tumbuhan yang buahnya dikenali sebagai sayur. Jadi aku anggap jer sumber tu betul, dan tomato dikelaskan dalam kategori sayur.
Dulu masa kecik-kecik, aku ni tak suka makan sayur. Cukup tak suka makan sayur. Kalau aku makan pun, cuma kangkung jer. Jadi untuk buatkan aku makan sayur, arwah mak akan beli kangkung. Kadang-kadang beliau beli jugak sayur lain macam sawi, bayam, kacang panjang dan kobis. Masak dalam nasi goreng atau mee goreng. Tapi macam biasa la, kalau sayur lain aku tetap akan asingkan. Masa tu aku rasa orang yang makan sayur dah macam kambing yang makan rumput. Entah apa motifnya makan pigmen-pigmen klorofil tu pun aku tak tau.
Tapi kan, kalau makan nasi ayam kat kedai, boleh pulak aku makan jer salad dengan tomato. Bajet macam orang putih jer kan makan salad..hahaha. Masa kat UTM dulu kawan-kawan aku tegur jugak. "Ko ni sayur tak makan, tapi salad boleh pulak ko makan".
Aku balas dengan muka serius. "Aku orang England beb". Dah, habis cerita.
Tapi itu dulu la. Sekarang ni dah boleh dah. Aku pun tak tau entah sejak bila aku dah mula belajar makan sayur. Maybe sejak mak aku sakit kot. Time tu aku mula belajar memasak. Fikir mak nak makan apa, then aku beli dan tolong masak. Tapi kena la tukar-tukar jenis sayur biar beliau ada selera. Takkan hari-hari nak masak kangkung. Then bila dah masak tu, aku kena la makan jugak. Rajin pulak aku nak masak lauk lain semata-mata untuk aku sorang. Memang tak la.
Dan sekarang ni dalam banyak-banyak sayur, aku lebih suka tomato, lebih daripada aku sukakan kangkung. Kiranya, tak ada kangkung tak apa, yang penting kena ada tomato. Masak kicap letak tomato. Masak kari letak tomato. Masak sup letak tomato. Masak cili padi letak tomato. Masak sardin letak tomato. Masak nasi goreng letak tomato. Masak maggi letak tomato. Even buat telur dadar pun letak tomato. Dan kalau aku lupa letak tomato dalam masakan, in case tertinggal ke apa ke, aku tetap akan amik tomato tu buat macam ulam. Semata-mata sebab aku nak makan tomato.
Aritu masa keluar dengan Bundle, Syida and Chuu, aku selamba jer mintak tomato kat Syida time dia dengan Fik dah habis makan. Tengok tomato tu tak berusik, aku mintak la. Mujur dia bagi. Kat Chuu pun aku mintak jugak, tapi tak dapat. Malah cepat-cepat dia makan sebab takut kalau lambat nanti aku mintak lagi..grrr.
Eh tapi kan, tak semua tomato tu punya rasa yang sama tau. Tomato yang bersaiz besar tu pada aku tak berapa sedap. Tomato yang kecik-kecik tu jugak yang lagi sedap. Lebih manis. Sebab ada rasa macam manis-manis buah. Kat Giant la biasa ada jual tomato yang ni. Dia dah siap paket, harga RM2 sepaket kalau tak silap. Jap lagi aku pergi dapur snap gambar.
Dapatkan di Pasaraya Giant yang berhampiran. |
Haa satu lagi. Tomato kalau dimasak sampai lembik, pada aku agak kurang sedap. Contoh macam dalam sup atau kari. Sebab feel makan tomato tu macam tak sampai. Untuk aku, better biar tomato tu separuh masak. Sekadar boleh buang permukaan kulit dia, tapi kondisi tomato tu masih tetap seperti biasa. Macam gambar kat bawah ni la. Kredit untuk Bundle sebab tolong dapatkan balik salah satu gambar ni. Aku sebenarnya tak bercadang nak masak. Sebab tu aku mintak tolong dapatkan balik..hahaha.
Haaa..itu jer cerita aku. Sekian, terima kasih.
p/s: cerewet jugak aku ni rupanya..zzzz.
sah kulit licin..
ReplyDeletehusna mkn tomato dlm masakan je..kalau mkn mentah2 maap!! =P
erkk..kulit licin? hahahaha..jangan harap la..:p
Deletementah2 pun best jugak la husna..
haha..sikit pon xkan xde..=P
Deletehaiyoo..tekak x boleh terima meyhh..=D
sikit pun xde husna..kasar jer kot..hahaha
Deletehusna cuba la makan tomato yg mentah..buat macam makan apple jer..mesti boleh punya..
agak2 boleh bayang x muka husna lepas tuh?? o.0?
Deleteerkk..nampaknya pasni H kena la selalu bayangkan muka husna..:p
Deleteenakkk giler
ReplyDeletesodapppp
tomato memang sodap..xkira dlm apa pun keadaan..hahaha
Deletemenyesal bukak blog kau!!! aku tga lapar!! hahaha ;p
ReplyDeletehaaaa..padan muka..hahaha
Deletecomot la mangkuk ko..masakan nampak sedap..presentation fail..takde hiasan..anda haruslah kepusingan penyingkiran..jadah aku komen cam chef zubir lak ni..hahaha..
