Header2

• 22 June 2012 •

Lipan Terkesima

Sebenarnya aku teringin nak ada staff yang boleh buat kerja tanpa aku arahkan setiap masa.

Maksud aku, kalau staff itu ialah Kerani, aku tak perlu ingatkan dia berkali-kali tentang kerja-kerja yang perlu dikemaskini. Tak kisah kalau dia nak datang lewat setiap pagi. Tak kisah kalau dia nak baca novel setiap hari. Tak kisah kalau dia nak buat ketupat meskipun Hari Raya Puasa lambat lagi. Tak kisah kalau dia nak gunakan telefon office untuk bergosip dengan kawan-kawan sendiri. Yang penting, kerja yang ada tolong bereskan sebelum duduk bergoyang kaki.

Maksud aku, kalau staff itu ialah M&E Coordinator, cuba la belajar uruskan kerja sendiri. Semua benda nak tanya aku. Semua benda nak aku bantu. Kau kan ada laptop satu, cuba la gunakan kemudahan tu untuk benda-benda yang lebih perlu. Bukan melayan youtube, bermain game dan menongkat dagu. Kau datang lambat. Kau balik cepat. Patutnya Sabtu kau ada di pejabat, tapi Jumaat petang kau dah mula mengelat. Sudahnya tak pasal-pasal kerja aku juga yang jadi lambat.

Maksud aku, kalau staff itu ialah Surveyor, aku tak ada masalah apa-apa. Sebab aku rasa, cuma kita berdua yang buatkan projek ini tetap berjalan seperti biasa. Aku tak kisah kalau kau beristirahat kerana aku tahu kerja kau tak pernah tergendala. Jua aku tak kisah kalau atas talian, kau berjudi secara maya. Sungguh aku tak kisah. Cuma aku harap kau tolong control suara. Bingit telinga bila kau berjudi umpama ruang pejabat hanya kau seorang yang punya.

Maksud aku, kalau staff itu ialah Chainman, aku cuma nak beritahu bahawa tempat kerja ialah tempat untuk berkerja. Bukan tempat untuk membuta. Aku tak kisah kau ada iPad ataupun apa. Aku tak kisah kau panggil aku abang meskipun sebenarnya kau yang lebih tua. Okey fine, sebenarnya aku kisah, kelakar pun ada. Kahkahkah. Diam semua! So aku rasa kau patut ambil peluang kat tempat kerja ni dan buktikan bahawa kau bukan hanya mampu jadi Chainman semata-mata.

Untuk makluman, aku ialah pekerja yang paling muda. Jadi aku keberatan untuk mengarah atau memberi kerja pada staff-staff sedia ada. Dan kesimpulannya, nampak tak unsur Lipan Terkesima dalam terbitan yang aku cipta? Tak nampak kan? Bagosss...sebab sebenarnya memang tak ada. Semua ni Ym.Bundle punya angkara. Grrrrrrrrrrrrr...


45 comments:

  1. lalala~ komen dulu baru baca :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau memang tak aci la chuu..grrrrr

      Delete
    2. at least aku still baca.

      tahniah kat bundle sbb hajat tercapai hendaknya walau aku rasa lipan yg dia cari tu mgkin takde. satu lagi, tahniah kt ko jugak sbb ko ckp ko dah tua, but still paling muda kt tmpat ko kerja.

      dlm kos aku, aku paling muda.. so rasa mcm semua taraf kakak, abg je.,ade la rase sikit istimewa. tapi bila dalam kes career n bekerjaya aku rse takde yg istimewa, nasib tak baik, kena buli. -__-

      Delete
    3. ade job 4time hulur2 la bos..gaji tak cukup ni..haha..

      Delete
    4. erkkk...aku ni pun makan gaji oii

      Delete
  2. ape aku nak komen nie ? errr. xpelaa. abaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Capital D ape yg ko komen kat entry aku h ?

