Header2

• 10 September 2012 •

Buta Minda

Assalamualaikum..

Ampa tau dak kenapa ramai orang kat Malaysia ni senang kena tipu? Pasai depa-depa semua ni senang sangat nak percaya. Ramai hat yang kurang pandai. Atau dalam bahasa kasaq dia, buduh piang.

Kalau ampa baca ataupun dengaq kat mana-mana, ampa mesti tau ramai orang Malaysia yang kena tipu dengan sindiket gores dan menang. Kunun ampa menang sebijik kereta, pahtu ampa kena bayaq RM2000 untuk kos penghantaran. Ampa pulak cetek akai, dok bagi depa RM2000 sebab ampa dah bayangkan nak dapat satu keta besaq. Tu contoh ja. Kami tau ampa bukan camtu. Kot.

Sama jugak macam ampa dapat email daripada obersi. Jutawan daripada Nigeria kununnya nak sedekahkan sebahagian harta dia untuk anak yatim kat Malaysia. RM2 juta dia nak transfer kat akaun ampa. Tapi sebelum tu, dia habaq dalam english la, dia nak ampa bayaq sikit kos untuk urusan dengan pihak bank, kata la RM5000. Masa tu mata ampa bukan camni dah, ►_◄. Tapi mata ampa dah jadi camni, $_$. Ampa percaya bulat-bulat, pastu ampa bagi RM5000 kat dia.

Sama jugak macam ampa dapat meses berantai. Mintak ampa sebarkan meses tu pada 7 orang kawan. Kalau ampa hantaq, ampa akan dapat nasib yang baik dalam masa 7 jam. Kalau tidak, ampa akan ditimpa musibah selama 7 tahun berturut-turut. Ampa pulak masa tu takdak kedit. Sanggup ampa buat SOS topup semata-mata nak sebarkan benda-benda tak guna camtu. Ni pun contoh jugak, kami bukan nak kata betui-betui kat ampa tau.

Itu belum masuk hat yang penipuan untuk jadi keldai dadah, penipuan untuk nombor Celcom terpilih, penipuan meses Petronas dan seumpamanya. Banyak lagi kalau nak bagi contoh. Tapi penat kami nak esplen banyak-banyak.

Lagi contoh ialah macam yang ada dalam Metro hari ni. Mana letak akai pun taktau la. Sanggup buat personal loan nak bagi RM12000 pada bomoh palsu. Siap bagi anak perempuan duduk satu minggu dengan bomoh. Sebab percaya anak perempuan dia akan mati esok pagi. Percaya bomoh tu mampu selamatkan anak dia daripada mati. Kemudian bila dah puas kena tipu, baru buat report pulis kununnya macam kena pukau. Nak bagi peringatan kat orang lain biaq tak kena nasib yang sama macam dia.

Contoh paling jelas orang yang kena tipu ialah macam gambaq kat bawah ni. Lebih 60,000 orang yang percaya. Taktau la kat macam mana depa semua ni belajaq masa muda-muda. Monteng kelas agaknya.


Mohon ampa sekalian toksah la mudah sangat nak percaya benda-benda camni. Ingat weh,rezeki takkan senang-senang mai kat kita tanpa usaha. Orang kaya pun takdak yang baik sangat nak tolong kita jadi kaya. Lagi buat depa kaya adalah. Lagipun, kita kan ada Dia yang patut, dan wajib kita percaya.

p/s: Mat Luthfi kata, kepercayaan tanpa rasional didefinisikan sebagai BUTA.


29 comments:

  1. Paling menyampah dengan mesej yg berantai rantai tuuu. Nasib baik nasib malang lah. Eleh, bohong. Lainlah kalau forward2 kan mesej yg baik. boleh jadi doa jugak. Ini, di timpa bala? Eii, otak kartun sungguh laaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi mesej yg baik2 tu pun kira mesej berantai jugak tau..contoh, "sila sebarkan, SMS ini daripada mekah"..gunakan sentimen keagamaan untuk buat meses tu terus disebarkan..hehe

      Delete
  2. pergh.kami macam tak caya ja hang tulih entri lagu ni..gila sempoi bak hang..haha

    ReplyDelete
  3. Awat la blog hampa selalu crash ni... aiyooo...

