Header2

• 04 September 2013 •

Sorry For Surprise

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku syak entry ni panjang agaknya. Harap korang semua tak bosan baca.

Mula-mula biar aku ceritakan tentang aku. Tentang sikap aku dan tentang perangai aku. Usually, aku suka simpan apa yang aku fikir tu dalam kepala. Kalau tak semua pun, sesetengahnya aku akan pendam sorang-sorang. Idea aku, perancangan aku, planning aku, sesetengahnya memang aku taknak orang lain tahu. Sebab aku fikir, tak surprise la kalau 100% perancangan aku tu dah diketahui oleh orang lain.

Sebagai contoh, Velvet Box hari tu. Aku dah decide awal-awal nak beli benda tu. Dah decide nak pilih warna biru. Dah decide apa yang nak ditulis, plus emot yakin semua tu aku dah decide. Cuma, tu la, aku tak bagitau sape-sape. Kecuali Liyaa. Itu pun sebab aku sengaja nak suruh dia pilih warna merah ataupun biru. And even dia pilih merah, aku dalam diam tetap putuskan nak ambil biru. Reasonnya, sebab aku nak benda tu jadi surprise untuk semua yang ada pada hari tu.

Tapi, disebabkan Liyaa dah tau, aku kena create something untuk buatkan planning tu nampak macam tak menjadi. Sebab aku fikir, kalau aku tak buat macam tu, Liyaa kompem dah tau apa benda isinya even sebelum dia buka hadiah tu. Element surprise tu tak ada. Pada aku, better dia surprise sikit bila dapat hadiah walaupun secara general, dia sememangnya dah agak and boleh tahu. So, aku cakap la yang aku tak tau nak tempah kat mana Velvet Box tu. Aku tak jumpa tempat. Aku ajak Liyaa discuss option yang lain. Macam-macam jugak idea dia. Tapi semua aku tolak. Yer la, benda dah settle kot. Tunggu masa nak bungkus jer.

Oh ya, kedai tempat aku tempah Velvet Box tu ingat, KOPITIAM aku ialah betul-betul kedai kopi. Dia tanya kedai kopitiam aku tu kat mana. Aku cakap la kat KL. And dia ingat, emot yakin tu ialah someone tengah minum kat kopitiam. Aku syak dia tak ada wechat..kahkah.

Emot tu tengah minum kat Kopitiam..kehkeh

Okey berbalik kepada element perancangan. Macam tu jugak yang aku fikir untuk planning ke kenduri Rapunzel. Once aku decide nak ke Broga Hill tu, which is sape-sape pun tak tau, aku memang dah rancang nak pergi kenduri Rapunzel tu sorang-sorang. Peduli apa kalau aku jadi forever alone pun. Tak ada sape yang kenal aku kat situ. So aku decide nak pergi majlis tu sorang atas sebab-sebab yang tertentu.

Biar aku bagitau sebabnya. Sekarang.

Dalam kepala aku, once aku resign dari Kopitiam, aku fikir ending untuk aku dan diorang semua adalah pada hari Sabtu. Aku tak fikir yang Ahad tu aku akan jumpa diorang semua. Sebab tu aku bagi hadiah siap-siap masa hari Sabtu. And sebab tu jugak aku auto publish entry See You When I See You. Sebab aku betul-betul maksudkan yang ending aku dengan diorang tu semua hanya valid pada hari Sabtu.

Segan kot bila Sabtu dah bagi hadiah, then Ahad nak jumpa semula.

Tapi tu la, kita rancang molek dah. Tapi Dia pun rancang jugak. Hasilnya, Sya tak dapat muncul masa hari Sabtu tu. Means, aku kena jumpa dia sekejap masa hari Ahad, sebab nak pass hadiah. Yer la, aku dah prepare kot. Kemain aku bungkus hadiah tu dengan China Press. Siap beli paper bag lagi. Rasa tak adil la kalau semua orang dapat, then ada sorang yang tak dapat. Padahal bukannya tak pernah jumpa.

So tengahari tu aku SMS Sya, tanya dia akan sampai pukul berapa. Dia kata, dalam pukul 2 hingga 2.30 baru Chuu datang ambil dia kat komuter UKM. Gila kau. Lebih 2 jam tu nak tunggu. Memang tak la. So aku rasa, kemungkinan besar aku tak dapat jumpa Sya hari tu. Maybe takde rezeki. Aku rasa baik aku balik jer Kuantan. Masuk office, siapkan report.