ReplyDeleteceh..mangkuk jugak yg ko nampak..hahaha..presentation cantik2 pun last2 aku sorang jugak yg makan..
Deletehamboiii, nak jadi hantu tomato ye bang. haha .tahniah tahnia, sebab tomato banyak khasiat, bertuah lah badan hang.
ReplyDeletesebab tu skrg pipi dah macam tomato..:p
DeleteMeh nak ajar cara makan tomato beso tu...
ReplyDeleteMula2....Belah 4 atau 6...letak dalam pinggan,
Pastu gaul2 dgn kicap....
Dan sedia untuk di ngap....
Mmg sedappppp.....!
Tomato ceri tu kalau mkn dgn kicap pun sodap....!
gaul2 dgn kicap? letak gula x? dah macam makan jambu air pulak..hahaha
DeleteHaaaa...gaul2 dgn kicap mcm gaul rojak tu...
DeleteTak payah letak gula..kicap je...
Pastu ngap....cubalah...
Sedappp....!
P/s: Nur yg menaip komen ni pun dah rasa tliur tahu...
ohoo..tapi H memang suka beli tomato yg kecik2..so xde la tomato yg besar2 tu..hahaha
Deleteterliur? patut la basah kibod H dgn air liur Nur..:p
dgn tomato kecik2 pun sedap H..
Deletepotong dua, curah kicap..
ngap..!
Perghhh..nikmat tuuu...!
habis tumpah ayo lior kat sini..
kahkahkah.... :p
tapi H makan camtu jer..xde kicap2 dah..lambat..:p
Deleteohoii..!
Deletedtg tgk pinggan..
Hahahaha...
;P
eh kau buang tak bahagian "tangkal" yang hijau tengah sikit tu? Aku baru tau bahagian tu boleh bikin sakit kepala, hipotesis jangan tanya.
ReplyDeleteKau boleh gang ngan JJ.. hantu tomato, kasi pasta gaul ngan tomato pun boleh licin dua pinggan. Banyak2 buah, tomato ni la favourite dia. Banyak2 sayur, tomato ni jugak pilihan dia. Versatile. Hahaha
tangkal tu boleh bikin sakit kepala ke? aku pun baru jer tau arini..hahaha..kalau rajin aku buang la..tapi kalau malas, aku biar camtu jer..then masa makan baru buang tangkal tu..
Deleteeh JJ pun suka makan tomato ke? patut la pipi dia macam tomato..:D
eh.. bukan tangkal tangkal tu maksud aku... yg kat buah tomato pangkal tangkal tu.. haaaa pangkal yg hijau dan memutih. sebab aku sebelum2 ni tak pernah korek buang la part tu, tapi telah diwarning bahawa kena buang. Kan tak cantik kalau potong tang tu. errr... apa2 lah.
Deletetau..tau..hahaha..tangkal tu yg aku cakap..kadang2 aku buang, kadang2 aku masak jer terus..then time nak mkn tu baru aku buang..:D
Deleteeh tapi kalau potong lagi senang kot..kulit tomato tu boleh tarik jer terus..
tomato ni masa kecik macam jajan untuk aku..
ReplyDeleteasal kakak aku gi kedai sayur,
aku mntak dia beli tomato..
pastu makan macam makan buah epal..
prefer makan tomato mentah dari yg dah masak..
kalo dah masak, ikut mood..
rasa nak makan, makan..
kalo tak, tinggalkan je kt tepi pinggan..
cuma, serius ke tomato boleh licinkan kulit..?
apesal aku tak pun..? sobs..!
aku dulu masa kecik x makan sgt tomato ni..time dengan nasi ayam jer kot baru aku makan..skrg ni sama macam kau la..makan tomato dah macam makan epal..mentah aku makan, masak pun aku makan..
Deletetomato boleh licinkan kulit? yg tu aku x sure..sbb kulit aku pun tak licin jugak..hahaha..yg aku tau, tomato baik utk mata..itu pun cikgu yg ajar..
kalau baik utk mata, lagilah tak tally dgn aku..
Deleteapesal power mata aku makin naik..??
ini tidak adil..tidak adil bagikuu~~
kakaka..
errr..baik utk mata hati kot..rasa macam suci jer..:p
Deletesayur ap pon aku mkn je.. cuma batang sawi je kureng...hehe. mkan tomato brkilo2 ni kulit dh mulus belom? kalo belum sila ke spa brdekatan.haha
ReplyDeletehaaa..cakap pasal sayur yg aku kureng ni..rasanya peria kot..sbb aku rasa peria tu pahit..xsedap..
Deletekulit mulus? jangan harap..hahaha
Sampai skang aku x makn sayuran.. kaler hijau, rasa cm makan daun jer... tomato rsa dia pelik.. dlu abg aku ajar mkn peria, adeshh.. aku xleh jugak.. xleh means aku bleh makan kadang2, tp kalo diberi pilhan, aku takkan makan sayur.. hohoho.. tapi perbezaan yang dapat aku rasakan kalo makan sayur ni, aku rasa lebih bertenaga berbanding dengan x makan sayur..jadi kesimpulannya, makan lah sayur... ^^
ReplyDelete-Chips-
aku pun xsuka makan peria jugak..maybe sebab pahit kot sebab tu aku kurang minat..
