Header2

• 22 September 2013 •

Subsidi Dan Spekulasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni, 10.17 pagi - Kali pertama aku isi petrol sejak kenaikan harga pada 3 September. Agak jimat jugak penggunaan petrol aku. Alaa..bukannya aku outstation ke mana pun. Duduk dalam Kuantan jer. Malam pun jarang keluar, kecuali pergi makan. So logik la isi petrol 2 minggu sekali.

Aku ni sebenarnya memang daripada hari tu nak cerita pasal subsidi ni. Lagi-lagi selepas kenaikan harga petrol. Cuma masa tu isu subsidi tengah agak panas. Jadi aku pendam la dulu. Tapi, biasa la, pendam punya pendam, last-last terus terpadam. Terus jadi lupa. Ni pun teringat balik waktu aku nak isi petrol pagi tadi.

Oh ya, aku bukan pakar ekonomi.
Jadi apa yang aku tulis adalah based pada pemahaman sendiri.

Secara ringkas, subsidi ni ialah satu terma yang membolehkan kerajaan masuk campur dalam pasaran harga tempatan. Tujuannya untuk membuatkan sesuatu barang atau produk tu lebih murah, affordable dan boleh dimiliki oleh semua orang, tanpa menjejaskan struktur ekonomi negara.

Ada sesetengah orang berpendapat, pemberian subsidi ni tak bagus. Sebab secara tak langsung membuat pengguna dimanjakan dengan harga barangan yang jauh lebih murah. Sikit-sikit harapkan bantuan. Tak ada effort untuk perbaiki ekonomi sendiri. Sebagai contoh, sebelum ni petrol RON95 ialah RM1.90 dan sekarang ialah RM2.10. Muatan tangki aku ialah 40 liter. Kenaikan 20sen bermakna pertambahan kos petrol aku sebanyak RM8 setiap 2 minggu. Aku tak suka. Sebab aku rasa kenaikan harga minyak ni memang membebankan. Maklum la, selama ni aku dah biasa dimanjakan dengan harga petrol bernilai RM1.90. Jimat sikit lapan hengget!

Lagipun, pemberian subsidi petrol ni hanya menguntungkan orang kaya. Orang berpendapatan sederhana yang bawa motor atau naik bas, mungkin tak dapat rasa faedah subsidi yang ditanggung kerajaan selama ni. Seharusnya subsidi tu dihapuskan. Duit tu digunakan untuk menaiktaraf infrastruktur dan saluran bantuan secara berperingkat kepada golongan berpendapatan rendah. Itu pendapat sesetengah orang la.

Dan ada sesetengah orang pulak, macam aku, berpendapat bahawa bantuan subsidi ni memang perlu. Bukan sebab aku minum petrol gulp gulp gulp camtu. Tidak. Cuma aku rasa subsidi ni masih berperanan dalam mengawal harga sesuatu barang atau produk. Aku tak pernah pergi luar negara. Tapi daripada apa yang aku dengar, harga petrol kat sesetengah negara adalah tanpa subsidi. Harga tu berubah-ubah setiap hari, mengikut kehendak stesen-stesen minyak. Gila. Tak termampu aku nak isi petrol kalau tanpa subsidi. RM2.73 woi!! RM33.20 untuk setiap 2 minggu.

Tapi korang tahu tak, yang menakutkan kita selama ni bukanlah harga tanpa subsidi. Apa yang menakutkan kita sebenarnya adalah harga spekulasi. Ya, harga spekulasi. Soalannya, apa tu harga spekulasi? Hmm..basically, harga spekulasi adalah harga yang tak dapat dikawal oleh kerajaan. Harga ni ditentukan oleh pemain-pemain pasaran yang kita sendiri tak tahu siapa.

Tak faham ke? Okey takpe, aku bagi contoh.

Kenaikan harga petrol baru-baru ni membuatkan kita marah pada kerajaan. Kerajaan bodoh la, kerajaan itu la, kerajaan ini la. Macam-macam kita suarakan sebagai protes kita terhadap kenaikan harga petrol. Sebab harga tu dikawal oleh kerajaan. Tapi, implikasi kenaikan harga petrol tu adalah sesuatu yang sangat luas, yang kita sendiri tak terjangka.

Teh tarik kat mamak naik 20sen, kita nak marah siapa?
Tambang bas naik 30%, kita nak marah siapa?
Courier services naikkan kos 20%, kita nak marah siapa?
Telur dan sardin kat kedai naik 5sen dan 10sen, kita nak marah siapa?

Kalau contoh tu tak betul, ada banyak lagi contoh lain dimana harga barang atau produk yang bukan dikawal oleh kerajaan. Ini la dia harga spekulasi. Kenaikan harga barang-barang seperti petrol dan gula, sekali gus menaikkan harga barangan lain. Kalau nak beli, beli. Kalau nak murah, dengan segala hormatnya beransur daripada sini. Last-last apa yang kita boleh buat? Tak ada apa. Nak marah pun, rasa macam tak guna. At the end, hampir semua kedai pun akan mengenakan kadar harga yang sama.

Itu la sebenarnya yang kadang-kadang kita terlepas pandang. Kita cuma nampak nilai 20sen meningkat dalam harga petrol, tapi kita tak perasan kos sara hidup kita meningkat RM3 setiap hari. Kita salahkan kerajaan, tapi sebenarnya bukan kerajaan yang kawal harga spekulasi ni.

Oh ya, isu subsidi ni bukan isu politik. Tapi isu ekonomi. Even aku tak menyokong BN, tapi aku percaya, kalau PR yang menang pilihanraya hari tu pun, harga petrol kita takkan turun sewenang-wenangnya. So, untuk kata "Haaa tu la, sokong lagi BN. Sekarang, rasakan macam mana. Kalau korang undi PR dulu, takde la harga petrol kita mahal macam ni" adalah sesuatu yang sangat tak patut.