Aku sampai rumah pengantin dalam pukul 12.10 tengahari camtu. Lepas makan, beristerihat sekejap sementara tunggu pengantin sampai. Dipendekkan cerita, pengantin sampai 10 minit sebelum Zuhur. Aku ada kamera okey! Nampak tanda seruan tu? Hahaha..so aku ambil la gambar pengantin walaupun diorang berdua tak kenal aku. Then lepas ambil gambar semua-semua, tengok jam dah dekat pukul 2 petang. Aku terus fikir, ada potensi jumpa Sya sekejap ni. Ada peluang ni, kata aku kat dalam hati. So aku call Sya, and tunggu dia kat komuter UKM.

Oh ya, aku jumpa Chuu lagi sekali kat sana. Segan jugak sebenarnya. Sebab semalam dah farewell, tiba-tiba hari ni jumpa semula. Harap Chuu tak kisah. Oh ya lagi sekali, aku nak maklumkan yang aku langgan Broadband Daily sehari sebelum tu (pagi Sabtu). So masa pagi Ahad tu broadband aku dah expired. Sebab tu aku tak respond wechat Chuu or sesiapa jer yang send wechat kat aku pada hari tu.

So macam tu la ceritanya. Aku minta maaf kalau-kalau tindakan aku yang suka merahsiakan perancangan tu buatkan siapa-siapa terasa. Sorry for surprise. Ya, aku tau maaf aku sekarang ni dah tak laku. Berkali minta maaf pun sesetengah orang tetap buat tak tau. Malah anggap segala apa yang aku taip ni cuma alasan semata-mata. Aku tau tu. Tak apa. Aku tetap minta maaf walaupun ada yang begitu angkuh dan susah untuk maafkan aku.

Mungkin dalam hidup sesetengah orang, mereka adalah raja. Menganggap bahawa setiap orang perlu mengangkat sembah, bertunduk sujud pada mereka sebelum perihal maaf boleh diangkat jadi cerita. Tu la, mungkin sesetengah orang memang kepingin menjadi raja. Mungkin la, agaknya.

Dah, itu saja. Next entry, aku nak tulis pasal respect pula.

Sekian, terima kasih.

p/s: aku harap surprise tu menggembirakan korang..:D


16 comments:

  1. huhu.

    aku okey je dengan surprise ni...

    anyway thanks hadir memberi satu kenangan dalam kenduri aku...

    frenship still forever kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2..lawak pulak bila ingat yg ko dgn hawa salah posisi masa bersanding..hahaha

      Delete
    2. kak hawa lg ko sebut?

      korang ade ape-ape ke?

      haha.

      Delete
  2. Pembetulan.

    Aku memang pilih biru la. Cuma masa lepas dah dpt tu aku cakap yg aku tak sure pilihan kaler aku tu tepat ke tak. Sbb aku rasa merah pun kompom lawa & kompom ramai yg suka. Cuma aku tak suka pilih yg common. Sbb tu aku pilih biru. And aku ckp aku suka je dapat velvet box biru tu.

    Then baru la kau ckp kat aku yg kau sebenanye mmg dah decide awal2 utk pilih biru. Maknanya, takde ketidaksependapatan pilihan warna kat situ. Ayat kau kat atas tu macam menyatakan situasi sebaleknya. Huh! Asal aku beriya sgt esplen ni? Hahah :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..masalahnya, ko mmg explain benda yang salah..ko pilih merah aritu..x caya cuba ko scroll balik conversation kita..:D

      Delete
  3. Aku okay, aku hormat keputusan kau. Macam lah aku tak ada no fon kau kalau setakat nak call usik2 kau macam selalu ye dak? Hihi..

    Cuma, aku nak gambar! Mana? Mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan H dah letak kat facebook ke gambr tu kakdah haha

      Delete
    2. haaa..tu la..dah letak kat pesbuk dah..grrrr

      Delete
  4. Huhh.. Ingat H tunggu Sya smpai 2 jam. Kalo sampai 2 jam rasa nak lempang je budak nama sya tu.

    Btw memg surprise hadiah tu.. Yakin gila masa bukk paper cina yg berhelai2 tu.. Ingatkan H bagi rantai belian hihi.. Thanks again

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..berhelai2 yg tu best..rasa macam seronok jer sampul banyak2..

      rantai berlian? so boleh hntar rombongan la ni? :p

      Delete
  5. terima kasiH Encik H. Sekelip mata. Terima kasih ya...kenangan kopitiam bersama H.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah, kalau panjang umur kita jumpa lagi..:D

      Delete
  6. hari ahad tu jmpa semula. "harap chuu x kisah." haha mmg x kisah pn in fact mmg nk jmpe lg utk wish selamat menyiapkan report :P
    ade rezeki lain kali jjmpe lagi ye h :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas drpd korang gerak, aku beli ABC kat mamak tepi jalan tu..ada sorang awek cun tengah duduk makan rojak mee..hahaha

      Delete
  7. Hidup Haha Running Man...!
    *tetibe...

    Kah..kah..kah...

    ReplyDelete
  8. panjang jugakkkk.. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top