Header2

• 07 September 2012 •

JoHaRa Tak Guna

Assalamualaikum...
Aku dapat bayangkan entry kali ini tak akan tersusun mengikut plot..:D

Aku rasa, aku macam dah dapat tau kenapa aku tak suka lagu Untuk Dia. Mungkin sebab bila dia sebut "Key Ell" tu macam over sangat. Rasa macam nak lempang orang yang cakap macam tu. Sebut KL jer dah la. Ini tidak, tak habis-habis dengan "Key Ell" dia tu..

Pagi tadi aku gerak pi KL dalam pukul 6.00 pagi. Ada urusan kat JPJ Shah Alam. Sebenarnya beberapa bulan sebelum tu aku dah pergi JPJ Kuantan. Dan pihak JPJ Kuantan kata, aku kena pergi JPJ Shah Alam. Then tadi JPJ Shah Alam tanya, "Kenapa tak buat kat Kuantan jer? Tak payah jauh-jauh sampai ke sini." Aku rasa macam murka. Tapi aku diamkan aje. Malas nak cakap apa-apa. JPJ Kuantan tu bodoh-bodoh alang agaknya.

Tadi masa drive, aku bertukar-tukar siaran radio. Sekejap SinarFM, sekejap HotFM, sekejap EraFM. Untuk makluman, pilihan ke-4 aku ialah SuriaFM. Then ada 1 button lagi aku tak tau nak set untuk radio apa. Okey sambung, tadi masa aku dengar SinarFM, lagu tak best. So aku tukar HotFM, dia baru nak pasang lagu oppa gangnam style. So aku pun tukar la EraFM, kebetulan dia pun nak pasang lagu yang sama, oppa gangnam style. Then, terus aku offkan radio.

Jujur cakap nih, aku tak pernah tengok lagi video yang sekarang ni dikhabarkan jadi kegilaan orang ramai. Sampaikan bos aku kat ofis pun pasang lagu tu. Kerani aku pun sama. Then dia kata, viewers video tu kat youtube dah sampai 93 juta (minggu lepas). Sebenarnya aku bukan tak suka lagu tu, cuma buat masa ni aku belum rasa nak tengok. Plus aku tak faham sepatah haram.

Aku selalu jugak terfikir, kenapa fenomena K-pop ni menular kat Malaysia. Padahal mostly kita tak faham apa yang diorang kata. Jujur cakap lagi nih, aku selalu tukar siaran radio bila diorang pasang apa-apa lagu korea. Sebab aku tak faham dan tak boleh nak nyanyi. Aku tau la suara aku tak sedap. Tapi sekurang-kurangnya beri la peluang kat aku yang nak menyumbangkan lagu ni. Grrrrrrr.....

Dulu-dulu, maksud aku sebelum ni la, aku quite okey bila dengar lagu Ainan Tasneem - Aku Suka Dia tu. Tapi lama kelamaan, sekali lagi aku rasa macam nak lempang orang. Aku rasa, weakest link untuk lirik lagu Ainan Tasneem tu ialah perkataan "sesuatu". Tulis lirik asal boleh jer, "Hatiku rasa sesuatu". Rotan kang haa.. ops sorry Ainan, abang tetap akan pertahankan Ainan. Kehkeh

Sekarang ni, hobi aku ialah dengar Acai nyanyi kat radio pukul 8.30 pagi. Pagi tadi dia nyanyi lagu Untuk Dia. First time aku rasa lagu tu sedap. Sebelum ni aku tak pernah senyum dengar lagu tu, tapi tadi siap tergelak-gelak. Pagi semalam pulak ada Pandalela Renong. Dia la yang cakap "JoHaRa Tak Guna". Kahkahkah..

Itu jer entry kali ni. Serabut kan? Hehehe..sebenarnya aku penat. Baru sampai pukul 8.30 malam tadi. Jadi aku agak kemalasan nak susun-susun ayat. Sekian, terima kasih.


41 comments:

  1. Replies
    1. tahniah..sila tuntut hadiah di kaunter 7..

      Delete
    2. hadiahnya minyak wangi. (komen 1st busuk0. lol.

      Delete
    3. hadiah minyak wangi si ym bundle ka? kekeke

      Delete
    4. ala mudah jer..k-pop menular sebab pembiakan drama2 korea kt negara kita..itu jer.simple

      Delete
    5. aku tengok jugak drama2 korea ni..sebab ada subtitle..tapi kalau lagu, aku agak musykil la..kenapa boleh menular meskipun masing2 tak faham..:D

      Delete
  2. punyerla panjang

    ingat kenapala Johara tak guna

    hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tapi memang lawak la masa part yg ada Pandalela tu..:p

      Delete
  3. pesal ko balik awal sangat..aku boleh je bagi ko rehat kat rumah agam aku..haha..esok aku buat open house bro..adehh..*abang tetap akan mempertahankan ainan..kehkehkeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku lupa nak mintak no fon ko bro..ada gak niat nak singgah minum jap..tapi masalahnya xleh nak minum dekat2 area ofis..sebab HQ tak tau aku cuti semalam..

      Delete
  4. faham je walaupun serabut~ btw..why not satu button lagi set utk fly.fm atau hitz .fm.. aku xdgr radio melayu..sebab xlarat nak dgr iklan..btw..xyah la curious pasal oppa gangnam tu..serious dan jujurnye cakap JANGAN LA tgk VIDEO tu..ek ek ek..

    p/s- aku ada mp3 lagu untuk dia walupun xsuka najwa...hahahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu aku rajin dengar HitzFM..tapi lama2 aku dah x dengar lagu omputeh..sebab aku tak putih..:|

      sebenarnya fungsi button2 tu ialah untuk aku tukar siaran bila ada iklan..hehe..

      aku rasa suatu hari nanti aku akan tengok jugak video klip oppa gangnam style tu..cuma tak tahu bila..

