Suatu terbitan ringkas andai kelak nanti masa aku tidak lagi bersama kita..
Demi mata yang tak mampu dibuka, aku terpaksa akur bahawa tahap ketahanan fizikal aku semakin hampir kepada tiada. Di mana Hukum Graviti seakan menenggelamkan beban jasad aku terperosok jauh ke tilam gelita. Ini semua ekoran daripada rasa lelah aku meniti norma kehidupan manusia berkerjaya. Atau mungkin aku perlu jujur untuk nyatakan bahawa akulah kakitangan yang paling komited dan penuh iltizam terhadap kerja..
Sungguh aku meng-ga-la-mi proses hidrasi di mana jasad aku seakan terlalu lesu. Tubuh aku pula bagaikan terdiam kaku, otak aku bagaikan berkarat tepu, manakala hati aku bagaikan sejuk membeku. Dan hidung, hidung aku bagaikan ditiup debu. Bersin dan bersin bertalu-talu. Apa lagi ya. Haaa, jiwa aku, jiwa aku tanpa kompromi rindukan kamu..#_#
Dah la, aku tak ada buah fikiran untuk membungakan bahasa. Aku cuma nak beritahu yang aku selsema. Aku juga nak beritahu yang akhir-akhir ini aku sibuk dengan kerja. Seakan hilang masa yang aku ada untuk bercekerama. Agaknya kalau aku beli seutas jam tangan baru, mungkinkah lebihan waktu aku akan kembali semula seperti dulu? Faham kan maksud aku? Jam baru means aku akan ada banyak waktu. Kahkahkah..
Okey, tak kelakar. Kahkahkah. Yang ini kelakar!
Esok aku nak bergerak jauh ke Kampar. Aku sedikit risau sebenarnya. Entah kenapa. Aku memohon pada Al-Hayyun agar terhindar dari segala malapetaka. Kehidupan sekalian kamu pun, semoga dilindungi olehNya. InsyaAllah..
Betul lah, selsema aku nampak macam makin ketara. Aku ni dah patut kena tidur agaknya. Okey, selamat malam kamu semua, terutama kamu yang nun jauh di sana..
Cis, aku rasa tadi aku nak taip ringkas jer..grrrrrr..
ok. boleh faham sepenuhnya. first time kot baca entri ayat simple mcm ni. huhu.. safe journey. take care. :)
ReplyDeleteaku pun selsema! eh sama lah! terasa ada kimia di antara kitaaa.. hahahaha
ReplyDeletetak putus lagi rindu kau pada aku? macam mana boleh aku balas sakti rindu kau pada aku?
asik rindu aje. dahla jangan rindu lagi. sakit tau
ReplyDeletelorhh..x sihat rupanyaa..
ReplyDeletepikir banyak sgt kowt..hehe..
jgn lupa mkn ubat PM..
mnum air kosong bnyak2..
Chic Na: errrr...means entry lain x simple ke? hahaha
ReplyDeleteNinaaa: aku rasa kau boleh cuba balas melalui mel elektronik..lalala
Camy Alya: erkkk..ok2..esok tak rindu dah..esok dendam pulak..hahaha
amalina husna: haa tu la, x brpa nk sihat..tapi siyes malas nak makan ubat (ubat pun xde)..tadi dah minum milo ais, skg ni tgh minum 100plus..hehehe
takda la ringkas sngat h..hahha..tp ko memang patut tulis ringkas sebenarnya..makin panjang makin susah aku nak paham kang..hahaa
ReplyDeletehaha.. setuju dgn bro Ym.Bundle.
ReplyDeleteSemoga semua berjalan lancar en.H.
semoga terus komited terhadap kerjaya dalam masa sama kekalkan momentum kesihatan!
ReplyDeleteYm.Bundle & Apple: tak..bukan korang jer susah nak faham..aku sendiri pun susah nak faham kalau aku taip panjang2..rasa mcm mengarut sangat..:D
ReplyDeleteChuu Muqhlis: erks...formalnya...hahaha
haha.. hanya penulis yang memahami apa ditulis tapi kes encik H lain pulak. lol. tapi teruskan keunikan itu.
Deletehahaha..pjg sgt x best bro..rasa mcm melalut sgt..
Deleteaku msok blog ko, bace entry yg berbunga2., komen aku pon bertuka skema! kahkahkah :|
ReplyDeleteeh, ada lg simple lah. br je khatam habis sume entri penulis misteri ni. :)
ReplyDeleteChuu Muqhlis: alaaa...kau tak melting ke? :))
ReplyDeleteChic Na: erkk..khatam semua? terharu rasa...#_#
melting sgt =))
ReplyDeleteno sastera here :)
ReplyDeleteaku dah faham :))
tahniah!! :">
Deletenak ckap 'semoga perjalanan kau sentiasa dilindungiNya" pun dah xboleh
ReplyDeleteerrr..moga kau terus sukses dgn kerjaya dan cinta kau..oh yeah
erkk..terima kasih...oh yeah!
Delete