Header2

• 21 June 2012 •

Arnab Yang Terpilu

Sejujurnya aku tak pernah minta sesiapa untuk cuba fahami aku. Kerana pada hakikat, kadang-kadang aku sendiri sukar untuk fahami apa sebenarnya yang aku mahu.

Ia bagaikan larian tanpa tenaga jua tanpa garis pemula. Malah titik penamat juga tiada. Apa yang berlaku pada babak cerita kita ialah perihal hidup bersuka-suka. Di mana aku cuba buat kamu gembira meski dalam masa yang sama aku sedar perilaku ini sering buat kamu berduka. Dan kamu pula, terus bersabar dengan sikap aku yang kadangkala sukar diduga.

Jika dan hanya jika kita dapat ubah putaran masa, aku tak fikir yang aku ingin mengubah apa-apa. Bagi pihak kamu, pilihan memang jelas bahawa bukan aku yang punya. Mungkin kamu terkilan, mungkin kamu kecewa. Mungkin kamu mahu padam sebesar-besar nama dan menghapus sekecil-kecil rasa. Dan aku pula, mengangkat tangan menyerah rela.

Tapi harus diingat, aku akan terus perhati lantas harap kamu gembira. Meski aku tahu rasa ini jelas bukan kamu yang punya, tapi aku fikir tak salah untuk harap kamu berjumpa dengan sesuatu yang ingin kamu menjumpa. Mungkin suatu masa nanti kecelaruan kamu bakal menghampir nilai tiada. Ibarat kisah dongeng puteri raja, live your life happily ever after.

Biarpun aku lari terlalu laju, aku tetap akan tidur di perdu pokok untuk beri ruang kamu berlalu. Usah digugah lena ini andai kamu dah punya niat untuk lari tinggalkan aku.


29 comments:

  1. Replies
    1. ingat ada hadiah ke?? grrrrrrr

      Delete
    2. tak mintak pon :|
      baru nak komen ni -->

      semoga 'kamu' itu mengecapi hepi ever after dalam ruang yang dia ada..dan demikian anda juga :)

      oke dah komen =))

      Delete
    3. 1.03
      arnab tu nama ape?comey ahh..

      Delete
    4. ning baizura..kahkahkah

      Delete
  2. H , pegi tido atas katil loh . Yg hang pi tido kat perdu pokok buat pa ? Aiyok !

    ReplyDelete
    Replies
    1. tido kat perdu pokok lagi best..ada angin bertiup sepoi2 bahasa..cewah..

      Delete
    2. Yelaa . Sbb tu ko jadi bersastera mcm ni . Arnab yg terpilu ni mcm da nk sampai ending of the story. Princess got her own love. And the boy frust sensorang. Hahaha. .

      Delete
    3. erkkk...tapi ini bukan pasal relationship la..ini just pasal seorang kawan..;)

      Delete
    4. Adehh , malu aku ! Masuk batu belah batu bertangkup !

      Delete
  3. Wah.. saya baru join blog ni rupanya Encik H. Patutla tak dpt2 update. Lol.
    jangan dibiar ia berlalu, pimpin tangan, sama2 jalan. Esok mungkin kita lupa, jadi kena bersandar pada kenangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe..dia yang nak lari..depangkan seluas2 tangan pun tak guna jugak kalau dia dah tetapkan niat kat hati..

      Delete
    2. camtu, biarkan dia berlepas pergi. Esok mentari masih terbit lagi.

      Delete
  4. jgn risau..sinar menanti mungkin..

    selamat pagi encik H..^^V

    ReplyDelete
  5. ini tidak adil, tidak adil, bagi nya.. lalala..

    ape kaitan arnab ngn entri ni EH? hikkk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab..arnab tido bawah pokok..hahaha

      Delete
  6. Kau punya tajuk dgn isi kandungan entri kadang2 menyakitkan hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..aku xde idea la nak letak tajuk best2..

      Delete
  7. Kadang-kadang kau sweet juga. Takut pula kalau-kalau satu hari nanti aku jatuh hati dengan tulisan kau, kemudian kau.

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. errr...nice guy finish last.. *takde kaitan*

      Delete
  9. Nice guy does not exist..kihkih

    ReplyDelete
  10. ayat last tuh wat aku rasa ngilu

    aku memahami perasaan seorang "arnag yg terpilu" nih

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top