Header2

• 25 September 2012 •

Bintang Utara

Serasa aku makin hilang suatu kebiasaan yang agak lama. Kebiasaan untuk menginterpretasikan segala apa yang aku rasa, dalam luahan yang membisukan segala makna. Serasa rindu pada olahan frasa kata yang dulunya jadi teman tika aku anyam bicara. Serasa kosong, terdiam, bisu, janggal, tepu dan jemu. Bagaikan bersarang medula aku ketandusan ilham menitikan bahasa.

Terkadang aku fikir, interaksi dua hala antara kita umpama cerminan sisi yang kabur. Kau mungkin tak sedar, kau mungkin tak akur, bahawa komunikasi yang kita cipta, seakan tak terlandas pada liku jalan yang luhur. Bagaikan satira, bersifat major kontrastif. Segala apa yang terzahir pada suratan mata, mungkin tak terlahir pada siratan jiwa.

Kita berputar pada layar yang samar, pura dan dusta.

Sesungguhnya, aku ingin bebaskan masa dari terkurung dalam julat khayalan purba. Aku ingin benamkan nista yang menjahanamkan sukma dewata jiwa. Aku ingin kodifikasikan rutin yang patut ada, perlu ada, dan dikehendakkan ada. Aku ingin lari hingga ke hujung dunia, meskipun kitaran ini menempatkan aku pada titik asalan yang sama.

Kau akan faham andai diam pejamkan mata.


35 comments:

  1. *pejam mata*
    >___________<

    x faham jgak.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah2 pegi tido..hahaha

      Delete
    2. sama la....kekeke....

      Delete
    3. pejam mata berkali2 smpai tetido, x faham2 jgak..haha

      Delete
    4. errr...errr...tak dapek den nak nolong..:p

      Delete
  2. aku cuba utk memahami..tapi tak boleh...

    ReplyDelete
  3. Sastera tu boleh. Tapi jangan la sastera sangat H. Berbelit2 otak aku nak fahamkan. Err tp sukati lah kau nak tulis apa. Ahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa..bukannya selalu pun kan..skg ni aku dah jarang kot taip benda2 camni..:)

      Delete
  4. Jadi cikgu bahasa melayu versi alam maya aku nak tak encik H?

    Sungguh laaa berbunga~ Bagus kalau campurkan elemen2 ni dalam exam bahasa melayu kelak. Errr -____-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh Encik H. Aku rasa insecure bila letak archieved post. Haha! Tapi, aku dah letak semula -_-

      Delete
    2. Err..tusyen kena byr yuran tau..heheh

      Knpa rasa insecure pulak?bagus pe ada archived post..senang aku nk selak entry2 lama..

      Delete
    3. ahh... nak join tuisyen jugak lahh.. hoho. mungkin tuisyen tu mampu buat diri ini memahami ayat2 sebegini..huhu :D

      Delete
    4. erkkk..yuran dinaikkan 3 kali ganda...>.<

      Delete
  5. ayat2 yg sukar utk dihadam. haha..
    * hadam - tiru ayat H. ;)

    ReplyDelete
  6. LAYAR EMAS BERGETAH BEKU

    Berlayar di daratan emas
    berjalan di atas tembaga
    menoreh di layar perak
    menimbus di dusun hempedu
    getah itu rupanya beku.

    Kotak itu rupanya bujur
    bulatan itu rupanya sfera
    gelombang itu rupanya masih sama
    bila matahari di ufuk senja.

    HAdira Kifly
    Arjuna Hati
    Bandar Baru Bangi
    08012012 , 23:20

    p/s: mungkin sajak ini sesuai buat situasi kau. well, been there done that. hehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku nak balas sajak juga, meski idea aku tak ada..:D

      aku nak berlayar
      tapi kemudi mudik ke darat
      aku nak berjalan
      tapi rintisan tergelap pekat
      aku nak menoreh gurisan hati
      aku nak menimbus lintasan mati
      aku nak tadah sekeluk getah
      meski dah beku, tak siapa endah

      aku mahu bujuran kotak yang tajam
      agar luka kembalikan semula nyata dunia
      aku mahu bulatan sfera yang pipih dan kelam
      umpama hitam lohong angkasa
      mungkin cara itu buat aku separa sirna dari semua

      aku ingin gelombang tenang mendatar
      pada penghujung air
      titik temu langit dan bumi
      pada sepi senja
      tempat temu siang dan malam
      pada ketidakberkesanan rasa
      tapak kelahi aku, akal dan jiwa

      Delete
    2. perghh..bebalas pantun ko..haha..hebak2..

      Delete
    3. NAKHODA DI HUJUNG DERMAGA

      Demi menjejak horizon rasa
      menuju galaksi di lohong dunia
      kau berlayar tanpa layar
      guna kapal tanpa nakhoda
      berjalan tidak di daratan
      terbang di awangan
      dalam pekat gelap malam
      dalam siang yang kelam

      guna tumpul kotak hitam
      yang dipahat tak terpahat
      yang ditoreh tak tertoreh
      yang dibelah tak terbelah
      kelat tak melekat
      lekit bukan sedikit
      setompok getah merah
      rupanya itu darah
      yang bertukar jadi nanah

      yang kauingin itu sebenarnya roda
      dan cermin sebuah rasa
      memutar memori bersilih ganti
      membias terang di jendela hati
      dengan hadir si melati
      menanti setia di hujung dermaga
      muncul nanti di hari muka.

      HAdira Kifly
      Arjuna Hati
      Tasek Gelugor, PP
      27092012 , 10:50


      p/s: sajak (atau pantun bak kata Ym.Bundle) tanpa idea kau menerbitkan ini. huhu

      Delete
    4. untuk ini, aku tak ada balasan..gila apa kau nak aku tulis sajak sekali lagi..:p

      Delete
    5. haha.. aku tak suruh kau tulis sajak lagi. cukup dah kot. semput doh nak balas sajak kau. macam baru lepas buat marathon je. huhu

      Delete
    6. kau takpe la biasa tulis sajak..aku ni jarang2..lagi semput kot..hahaha

      Delete
    7. selalu lah sangat.. sebulan satu pun susah wei.. huhu

      Delete
  7. jauh terkenang masa lalu, seakan kita akan bertemu lagi.

    p/s
    H, yg pasal sekolah tu, ad satu bnd yg kamu miss. label. ianya amat dalam dimengertikan namun dengan label H boleh mentafsirkan sesuatu. Tp saya akan terima pndgn H dgn hati terbuka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. label Novel tu ke? hehe..jgn risau la Apple..aku nak bagi pandangan jer..bukan niat nak hentam siapa2..:D

      Delete
  8. Bintang Selatan! haha.


    pejam mata pejam mata cepat >_<"

    ReplyDelete
  9. ari tu , ada orang sastera datang sekolah aku..
    *ek ? orang sastera *

    program apresiasi puisi 1 malaysia.. hari tu , sasterawan pakat dok baca puisi, sajak.. spontan aku teringat kat ko.. nasib baik la tema ari tu pasal alam sekitar, kalau pasal luahan hati macam ko tulis ni, confem aku imagine ko yang baca sajak atas pentas tu.

    * apa khabar perut dan rumput ?
    ni je baris sajak yang aku ingat.
    cuba ko translate ape maksud dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksud dia..dia anggap ko kamben..sebab kamben kan makan rumput..zzzzz :p

      Delete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top