Bismillahirrahmanirrahim.
Entry ni panjang. Dan ada sedikit-sedikit berbaur politik. Siapa nak baca, boleh la teruskan baca. Siapa taknak baca, elleh aku tau korang masih lagi terus membaca..hahaha.
Aku adalah orang Johor. Dan seperti yang diketahui oleh kebanyakan orang, Johor adalah kubu kuat Barisan Nasional. At least kubu kuat la jugak sehingga sebelum PRU ke-12 pada 2008. Dan disebabkan aku ni belajar kat Johor dan membesar kat Johor, maka suatu masa dulu pemikiran aku memang diasuh untuk menyokong Barisan Nasional. Maklum la, bukak TV semedang tunjuk kebaikan Barisan Nasional. Baca paper pun mesti paparkan kebaikan parti komponen Barisan Nasional.
Sampaikan dulu masa zaman belajar kat UTM, aku siap berdebat dengan sorang kawan. Nama dia Rafizul Hafiz, tapi lebih dikenali sebagai Jamak. Berbalas-balas ulasan la jugak sebab aku backup kerajaan. Pada aku, kerajaan tau apa yang diorang buat. Kerajaan tau macam mana nak membangunkan negara ni. Kerajaan tau macam mana nak stabilkan ekonomi. Sebab tu diorang jadi kerajaan. Sebab diorang berpengalaman. Dah bertahun diorang memerintah. Dan Malaysia pun dah bertambah maju berbanding dengan Malaysia pada 55 tahun yang lepas.
Lagipun aku adalah salah seorang menerima biasiswa daripada JPA. Jadi aku rasa aku patut support kerajaan yang dah bantu aku selama ni. Kalau nak harapkan gaji ayah, memang tak cukup la. Kalau nak bergantung pada PTPTN, lepas belajar aku mesti kena bayar balik. So dengan adanya biasiswa, boleh dianggap yang aku ni menerima pendidikan percuma. Rasa terhutang budi la jugak sebab tak payah nak bayar balik..hahaha.
Tapi itu dulu, lama dulu.
Bila aku dah keluar daripada Johor, aku nampak banyak benda yang sebelum ni aku tak nampak. Aku baca banyak benda yang sebelum ni aku tak baca. Medium pengantaraan tu dah semakin berkembang. Aku baca Harakah, aku baca Suara Keadilan. Aku bercampur dengan orang daripada pemahaman politik berbeza. Aku dengar politik pasal itu, pasal ini, dan sebagainya. And yes, benda ni indirectly buatkan otak aku bekerja. Dan apa yang aku boleh simpulkan, politik kat Malaysia ni memang entah apa-apa. Yang sana kutuk yang sini. Yang sini pulak kutuk yang sana.
Sukar sebenarnya nak percaya pada yang mana. Sebab semua tu boleh dikatakan hujah tanpa bukti dan kesahihan. Sebagai contoh, dikhabarkan hutang kerajaan negeri Pulau Pinang dah berkurang daripada RM630juta kepada RM30juta. Bukti? Tak ada. Kalau ada pun belum tentu sahih kebenarannya. Alaa aku bukannya peduli sangat pun pasal hutang negeri dan hutang negara ni. Hutang sendiri pun tak terjaga, apa jadah pulak aku nak sibuk-sibuk amik tau pasal hutang negara..grrrr. Sebagai contoh lagi, kerajaan pusat dah keluarkan dana RM720juta untuk mengatasi masalah air kat Selangor. Bukti? Tak ada. Kalau ada pun belum tentu aku percaya.
