Header2

• 14 September 2012 •

Tak Guna You!

Assalamualaikum..

Tempoh seminggu yang baru sudah ini buatkan tenaga aku seakan habis dikerah. Rasa macam terlalu banyak urusan. Sibuk dengan pihak JPJ. Semuanya hanya kerana aku nak perbaharui cukai jalan. Dalam rekod dinyatakan bahawa ada kes membabitkan kereta lama. Jadi, aku pergi ke JPJ Kuantan, sebab sepengetahuan aku, di mana-mana cawangan pun aku boleh berurusan. Tapi pihak JPJ Kuantan maklumkan yang aku harus ke cawangan JPJ Shah Alam.

Jumaat 7 Sept 2012, aku pun memandu ke Shah Alam. Penat? Ya. Sesat? Semestinya tidak. Oh ya, cawangan JPJ memang dekat benar dengan UITM Shah Alam. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja aku berjumpa dengan beliau. Tapi nak buat macam mana, urusan aku memakan masa yang agak lama. Tak ada kesempatan nak jumpa meskipun sekejap cuma.

Berbalik pada cerita dengan JPJ. Aku ditanya, kenapa harus berkelana beribu-ribu kilometer hanya untuk cukai jalan sahaja. Buat di JPJ Kuantan pun tak apa. Pihak JPJ Kuantan harus hubungi mereka dan mereka akan buka fail siasatan dan beri maklumat yang sepatutnya. Itu tak apa lagi, mungkin masalah komunikasi dua hala, agaknya. Apa yang lebih mengusutkan keadaan ialah apabila pegawai JPJ memaklumkan, bahawa cukai jalan kereta yang terkini tak dapat diuruskan selagi masalah kereta lama tidak diselesaikan.

Lantas apa yang aku fikir adalah dalam terma secara logik. Tak mungkin sampai begitu kompleks komplikasinya. Jadi bagaimana kalau orang yang ada 3-4 buah kereta? Takkanlah setiap satu cukai jalan mereka pun tergendala. Tapi disebabkan yang melontar bicara ialah pegawai JPJ, dan aku pula bukan jenis yang nak bertengkar lama-lama, maka aku iyakan saja. Maka aku keluar dari cawangan JPJ dan menuju ke bank untuk uruskan pembaharuan cukai jalan.

Petang itu juga aku balik ke Kuantan. Sebab Sabtu kan aku kerja.

Selasa 11 Sept 2012, aku dikejutkan dengan berita bahawa nenek telah meninggal dunia. Sakit tua. Meninggal pada jam 4.30pagi. Dikebumikan lebih kurang pukul 11.00pagi. Aku tahu berita tersebut dalam pukul enam. Pukul tujuh aku bergegas pulang ke Johor. Tak sempat nak lihat jenazah sebab aku sampai lebih kurang pukul sebelas setengah. Tak mengapalah. Sekurang-kurangnya aku dah jumpa arwah pada Aidilfitri yang baru sudah.

Pagi Rabu aku bergerak menuju ke ibukota. Dengan niat suci murni, nak mengambil cukai jalan telah tersedia. Petang iku juga aku terus balik ke Kuantan. Sebab semalam aku dah kembali bekerja. Dan hari ini adalah hari Jumaat. Cukup seminggu rentetan perjalanan beratus-ratus kilometer yang dikonklusikan sebagai penat.

Ym.Bundle kata aku suka gunakan perkataan dasar. Maka atas dasar itu, kebelakangan ini aku agak ketinggalan nak berpeleseran dalam blog-blog kalian. Sungguh, aku ada baca. Cuma nak komen, rasa macam tak berkeinginan. Atau lebih tepat, tak berperasaan. Nak balas komen dalam blog sendiri pun tak berperasaan. Rasa lebih selesa untuk membaca dan terus bermalas-malasan.

Itu sahaja. Bosan kan? Pergi tidur...zzzzzz

p/s: cukai jalan aku sebenarnya tamat tempoh pada 1 Sept 2012..hehehe


24 comments:

  1. Al-fatihah untuk nenda.

    UiTM Shah Alam? Tempat permainan dulu tu. Hehe. Maka atas dasar itu, aku sebenarnya agak suka kalau kau agak sebok. Takde r laju sgt kau updet, automatically takde r byk sgt entry kau yg aku tertinggal. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada aku update laju..bundle lagi laju tau..grrr

      Delete
  2. samalar..kadang nak komen tapi..x taw plak apa komennya..huehuehue~ :D

    ReplyDelete
  3. Sabar separuh dari iman
    *blogger baru,jemput follow.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar tu sebahagian daripada nama kakak saya..:p

      p/s: nak follow camne..tak jumpa link..zzz

      Delete
  4. takzian buat arwah nenekanda..
    bgus H ni turutkn je ragam jpj tu.klu twu boleh settle kat kuantan je xyah pegi jauh2 kan..da jimat byk :|

    ReplyDelete
    Replies
    1. *takziah

      Aku rasa macam kena bodoh-bodohkan dengan pegawai2 JPJ nih..yang kat Kuantan suh pi Shah Alam..yang kat Shah Alam pulak kata, road tax kereta skg pun xleh buat sebab ada kes dengan kereta lama..

      Sudahnya boleh jer buat road tax..nasib baik..aku balik JB dengan road tax kereta dah mati tu..bising bos aku..

      Delete
  5. gila noob lah pegawai jpj tu..nk settel urusan jpj kat mana2 cawangan pon boleh..lain la kalau kena naik mahkamah ke kat kuantan tu..memang mendatangkan hangin kalau jadi kat aku ni..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..bos dgn member2 aku dah bising2 call aku, suruh aku marah JPJ..aku pulak yang naik rimas..dah la aku ni jenis malas nak jawab2 call..grrrrr

      Delete
  6. ahaaa UITM shah alam~ ehehehehehehe...hanya yang tahu shj akan tahu kenapa~ lol

    ReplyDelete
  7. Takziah H..

    mmg tak guna laa pgawai jpj yg suh g jauh2 tu.. huhu.. =_=

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.."tak guna you" tu ayat dalam Radio Era..:))

      Delete
  8. Takziah buat kau, al-Fatihah..

    Kau pergi KL dengan kereta yang tak ada road tax tu ke? hohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..aku balik jb kereta takde road tax..pegi kl pun takde road tax..-_-

      Delete
  9. complicated nya. jauh berjalan, luas pemandangan. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kes kereta lama tu memang agak complicated..sangat complicated sebenarnya..

      Delete
  10. malas dan kau memang sebati..

    aku masih menanti hak aku encik H !

    ReplyDelete
  11. baca rajin...tapi mlas komen...hahahah...bes kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kalau xde mood mmg camtu la jadinya..:D

      Delete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top