Kehadapan B yang dikasihi. Apa khabar? Semoga B berada dalam keadaan sejahtera dan sihat-sihat hendaknya.
Tujuan A mengutuskan warkah ini adalah untuk meminta maaf kepada B. A sedar bahawa sejak beberapa bulan kebelakangan, A sering mengabaikan B. Sering bersikap dingin terhadap B. Sering menafikan keberadaan B di sisi A. Dan sering mengelak untuk meluangkan masa bersama-sama B. A minta maaf. A sedar yang semua ini berpunca daripada kelalaian dan kecuaian A sendiri.
Tapi percayalah B, tidak sedikit pun dalam hati ini beralih kasih terhadap B. Perasaan A masih tetap seperti dulu. Meski dah jarang bersama, meski dah kurang bermesra, namun dari jauh A sentiasa mengikuti dan memerhati perkembangan hidup B. Cuma, mungkin, kitaran hidup yang tidak teratur mencantas emosi A untuk terus meneman B.
Di sini, sekarang, hari ini, A bertekad untuk menemani B, seumur hidup B. Itu pun kalau umur A lebih panjang daripada B. Tapi, sungguh, A akan cuba. Cuba untuk tidak lagi mensia-siakan kewujudan B. Cuba untuk menjaga hati B. Cuba untuk perbaiki jurang yang memisah kita selama ini. Dan cuba meluangkan masa termampu agar hubungan yang dulu bisa bertaut lagi.
Rasanya, sampai di sini saja coretan A untuk disemat di dada B. Sekali lagi, maafkanlah atas kedinginan sikap A selama ini. Dan akhir kata, A harap B boleh bukakan hati untuk menerima A kembali. Lupakanlah kisah yang lalu dan kita buka lembaran baru. Sambutlah salam peluk cium sepak terajang khas dari A untuk B. Sekian, panjang umur ketemu lagi.
Menjaraklah seribu cahaya bintang.
Kalau kamu tetap bersama aku atas satu orbit yang sama, nescaya tiada terpisah.
- Encik H -
p/s: A tu untuk Aku, B tu untuk Blog..hahaha
first!
ReplyDeletetahniah..sila ke kaunter H untuk tuntut hadiah..-_-"
DeleteTodiaaaaaaa...!!!!!
ReplyDeleteSekali bolat2 punya tulisan..
Kalau tak jelas lagi tak tahu la...
Kekekeke..
Ehh...Kenapa A, kenapa tak H...??
Errr..blogspot ni mereng...!
Deletekenapa A? sebab A kan pasangannya B..hahaha
Deleteperrgghhtt luahan isi hati ke apa ni???
ReplyDeleteyang benar membaca
lina
haaaa..aku pun nak menjiwang jugak..hahaha
Deleteah..
ReplyDeletebaru nak fefeeling B tu aku..
kah3..
dah..pi rerajin apdet blog pasni..
aku bila baca balik entry ni, rasa mcm tengah bercinta pulak..kehkeh
DeleteC pulak???
ReplyDeleteC tu tengah2 antara A dengan B..
DeleteA C B
Caittt! Aku baru je nak buat spekulasi liar!
ReplyDeletexpe..aku akan tetap pertahankan Tasha..kahkah
DeleteTasha baca separuh je terus kecewa kau berubah hati..Kakakakaka...
Deletexpe2..nnti aku kowtim dgn tasha..-_-"
Deletekalo la blog ni boleh reply surat H kan..
ReplyDeletebaru nak ucap selamat pengantin baru in advance *emokainmerahkatkepala
tu la..kalau la blog ni boleh reply surat..hahaha
Deletenak pengantin baru camne, rombongan ke gomeh belum sampai lagi..
*emottekupmulut*
Owh. Blog kau ni pompuan rupanya.
ReplyDeleteKehadapan B. Jgn dilayan sangat A tu. Lantak pi lah kat dea. Hahah!
haaa la..sebab tu mouse aku pakai pad..zzzzz
Deletehahaha..tulisan dah jelas cuma nampak cam pening la sikit lagi nak baca..tak tau sebab apa..tp kire ok la ni..hahaha
ReplyDeleteBundle komen kuwa topik. Zzzzzz
Deletemungkin sbb tulisan ni halus kot..hahaha
Deleteaku ingat surat cinta ape lah tadi -__-
ReplyDeletechuu
errr..aku pun ingat camtu jugak masa mula2..(d)
Deletesemoga surat ni berbalas (d)
Deletesemoga blog ni boleh publish entry sndiri (d)
Deleteaduh lawak la! hahaha, betul2 ingatkan untuk awek .. rupanya blog. pon boleh...haha.
ReplyDeletePandai betul karang ayat romantis eh?
errr..copy paste jer..bukan karang sendiri..haha
DeleteBaguslah kalau A sedar diri. wahaha
ReplyDeleteerrrr..kau ni cari gaduh ni..hahaha
DeleteKenapa aku nampak macam ada C yang menyelit somewhere.
ReplyDeleteC tu menyelit kat komen jer dora..
Deletehuhuhu.
ReplyDeleteA sayang kat B lagi ke?
eh A sentiasa sayang B tau..hahaha
DeleteCc: B
hahaha.
Deletesiap ade cc...
aku cc kan jap lg kang
:P
ko nak cc sape ni punzel?
Deletejgn memain..hahaha
saje la menyakat ko...
Deletehaha.
dgn blog pun nak bercinta...
bistu kak hawa jual mahal, aku kena la bercinta dgn blog..hahaha
Deletekak hawa jual mahal ke ko tak try...
Deletedie tunggu tau...
hahahahahahaha~~!
alah,..ye ye je untuk blog..
ReplyDeletehahaha..untuk blog la ni..
Deletesape lagi A dan sape lagi B..
Mantap :)
ReplyDeleteerrr..-.-"
DeleteXleh blah ayt die..smbutlah Slm peluk cium sepak terajang...haha..
ReplyDelete