Berbalik pada politik. Politik kat Malaysia ni aku rasa tak fair. Terutama dari segi media elektronik dan media massa. Berat sebelah. Ada jer la point kerajaan untuk burukkan pembangkang. Dan boleh dikatakan langsung tak ada peluang untuk pembangkang protect diri sendiri. Tak tau la kalau mungkin media-media tu terikat dengan terma dan syarat ke apa ke. Kot kalau tak sebelahkan kerajaan, kompeni boleh kena tutup ke. Yang tu aku tak tau. Cuma pada aku, secara peribadi, lambakan berita yang pro kerajaan ni buatkan aku jemu. Rasa macam semua benda tu fake, walaupun mungkin sesetengahnya adalah benar. Dan sedikit demi sedikit buatkan aku rasa menyampah dengan kerajaan..hahaha.
Jadi untuk general election kali ni? Apa yang aku undi?
Aku terus terang cakap kat orang, tak kira la dalam blog ke, facebook ke, real life ke, bahawa undi aku adalah rahsia, tapi yang penting bukan BN. Undi rosak mungkin suatu pilihan, tapi bodoh la aku kalau beratur amik turn semata-mata nak buat undi rosak..hahaha. So indirectly aku bagitau yang aku akan undi pembangkang. Bukan sebab aku join mana-mana parti politik ataupun apa. Semestinya tidak. In fact aku tak fikir pun PR akan menang PRU ke-13 ni. Aku rasa BN still akan menang majoriti mudah. So sebab tu aku akan undi PR. Sebab aku taknak BN kuat sangat.
Aku bukan la bijak bebenor. So daripada pemikiran yang cetek ni, aku rasa kerajaan yang terlalu kukuh dan stabil tak begitu menguntungkan sesiapa. Sebagai contoh, kedudukan yang selesa di sesetengah kawasan buatkan kerajaan macam tak berapa efektif. Ini berbeza berbanding kawasan di negeri Perak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Pantang ada apa-apa isu, bergegas la BN datang membantu. Dalam masa yang sama, kerajaan negeri pun turut membantu. Aku nampak keadaan tu sebenarnya menguntungkan penduduk.
Jadi itu la apa yang ada dalam kepala aku. Korang pulak, terpulang pada pilihan masing-masing. Aku takde rasa pun nak advise siapa-siapa untuk undi BN ataupun PR. Sebab aku percaya, setiap orang ada idea dan direction masing-masing. Untuk aku, direction aku jelas. Dan kalau ditakdirkan yang PR menang general election kali ni, bermakna itu adalah pilihan majoriti, bukan bergantung pada 1 undi semata-mata.
Sekian, selamat mengundi.
p/s: harap-harap takde la geng anon yang baca..hahaha
high five sikit!!
ReplyDeletehaha..cayalah H..=D
erkk..five jer? six xleh? :p
Deleteperghh..x pernah lg org buat H oii..
Deletetp klau nk try husna bg kaki..huehuehau..=D
erkk..amboi..nak bagi kaki ea..grrrr
Deletekerajaan barisan nasional dah lama sangat memerintah ni..cuba bg can la plak kat pr tgk mane lagi bagus..tp rakyat dah dimomokkan negara akan hancur macam video animasi mr.mansuh..tukar je kerajaan habis..tu ramai takut..kehkehkeh..
ReplyDeleteorang tua kadang2 mudah sikit terima apa yang media massa sampaikan.tapi orang muda dah ramai yang bosan..tgk berita dah macam kempen..tgk surat kabar pon sama..ntah apa-apa..terlalu berat sebelah..
betul cakap ko..peduli apa hutang kerajaan..kita sapa..atleast aku akan sokong parti yang akan ringankan beban rakyat yang miskin cam aku..bukan gula2 setahun dapat 500, 250..aku nak jangka masa panjang, biar kos hidup rendah..rumah murah, kereta murah, makan murah, minyak murah..ni menteri je kaya, kita dapat apa??
mujurlah pihak pembangkang ni ramai yang celik it dari bn..sejak kes 1998 ramai blogger pembangkang ni dah mula explore untuk menyampaikan maklumat kat internet..nak harap tv, berita memang tak la..kesan yang aku nampak sekarang..bila dunia dah terdedah dengn internet, tengok la..bn dah mula terdesak..makin banyak la kempen kat tv dn makin la buat orng menyampah..hahaha..
kadang-kdang aku terpikir, perlu ke aku turun mengundi sedangkan demokrasi yang ade sekarang....demokrasi ke??hahahaa..
eh, panjang plak..sori2..hahahaa..
