Header2

• 23 June 2012 •

Hikayat Cengkerik, Tikus, Buaya Dan Mentadak

Grrrrrr...aku rasa aku ni dah macam pencinta binatang dah. Chic Na mintak aku letak tajuk Cengkerik. Payeh lagi tamak, mintak Tikus dengan Buaya. Chuu pulak nak tumpang letak Mentadak. So ini kali terakhir tau aku tulis pasal binatang. Kali terakhir kot. Kahkahkah. Oh ya, entry kali ni tak ada tujuan. Hanya karutan semata-mata.

Alkisah pada suatu masa dahulu, tinggal seorang cengkerik yang amat kesunyian. Tak ada seorang binatang pun ingin yang berkawan dengannya. Mungkin kerana dia sering disalah anggap sebagai belalang. Kesian cengkerik itu kan? Setiap hari hidup bersendirian. Berlagu sendu di dalam kelam mengisi sepi gelapnya malam.

Hatta di suatu tempat yang lain pula, tinggal seorang mentadak mentadu yang sering dibuli. Setiap kali dia berjumpa dengan kawan-kawannya, mesti kawan-kawannya akan bertanya soalan soalan yang menyakitkan hati. “Mentadak mentadu, macam mana biawak tidur?”. Si mentadak rasa sangat menyirap. Rasa macam diperbodohkan oleh kawan sendiri.

Arakian di sebuah rumah yang tidak dijaga, tinggal seorang tikus yang busuk. Busuk gila. Suka bebenor selongkar bahan makanan yang ada. Sampaikan maggi yang digantung kat dinding pun si tikus tu robek juga. Makan tak habis pulak tu. Membazir sungguh. Lagi satu, makan megi tak letak perencah pun. Geramnya!! Grrrrrrr....

Manakala di sebuah taman bunga, tinggal pula seorang buaya. Untuk makluman, ini buaya darat yer. Kerjanya mengayat gadis-gadis manis yang ada. Bila taip gadis-gadis manis ni, automatik terbayang mat bangla. Hai adik manissss. Erkk..rasa macam terlebih mengarut pula. Okey, buaya ni bukan saya. Diulangi, bukan saya. Haishhhh..

Maka pada suatu hari, keempat-empat menatang ini berjumpa. Mereka bercadang untuk membuka sebuah kedai menjual pakaian. Setelah berdiskusi untuk beberapa ketika, maka nama kedai diambil dengan menggabungkan nama-nama mereka. Butik Cengkadak. Sekian terima kasih. Dah pasni jangan mintak aku tulis cerita pasal binatang lain. Siapa mintak aku pukul! Kahkahkah.


49 comments:

  1. 1st :) Komen dulu baru baca..kahkahkah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolong buat cerita pasal ikan kaloi. peliss....

      Delete
    2. oit..mana boleh..grrrrr

      Delete
    3. Peliss.. Peliss.. Pelisss... Pehhlliesssss...

      Delete
    4. errr...kau ajak aku karaoke ke nih? :-w

      Delete
  2. 1.09 ..

    finally :)) hahahaha
    ko gile betol la H .. salute !

    buaya tu sape ??

    nah upah jajan sekotak =))

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la aku buat cerita tu..hahaha..buaya tu..errr..mana boleh bgtau..zzzz

      Delete
    2. boleh tulis hikayat sang kancil dengan buaya la pulak pasni . pastu ko terbitkan :))

      Delete
    3. tak hengennnn....krohhhhhhh

      Delete
  3. hahahahaa...sumbak mung ni h..hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..nasib baik diorg pilih binatang2 yg aku boleh gabung..

      Delete
  4. haha.. mereka sume tu nak seksa encik H tu. Lol. tapi bagus gak cerita cam rakyat2 ni. hatta, arakian.. lol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..xpe2..sebab mmg tgh xde benda nak buat..

