Hari ini, 16 September 2012 adalah sambutan Hari Malaysia. Hari ini, 29 Syawal 1433 adalah hari terakhir bagi mereka yang sebulan berhari raya. Hari ini, ulangtahun kelahiran Payeh entah yang keberapa. Enam belas tahun agaknya. Dan hari ini, aku ingin menyuarakan ketidakpuashatian terhadap komposisi bunyi yang sering menyesakkan halwa telinga.
Sepanjang 2 bulan, dari mula Ramadan hingga hujungnya Syawal, deria dengar aku disogokkan dengan pelbagai seleksi lagu-lagu raya. Sejujurnya, aku cukup rimas, dan aku rasa tak suka. Aku tak pasti apakah cuma aku yang tidak suka, atau orang lain pun rasa kurang selesa. Tapi apa yang aku pasti, gegendang telinga aku cukup pantang mendengar putaran lagu-lagu raya.
Bukan aku tak suka pada lagunya, tapi aku tak suka pada suasana. Atau lebih tepat, aku tak suka pada pilihan masa. Pada aku, lagu raya semolek-moleknya diputarkan seminggu sebelum raya, dan seminggu selepas raya. Senggang waktu selain itu, aku rasa masanya seakan tidak mengena. Seperti mereka yang gigih melaungkan "Merdeka!", pada sambutan Hari Malaysia.
Suatu sisi lagi ialah pilihan lagu terhadap masa. Jujur aku tak nampak apa relevannya untuk mainkan lagu D.J. Dave - Menjelang Hari Raya, pada minggu pertama kita berpuasa. Seperti jua aku tak jelas di mana kesesuaian untuk putarkan lagu Rafeah Buang - Bila Takbir Bergema, pada minggu terakhir sambutan hari raya.
Mungkin cuma telinga aku yang tak hadam dengan citarasa berhari raya. Mungkin cuma deria dengar aku yang terlalu cerewet menyulam nada. Mungkin orang lain tak rasa apa-apa. Atau mungkin, rasa lebih daripada suka. Tak mengapa. Ini cuma pendapat peribadi aku sahaja.
p/s: dulu sewaktu mengendalikan radio online, aku cukup lemah bila terpaksa menunaikan pilihan lagu-lagu raya..nak marah tak boleh, sebab itu masing-masing punya selera.
wahhh.. tak sangka dapat first komen! haha
ReplyDeletepandangan kau sama dengan pandangan aku.. aku pun tak suka lagu raya. First reason, belum tentu Ramadhan yang ditinggalkan tu betul2 diterima Dia untuk kita raikan kemenangan pada Syawal.
Deletedah sebulan berhari raya, hari ni pun aku dengar lagi lagu raya. huhu
tahniah la sebab kau dapat komen 1st..hahaha..
Deleteaku rasa lega bila skg ni lagu2 raya dah tak keudara..kalau tak, ada jer la aku membebel sorang2 kat ofis..
Setuju dengan entry ni.
ReplyDeleteKadang kadang lagu lagu raya ni. Memang di pasang pada waktu yg tah bila bila orang tu suka je.
Grrr. Memang tak berkenan dengan lagu raya.
Mungkin sounds harsh. Tapi, serius. Tak suka lagu raya.
Raya. Apa best sangat raya. Tiap tahun raya.
Okayy, dah tuaa agaknya. Sebab tu rasa bosannya raya! -____-
ko bosan raya sbb dh hilang hak utk dpt duit raya...cer org kasi ko duit raya, mau tiap2 bulan ko nk beraya..bhahaha
DeleteMakin meningkat umur, makin banyak kuantitinya, tahu?
DeleteYang dah hilang hak tu, rasanya. Encik Kopi kott. Tua dah kan encik ni? Hahahaha! :p
nasib baik aku masih muda remaja..:|
DeleteBirthday Payeh ke semalam? Happy belated birthday Payeh! Harap2 Payeh baca. Hehe. Sama zodiak ngan aku upenye Payeh :D
ReplyDeleteAku dengar radio cuma beberapa minit je dalam sehari skang ni, waktu dalam kete je yg mana perjalanan aku mostly dekat2 je. So naseb bek aku tak sempat dengar lagu raya diputarkan. Aku baru tau still de lagu raya diputarkan skang. Mmg gila annoying r camtu.
hahaha..payeh kemain tunggu aku wish kat dia..
Deletealhamdulillah la sebab skg ni lagu2 raya dah tak ada..aku dgr radio hari2..dalam kereta, kat tempat kerja, sebelum tido..tu yg asik dgr lagu raya..:P
tuju lagu boleh..haha
ReplyDeletetak boleh..permintaan dah ditutup..zzzz
Deletesaya nak minta lagu suasana d pg raya.. ehhh?? haahah
Deletesila ke kaunter 1 untuk sebarang permintaan lagu..hakhak
DeleteHi ENCIK H....citarasa masing2 kot lagu raya nih...bagi saya ada pun ok takde pun ok. By the way TQ kerana tinggal komen makan kat blog saya www.blogmakanbest.blogspot.com
ReplyDeleteOrang Johor ke ENCIK H nih?...anyway senang2 tu follow ye blog saya TQ TQ
lagu raya ni, memang patut ada..biar terbit suasana hari raya..tapi kadang2 tak sesuai dgn masa..:p
Deletehaha..lain orang lain citarasa..=)
ReplyDeletebetul tu kak hus..hehehe
Deletebetul gak bagai dikata H. Lol. Kat Tv diputarkan mv lagu raya yang dah tak seindah raya. lebih kepada lagu raya berunsur cintan-cintun yang tak bermakna. haih..
ReplyDeletehari tu aku cuba2 tengok video klip kat cenel 705..siyes, rasa sakit jiwa..hahahahaha
Deletehaha.. tu pasal sy pun malas nak layan. lol.
Deleterasa macam nak jahanamkan tv..hahaha
Deletejarang dgr lagu skg,lagipun, malas nak dengar lagu raya.. x bestt..
ReplyDeletelagu raya la best..tapi best time raya jer la..hahaha
Deletehehehe. sabar2.. mungkin orang radio tu tak peka dengan tajuk lagu agaknya,
ReplyDeleteagaknya la..x pun diorang autoplay..selection lagu semua random jer..kehkeh
Deletelagi suka dengar lagu satu malaysia satu bahtera. erkkk.. haha.. ;)
ReplyDeleteerrrr..lagu apa tu Chic Na? rasa mcm xpernah dgr jer..hahaha
Deleteada je la selalu kat tv nak2 time hari merdeka ngn hari malaysia hari tu. tak patriotik la H ni. hikhik..
DeleteHip Hip Hooray! (Triple H)
ReplyDeleteputaran lagu raya tak kena masa. asal boleh je. yang tukang mintak pun 1...tak peka atau saje buat2 tak peka.
aku pun suka dengar lagu raya seminggu sebelum raya dan sepanjang seminggu raya. baru kena dengan suasana...layan.
errr..hehehe..tu la, lagu raya sesuai time tu jer..
Deleteentri pertama aku baca membawa aku ke entri seterusnya...
ReplyDeletetima kasih sbb sudi baca entry sebelumnyaa..hehehe
Deletesedih aku ... umur aku pun kau tak tahu..
ReplyDelete17 kan? ke 18? errr...
Delete