Header2

• 23 May 2013 •

Monografi Pokok Teh, Bunga Dan Mimpi

KUNYAH 40 KALI, MUNGKIN LEBIH MUDAH KAU HADAM.
KERANA TERBITAN INI, MUNGKIN SUKAR UNTUK KAU FAHAM.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lagu ini teman cerita.





Persoalannya sekarang, pernahkah dalam kehidupan ini, kamu berharap tentang sesuatu yang tidak kau mahu. Atau sebaliknya, pernahkah kamu berharap agar sesuatu yang memang kau mahu supaya akhirnya tidak berlaku.

Sebagai contoh, kamu mahu menjadi kaya, kamu mahu fulus berjuta, kamu mahu harta yang mampu beli satu semesta, amboi terus keluar lirik lagu pula. Dan dalam masa yang sama, kamu harap kemahuan itu akhirnya tidak akan terlaksana. Atau sebaliknya contoh lain, kamu tak mahu diberhentikan kerja, kamu tak mahu muflis, kamu tak mahu miskin apatah lagi papa kedana. Tapi dalam masa yang sama, kamu harap perihal yang tidak kau mahu akhirnya akan terjadi juga.

Aku telah, masih, sedang dan pernah. Secukup rasa.

Namun ia bukanlah dalam konteks contoh dan penceritaan seperti di atas. Kompilasi dan komplikasi cerita aku lebih kepada keinginan untuk memiliki seseorang. Itu yang sebenarnya. Dan ya, dalam masa yang sama aku harap supaya hubungan itu tidak berjaya. Aku harap supaya kisah aku dan dia akan berakhir dengan segera. Aku harap supaya aku kehilangan dia. Aku harap dia jauh. Terlalu jauh dari bukaan sepasang mata.

Kisah ini agak lama, kira-kira 17 hari sebelum genap 12 purnama. Dan tampak kini kian beranjak ke setahun usia. Di mana pada julat waktu dan masa, aku dambakan keberadaan dia. Meskipun aku sedar bahawa keinginan itu ada, tapi aku tetap yakin yang ia masih berpaksi pada norma kehendak biasa. Tanpa meminta apa yang lebih, tanpa memohon yang istimewa, aku cuma zahirkan perasaan itu lewat perilaku semata-mata. Cukup untuk aku tahu, cukup untuk dia tahu, bahawa jika tertulis takdir, sesuatu yang bakal berlaku itu tetap akan berlaku.

Jadi, kenapa perlu diharap kisah berakhir dengan segera?

Entah. Sukar untuk dihurai pada lunas dan laras bahasa. Aku tak fikir bahawa direktif tindakan aku menjurus kepada sesuatu yang sia-sia. Setidak-tidaknya tidak pada apa yang aku rasa. Cuma aku imaginasikan perhubungan itu bagai sesat bersama peta. Umpama menyusur lorong gelita, tanpa tahu di mana penghujung buntang cahaya. Selagi masih bersama, selagi itu terus bersama. Selagi itu terus melangkah, tanpa arah dan tanpa punca. Selagi itu mengikut dogma, tanpa membantah meski tak rela.

Sejujurnya, andai terlintas di benak mampu diadun jadi bicara, nescaya terlalu banyak perihal yang ingin aku perkata. Terlalu banyak yang ingin aku luahkan, agar dia faham bahawa ketidakadilan itu wujud dalam cerita aku dan dia. Terlalu banyak. Namun tipikal seorang aku tak membenarkan terzahirnya apa yang aku rasa untuk dilafaz menjadi kata. Protes aku hanya diam. Diam sahaja. Cuma senyum dan kalau perlu, angguk kepala.

Jadi, kini, dengan sirnanya dia di sisi, aku harap perjalanan hidup kami masing-masing akan lebih dan terus diberkati. Aku kira ini adalah pengakhiran yang paling selesa, walaupun mungkin tak cukup sempurna. Biarlah, aku bukan inginkan sesuatu yang kompak sempurna. Aku cuma harapkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang sedia ada.

