Header2

• 20 September 2012 •

Dikhianati - Part 1

Biar aku cerita, tentang perihal sebuah kereta.

Dulu, lama dulu, sebuah Kenari terwujud ada. Aku beli sewaktu aku belum ada lesen kereta. Adik aku jadi penjamin. Meski cuma kenderaan terpakai, kereta itu memang sangat memberi makna. Body berwarna hitam, steering berwarna putih. Lengkap dengan skirting dan sport rim, lebih cukup daripada bergaya. Maklumlah, pemilik sebelumnya pemuda cina.

Dalam Habis Jahanam
 
Selepas mahir memandu, baru aku dapatkan lesen kereta. Jauh juga jalan merata. Sehinggalah terjadi suatu peristiwa. Yang akhirnya mengundang malapetaka.

Waktu itu, aku memandu ke Penang, nun jauh di utara. Saja nak jumpa seorang gadis yang aku suka. Sebenarnya dia kerja di sana. Kampung Sg. Gelugor tempat menyewa. Sg. Petani pula kampung asalnya. Untuk lebih spesifik, keluarganya tinggal di Taman Ria. Dipendekkan cerita, aku bertolak ke Sg. Petani, menghantar dia. Kemudian check in di Hotel Casa Lagenda. Keesokkan harinya, kereta aku dilaporkan tiada di tempat letak kereta. Dicuri. Ghaib. Hilang dari pandangan mata.

Aku nak buat laporan polis. Tapi pihak polis memaklumkan bahawa kereta aku dijumpai terbabas di Tikam Batu. Maka aku bertolak ke sana. Orang yang kononnya jumpa kereta aku, meminta wang saguhati sebagai 'upah jumpa'. Dari situ, aku syak bahawa 'orang yang jumpa' dan 'si pencuri' adalah penyamun yang sama.

Bukti tiada. Mahu atau tidak, aku terpaksa juga berikan beberapa ratus yang ada. Tambahan lagi bila polis yang ada seakan bersubahat dengan 'orang yang jumpa'. Seboleh-boleh suruh aku bayar saja apa diminta. Dan lagi, tak menggalakkan aku buat laporan polis untuk mengelakkan kereta aku ditahan sebagai bahan bukti kes mereka. Seakan aku bakal lebih susah andai tak mengikut kata mereka.

Aku turutkan lagi, kemudian kembali ke Sg. Petani, ambil barang dan check out dari Casa Lagenda. Pihak hotel maklumkan ada saksi yang nampak kejadian curi kereta. Pencuri ada tiga, dan sah bahawa salah seorang berseragam Polis Diraja Malaysia. Sekali lagi, bukti tiada. Padi dimakan pegar berbaju kemeja.

Cerita tidak tamat begitu saja. Kronologi kes baru bermula. Sehingga kini seakan tiada garis hujungnya.

p/s: hari ini adalah ulangtahun kelahiran Cik Sg. Petani..semoga bersatu jodoh dengan tunangnya, dan terus berbahagia ke akhir masa.


32 comments:

  1. Tersedak baca ayat terakhir tu.

    Ulangtahun kelahair Cik Sg. Petani Encik H.
    Dan ucapan semoga bertemu jodoh, dengan tunangnya?!! Bukan Encik H ke? O.O

    Okayy, takziah atas kes kecurian kereta sungguhpun ini cerita lama.
    Tapi, eii. Geram betul dengan si penyangak yg salahgunakan uniform polis tu.

    =.=

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..well, tak salah kot nak wish utk kebahagian org lain..kan kan kan? :p

      apa nak buat, skg ni polis pun xleh nak prcya..

      Delete
  2. nasib baik la dapat balik walaupon ko kene game..kena dia potong kete ko tu buat timbang kati apa pon tak bleh..

    #ko niat tak baik kot pegi kedah tu..hahahhaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..nasib baik gak kereta tu dapat lagi, kalau tak memang aku balik naik bas..hahaha

      #aku check in sorang2 jer la..grrrr

      Delete
  3. Haprak punya penyamun! Grrr. Aku marah bagi pihak kau H. Hehe.

    Owh. Ni kes teringat kesah lama laa ni? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dgn liyaa H. memang geram juga dgn org2 yang melawan arus nih.

      Delete
    2. hahaha..teringat tu tidak la..kebetulan jer masa aku nak tulis tu besday dia..:p

      duit punya pasal, apa pun boleh jadi..hehe

      Delete
  4. cam sial pencuri tuh

    yg bersubahat tu moga dapat balasann

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa nak buat, diorang nak cari rezeki dengan cara tu..moga dapat petunjuk la hendaknya..hehehe

      Delete
  5. oh ni ke kereta lama yg sgt complicated tu?

    banyak tragedi rupanya kereta ni. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa..ni la dia..kereta kesayangan nih..hehehe..

      p/s: ramai org nak beli steering putih tu tau..:p

      Delete
    2. ape speciality steering putih tu H?

      Delete
    3. sebab dia warna putih..dann cantik..:p

      Delete
  6. kalau betul bagai apa disangka walau tiada bukti...dasar pegar yang jahat la, dah bagi makan 'nasi' habis padi pun nak dimakan juga.


    #tragedi kenari...sabar H!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jaga la dia, kalau dapat kat aku, aku sumbat punggung dia dgn cili padi..hahaha

      maksud aku, aku suruh orang lain sumbat la..:))

      Delete
  7. aku suka baca tulisan kau..gaya ada mutu ada keunggulan pun ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..iklan rokok ke bro? kehkeh

      Delete
    2. haha...ni lagi hebak dari iklan rokok ni blog kau

      Delete
  8. kes dikihiati ni dh lma la eh.. mmg sadis ar pencuri dan polis org yg sma.. skg, snang2 je kn org bleh pkai seragam polis..

    P/s : smoga cik sg.petani bahagia selamanya, begitu jga dgn H! hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaaa..lama la jugak..huhu, gaji polis kecik sangat kot..tu yg cari makan dgn cara lain..:D

      p/s: amin..hahaha

      Delete
  9. wat? mmg teruk polis tu H.
    minta maaf tapi sy tetap rasa buat laporan polis adalah sesuai tak kira apa. sebab ada kes org curi keta then guna keta tuk angkut amyat, tak pasal2 kita kena.
    apa2 pun, syukur ko ok tak kena hentam oleh penyangak2 tu H. saya ingin ikuti kisah selanjutnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. keadaan masa tu complicated bro..memang nak buat report, tapi banyak lagi point2 yg aku tak tulis dalam ni, yg jadikan aku takleh nak buat report..

      hehehe..kisah selanjutnya lagi haru kot..

      Delete
    2. tapi btl gak ko tak repot sbb yang wat hal pun ada sorg yg pk uniform polis. kot2 jadi konspirasi besar, ko lak masuk lokap H. tapi mmg sakit hati jg dgn org2 yang berperangai bgitu. haih..

      mmg menunggu kisah seterusnya H. lol.

      Delete
    3. kisah seterusnya..errr..to be continue..hahaha

      Delete
  10. stering putih tu coolio..

    semoga anda berbahagia encik H :)

    ReplyDelete
  11. Tertouching lebih kat p/s tu lak..hmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..hahaha..doakan yg baik2 apa salahnya..:D

      Delete
  12. erkkk...bole pulak pakai uniform polis...jahat btol...
    suke p/s kau tu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..hahaha..speechless aku baca komen kau ni..:D

      Delete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top