Header2

• 27 June 2012 •

Belia Benci Telefon

Aku tak pasti ini adalah pelik ataupun apa. Tapi seperkara yang aku tak suka ialah bila orang telefon aku pada waktu aku sedang bekerja. Atau pada waktu aku sedang tidak bekerja. Atau pada bila-bila masa dan di mana-mana. Memang aku cukup tak suka. Kecuali jika dan hanya jika si penghubung adalah orang yang aku suka. Atau lebih daripada suka. Atau, errr...takpe. Abaikan saja.

Merujuk kepada terbitan terdahulu, aku memang jenis yang sangat malas nak save nombor-nombor kenalan. Nombor telefon kawan-kawan sekolah, nombor telefon teman-teman lama, hatta nombor telefon rakan sekerja pun cukup jarang aku nak simpan. Aku lagi sanggup baca SMS lama atau lihat log panggilan bila aku ingin dail nombor yang aku perlukan.

Tapi masalahnya, nombor aku diorang ada simpan. Rajin diorang call, dan aku kadang-kadang rasa tertekan. Bosan. Dan selalu jugak hilang pertimbangan.

Tutup mata, cuba bayangkan. Ceh, macam la kau tutup mata betul-betul kan? Bayangkan kau tengah khusyuk buat-buat kerja, atau mungkin sedang membaca blog kawan-kawan. Tiba-tiba daripada dalam poket seluar ada bunyi deringan. Kau tak rasa terganggu ke dengan semua tu? Kau tak hangin satu badan? Mungkin kau tak kisah, tapi aku kisah. Kalau aku ada dua badan, aku pasti akan hangin dua badan. Mohon jangan disalah anggap, berbadan dua memang aku tak akan!

Kalau kalian satu tempat kerja dengan aku sekarang, aku rasa kalian akan biasa dengar aku istighfar panjang-panjang. Mengomel pun dah lebih daripada kadang-kadang. Sampaikan aku rasa, “Bodoh la diorang ni! Tak boleh ke jangan telefon aku waktu aku tengah senang!”. Ya, itu pada waktu aku tengah senang. Jadi tak perlu kot nak jelaskan refleks tindakan aku bila dihubung saat aku langsung tak senang.

Salah sorang yang selalu hubungi aku ialah sub-kontraktor. Sampaikan aku kata, “Kau ni dah kenapa? Apa lagi yang kau nak sebenarnya?”. Mujur luahan itu hanya sekadar untuk halwa telinga sendiri saja. Sorang lagi ialah Project Manager. Bila dia call jer bermakna aku akan ada kerja. Habis tu mereka-mereka yang lain apa gunanya? Entahlah, mungkin bos aku ingat kami masih berdua macam kat projek sebelumnya.

Sebenarnya ramai lagi yang call tapi leceh kot nak namakan semua. Sebab implikasi panggilan-panggilan mereka tetap hasilkan rembesan naluri emosi yang sama. Aku tetap tak suka dihubungi oleh siapa-siapa kecuali, kecuali oleh orang yang aku lebih daripada suka. Persoalannya, tak suka jawab telefon ni termaktub dalam kategori pelik ke?

p/s: Aku rasa nak backlink kat Apple. Sebabnya, entah. Aku rasa beliau banyak kali backlink kat blog aku. Aku terharu sebenarnya walaupun dia tak mintak balasan apa-apa. Kepada kalian yang belum jengah blog dia, sudi-sudikan la baca yer. Sebab aku rasa terbitan dia ada banyak informasi yang mungkin kalian jarang-jarang nak jumpa. Kepada blogger-blogger lain, aku akan backlink kalian di lain masa.


87 comments:

  1. Replies
    1. Hadiah sila tuntut di kaunter 8 ye :)

      Delete
    2. sapa 1st dia busuk..kahakhkah..

      Delete
    3. hahaha..entry sebelumnya chuu 1st komen..:))

      Delete
    4. Bendulu jeles la tu dia tak komen 1st...Lalalalala~~

      Delete
    5. haha.. saya tumpang ketawa komen Ym.Bundle.

      Delete
  2. Kalau aku call ko sound jep kalau tak suka tau..Senang aku nk sound tepek ko blk...Kahkahkah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tapi sehangin mana pun, biasanya aku tetap akan jawab call elok2..:D

      Delete
    2. Selalunya aku boleh detect if org tak suka angkat call dari aku :| Watch out! Hihi...

      Delete
    3. Errkkk....ok2 mulai esok aku akan angkat setiap call ko..tanpa kompromi!