Kepada kamu nun jauh di sana, terima kasih kerana pernah dan sering bersama. Moga suatu masa nanti, aku dan kamu, kita tidak akan berjumpa. Walaupun pada hakikat, aku ingin kau terus ada. Itu saja.

p/s: kalau tak hadam pun tak apa, mungkin boleh dikemam di dalam hati selama-lama.


39 comments:

  1. Aku rasa aku paham. Aku rasa laa. Dan aku rasa aku pun macam ada gak perasaan tu walaupun ia mungkin bukanlah dalam konteks contoh dan penceritaan yg sama cam kau. Kehkehkeh! Copy sket ayat admin :P

    Rasanya ada. Rasa cam nak benda tu berlaku tp kalau boleh jangan berlaku. Maybe benda tu tak perlu or tak boleh berlaku. Or lebih tepat sebenarnya, harapnya ia jangan berlaku. Heheh :D

    Kalau tak hadam, kau kemam je la komen aku ni :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh ada jugak ke? haa..macam tu la yg aku rasa..:D

      insyaAllah aku boleh jer kot hadam komen ni..maklum la, copy sikit2 yer tak? kahkah..so xyah kemam la, terus telan jer..zzzz

      p/s: best x lagu ni?

      Delete
    2. hahaha..sori la, aku mmg susah betul la nak hadam tulisan ko camni H..hahaha..selalunya yang aku nampak..dalam sesatu citer ko yang gaya camni, point simple je, tapi yang lebih bunga-bunga ayat,perkatan sama maksud berulang kali utk sedapkan bnyik..tu pendapat aku la..aku bukan apa,bengang sebenarnya bila baca tak paham ni..hahahha...

      wa dengar lagu je la..cukup sekali baca entri..tak sanggup aku nak baca 40kali..hahaha..

      Delete
    3. hahaha..xpe2..aku tau entry macam ni bukan jenis entry yg ko suka baca..sebab susah nak faham..tapi tu la, kdg2 mmg aku rasa kena buat macam ni..utk benda2 yg aku xleh nak cerita secara direct..

      aku nak cerita tapi aku xnak org betul2 faham..camtu la konsep dia..kehkeh..sorry la bundle oii..

      Delete
    4. macam nk like jer komen bundle.. hehehe..

      Delete
    5. mujur x letak button like kat komen..kehkehkeh

      Delete
  2. macam nak di sampaikan untuk dia yg jauh di sana yg sudah berumahtangga je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tidak la..entry ni bukan pasal Yaya..xde kena mengena langsung kot..hahaha

      Delete
  3. Ehem-ehem. Nur cuba huraikan komen ni pada lunas dan laras bahasa yang mudah H faham yea..

    Nur rasakan,entry ni macam ada kaitan dengan entry2 lepas. MACAM. Sebab pertama kali Nur baca malam tadi, dikala jarum panjang dan pendek berjiran, time tu rasa dapat tangkap je entry yg mana. Bila ulang kali kedua...blur terus...! Kalau Nur silap sori ehh....

    Ermmm....agak pelik sebenarnya bila H berkeinginan memiliki seseorg tapi dalam masa yg sama harap hubungan itu tidak berjaya. Kenapa tak dikejar sehingga berjaya...?

    P/s: Agak puas sebenarnya kan bila luahan dibuat mcm ni. Dimana diri sendiri je yg faham apa yg kita cuba luahkan...

    P/s II : Walau jasadku sirna....~lalalala...~ *tetibe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau yg betul boleh ikut entry ni and boleh faham entry ni, rasanya insyaAllah akan jumpa kaitan entry ni dengan entry yg sebelum2 ni..hehehe

      kenapa tak dikejar sampai berjaya? entah. sebenarnya mmg kejar, cuma tetap harap takkan berjaya..maybe bila dah betul2 jauh ni baru la boleh fikir utk berhenti kejar..

      p/s: H suka lagu ni sebab mixed BM dgn BI..:D

      Delete
    2. Haaa....rasanya macam dah tahu berkaitan dgn entry yg mana...MACAM... :D

      p/s: mixed mcm lagu irwanshah dgn aca tu ehh..hehehe

      Delete
    3. pensil pun rasa macam tau jugak entri mana :3

      maaf menyibuk H, kak Nur. kih3

      Delete
    4. haaa..teka la..teka..