Kesimpulannya, untuk mengatasi masalah kenaikan harga petrol, marilah kita sama-sama mencontohi video ni.



Hahaha..sekian, terima kasih.

p/s: aku bantah kenaikan harga petrol..tapi, ada sape peduli? :p


23 comments:

  1. dalam hidup ni kita tak boleh selalu komplen.. ini salah itu salah, tp tak pernah pikir salah sendiri.. huhuhu.. suka video tu... no mu chua... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..komplen tu boleh tun..cuma kena pada benda yg betul la..sbb kdg2 kita x sedar yg point kita komplen tu salah..

      Delete
  2. xpe. aku peduli yang ko juga sedang bantah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mujur ko peduli..ni yg aku rasa nak sedih ni..:'(

      Delete
    2. kalo ko sedih yang tu aku tak peduli pun tak pe kan? :D

      Delete
    3. pehhh..rasa mcm lagi sedih pulak bila ko x peduli pasal kesedihan aku..hahaha

      Delete
  3. tak peka dgn kenaikan harga tu mgkin, tapi sedikit sebanyak diorg akan terasa jugak..dan balik2 diorg akan salahkan isu kenaikan harga minyak jugakk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..memang la..org xberapa komplen kalau harga barang naik, tapi org komplen kalau harga minyak naik..sebab pengaruh harga minyak tu..

      tapi, yg membebankan sebenarnya bukan harga minyak..implikasi terhadap barang2 lain tu yg membebankan..

      Delete
  4. Sekarang aku jalan kaki pegi kelas, sebab tak ada orang peduli..Hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh aku peduli tau!! peduli!! peduli apa aku!! hahaha

      Delete
  5. Kalo ko perasan, bila kita buat entry pasal benda2 ilmiah contohnya pasal ekonomi atau politik atau agama dan seumpamamnya, tak ramai yg nak komen. Betul tak? Tapi kalo kita buat entry merapu2 ramai plak komen. Heheh..

    Aku pon melihat benda ni mcm ko jugak. Org nampak minyak naik 20sen. Tapi sebenarnya mmg kos sara hidup yg naik. Terus terang aku katakan yg aku cuma fikirkan golongan miskin. Aku ni wp tak kaya, tapi aku masih mampu lagi balik kampung setiap bulan wp minyak naik. Tapi org2 miskin yg gaji kecik, anak ramai pastu semua anak plak skolah, cemana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ramai org komen tu sebab aku sendiri pun dah jarang komen blog org..tu xleh buat apa la..hahaha

      ekonomi kita skrg bersifat kapitalis. kuasa pasaran yg gerakkan ekonomi..sebab tu ada jurang antara org kaya dgn org miskin..

      Delete
  6. Hmm.. Entah la.. Dah baca post ni, pening-pening lalat dah. Taktau nak cakap macam mana lagi.. Tapi seriously, sekarang naik motor bayar RM2 tak dapat minyak banyak. Agak sedih la jugak..

    Tak pakar sangat perihal ekonomi, tapi rasanya statement bro perihal kalau PKR menang takkan ubah apa-apa.. Entah la. Seriously, saya memang ening lalat skrg. -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dari segi politik, mungkin PR boleh jer turunkan harga minyak..kesannya positif, sebab semakin ramai yg akan menyokong PR..

      tapi dari segi ekonomi, its not that easy..malaysia negara membangun..so ekonomi pun kena membangun..:D

      Delete
  7. kalau PR terpilih jadi kerajaan tapi tak turunkan harga minyak silap besar la..nak taknak diorang terpaksa turunkan gak..gila ko, rakyat dah pilih dia..aku caya pr menang minyak turun..hahaha..

    "minyak naik 20 sen je pon nak kecoh"- buku macai logik muka surat 17

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..politik ni susah nak jangka beb..aku pun suka jugak kalau minyak turun harga..tapi aku rasa benda tu susah..

      Delete
  8. bantah macam mana pun tiada siapa peduli...kan subsidi yang dikurangkan bukan harga minyak dinaikkan. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawan aku kata, term subsidi dikurangkan tu sebenarnya salah..sebab subsidi tu fixed..yg betul ialah harga minyak dinaikkan..

      kawan aku kata la..aku x kaji pun..hahaha

      Delete
  9. Yeah tu dia H the economist. Btw, apa yg ak dpt simpulkan drp pmrhatian sndiri la ni, apa2 barang pon, or scara amnya, ekonomi ngara mmang depends on krajaan. Sama ada nak naikkn ekonomi atau lingkupkan terus. Any move matters kpd ssbuah ngara tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..dari segi ekonomi, aku redhoooo jer dgn kenaikan harga minyak..sbb aku tau, taraf hidup makin lama makin meningkat..bukan makin menurun..

      tapi, jgn naik byk2 dah la..melampau tu..hahaha

      Delete
  10. Gila tak bantah? Mesti la bantah. Tapi ayat sorang kawan aku ni menyedapkan hati aku gak la. Ayat yang kita dah biasa denga kut. Untuk isu ni, sesuai la dipraktikkan. "If we can't change the world, change ourselves. Stop blaming."

    Aku boleh terima ayat tu. Org laen taktau lah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. NAF pernah post quote Hitler:

      "If you don't like a rule, just follow it. Reach on the top and change the rule."

      maknanya, aku kena jadi PM la kan? hahaha

      Delete
  11. tak bantah & tak sokong.. follow saje lah.. -_-

    next time chicna datang lagi.. zzzzzzzzzzzzzz..

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top