    ReplyDelete
  4. haha..kami pun selalu dapat email dri obersi.... tapi nasib la kami tak buta minda...akai ada lagi...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguih..baguih..kawan kami siap nak pinjam duit sebab nak transfer untuk urusan email oversea tu..teruih kitorang basuh dia cukup2..hehehe

      Delete
  5. Aku dah lama nak buat entry psl cite berkaitan perenggan dua. Tapi tapi, aku takde idea nak buat intro dea apa. Hahaha! Certain case, sebenarnya aku kesian kat org2 yg kena tipu ni. Tapi certain case aku geram lak sebab dorang ni sengal2 tahap gaban. Grrr~

    *Banyaknya entry aku terlepas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku kesian tu kesian jugak, tapi lepas aku basuh baru aku kesian..means kalau jadi pada orang yg aku kenal la..biar dia beringat sikit..

      Delete
  6. Alang2 nak wt entri bhasa utara ni aku nak habaq, org utara tak cakap tipu...Depa cakap bohong! Hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha terbaikk syida XD

      Delete
    2. kahkahkah..aku bukan anak jati kedah..harap maklong..:p

      Delete
  7. inbox aku bsepah emel mngarut yg kunun2 nak bohong org nun -__-

    ReplyDelete
  8. mmg rmai yg tertipu dgn sindiket2 cmtu.. xtau la knapa dorg masih prcaya ngn bnd cmtu sdgkan byk kes dh yg dilaporkan.. adeh la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasal duit la..konon nak senang cepat..

      Delete
  9. termasuk la kami, kami penah kena tipu skali..habis topup rm30

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..kami bukan maksudkan kat kamu..maapkan kami..x_x

      Delete
  10. kadang lurus tak bertempat pun ada....mudah je kena tipu. pasai apa ntah la mudah benar kena tipu bagai ni.


    ReplyDelete
    Replies
    1. entah la..kalau ratus2 tu boleh tahan lagi..ni sampai ribu2..tak sayang duit gamaknya..

      Delete
    2. kat kampung aku..pasangan suami isteri cikgu & imam...pun kena tipu juga. ribu2 tu...

      sesiapa saja berpeluang jadi mangsa penipuan sebenarnya..jaga2.

      Delete
    3. tu la..ramai orang nak senang dengan cara mudah..

      Delete
  11. terkejut baca paper hari tu..ada jugak yang macam tu..
    tapi kita xleh salahkan sebelah pihak jugak..kita xtaw apa dah jadi kat dya..huhu..cuma boleh doa ramai-ramai xdak yang bodoh piang..

    pandai hampa noo..boleh improve lg nie..:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..memang la kita tak tau apa yg jadi kat dia..tapi silap dia pun yer jugak, melampau2 percaya kat bomoh..

      kami budak baru blajaq..:p

      Delete
  12. hahaha, meses berantai tu aq slalu abaikan, mls nak baca, siap ada sumpah2 segala.. menci2..

    pasal gores dan menang,no komen la, bab aq xcaya benda karut marut ni,lbih2 lg bila dia kata kena bayr 2000 tuk tebus hadiah, tu bukan gores dn menang .. tu gores dan bayar.. hahaha..

    bg aq sebelum nak buat sesuatu baik mikir betul2.. takut mnyesal xberguna.. nnt menanges xberair mta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus2..kakak aku pun hampir2 terkena..dapat SMS kononnya menang duit..pastu mintak no akaun Maybank..tapi aku kata kat dia, jangan bagi..hehehe

      Delete
  13. hampir jugak terjebak dgn gores dan menang ni. tp bukan dgn kerelaan tp dipaksa. nasib sempat menyelamatkan diri. huhhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik Chic Na sempat menyelamatkan diri..kalau tidak, habis la kena gores2 selepas menang..:p

      Delete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top