Aku tak tahu la sama ada orang akan percaya atau tidak bila aku katakan bahawa hampir 90% kawan-kawan yang rapat dengan aku adalah dikalangan kaum wanita. Ya, kawan-kawan yang rapat. Rapat yang aku maksudkan ialah dalam konteks meletak rasa percaya saat aku ingin mulakan cerita dan menyingkap tabir aku pada suatu sisi yang agak berbeza.
Dua hari lepas, Sabtu – 09/06/2012, aku luangkan masa untuk datang ke majlis persandingan seorang kawan rapat, nun jauh di Kampar, Perak. Bila orang tanya kawan yang ini aku kenal di mana, rasa agak keberatan nak beritahu bahawa kawan tersebut mulanya aku cuma kenal di server MiRC sahaja. Aku terfikir apa agaknya interpretasi kawan-kawan lama, kawan-kawan sekolah, kawan-kawan belajar, kawan-kawan di Johor terutamanya. Majlis mereka aku tak datang, majlis kawan dunia maya boleh pula aku pontengkan kerja.
Sebenarnya majlis perkahwinan di Johor yang jadi masalah utama. Sebab aku orang Johor. Secara logik, aku tak rasa aku akan balik ke Johor semata-mata kerana kenduri kahwin. Paling tidak, aku mesti kena singgah ke rumah aku, rumah kakak aku, rumah adik aku, dan rumah sedara-sedara aku. Pendek kata, tempoh minimum setiap kali aku bercuti balik ke Johor ialah satu minggu. Dan biasanya tak pernah lebih daripada itu.
Berbalik pada cerita kawan-kawan rapat tadi. Pada aku, majlis perkahwinan dan persandingan kawan-kawan rapat adalah antara event yang seboleh-bolehnya aku cuba untuk penuhi. Aku kira itu adalah saat-saat akhir untuk aku melihat seorang kawan yang akhirnya sah bergelar seorang isteri. Selepas detik itu, hubungan kami akan semakin dibatasi. Tiada lagi mereka-mereka untuk aku manjakan diri. Tiada lagi mereka-mereka untuk aku lepaskan lelah di hati. Tiada itu dan tiada ini, tiada serba-serbi.
Aku seorang lelaki. Dan rasanya aku faham perasaan orang lelaki bila isteri mereka kerap dihubungi oleh kawan-kawan lelaki. Jadi bila saja sah akad bahawa kamu telah dinikahi, maka aku anggap sebahagian diri aku akhirnya pergi.
Kepada Kaka Ngah Sukk (Kak Ngah Busuk), harap kamu berbahagia hingga akhirat dari duniawi. Cerita kita secara praktikalnya berakhir di sini..:|
Ni reply komen tadi boleh tak =D
ReplyDeleteAlahai blog dia kemas semacam. Jeles tengok ada siput tuh.Awan duk gerak gerak jugak.Ehehe...
Tu lah kan,manusia ni xsempurna.Ada je tak kena kan. Ada je yang tak puas hati.Bila dah takde depan mata,baru nak menyesal. Betol tu,jaga diri masing2 je senang. Tak yah nak care sangatlah ;D
HAHAHA.
ReplyDeletesorry,bukan yg ke 3rd.dah ke 4th lah..^___^
Agak misteri penulis ni ye =D
percaya. eh cerita kita sama lah. cik na prefer share problem dgn bff lelaki. rsnya lelaki lebih memahami & boleh simpan rahsia. tp since dia kawen kitorg jd renggang. sedih. :(
ReplyDeleteAda ramai lagi rakan blogger kat sini bro. Laki ada, pompuan pun ada. Yang ditengah2 pun mungkin ada tapi jarang kita mendengarnya.
ReplyDeleteDah lama tak dengar pasal MiRC mahupun membaca tentangnya. teringat masa kecik2. haha..
laskar pelangi: errr...mohon jadikan saya yg 3rd..
ReplyDeleteChic Na: bila dah kawen tu kira macam ada limit dah..kalau lelaki sama lelaki or ppuan sama ppuan kira okey lagi..tapi kalau berhubung rapat antara ppuan dgn lelaki, mungkin secara tak langsung akan buat org lain terasa hati..:D
Apple: hahaha..xpernah lagi berkawan rapat dgn golongan "pertengahan" tu..:D
Ramai golongan pertengahan ni cuma kita tak sedar je. Dulu masa kat uni saya ada gak kawan yang jenis ni tapi dorg ok. Tak seperti kita jangka. Lol. Berkawan biar beribu, musuh baik jangan langsung.
Deletexpernah lagi ada kawan macam tu..maybe sebab mentaliti tipikal kot..segan bila orang mengata..lagipun golongan macam tu biasanya diorang lebih cenderung berkawan dengan golongan diorang jer..biasanya la..
Deletehahaha..lega aku baca..takde sastera..ekeke..
ReplyDeleteko ni kategori player gak aku rasa ni husin..sweet talker ni, sebab tu ramai pompuan je kawan ko..hehe
aku pon dulu ramai kawan pompuan yg rapat dari kwan laki..tapi ramai dah aku saje lostkan contct..bahaya wei.boleh menimbulkan salah paham..hahaha..
#gua tak hensem,tak mulut manis..tpi ramai gak member2 pompuan tangkap feling ngn gua dulu..hahhaa..
hahaha..aku x sure la kategori player ke tidak..tapi aku memang mudah rapat dgn org ppuan and org ppuan pun agak mudah rapat dgn aku..
Deletetapi memang macam ko kata la, bahaya kalau timbul salah faham..
haha.. ada darah playboy tapi tak sedar keupayaan tu. nanti jadi mcm spiderman, "with great power comes great responsibilities"
Deleteerkkk...jadi playboy ada responsibility ke bro? hahaha
Deleteplayboy berjaya .hahaha . jangan jadik lembut dah le . membe sume pompuan . risau gak aku . kahkahkah
ReplyDeleteaku straight tau!!!! grrrrrrr
Deletexpernah plak guna MiRC tuh..
ReplyDeleteer..klau aku,,aku susah nak cerita sal msalah...sebab ntah..mungkin blum jumpa org yg btul2 kita bleh percaya..secara realitinyalah
hahaha..percayalah kat aku..secara realitinya, aku ni baik tau..hahaha
Delete