Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Senja. Aku sukakan senja. Dan aku sukakan suasana senja. Lembayung kuning kemerahan membibitkan rasa kagum pada keindahan dan keagungan Yang Maha Cipta.
Senja menzahirkan perasaan damai. Senggang waktu yang cukup singkat, membuatkan aku rasa damai. Melihat kedek burung-burung di tepian pantai, membuatkan aku rasa damai. Hembusan lembut angin di kala petang, membuatkan aku rasa damai. Dan bias sinar mentari pada riak air menghampar, membuatkan aku rasa damai. Sungguh damai. Amat sekali.
Senja di tepian pantai, bagaikan suatu tempoh masa yang sepi. Sepi yang membuatkan aku ingin berbisik di cuping telinga kanan, bahawa detik sekali ini adalah harus aku nikmati. Sambil sebelah tangan melitup ruang rongga pada telinga kiri. Berharap bisikan itu kekal. Berharap supaya aku punya seutas jam yang rosak, agar putaran masa sama-sama turut terhenti.
Senja meyakinkan aku tentang hubungan yang sangat singkat. Sesingkat pertemuan antara teriknya siang dan malam yang pekat. Sesingkat ikatan yang baru bermula, tapi ketemu titik penamat. Sesingkat itu. Menanti akhirnya waktu saat siang kian berlalu. Dan menanti tibanya waktu saat bilal mula berlagu.
Senja mengingatkan aku tentang lagu. Lagu yang mungkin sedang kau dengar. Tentang sepi. Sepi senjaku.
p/s: kedamaian sewaktu sepi, bukanlah suatu perkara keji.
Aku suka matahari terbit. :)
ReplyDeleteAku pernah baca, orang yang suka senja ni pemurung, pendiam dan suka memendam..Betul ke?
Dah lama aku tak first XD
DeleteTak ada button like ke kat sini? Aku nak like komen aku ni..Hakhakhak..
Delete(Y) aku like la ni..hahaha..
Deleteagaknye betul la apa ko ckp sida..aku tambah se lagi..org suka senja ni suka bahasa bunga-bunga..kehkehkeh..
p/s : org tua2 cakap waktu senja banyak setan..jgn main kat tanah..haha..
jaman dulu kala kata ayat berkias-kias,
Deletejaman skrg ni dalam hati ada taman
pendiam dgn memendam tu aku rasa betul la kot..sebab aku memang pendiam..hahaha
Deletetapi pemurung tu macam x betul jer..grrrrr
Huahua... Senja lambat lg...
ReplyDeleteMulakan hari dgn syuman...
Sejak bile ko pandai berjiwang ni? Dh mula bercinta ke?
Haha...
sejak bila? sejak aku kenal kak hawa la..
Deletehahahaha
Hahaha...
DeleteSungguh?
Kire nanti aku ke terengganu boleh sggh kuantan la...
errr..tak la sungguh sgt..
Deletekak hawa tganu ke?
yer...
Deletekemamang...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletetahu tak aq baca entri ko smbil pasang lagu yg ko sediakan tetiba bulu roma aq naik.. seram sejuk jdnya...
Deletetetiba teringat muzik cita conjuring..
aku suka keadaan senja sebab nak tggu magrib dan ishak. pastu leh tdo.. ehh ada kaitan ka?? kbaii
meremang bulu roma? hahaha yer2 jer ko..
Deleteaku suka lagu ni sebab muzik dia..sedap..
Cantiklah gambar kedua tu...
ReplyDeleteserius cantik.. :)
Nur suka awan dan langit...
Dan nur suka bulan dan bintang..
Serius sangat cantikkk...!
best lagu tu..:)
gambar ke-2 tu snap masa kat tg malim..
Deletekat kuantan ni berkali2 gak pegi pantai, tapi susah nak jumpa sunset yg cantik..ada snap gmbar tapi x berapa lawa..
Tergamam aku baca entry kau ni -_-
ReplyDeleteWalaupun dah biasa baca entry kau yg bunga2, yg guna secantek bahasa, tp kali ni mmg laen drpd yg laen kut. Macam, tiba2 je kau tukar mood 360 degree. Aku dah terbayang ni, kau duduk sesorg layan perasaan waktu senja kat tepi pantai. Fuhhh! Layan perasaan tu, H. Layannnnn :P
hahaha..2 hari berturut2 aku lepak tengok senja kat tepi pantai..then lepas azan baru gerak balik umah..:D
Deletepoyo la ko liya, nak tegamam bagai...penghayati betul..kahkahkah
Deletehahaha..Liyaa kan menghayati entry..
DeleteSekarang ni senja yang kelam tu pun dia suka. Confirm la ni dlm hati ada taman ni.
ReplyDeleteeh kelam senja tu lawa la Lyd..aku suka tgk..:D
Deleteaku suka amik gambar waktu senja...
ReplyDeletesama la..kadang2 jumpa view yg cantik..kdg2 view yg biasa2 jer..sbb hujan..
Deleteperghhh.....
ReplyDeletemadah betul....
aku suka saat matahari terbenam,,, cantiknya ciptaan Allah SWT... dan dalam waktu tu juga azan berkumandang.... YA Allah, perasaan tu...
Kuasa Dia tak ada bandingan...
yup..itu yg bestnya bila dengar azan waktu senja..susah nak gambarkan perasaan tu..
Deleteselalunya bila Sya tengok senja ni mesti rasa sayu dalam hati. terutama bila duduk kat kg. tak thu la kenpa
ReplyDeleteerrr..sebab tenang kot..tu yg rasa sayu..
Deleteagaknya la..hahaha
Aku tak suka senja, senja buat aku rasa down. Tapi sunrise amat membahagiakan aku.
ReplyDeletesunrise pun aku suka, cuma x rajin nak keluar awal pagi semata2 nk tggu matahari naik..
Deletemasa pegi broga hill, aku memang cadang nak amik gambar sunrise, tapi aku sampai kat kaki bukit tu dah pukul 7..so mmg harapan la..:D