Deleteamboi bandel,haha..mcm entri dah aku tgk
Deletemalaysia memang pada dasarnya mengamalkan demokrasi.. cuma ramai yang mungkin x faham konsep sebenar demokrasi.
Deletedalam pilihanraya, tiada isitlah parti kerajaan atau pembangkang yang bertanding. yang ada hanyalah parti yang bakal dipilih rakyat untuk memimpin kerajaan.
tu la masalahnya..orang yang memilih kerajaan sekarang ni yang tak paham makna demokrasi tu mende..depa rasa kerajaan tu dah telus, adil dan paling bagus la..
Delete#mana kebebasan bersuara, berceramah, berhimpun..bila dah didesak baru nak bg permit..kutuk kerajaan, dedah keburukan kerajaan kene tangkap..
#kebebasan media lagi la takde..semua media parti memerintah kawal..
#semua rakyat berhak pon dapat hak yang sama dari segi undang-undang..
dan banyak lagi..ni la ciri2 sepatutnya dalam sebuah negara demokrasi..suka tak suka, ni yang namanye demokrasi....
untuk aku, walaupun aku tau BN akan menang, tapi aku tetap akan undi PR..aku tau 1 undi aku tu takkan ubah apa2 secara drastik..kalau menang 1 undi pun, kompem akan ada kiraan semula..
Deleteaku undi biar kedudukan BN tu tergugat..baru la dia bersungguh protect apa yg dia ada..celik sikit and faham apa yg org macam kita ni nak..
pasal kebebasan media, jgn harap la..5 tahun akan dtg pun rasanya pengaruh media ni tetap sama..kebebasan2 lain macam ko cakap tu pun aku rasa tetap takde..
walaupun nampak macam x bersyukur, tapi aku sebenarnya suka bila Johor tak lagi jadi kubu kuat BN..
Deletefight tengok Man Utd lawan Chelsea, berbanding tengok Man Utd lawan Cardiff City..kehkeh
bagi aku pulak mengibaratkan masing-masing ada agenda masing-masing.
ReplyDeletedan agenda siapa kau rasa paling baik...
entah, aku maseh mentah dalam dunia politik apetah lagi dunia politik malaysia yang banyak sangat kebenaran yang ko tak tau kat mana.
tu je, malas ulas panjang-panjang.
sebab aku memang rahsiakan undi aku pun.
:P
yup..kebenaran utk politik kat Malaysia ni susah nak percaya..yg tu aku x nafikan..:D
Deleterasanya pru kali ni sangat meriah,meriah dengan kebaikan bn...getik jugak kadang..nak tgk cane,tercapai ke idok manifesto-manifesto yang dijanjikan oleh ehem tu,menjadi ke idokkan...so begini,marilah kita menjadi pengundi yang beriman dah ohsem,sekian sahaja dari,selamat pagi H...
ReplyDeleteaku makin debau dah ni nak p ngundi,first time..jangan lupa keluar awal untuk mengelakkan kesesakan semasa beratur,jangan lupa bawak makanan,kihkihkih
marilah mari,pergi mengundi.
hahaha..berbanding 2008 dgn 2013, tahun ni memang lagi meriah..sebab PR dah makin kuat..situasi tu buat BN goyang and cuba perbaiki diri diorang..:D
Deletesaya jd petugas SPR nanti.undi pos baru amek smlm,smpt lg ke nk anta arini...huhuuu...dulu masa blaja pn mcm tu gak tp lepas kerja mcm2 nampak.pembangkang dan kerajaan ada kelemahan masing2 gak....so fikir la elok2 ye sebelum ngundi tu...selamat mengundi.peace no war..
