Aku ada sorang adik. Adik kandung. Ini adik
yang lain, bukan si penjamin waktu aku belum punya lesen kereta. Ini adalah
adik lelaki bongsu yang aku ada. Waktu itu aku tinggal di Tanjung Malim. Adik aku
pula tinggal di Klang. Dan sebelum ini dia ada bengkel kecil-kecilan untuk servis
sistem pendingin hawa.
Jadi bila saja aku hal-hal yang berkaitan
dengan kereta, aku akan hantar kepada dia. Maklumlah, adik-beradik. Apa sangat
yang nak berkira. Lagipun dia punya ramai kenalan di sana. Dan aku pun tak
kisah kalau perlu keluarkan sejumlah wang pada orang yang aku rasa patut untuk
aku letakkan rasa percaya.
 |
Mungkinkah ini punca pada kronologi cerita? |
Tetapi. Itulah dia. Kadang-kadang banyak
perkara yang tak terjangka, berlaku tanpa kita duga.
Kenari aku sebenarnya masih boleh diguna. Ada
steering, ada tayar, boleh beroperasi seperti biasa. In fact, aku bawa kereta
tu dari Sg. Petani ke Tg. Malim, dan dari Tg. Malim ke Klang tanpa masalah yang
begitu ketara. Aku hantar kepada dia, berserta sedikit wang pemula, untuk
perbaiki bahagian-bahagian yang rosak binasa. Dan sepatutnya seminggu kemudian
aku ambil semula kereta.
Seminggu kemudian aku datang, kereta masih
belum ada. Okey, tak apa. Aku datang minggu seterusnya. Kereta masih tetap tak
ada. Minggu bertukar bulan, kereta aku tak ada juga. Dah dua bulan tunggu pun
tetap juga tak kunjung ada. Aku dah mula syak. Bila aku tanya, pelbagai alasan
yang aku terima. Kerana dia adik, aku diamkan saja. Mungkin dia kekurangan
wang, jadi duit yang aku beri, dia pakai dulu buat sementara. Itu yang aku
fikir, agaknya.
Perasaan syak aku makin ketara bila dah masuk
tiga bulan pun kereta aku tetap tak ada. Aku tanya di mana bengkel kerata. Aku nak
tengok Kenari tu dah jadi apa. Tapi dia kata, bengkel tutup hari Ahad. Maklumlah,
Isnin hingga Sabtu aku bekerja. Jadi aku mohon cuti, aku datang hari Isnin,
minggu seterusnya. Dia bawa aku ke bengkel. Bengkel tu tutup. And the best part
is, singboard pun tak ada. Aku fikir positif saja. Mungkin bengkel orang
Melayu, bajet nak buat signboard belum ada. Positif kan? Hahaha. Diam lah!
Worst come to worst, adik aku makin lama makin
mengelak. Call pun tak angkat. Aku datang pun dia buat macam aku tak ada. Cilaka
betul. Grrrrr..Dan akhirnya, aku ke balai buat laporan. Takut-takut kalau adik
aku bawak pergi merompak, tak pasal-pasal aku jugak yang kena. Sebenarnya aku
nak buat laporan hilang. Biar dia kena tanggap. Pedulik hapa aku. Tapi pihak
polis nasihatkan aku supaya berbincang elok-elok. Dia suruh aku bersabar. Agaknya
9 bulan sebelum tu aku tak bersabar ke? Aku bayar loan tiap-tiap bulan tahu
tak? Kalau aku ni mengandung, aku dah ada anak tau. Kalau! Grrrr...
Jadinya, aku buat laporan bahawa kereta tu aku
serahkan kepada adik. Tujuan laporan untuk dapatkan semula kereta. Dan akhirnya,
aku dapat semula kereta tu dan live happily ever after. Bagus betul kalau
ending tu ada. Tak payah aku taip entry ni berjela-jela.
Aku tak dapat kereta tu. Diulangi, AKU TAK
DAPAT kereta tu. Adik aku pun dah pindah daripada rumah sebelumnya. Keluarga aku
tak tahu dia sekarang duduk kat mana. Nombor telefon dah berkali-kali ditukar. Hari
Raya pun entah dah berapa tahun dia tak balik. Dah buat dajal kat aku, takut la
tu nak jumpa keluarga.
Sekarang ni, aku dah tak bayar loan kereta. Surat
lawyer pun dah dapat. Bukan nama aku jer yang kena, nama adik aku yang penjamin
tu pun terbabit sama. Adik aku yang penjamin tu dah meninggal. Kemalangan motor
masa balik kerja. Pun dia tak balik jenguk arwah abang dia. Mungkin kalau
ditakdirkan aku yang meninggal, baru dia balik agaknya. Hmmm...
So nama aku blacklisted. Jangan kata nak beli
rumah, nak buat loan AEON Kredit untuk beli handphone pun tak lepas. Nak beli
kereta yang aku pakai sekarang ni pun kena loan kredit. Interest mahal pulak
tu. 10% setahun. Nak renew road tax kereta pun susah. Sebab Kenari tu ada kes, mungkin
pernah kena tahan kat mana-mana. Entah la, Tak tahu nak cakap macam mana. Susah kot bila dikhianati oleh orang
yang sepatutnya kita boleh percaya. Rasa macam diperbodohkan pun ada.
Oh ya, dulu aku pernah nak buat laporan kereta tu
hilang. Tapi tak boleh. Sebab polis kata, kalau buat laporan hilang, akan
bercanggah dengan laporan sebelumnya. So sekarang, kalau aku buat laporan pun
dah tak guna. Kenari tu dah tak ada perlindungan insuran. Hilang pun aku tetap
kena bayar juga.
p/s: kalau korang, rasanya korang akan buat apa?