      tapi setakat ni tekaan Nur salah..:D

      Delete
  4. Mak aih... memang pening.
    Biasa encik H menulis begini ketika jiwa kacau.
    Ye tak? nak luah sukar.. nak simpan sakit. Hanya sekadar mampu berkata indah berkias yang pahit dijiwa. ke aku salah?
    Antara dua hala tak mampu nak bertindak, buat keputusan mahupun memang situasi tidak dapat diubah yer? Nak disebut nama seperti taboo.. nak jerit sedunia takutnya tsunami masalah melanda lebih berat. Hati kelabu fikiran terganggu ayat merapu.

    Maaf. saya pun tak tahu apa saya tulis. Sekadar memabalas dendam atas kebingungan yang telah anda berikan.
    Sekian!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehkeh..sorry Len, sorry..

      entah yer..nak kata jiwa kacau pun tak jugak..cuma maybe ini cara aku nak luahkan parasaan kot..aku xsuka or xreti luahkan something yg kompleks tu secara direct..malu bila korang baca..hehehe

      Delete
    2. Hehehe.. nampaknya tekaan aku hampir betul.
      Bukan jiwa kacau.cuma susah nak berterus terang sebab ada benda malu nak share.

      :)
      Takpe.. yg tu aku paham.

      Delete
    3. hahaha..aku protective terhadap diri sendiri..:D

      Delete
  5. Ku kemam ubat itu, tidak mampu ku telan kerana pahitnya... thanks to H buat saya fenin. Aku enjoy baca bahasa bunga2 kau ni walau aku tak faham. Walau pening, sampai habis aku baca. (Kenapa eh banyak jurustera suka bahasa bungaaan?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..sorry la dora..can't help la..aku memang rasa nak tulis macam ni..hahaha

      Kenapa eh banyak jurustera suka bahasa bungaaan? Maybe sebab ejaan bungaaan tu macam bangunan kot..:D

      Delete
    2. eh bungaaan, lupa tanda sabdu :p

      Delete
    3. hahaha..aku rasa betul la ejaan dia camtu..:D

      Delete
  6. xfaham juga. tapi, percaya apa yg berlaku ada hikmahnya. dan ketidakadilan di atas tu, adalah takdir yang telah tertulis seperti yang Dia rencanakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..betul..rasanya tu mmg rencana Allah untuk menguji saya..mesti ada sebabnya..:)

      Delete
  7. Tak berapa nak faham, terlampau tinggi sasteranya. Hahahaha H masa sekolah dahulu mesti selalu dapat A kan dalam BM??

    ReplyDelete
  8. tumbuk lumat entry nih pon belom tentu husna dapat telan..-..-

    ReplyDelete
  9. untuk aku yang berhati neutral skang ni...

    aku rasa dia hanya lah satu bingkisan dalam hidup yang belum masih ko boleh anggap sebagai pelengkap jiwa.

    sahabat yang terlampau baik utk ditinggalkan...

    tu je la...

    idea pkl 6pagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..mungkin la kot..mungkin dia bukan the one and only yg boleh buat aku moving..

      but still..she's one of the best..:)

      Delete
  10. oit h,, ko orang malaysia ke indonesia,, hehehe,, alah aku paham la sikit2 tu,, aku malas bekerja, aku nak berhenti, tapi tak nak berhenti nanti aku tak de duit,, lebih kurang gitu la kot,, ko tak nak dia ada dekat asalkan kau tahu dia ada sebab ko nak tunggu korang halal kot dulu,, hehe,, tu aku rasa jela,, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..jauh jugak imaginasi kau ni..aku sebenarnya nak dia ada..tapi aku harap dia takde..

      Delete
  11. ok serius tak dapat hadam ayat aneh-aneh tu.. sekejap nak dia ada, sekejap takde.. ingat dia chipsmore ke? errr.. :D

    ReplyDelete
  12. aku hadam. dah keluar balik dah. haha..~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..telan la balik..macam x biasa..:p

      Delete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top