ReplyDeleteyup..dua2 ada pro and kontra masing2, xkira la baik BN mahupun PR..:D
DeleteBab politik ni, Nur buta sikit..bukan tak amik tahu..tapi tak minat amik tahu..bila org bcerita, Nur sekadar dengar je. Nak berbalah idok le teman tahu...jadi cara terbaik adalah senyum.
ReplyDeleteTapi bila sebut pasa PRU ni, Perak mmg kawasan panas. Giat jugaklah diorang berkempen. Dua2 parti sama hebat bkempen. tak cukup ceramah secara terbuka, siap calling2 dan sms bagai.
Dan apa yang Nur tgk, Nur rasa, MUNGKIN PR akan menang di beberapa kawasan di Perak ni. MUNGKIN. Apapun kita tggu esok. Kehkehkeh.
Oh yea... Selamat mengundi H.....!
hahaha..H amik tau la sikit2..cuma sama macam Nur, malas nak berbalah sgt dgn set2 yg pro and fanatik..so cuma observe sendiri jer..:D
Deletefight jugak kat Perak kan? BN-31 PR-28..
yup sangat sengit...!
DeleteKawasan Taiping sendiri,
Majoriti PR yg pegang...
Nur la ni sokong PR..grrrr
DeleteNur sokong kerusi...
DeleteSelesa...
Hahaha....
erkk..so dapat bawak balik x kerusi tu? -_-"
Deleteerr..xdapat.. -_-
Deletekerusi undian dia tak sampai 100 pun..
erkk..kesian dia..dah hilang duit..kalau awal2 duit tu terus bagi kat H kan bagus..:D
DeleteDari bagi H...baik bagi kat Nur...
DeleteEhh..duit tu akan dapat balik kalau undian ebih dari 100 atau 1000.....?
aaa..xigt la..dia tengok pada peratusan undian kot..
Deleteini kalilah, kita betul2 buat perUBAHan. jadikan malaysia kembali amalkan demokrasi & keadilan.
ReplyDeleteapapon, selamat mengundi inche H.
aku x nampak demokrasi tu dgn kerajaan yg sedia ada..:D
Deletebenar
ReplyDeletebila selalu boleh dengar kempen ( hanya satu parti je ) kat TV,suratkhabar & radio ( radio hot FM ok ) rasa mcm Malaysia bukan negara demokrasi je, kata ada kebebasan bersuara
dan mcm ko cakaplah, yg benar didengar pun rasa mcm fake
hurrmmm
hahaha..tu la pasal..aku jadi meluat nak dengar or baca walaupun benda tu betul..:D
Deletesalute capital H sebab berani cakap terus terang tak mao undi BN.. hehe.. Ini Kali Lah!!!
ReplyDeleteheheh..buat masa ni memang tak rasa nak undi BN..:D
Deletesalute capital H sebab berani cakap terus terang tak mao undi BN.. hehe.. Ini Kali Lah!!!
ReplyDeleteberani la kot sebab ada reason sendiri..kehkeh
Deletehahaha lawak la.. apapun, selamat mengundi... ena tak layak lagi mengundi sebab umo belum genap 21 tahun, bulan 8 t baru genap.... huuuuuu
ReplyDeletehaaa..jgn lupa daftar sebagai pemilih utk PRU 14..:p
Deleteweee...kite x cukup umo lagi :P
ReplyDeletesama la..kita pun x cukup umur..hahaha
Deleteaku masih lagi berfikir nak undi siapa...
ReplyDeletedah habis fikir ke belum TK?
Deletetakk nak baca pasal politik H!!
ReplyDeletealaa..baca la ima..baca la ima..hahaha
Deletebab2 politik ni mmg aku lemah lah.. tapi aku suka dengan pembangkang.. dan secara jujurnya aku x sokong Bn.. even dlu aku sokong BN.. sabah kan, kuat sgt BN nya.. hahaha.. tgk buletin utama, baca akhbar berita harian yg diedarkan secara percuma di u aku nih, rsa cm tgk n baca risalah2 BN.. sangat2 x fair.. nasib lah ad FB, utube, blog n laen2..
