Header2

• 01 September 2013 •

See You When I See You

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entry ni adalah auto publish. Aku mula draf entry ni pada 25 Ogos 2012, jam 3.31 petang. Bezanya entry ni berbanding entry yang lain, ialah entry ni 90% bersifat imaginasi. Imaginasi kerana pada waktu aku draft entry ni, aku menulis dengan membayangkan keadaan-keadaan yang akan berlaku lebih kurang seminggu jer lagi.

Draf awal untuk entry ni..

Okey, sekarang, waktu korang tengah baca entry ni, aku berada kat salah satu hotel bajet. Tapi tak pasti la hotel bajet di kawasan mana. Either Broga atau Semenyih, aku sendiri pun tak tahu lagi. Apa yang aku tengah buat sekarang? Entah, itu pun aku tak tahu. Maybe tengah tidur, atau maybe tengah tengok gambar-gambar yang aku ambil petang tadi. Atau maybe waktu ni aku baru jer nak check in. Kes baru jumpa hotel bajet..kehkeh.

Kenapa aku check in kat sini? Hmmm..sebab esok, kalau panjang umur, aku bercadang nak panjat Broga Hill untuk kali ke-2. Pernah panjat sebelum ni, dengan Anees dan Keyla. Tapi masa tu aku pakai jeans jer, dengan selipar. Panjat pun masa dah nak dekat-dekat tengahari. Tapi esok quite proper kot. Dah standby seluar, kasut dalam kereta, lampu suluh, kamera, towel kecik, air mineral dan macam-macam lagi. Hopefully, aku enjoy la dengan pendakian aku kali ni.

Eh korang ingat lagi tak cerita Jerebu Di Hati Aien? Haa..kalau korang nak tau, Aien dah selamat melangsungkan perkahwinan dia semalam. Kat Alor Elephant, Melaka. Ramai geng Kopitiam yang menghadirkan diri kat majlis ni. So aku pun tak terkecuali. Dan esok, lepas turun daripada Broga Hill pulak, aku akan siap-siap untuk bertandang ke Rapunzel punya kenduri. Bagus diorang ni, pilih tarikh dekat-dekat. Senang aku nak planning.

Actually planning asal malam ni ialah untuk bermalam kat Teluk Kemang. Buat BBQ, makan-makan dan berbual-bualan. Tapi memandangkan ramai yang ada masalah-masalah tertentu, yang membuatkan diorang masing-masing takleh stay, maka planning asal tu terpaksa dibatalkan. Tetap pergi jer Teluk Kemang tadi. Tapi tak menginap la. Just aktiviti pantai jer, naik Banana Boat, main Jetski dan sebagainya.

Oh ya, aku memang suka pantai. Aku suka pemandangan pantai. So tadi sempat la jugak ambil gambar sunset. Memang ohsem. Panomara ciptaan Allah memang cantik tidak terkata. Lenkali aku share gambar yer..hahaha.

Oleh sebab planning kat Teluk Kemang tu terbatal, so immediately minggu lepas (24 Ogos 2013) aku terus plan untuk ke Broga ni. Sebab aku fikir, gila apa aku nak balik hari ke Kuantan. Aku mesti kena overnight kat suatu tempat. Then aku mesti ada aktiviti untuk diri sendiri bila ada kat sesuatu tempat tu. Fikir punya fikir, aku rasa baik aku stay kat Bangi and repeat kat Broga. Lagipun bukannya selalu aku dapat datang kat sini.

Ini masa kali pertama.

Untuk kali ni, aku decide nak pergi sorang-sorang. Aku ada opsyen untuk invite atau pelawa siapa-siapa. Tapi aku sombong. Aku taknak ajak..hahaha. Aku nak pergi sorang-sorang, jalan sorang-sorang, panjat sorang-sorang, ambil gambar sorang-sorang, and semuanya sorang-sorang. Just macam kat KK hari tu. Semua aku nak buat dan explore sorang-sorang.

