Header2

• 17 June 2012 •

Hanya Dalam Kata

Sebenarnya sejak akhir-akhir ini aku sering rasa keliru. Bingung dengan rasional tindakan aku dalam konteks menyulam kasih terhadap kamu. Terfikir apakah ini memenuhi teori hukum penerimaan yang kamu mahu. Atau mungkin konsep “hanya sekadar perlu” secara sinisnya akan menjauhkan diri kamu dari sisi seorang aku.

Sejujurnya adalah benar bahawa aku sayangkan kamu. Aku kira tiada frasa terungkap yang lebih konkrit daripada itu. Kita masing-masing tahu apa yang kita masing-masing tahu. Bahawa manusia tipikal yang ingin ralit dimanja waktu jelas ternyata bukannya kamu.

Sememangnya perihal itu bisa buat kita tidak saling terikat bersama waktu. Dimana kamu dan aku masing-masing punya masa tertentu untuk diisi dengan hal-hal tertentu. Dan ya, aku hargai cara itu. Kerana pada hakikat, aku nyata tak punya banyak waktu untuk selalu temani kamu. Seperti jua kamu yang suatu masa nanti bakal tersuntuk waktu dengan dunia separa baru. Cuma...

Errr...secumanya aku risau andai cara ini tak mampu buat kamu bahagia. Aku risau andai tertib layanan ini gagal tersampai bersama rasa. Aku risau andai aku tak mampu berikan yang terbaik lebih daripada apa yang pernah kamu terima. Banyak lagi kot kerisauan yang aku rasa. Cuma aku tak tahu macam mana nak huraikan dalam konteks terma bahasa.

Seadanya aku teringat pada sebaris kata yang pernah aku baca. Lebih kurang begini taipnya:
"Aku ingin mencintaimu dengan sederhana, seperti kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu. Dan aku ingin mencintaimu dengan sederhana, seperti isyarat yang tak sempat dikirimkan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada."
Petikan frasa daripada Khalil Gibran memang jelas membunga rasa.


46 comments:

  1. kehidupan yg tidak hanya bersandarkan tirai cinta semata. biarlah tirai tu tersingkap sendiri. err aku cakap ape.,

    Encik H, cemane kamu boleh menyulam kata seindah ini :|

    ReplyDelete
    Replies
    1. errrr..sebennarnya aku copy paste jer...:|

      Delete
    2. tipu la kopipes je... :|

      Delete
    3. woaaaaa..chuu bergurindam bahasa plak dh...kehkehkeh..

      Delete
    4. sori h..aku lembs nak paham apa ko sampaikan..hahaha..aku tumpang selit je la dari komen2 orang lain..hahhaa...

      Delete
    5. hahaha..xpe2..sbnrnya aku terspeechless bila tengok chuu bergurindam bahasa..

      Delete
  2. byk nya kerisauan di situ. don't worry be happy. (^_^)V

    *tak reti nak tulis indah2 mcm Encik H. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. vice versa..x reti jugak buat ceklat macam Chic Na..:D

      Delete
  3. Cintailah seseorang itu seadanya... :D kebahagiaan akan dapat dikecapi jika keihklasan menghiasi...

    *ad kna mngena x?.. ahhha

    ReplyDelete
  4. kerisauan melanda??
    have a break..have a kitkat..muahaha..:P
    boleh mcm tuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..boleh pulak buat lawak ea...grrrrrrr...

      Delete
  5. Aku sudi bersederhana weh! Ekekekeke...

    ReplyDelete
  6. indahnya susunan ayattt.
    cerita nya lebih kurang macam apa yang chemay tengah alami sekarang.
    :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkkk...part mana yg sama tu chemay? :-?

      Delete
  7. Replies
    1. blog kau best la!! patutnya kau kena rajin2 tulis entry...grrrrrrrr

      Delete
    2. Nak tumpang komen sini. Blog Shawn mmg best! Aku dah khatam baca sume entry. Hampir sume entry aku gelak berdekah2. Tp Shawn sebok. Tak rajen update <-- Tetiba back up. Mwehehe

      Delete
    3. grrrrrrr....aku baru baca sikit...nanti aku sambung baca...

      Delete
    4. erkkkkk...rupa2nya terbang tinggi-tinggi pun blog kau rupanya...apesal aku baru tau????grrrrrrr...

      Delete
  8. banyak sekali kerisauan kau . Adakah dengan menyayangi aku begitu membawa 1001 kerisauan pada kau ? eh ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. harus la..tiada yang lebih merisaukan aku melebihi daripada kerisauan aku terhadap kamu..hahaha

      Delete
  9. maka bila cinta itu sederhana cuma jangan dipendam jua, luahkan kerna masa mencemburui..

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk...hahaha..tak tau bila nak luahkan..:D

      Delete
  10. makkk ! aku tak paham . bahasa-2. pening. dah cukup 3 bahasa yg aku study , tambah ngan sastera kau mmg wengg la aku ni ~

    ReplyDelete
  11. Luahkan dan jangan tunggu lagi! Haha.

    ReplyDelete
  12. Laaaaaa!!! Ntuk galpren ka ni..waahhh..weeewiittt!;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak taip utk yuyu tapi nanti bundle jeles..kahkahkah

      Delete
  13. Blushing ah cemni..ehehe!;) brader sammmm! Dtg cni tgk..:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. brader sam kata, jangan detim kat tempat dia..dia jeles..hahaha

      Delete
  14. Kat sini xpe kot..kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa...tapi kat sini dia x baca..camne nak buat dia jeles...hahaha

      Delete
    2. nak kena gtau die lah. hahah.

      Delete
    3. Hai yuyu..dah makan?

      Cc: ym.bundle

      Delete
  15. Hai Encik H..yuyu kat skolah ni.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk...belajar rajin2 tau...semoga dapat keputusan PMR yg cemerlang..lalalala :p

      Delete
  16. Nti nk mintak resepi kejayaan encik ea sampai blh jd encik..hikhik!;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resepi? Errr..bawang besar 3 biji, bawang putih 4 biji, cili kering secekak, ikan bilis secekak, air asam, garam dan gula secukup rasa..>.<

      Delete
  17. jgn terlalu lama memendam perasaan tuh..nanti membunuh jiwa..,

    mna tau kot2 dia berperasaan yg sma dgn kau ka..

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top