ReplyDeletesama macam aku la..kat Johor dulu mana nampak benda2 ni semua..apa2 mesti pasal kebaikan BN..hahaha
Deletedlm tv berita balik2 selangor, penang, klantan bla bla.. pengundi kali ni majoriti golongan muda yg celik. sumber info pn byk. nak harap tv saje emm..
ReplyDeletesebab negeri2 tu dikuasai pembangkang..tu yg ada jer perhatian drpd kerajaan pusat utk menampakkan bahawa kepimpinan PR tak bagus la, itu la, ini la..hehehe
DeleteBg ak yg penting jngan undi rosak sudah. Tapi kn ap yg ak nmpakla skrg ni kn..krjaan skrg look quite dsprate jgak. Brbondong2 surat smpai drp papa najib mrayu2 suh undi bn. Ak pn konpius nk pilih sape haha. So kita tgk sapa yg menang...
ReplyDeletePR sekarang dah makin kuat berbanding 2008, tu yg buat kerajaan rasa tergugat, walaupun diorang still boleh menang PRU 13..:D
Deleteaku dah mengundi!! selamat mengundi, H... ^_^
ReplyDeleteaku pun dah mengundi ruha..:D
Deletehati masih kosong... itu je yg aku leh komen.. hehehe... selamat mengundi...
ReplyDeletepenuhkan balik ton..penuhkan balik..jgn bagi kosong..:p
DeleteWah.. Dah pecah dah undi mana ni. hehe.. Apasal orang panggil BN kerajaan walaupun parlimen dan kerajaan dah bubar. Tak faham betul aku.
ReplyDeleteha'ah kan..padahal parlimen dah bubar..hahaha..maybe kebiasaan kot..dah hampir 56 tahun org nmpk BN sebagai kerajaan..:D
Deleteaku tak cukup umur lagi nak mengundi. lalala :p
ReplyDeleteerkk..kau budak lagi ke makcik? hingus dah lap ke belum? hahaha...
Deletemmg xdinafikan. semua media berat sebelah.
ReplyDeletedah jadi macam senjata makan tuan dah..hahaha
Deletekalau kuat sangat nanti lupa diri kalau lemah sangat nanti makan diri...
ReplyDeleteyup..betul tu..tengok la bila PR dah kuat sgt nanti, aku akan tukar untuk sokong BN pulak..hahaha
Deleteyg dok mengata, mencaci, samasama "melayu" dan "islam" . bgsa lain tepuk tangan .
ReplyDeleteerkk..izzah ni mcm tau2 jer diorang tepuk tangan..heheh
DeleteMemang dah lama Kerajaan mentadbir negara. Jika diikutkan, tiada salahnya jika pembangkang mentadbir negara.
ReplyDeleteRasional : BN pegang negara, macam2 situasi dan keadaan menimpa negara. Kekangan2nya tak perlu disebutkan, NAL yakin korang semua pun tahu.
Jadi, tak salah nak melihat kepemimpinan baru mentadbir negara. Tapi apakan daya, kerajaan menang mudah. Insha Allah, suatu hari nanti kebenaran akan terungkap.
#maaf H jika komen ini sangat berunsur POLITIK :)
hahaha..xpe NAL..xpe..pendapat masing2 kan? aku terima jer..maybe kebiasaan selama hampir 56 tahun ni buatkan org semua x berani nak tukar kerajaan..:D
Deleteyg chicna tau majoriti undi pembangkang datang dari kotak undi saluran 4 (golongan belia mcm chicna). H saluran 1 kan? kakaka..
ReplyDeleteehem2..H saluran 7 okey..golongan paling muda..grrrr
Deletep/s: saluran 4 drpd berapa saluran? 100 ea? :p