Okey, berbalik kepada hal petang tadi. Aku rasa tu mungkin last kot aku jumpa diorang. Last untuk bila tu tak sure la. Maybe last untuk bulan Ogos. Maybe last untuk tahun 2013. Maybe last but not least. Entah, aku takleh klasifikasikan last tu macam mana. Cuma aku boleh kata, pasni mungkin aku dah susah nak hangout dengan diorang. Mungkin. Maybe. Kot.

Memetik antara ayat terakhir dalam Ocean 13, "See you when I see you". Means, kalau jumpa, jumpa la. Kalau tak jumpa, tak jumpa la. Buat masa ni, camtu la keadaannya. Sebab aku takde planning any further. In fact aku sendiri rasa ending tadi, antara aku dengan diorang, memang dah betul-betul cukup sempurna. Aku tak rasa nak ubah atau perbaiki apa-apa. Biar la camtu jer. So, thanks guys. See you when I see you. Later.

Oh ya, sebelum berpisah, aku tinggalkan korang dengan lagu ni. Daripada Ello. Pergi Untuk Kembali. Dengan ucapan, InsyaAllah suatu masa nanti, kalau panjang umur, aku akan kembali.





Sekian, terima kasih.

p/s: tido la woi..esok nak panjat Broga!!


21 comments:

  1. Okay sya terlepas semua aktiviti.. Akhir kata terkilan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay sya terlepas semua aktiviti.. Akhir kata, padan muka Sya..hahaha

      Delete
  2. Respek h bole bua auto publish n semua mcm bjln lncar je, naik banana bot , siap bksempatan amek gmbar sunset, mmg mcm apa yg dirancang. Tp jetski x naik kn. Ahaha. Btw, thanks td..dn slamat berbroga esok. Jmpe lagi lain kali. Taw!

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la..x semua perancangan tu menjadi yer tak? plus xpuas amik gambar sunset, cuaca x elok..

      sunrise pun x dapat amik..sebab kul 7 pagi aku baru sampai kat kaki bukit broga..hahaha

      Delete
  3. wow kelihatan indah sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. x puas naik bukit broga..rasa macam nak repeat..
      hahaha..

      Delete
  4. perghh..ko macam boleh tengok masa depan la h.gempak entri ni..jadi je apa yang ko tulis..tp yang sikit tak jadi tu biase la..bak kata cikgu yuyu, mu rancang comey doh, tapi dia pon rancang jugok..haha..

    kalau dan jumpa lagi kat kenduri punzel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tu la pasal..kalau 100% jadi tu mmg x logik la..mesti ada benda yg xtepat..contoh mcm cuaca x brpa elok..

      Delete
  5. Maaf aku tersepak kepala kau masa kena campak dari bananananana boat..Akhir kata, semoga ketemu lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..ko mmg sengaja kan nak menganiaya aku?

      Delete
  6. Kita xtau nk komen pe sbb kita xde tadi.. (eh tetiba je kan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita harap lain kali awak ada..hahaha

      Delete
  7. kuat berangan lagi seminggu dah berangan. so, semuanya yg ko cerita ni jadi kenyataan ke tidak ikut plan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yg jadi, ada yg x jadi..biasa la tu..xkan 100% jadi kenyataan yer tak..hahaha

      Delete
  8. As'salam, best kalau ada idea camni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..idea kebetulan jer ni..hahaha

      Delete
  9. emm...

    kenape H tidak menjoin kan diri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. menjoinkan diri ke mana? O.o

      Delete
    2. bersama-sama ke kenduri saya?

      Delete
  10. Serius tak pernah sampai pun broga tu....
    Best tak...?

    H pernah datang taiping tak?panjat bukit larut?

    ReplyDelete
  11. perghhh.. ingat salah blog.. dah la masa nak datang tadi sesat2 lupa jalan.. haha..

    panjangyaaaaaaaaaaaaaaaaa.. zzzzzzzzzzzzzz..

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top