      Delete
    2. eeeeeeeeeeeee..lagi org kata jgn lagi dia nak tgk~ hahaha...

      ceh biokrasi terhadap diri sendiri rupenye...lalala

      Delete
    3. aku bukan kata nak tengok..cuma aku dapat rasa yang aku akan tengok..:p

      Delete
  5. haha.. part Ainan Tasneem tu paling tak boleh blah.. hahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. siyes weh..kadang2 aku geram dengar lagu Ainan Tasneem tu..:D

      Delete
  6. Laaaa, sikit je part Johara Tak Guna tuu. Kat last last entry je pun xD
    Kira dah boleh dengar lagu untuk dia la lepas ni? Hahahaha!
    Okay, part Ainan Tasneem tu memang random gilaa! Haha! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jer dengar, tapi still membebel sorang2 la..hehe

      Delete
  7. memang bersepah2 plot entry ni., bhahaha, rotan kang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohon chuu tolong kemaskan..zzzz

      Delete
    2. sukacita..baiklah tuanku.
      titah dijunjung (d)

      Delete
    3. bagus..cukup bulan naik gaji...

      Delete
  8. gangnam sytle tu tak perlu paham korea pun h.. Heyyyyy Sexy lady. tapi, tgk MV baru jelas kot. tak pnting mana pun sbnrnya. lol.

    Bila2 ke Key Ell, aku dgr hotfm je bnyk (dlm keta). Tapi bila berteman, aku suka bercakap, offkan radio lak. tak suka bahagian dj radio bnyk berkata2. lol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku drive sorang2..so memang kena on radio..tapi kalau berteman, kena tengok topik perbualan jugak..aku jarang nak bercakap benda2 yg aku x tau nak cakap..

      contoh kalau aku drive and member sebelah dok cerita pasal hoki..which is something yg aku x pandai and x reti..so aku akan diam jer la..aku pasang radio, biar dia sembang sorang2..hehehe

      Delete
  9. alala~ penat smpai entry tk fokus. kejap sini kejap sini hehe. tkpe. psl korea tu kan kan kan. mule sy pk cm awk apehal nk minat korea. tp ble kte tau asal usul dorg rse hormat tu ade. dorg sume educated. ad yg da graduate, otw etc. means ade kelulusan. ade ijazah.kalo artis msie, ainan tasnim tu sy ske sbb dy tga blaja la. yg len, pas spm da hilang. trus jd artis. pstu dorg nyanyi lgu jepun skali. sbb tu dorg bleh famous around the world. jpun kn bepengaruh. then, diorng training dr kecik, dr kcik dah blaja menari, nyanyi , men music, bekebolehan la. ble da betul2 mahir, bru di kluakan. sbb tu mmg hebat. kalo tgok music bank, byk grup baru. sy tak minat satu pun sbb bg sye da byk sgt. sume menari. tp tahukah anda, semua tu, menari tkde fail lgsung. msti seragam n cntik.tu klebihan dorg. kalo gangnam plak dri psy an, tu pun rezeki kut. dy sdri ckp da betan dy wat tarian bodoh, mnde bodoh tp baru skang naik.kalo tgok program dorg, mmg unik. game yg dorg men msti plek tp bes. haha tpnjang plak. sorry incik h. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..xpe2..tak salah pun sebenarnya..taste masing2 kan..tapi H still belum boleh nak layan lagu2 k-pop nih..feel tu tak ada sebab apa yang diorang nyanyi, tak faham dan tak sampai..:D

      kecuali girls generation la..sebab diorang cantik..kehkeh

      Delete
    2. haha!!! betul le tuu snsd mmg lawa n sore sedap. denga lom lgu the boys? lgu bi tuu msti paham haha

      Delete
    3. dengar lagu tu pun sebab ada org suh tengok video..kalau tak, memang harapan la..hehehe

      Delete
  10. ntahnya..aku pun tak faham macma mana lagu tu boleh cecah sampai 93 juta view.. sikit pun aku tak suka.hahahaha. mungkin sebab bukan jiwa aku agaknya.. tapi ramai yang suka tgk video tu.. tarian stacy af lagi best kot.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku sebab memang tak pernah tengok..so aku x tau tarian sape lagi best..btw, tarian stacy memang selalunya best pun..hahaha

      Delete
  11. tak paham jugak apsal gangnam2 ni boleh menular dan merebak..huhu....

    ReplyDelete
  12. serabut2 pn masih bleh baca.. hoho... btw, sy dh dgr lagu untuk dia tu, bestt oooo... hhehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk dia versi yg mana? yg ah chai nyanyi ke?

      Delete
    2. yang pnyanyi asal nyanyi arh.. kalo ah chai nyanyi, xpenah dgr ag.. huhu.. minat sgt2 kat johan ^^

      Delete
    3. hehehe..dengar la yg ah chai punya..:p

      Delete
  13. cuma nak cakap, Johara the best. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Johan la yg best dalam Johara tu..mak jemah pun dia, ah chai pun dia..hahaha

      Delete
  14. Aku pun tak penah tengok lagi video yg dikatakan femes tu. Err jujur ni. Biar la org nak kata aku tak up2date pun. Hehe. Kalau boleh tukar perkataan 'sesuatu' tu, kau nak tukar pada perkataan apa? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku nak tukar perkataan 'sesuatu' tu kepada 'nak kena lempang'..kahkah

      Delete
  15. sempoi...aku tak suka lgu korea..
    tak faham knape ada yg fanatik gila...smpai pakaian pun nak tiru...tapi macam haram sebab muka melayu gelap jadi sakit mata aku tengok fesyen kpop melayu ni...

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top