Deleteaku masa kecik kalau makan sayur boleh muntah, then start makan sayur dalam burger then malu lak kalau tak makan sayur,, so aku dah boleh makan sayur but only in tomyam, nasi ayam salad je, burger, kalau sup sayur or sayur goreng,, sampai sekarang tak leh telan. sila belanja aku tomyam :)
ReplyDeleteaku skrg ni rasanya boleh makan semua sayur..kalau yg aku xminat pun cuma peria jer la..
Deletebelanja tomyam? errr..bye..-_-"
tomato yg kecik lazimnye lebih rangup err..bole?
ReplyDeletechuu muqhlis
erkk..lebih rangup? goreng tepung ke apa? hahaha
Deletetapi mmg pun..tomato yg kecik tu rasa macam lagi pejal berbanding tomato yg besar..and lagi manis..:D
Entry in sangat menarik.
ReplyDeleteNanti aku buat entry sejajar dengan entri ini.
Lawat nanti yer.
:)
haaa..dah lawat pun..plus dah siap komen lagi..hahaha
Deletep/s: tomato memang rasa tomato..bukan xde rasa..:p
Gua dah agak dari tahun lepas yang lu ni seekor kelawar pemakan tomato.
ReplyDeletemalam ni tak keluar ke? esok kelawar nak tidurrr. kahkah
errr..aku tempeleng karang baru tau..hahaha
Deleteerr..ikan kerisi tu masak apa?
ReplyDeleteikan kerisi tu masak cili padi..:D
DeleteAda 2 biji tomato lebih sejak 3 minggu lepas kot dlm fridge tak berusik! Nak ke H? hehe...
ReplyDeleteKulit mesti mulus ni sebab suka makan tomato.... mai tengok!
Pergh...sekarang dah berubah yeh...banyak gambar dlm entri!
erkk..3 minggu? dah tumbuh akar ke camne tu? hahaha
Deletekadang2 aku bosan la tengok entry aku plain jer, sebab tu aku letak gambar..:p
Sembelit tetiap hari makan kangkung. Hahaha..
ReplyDeleteErr aku kalau keluar beli lauk pauk aku mesti beli tomato sebab aku suka tumis tomato dgn cili bawang kentang. Tapi mak aku selalu cakap Bangla je suka makan tomato sebab kitorang selalu terserempak Bangla borong tomato kat kedai. Kahkahkah
errr..mujur aku beli tomato kat Kuantan..kalau kat JB, entah2 korang ingat aku ni bangla..hahaha
Deleteeh aku org Malaysia tau!! grrrrr...
Hahaha mesti bangla tu macam kau suke makan tomato. Kahkahkah larikkkk.
Deleteaku org malaysia la!! huh!!
Deletehabis dah baca semua.. hehehehe~ next post please.. lol :)
ReplyDeleteerkk..next post? tunggu malam ni..:D
Deletenama aku yang berusaha bnak bg tk dpt pun kan... haha!
ReplyDeletetomato, aku tak suke masam die...
tp aku teringin nak masak gulai lemak cili api ikan dengan tomato...
combination tu je sedap untuk aku...
hehe.
ooouh... aku jugak anggap sayur warna hijau tu ada racun...
Deletekikiki. tak makan sayur la aku...
kalau tomato yg kecik2 tu manis tau punzel..x masam pun macam tomato besar..:D
Deletedulu aku anggap sayur warna hijau tu rumput..zzzz
cikna tak suka sayur yg ada bau sayur termasuklah tomato. tp bolehla makan cuma bukan degemawan. haha..
ReplyDeleteorg kata kalo org preggy mkn tomato nanti baby lahir kulit pink2. silap la H lelaki. kakaka..
erkk..mana chic na tau H lelaki? entah2 H ni menyamar ke..hahaha
Deleteooo bukan eh? baru tau.. kakaka..
Deleteerrrr...errrrr...speechless jap..hahaha
Deletewah...H suka makan tomata..
ReplyDeletemesti kulit bersih n suci ja kan..?
eh,, H mai Sabah..?bila..?
awat xcerita kat kami..klau x leh gi berdating sma2..eceh...^^,
aaa..mai sabah 27/4 aritu..siap pegi UMS tau..
Deletelenkali H pegi lagi, kita dating na..:p
tak pelik la ko mkn tomato. org england.
ReplyDeleteaku xmkn tomato tp aku suka letak dlm mskn sbb cantik, ade kaler mcm2..hehe..seni kan..? tp sjak asyik masuk hotel ni, sedap la pulak tomato cicah thousand island. betul la. tomato besau tak sedap,,
haaa yg ni pelik..x makan tomato tapi letak pulak dalam masakan..hahaha
Deleteeh tapi kawan ex aku camtu jugak tau..dia x makan sayur tapi dia makanan tu ada rasa sayur..contoh macam nasi goreng ke..dia nk nasi goreng tu rasa sayur..