      Delete
  3. hahaha..kesiann..
    tp encik H..bila masa yg sesuai nak menerima panggilan?? 0.o?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila fon tu berada kat tangan..means bukan dalam poket seluar atau atas meja atau tgh charge dan lain2 lagi..kadang2 menyirap betul bila tgh drive, nak u-turn pulak tu, tiba2 ada org call, fon pulak dalam poket seluar..rasa macam nak jer datang pastu langgar org yg call..>:[

      tapi betul la, rasa senang nak jawab call bila fon memang dah ada kat tangan..:D

      Delete
    2. Haha.. setuju part ni. Baru saya sedar. Sy tak angkat fon bila drive tapi mmg kdg2 rasa sakit jiwa bila asyik berbunyi masa2 tu juga. Hoho...

      Delete
  4. sama lah ngan Nurul...Nurul jenis malas nak angkat fone...kalau lama benar bunyi nye..baru angkat..tapi kalau parents call..terus jawab...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagos2..H pulak jenis nak marah kalau dgr telefon bunyi..hahaha

      Delete
  5. H..kalau fon ade kat tgn kau., bagitaw aku ye =))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada nih kat tangan aku..tgh tggu org call...(d)

      Delete
  6. aku pon tak suka jawab fone..nak2 kawan lama kol.mesti nak promote MLM..kahkahkah..tapi aku still save no dorang..pasal keje aku tak sibuk nak jawab phone sebab aku ni pencacai je..buat je keje aku sampai sudah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. uik..sama la..aku pun pencacai jugak..pencacai merangkap hamba abdi..:((

      Delete
    2. pencacai mana deal projek dengan kontraktor :-w [-(

      Delete
  7. pelik gak kot. hmmmm.. ape kata fon tu gantung je kat leher? hihihi.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erkkk...igt saya ni darjah 3 Anggur ke? Grrrr...

      Delete
    2. agak la. hikkk.. ;)

      Delete
    3. kalo call out pun tak suka ek?

      Delete
    4. kalo call out suka..siap bergayut lama2..hahaha

      Delete
    5. hahaha..aci memang tak ada la Chic Na..aci dah pegi bukak pintu..:P

      Delete
  8. macam2 kejadian manusia, kan...! hehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam2 tu maksudnya macam mana? hahaha

      Delete
    2. errrr...aku tengok bola ah..:))

      Delete
    3. aku sempat tngok 1st half je..pastu tido depan tv..hahaha

      Delete
    4. aku dkt2 kul 4.30 baru bangun tengok bola..masa tu minit ke 88 kot..kehkehkeh..

      alang2 dah bangun, terus la tengok extra time dgn penalti..rasa mcm nak buat entry pasal Euro la..

      Delete
    5. ko dan tido lagi..aku layan makcik liya tu semlam sembang sampai kul 3 tak tdo..grrr..terus tgk bola plak..mamai gila aku..hahaha..

      Delete
    6. hahaha..tau..aku siap baca balik history tu..

      Delete
    7. Baca history? Malunyewwwww :))

      Delete
    8. bak kata bundle, aku kan spesis rare :"> :)) :| =))

      Delete
  9. hahaha.. itu satu tnda bhw H suka membaca dan tidak suka bercakap! ye dak? hehe.. apapun, ini satu kepelikan.. ho3.. baru je smalam kawan sy ckp, bleh x ko gantung enset ko tu kat bdn ko.. kih3.. tu sbab sy lmbt reply die pny msg..ho3

    ReplyDelete
    Replies
    1. errrr....suka cakap..tapi x suka org call..:D

      Delete
    2. call dgn cakap bkn sme ke? err...

      Delete
    3. lain kot..suka cakap..suka call org..tapi x suka org call..lain kan?

      Delete
  10. Meh aku jahitkan semua poket seluar kau supaya kau dah takde poket seluar dah utk letak phone :-w

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa...semalam aku pi inspection..seluar aku sangkut kat starter bar..abis koyak, kat punggung pulak tu..grrrrr...

      Delete
    2. Wowww! Seksinyewwwww =))

      Delete
    3. hoh..tolong la jahit..grrrrrr....

      Delete
    4. Taknak! Biar je punggung kau berlubang. Bwahaha =))

      Delete
    5. ceh..tadi kemain nak jahitkan.. (d)

      Delete
  11. Aku nak jahit part poket je. Part punggung aku taknak amek risiko [-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erkk! Terbuat status baru :))

      Delete
    2. kahkahkah..status baru? kau ingat ni fb ke? =))

      Delete
    3. Bukan fb ke ni? Nampak macam template stalker misteri :|

      Delete
    4. erkkk..kan aku dah kata, aku amik ilham drpd template dia...grrrrrr

      Delete
    5. Sebab tu saje bahan kau. Wahhhhhh! Faceblog seh. Baek kau mengaku, dea tu kau kan sebenarnya :|

      Delete
    6. Yer la..aku nak ngaku nih..tu blog aku..aku ada 2 blog..id pun ada 2..kahkahkah

      errr....grrrrrr...