      Delete
    2. kite bukaan seksa, saje nak ngada2 dgn Encik H lalala~

      Delete
    3. elleh..kau nak bermanja dgn aku ea? kehkehkeh

      Delete
    4. erkk~ ngada2 dgn bmanja lain taw encik h :-?

      Delete
    5. suke je grg ngn aku :|
      repot kat bundle lah kahkah

      Delete
    6. mesti la..sebab kau lagi muda..huh

      Delete
    7. perangai x mcm tua pon >:P

      Delete
    8. dua2 budak2 kecik! hahaha.. saya gak yang menamatkan perbalahan dua budak nih.

      Delete
    9. semalam pegi belog apple mcm yg h suruh, x jmpe pon siri tu :-w

      Delete
    10. maafkan saya, siri penyiasatan apple yg encik h cakap tu sy dah tgk, link tu masuk dlm spam. malangnya case closed. hahaha. ok bai~

      Delete
  5. hahaha., hargai sangat cerita ni!
    pandai la gabung nama tu, kena sangat+(d) kahkahkah..tp musykil kenape kata ganti nama dorang 'seorang' x seekor :-?


    #gawangnye h nak pukul2 org :|

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kebetulan empat2 tu boleh digabungkan..saje jer guna seorang instead of seekor..sebab..errr..tatau sebab apa..saje jer..zzzzz

      #gawang kan? sila takut yer...grrrrrrr

      Delete
    2. zzzz..kdg2 saje2 x boleh dijadikan sebab, jadi sila explen =)) eh! arol bwh aku ni nk req. jugak wakaka!

      #buat2 takot boley kan? (d)

      Delete
    3. sebab saje2 jer..warghhhhhh!!!!

      #sila takut betul2..>:[

      Delete
    4. haaaa.....tau takottttt....(d)

      Delete
  6. Hahaha! Tergelak sorang-sorang baca cerita nie. Best! Release sikit tension. Buatlah lagi cerita pasal binatang. Boleh tak? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. errrrr...tak boleh...ini bukan zoo..hahaha

      Delete
  7. bak kata bundle, EH sumbak. huhuhu.. touching lah baca citer ni. cengkadak tu mcm kiut lak bunyinya. best tak gabungan kitorang ni? hikkk..

    chic na belanja coklat nnti dalam mimpi. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehkeh..bagus2..pandai pilih haiwan ternakan..=))

      Delete
  8. kedai jual pakaiann.
    hebakkk parokkk.
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorg buli..den ni mangso keadaan yo..hahaha

      Delete
  9. haha..pon boleh..
    anyway..knapa encik H plak yg geram bla tikus mkn meggi x letak prencah?? curious..0.o?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab nanti stok perencah tu terlebih..magi dah abis tapi perencah ada lagi..xkan nak masak 1 bungkus megi kena letak 2 perencah pulak..heee

      Delete
    2. lar ye ea..double bru sedap..klau kari lg berapi lar..haha..

      laoshi husna ajar apa khabar=ni hao ma..haha..

      Delete
    3. owhhh...wo bu chi tao..:D

      Delete
  10. sy nk wat request wat citer sal gorilla n rabbit.. bleh x?? hahah.. nice story.. ho3

    ReplyDelete
    Replies
    1. grrrrr...mana boleh..minggu menternak haiwan dah tamat..hahaha

      Delete
  11. Boleh bgtau lokasi Butik Cengkadak tu kat mana? Teringin gak nak shopping situ. Mwehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Errrr...ni cerita purba la..Butik Cengkadak tu dah kena roboh..hahaha

      Delete
  12. hahaha apehal ni tergelak plak bace bende mengarut ni..cantik tatabahasa semua cukup la..rase mcm bace cerita tradisional rakyat dahulu kala

    ReplyDelete
    Replies
    1. erks...entry mengarut jer ni..hahaha

      Delete
  13. errr...

    nanti rajin2 aku sggh ke butik mereka itu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..singgah tu nanti jgn lupa beli..:p

      Delete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top