Header2

• 17 September 2013 •

Selective

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru aku perasan yang empat entry sebelum ni, semua tajuknya bermula dengan Bahasa Inggeris. So untuk entry kali ni, even aku boleh jer letak tajuk Bahasa Melayu, tapi aku rasa nak letak jugak tajuk Bahasa Inggeris.

Pasal selektif ni, takde apa sangat pun yang aku nak cerita. Just spesifik pasal hal aku membeli laptop jer.

Kronologi pembelian laptop ni lebih kepada 'secara kebetulan' sebenarnya. Waktu tu, CPU kat office rosak. Motherboard problem. Kalau ikutkan aku zaman dulu-dulu, aku repair sendiri jer. Bagi aku satu screwdriver phillips, tau la macam mana aku nak menghidupkannya. Tapi bila dah kerja ni, apa jadah pulak aku nak repair yer tak? Hantar kedai jer la, biar company yang bayar. Tapaya nak susah-susah.

So bila CPU problem, aku hantar kat kedai. Sementara tunggu dia check, aku tengok-tengok laptop yang ada kat situ. Sepasang mata aku tertancap pada HP Pavilion 15-e049TX, kaler putih. Melting sekejap bila tengok laptop tu. Rasa macam jatuh cinta pandang pertama. Macam orang yang kau suka, tiba-tiba bagi senyuman manis kat depan kau, sambil kenyit-kenyit mata. Haaa..macam tu la ibaratnya.


Laptop aku sebelum ni memang dah menunjukkan simptom-simptom kejahanaman. Harddisk macam dah nak rosak. Berapa kali ntah keluar BSOD. Tanda-tanda dah nazak tu. Tapi still boleh guna la. So aku memang tak serious pun pasal nak beli laptop baru. Pada aku, selagi boleh guna, aku guna jer la. Then kalau dah jahanam, baru aku fikir apa option lain yang aku ada.

Ditakdirkan harddisk aku betul-betul rosak lebih kurang 2 minggu selepas aku nampak laptop tu. Rosak yang betul-betul takleh nak hidup dah. Oh ya, aku tak pernah and takde pengalaman or knowledge untuk repair laptop. Aku cuma tau repair CPU jer. So bila harddisk rosak tu, dalam kepala aku ialah, ini la masanya untuk beli laptop baru. Ya, aku tau, aku boleh tukar harddisk jer. Tapi aku tetap nak beli laptop baru.

Kesimpulannya yang pertama, aku dah beli laptop baru.

So, part mana yang selektif? Hahaha..okey, ini dia part yang selektif.

Sebenarnya aku memang selektif sikit dalam membeli laptop. Kalau orang lain beli laptop based pada performance atau spesifikasi laptop tu, tapi aku tak. Benda first yang aku tengok sebelum membeli laptop ialah numpad. Reasonnya ialah sebab aku tak biasa nak guna nombor-nombor yang kat atas qwerty ni. Memang tak biasa, janggal dan tak berminat nak guna. So atas sebab tu, aku perlukan laptop yang ada numpad. Itu yang paling penting. Then lepas tu baru aku tengok pada spesifikasi ataupun warna.

Laptop aku yang first, Acer emachines E725, kaler hitam, yang dah ganti harddisk, yang aku tengah guna sekarang ni, pun aku beli sebab ada numpad. Punca aku beli laptop ni, ialah sebab monitor aku rosak..hahaha. Mengada kan? Monitor rosak, pergi beli laptop. Harddisk rosak, pergi beli laptop. Tapi itu la, untung jugak sebab monitor tu rosak. Kalau tidak, setiap kali balik kampung, aku akan usung CPU dengan monitor, sekali dengan speaker, semata-mata sebab nak online kat kampung.


Mujur jugak masa tu balik kampung naik kereta. Takde la aku rasa macam malu sangat nak mengangkut semua. Dah, itu jer.

Kesimpulannya yang kedua, cuti CNY tahun depan, kalau takde apa-apa, laptop ni, insyaAllah, adik aku yang punya.

p/s: eh, laptop putih membuatkan aku rasa suci tahu? kahkahkah!


13 comments:

  1. Perghh...!! mesti cun gila lappy tu kannn..

    Apa saja barang yg kaler putih mmg nampak bergaya sgt2..!

    Seriuss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..sebab tu la enset H pun kaler putih..
      nmpk smart..hehehe

      Delete
    2. Henset Nur pun kaler putih....
      ^_^

      Delete
    3. meh nak pinjam!! -.-"

      Delete
  2. yg penting kau hepi mr capital h oiiii..

    ReplyDelete
  3. lappy aku putihh...suci ke aku? hahahaha kbye :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. errrr..aku kena jawab ke soalan tu? hahaha

      Delete
  4. aku mengidam nak beli pc la...

    yang saiz skrin besar sekali...

    buat autocad konon-konon boleh feeling. haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku mengidam nak beli TV 90inci..pehhh..macam kat pawagam kot kalau letak dalam bilik..

      Delete
    2. lepas tu sambung kat cpu....

      ko tengok dwing ko besar mana...

      hahahahaha!

      Delete
    3. masa tu aku guna pembaris jer time nak amik dimension drawing..hahaha

      Delete
  5. semua benda putih mmg nampak suci.. heheh..

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top