      Delete
    2. Capital D facebook ko ler.. :-w

      Delete
    3. H , aku takot lipas wpun pada hakikatnya tajuk tu lipan . Why not laen kali ko letak tikus terkesima ke ? Cute sikit . Kehkeh

      Delete
    4. erkkkk...apa ko igt aku ni penjaga zoo ke? grrrrrrr

      Delete
    5. Alaa . Nie request dari stalker setia ko tau x . Kahkahkah. Kalo jadi penjaga zoo pon ape salahnya. Tajuk ko pon byk psl haiwan . Arnab , lipan . Buaya pulak pasni . =))

      Delete
    6. kau ni, sekejap tikus, sekejap buaya..yang mana satu nih? warghhhhhhhh....

      Delete
    7. Nok blako . Haha . Pade muko mg tuu . Wekk :p

      Delete
    8. tamak mu nih...se se pade la...

      Delete
  3. wakakakaka..terharu aku..betul2 bermain dengan haiwan ko h..ekekeke...

    *tema haiwan ke minggu ni...hahahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa ini kau punya angkara? :-?

      Delete
    2. kat blog sida ada lipas..kahkahkah

      Delete
    3. bro Ym.Bundle ni memang macam2 angkara eh? Haha..

      Delete
  4. mudanya EH. err nk teka boleh? mesti mereka2 tu sume m_l_y_ kan? :S

    sepatutnya tajuk entri ni 'Lipan Tersepit'. hihi.. (^_^)V

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..betul2..semua melayu..

      Bundle suruh buat entry tajuk Lipan Terkesima..saya tak bersalah tuan..>.<

      Delete
    2. yayyy.. betul. hadiah?

      Delete
    3. hadiahnya mintak kat Mama Arina *tiba2*

      Delete
  5. Ouh yes..so many pple out there need the other to urge them..mcm paku,sekali ketuk,sekali la geraknye..its okay..do our part.;) kje dgn org lbih brumo ni lain kn..mcm yuyu kne kje ng ckgu2 yg dh ad xperience..nk pggl akak kang,mcm sbaye ngan mak..xkn nk pggl makcik..egeee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..nak tegur rasa mcm tak sopan pulak..huhu

      Delete
    2. yuyu pgil la nek..=))

      Delete
    3. Ngaaaaa! Tgamakkkk..haha.

      Delete
    4. cuba la..tak cuba mana nak tau..kehkehkeh

      Delete
    5. Nenek yuyu . Atuk bundle . Moyang H . Okehh . Mantap !!

      Delete
    6. Ngaaaa..yuyu xnk kawen dgn bundleee! Die dh ade teman sejiwaaaaa..haha.tetibe H jd moyabg yuyu..umo brape? Payed plak jd opah.nak? Ahhaha..

      Delete
    7. erks..umur 16..kehkehkeh

      Delete
    8. la.. yuyu limeblas. nk amik pmr taun ni. nebes la. hhe

      Delete
    9. ohoo..mmg nebes..last year punya paper susah..so tahun ni maybe dia bagi soalan yg senang2...

      Delete
  6. haha..terkesima sebab semuanyaa dengan masalah yg berbeza.. last kita sendiri xtaw nak buat apa..nasib x kena buli kan..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena buli tu x la..tapi kdg2 makan hati gak..hahaha

      Delete
  7. Haha.. kena tegas encik H. jadi ketua mmg kena tegas bila melibatkan kerja. Sediakan jadual target tiap minggu jika boleh. Tak dapat capai budak tu, bagi sikit amaran. takde net seminggu ke pe.
    Kita bayar gaji kat orang untuk orang kerja bukan tuk enjoy. Nak enjoy, masa2 cuti atau lepas kerja ke. Tu hal lain lah. serius nampak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya kitorg terlalu bebas..bos pun terlalu baik..datang lambat tak apa..balik awal pun tak apa..sudahnya masing-masing naik lemak..kerja asik bertangguh..

      Delete
    2. bos tu maksudnya my bos la..

      Delete
  8. susah kalau tetiap masa nak kena ingatkan tentang kerja yang patutnya dah jadi tanggungjawap.
    macam masa time praktikal kat ward.
    junior tak buat kerja.
    memang dapat la tengok chemay jadi singa.
    hihihi
    :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh...chemay garang ke? ni yg takut nih...=.="

      Delete
  9. err...apa yg mampu aku komen ya..

    err..moga terus menjadi Lipan yg berjaya bukannya terus terkesima...thehehe

    ReplyDelete
  10. KAH KAH KAH..FYI aku lagi muda disini~

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top