      Delete
    7. Selama ni kau tipu kitorang. Kau menyamar sebenarnya. Ahh, cuak camni! Apa agenda kau sebenarnya?

      Kenapa geram? :| Kahkah!

      Delete
    8. Grrrr...kenapa aku yg jadi mangsa nih? :))

      Bukan aku la..:|

      Delete
  12. entah kenapa.
    tp aku suka bergayut dan texting.haha


    err.

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..mujur kita tak pernah bergayut..kehkehkeh

      Delete
  13. aku pon same..pantang betui bila org tepon time tengah mandi, nak sembahyg, tengoh buat homework, tidur..haha......ako pelik sungguh tengok org 24 jam pegang henfon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..tengah sibuk buat kerja, tengah sibuk main game..tengah bawak kereta..tengah bawak moto..pastu ada pulak org call..rasa mcm nak pukul jer..>:[

      Delete
  14. kalau tak nak orang call masa yang x sepatutnya mohon off henpon Encik H...tapi susah juga buat naya je masa emergency.

    #selalu cuba elak call orang waktu2 maghrib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kadang2 bila byk sgt gangguan, memang akan offkan henfon..lepas tu kena bebel la dengan diorang sebab offkan henfon..:D

      Delete
  15. Simpan hp tu dalam aquarium...suruh ikan tolong jawab!
    .
    .
    .
    Takpun campak ke laut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heeee...garangnya acik....:D

      Delete
    2. tak garang..
      .
      .
      .
      secara logiknya gitulah yang sepatutnya kamu lakukan sekiranya kamu rasakan hp itu mengganggu kamu.
      .
      .
      haha
      .

      Delete
    3. hahaha..tapi xde hp pun susah gak..

      Delete
  16. Mintak no tepon, nak try call encik h pastu nak buat encik h makin stress. Nleh gitu? Heheh. saya tak la henci sgt kalo dpt panggilan trpon kecuali kalau sarekat insurans yg menyamar jdi org bank promote insurans derang. Sgt2 membebankan otak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mintak no tepon? boleh2..amik la..kehkeh..kdg2 seronok jugak jawab panggilan syarikat insurans..saje dok melayan walaupun x beli..:D

      Delete
  17. Ahahaha... saya pun x suka save num phone orang... num phone boss pon x save... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita..x save no fon bos..sebab dah hafal..hahaha

      Delete
  18. tak da la sampai benci tapi mmg malas pegang fon. kecuali ngn prg specel

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tu kes lain..kalo yg tu pun malas jugak, memang jenuh la nak memujuk org merajuk..:D

      Delete
  19. Hahah. kekadang rasa camni jugak. Malas nak hadap phone. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..xkan 24jam nak pegang phone jer..

      Delete
  20. takyah pakai henpon..sapa2 yg berhajat tu suh je dtg umah..senang kan??huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. berhajat?? amboi..ada org nak masuk meminang saya ke ni? :">

      Delete
  21. Terima kasih kat backlink tu Encik H. Jika Encik H tengok part pengkomen paling banyak, saya tuakrkan tajuk jadi "Berbaloi untuk follow". Sebab saya sukakan orang yang benar2 membaca kot. Lol.
    Saya pernah gak mcm Encik H, malas nak simpan no fon orang. Sampai satu ketika, henfon kena curi, mujurlah saya ingat henfon girlfren jadi dapatlah join saya mencari henfon murah 3310. Smp skrg masih guna henfon 3310 sebab line kuat. Lol. Skrg da jarang da guna henfon. More kepada skype. henfon bila keluar daerah je kot. hoho..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang perasan "berbaloi untuk follow" tu..mungkin itu salah satu sebab rasa nak backlink ke blog Apple..

      Teringat 3310 yang dulu..dah hilang..

      Delete
  22. x suka org kol time tgh tido je..time len ok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa..yg ni beza..sebab H kalau orang call time tengah tido, H x pernah marah..sebab masa tu tak ingat nak marah pun..hehehe

      Delete
  23. kita serupa..:)

    handphone sentiasa dlam mode silent..ntah knapa aku benci dgn deringan bunyi handphone..klau dulu aku suka vibrate kan handphone aku sebab ada 'dia' tapi skrg aku benci dgn bunyi vibrate tuh..

    tapi part save number tetap ada dlam memori phone n walau lmbat macam mna pun msej dibaca tetap akan dibalas,macam tu jgaklah klau da call tetap akan call blik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kiranya kau lebih advance la daripada aku..hehehe

      Delete
  24. eja baik2, S.E.N.G.A.L~!

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top