Header2

• 31 October 2012 •

Awan Malam

Hmmm..
Aku kusut. Aku tak ada idea. Dan aku tak tahu nak tulis apa. Jadi anggap saja terbitan aku kali ini, sekadar melepaskan batok di tangga. Hanya mencoret sebuah entry, yang langsung tak ada pengisian dan makna.

Dua tiga hari kebelakangan ni, aku agak sibuk dan cukup penat. Usahkan jenguk blog kalian, nak tengok blog sendiri pun kadang-kadang rasa tak sempat. Dengan kertas-kertas kerja untuk laporan mesyuarat, dengan dokumentasi penyeliaan kerja yang sarat, semua ini buatkan aku rasa macam tak larat. Diulangi, macam tak larat.

Tapi kerja tetap kerja. Orang yang makan gaji, memang macam ni la hidupnya. Kawan aku pernah kata, jangan merungut dengan kerja. Kerja tu tak cari kita. Tapi kita yang cari kerja. Kalau tak suka, boleh berhenti. Ramai lagi orang yang cari peluang gantikan kita.

Sebenarnya kalau nak diikutkan, penat aku bukanlah penat fizikal saja. Penat mental pun ada. Tak keterlaluan kalau aku kata, penat mental tu yang lagi utama. Otak aku serabut fikirkan apa aku nak buat dengan kereta. Aku rasa kereta tu bodoh la. Ada jer cara nak bagi aku susah. Hari tu tuning tinggi, sekarang ni masalah lain pulak. Bila aku tekan minyak dia tak jalan, bila aku lepas pedal baru la dia nak gerak. Entah apa-apa entah. Duit banyak habis, kereta tak elok jugak. Grrrrr...

Dah tak payah cerita pasal kereta. Tadi aku keluar makan dengan kawan. Baru aku sedar, salah satu kegemaran aku ialah menengok awan. Aku rasa awan cukup cantik di waktu malam. Aku suka tengok gerombolan putih wap-wap air dikelilingi gelap langit yang hitam. Perasaan tengok langit tu buatkan aku rasa lapang, buatkan aku rasa tenang, buatkan aku rasa tenteram. Hilang seketika kepelbagaian rasa yang kelam, rasa yang buat aku bisu tenggelam.

p/s: kalau aku jual RM12,000 ada siapa-siapa nak beli ke?
p/s: komen aku kat blog kalian tu, boleh hutang dulu tak?


90 comments:

  1. jgn susah hati...bykkan doa n bt keje dgn tenang, insyaAllah hati pun boleh tenang...sy selalu motivasikan diri sdiri mcm tu..

    sama masalah, kereta saya baru rosak semalam.. entah apa masalah, belum bawa ke bengkel lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah..hehe..susah hati tu perkara biasa..hari2 pun rasa susah hati..:D

      Delete
  2. Hobi kita samalah..suka tgk awan..!
    nak2 kepul yg beso2 tu..
    Cantikkkk...!

    kreta ape ,..?

    ReplyDelete
  3. Aku pun kusut. Aku pun tak ada idea. Dan aku tak tahu nak komen apa. hoho..

    awan d kala snja sgt indah ^^

    smoga smuanya baik2 sja H.. :D

    ReplyDelete
  4. kalau penat sangat.
    rehat lah kejap H.
    nanti jatuh sakit lagi susah.
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. penat badan tu boleh jer rehat chemay..tapi penat otak, susah nak rehat ooo..;)

      Delete
  5. tu la kan. keja mmg takkan habis selagi kita tak berhenti keja. chill ok. chic na suka tengok bulan. kdg2 nampak ET lintas bulan naik beskal. hikhik..

    *dah tulis hutang H dalam buku 555. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. chic na ada nampak x pokok besar kat dalam bulan?

      *hujung tahun H bayar ea..hahaha

      Delete
    2. nampak nampak. pokok yg takde daun, tp mcm ada mata, mulut & tangan tu kan. hikk..

      *sila bayar lumpsump termasuk interest & wang perlindungan. :p

      Delete
    3. kan ada mitos masa kecik2..bgtau ada pokok besar kat bulan..hehehe

      *muhun berikan diskaun 100%

      Delete
  6. Cop tempat dlu..top5!! Malas nk scroll kebawah (^_-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. no.5 dapat hamper..sila tuntut hadiah di kaunter 3..

      Delete
  7. ikhIas dan sabar. cuba apIikasi.
    tapi...
    easier said than done kan...
    but.. x saIah mencuba..

    saIam kenaI dari HasnuI Adin

    ReplyDelete
  8. Sampai satu masa, kerja ni penat kan? Especially bila terlalu banyak benda yg nak dikejarkan. Aku paham. Penat fizikal ni kadang kita mampu tanggung lagi. Tapi penat otak tu, fuhhhh! Tambah lak kalau ada manusia2 yg suka meroyan kat sekeliling kita sbg watak tambahan, fuhhh, mmg saket jiwa dibuatnya. Sabar je la H. Kau nak kena carik rezeki untuk anak bini. Ahaha!

    Asal tak jual kat used car?

    ReplyDelete
    Replies
    1. used car nak amik rm8k jer..uhuk2..

      Delete
  9. kerja...kerja...kerja...

    ReplyDelete
  10. pakai honda pon kuat meragam gak ke bro..ingat proton je..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol.. aku benci brek honda bodo aku.

      Delete
    2. honda c70 memang camni bro..byk problem..kehkeh

      Delete
    3. toksah ekau nak membongak la..abah den pakai c70 dah 40 tahun steady yo..ekau pakai honda Ek nak banyak masalah pulak..haha..

      Delete
    4. hahaha..aku memang pakai proton pun..sebab tu byk problem..grrrrr

      Delete
  11. penat fizikal boleh tahan lagi. penat mental....lagi kita tak nak fikir lagi kita kuat berfikir. selagi hidup...kerja kerja kerja je Habibun. sabar ya Incik Habibun :D

    ReplyDelete
  12. Memanglah tengok langit tu lapang. Kena sesuatu yang bergerak di depan mata, hijau, biru atau air baru rasa tenang. Itu bahasa psychology.

    Apa yg Kak Sha boleh cakap...kerja nieh...memang macam nieh. Tapi berbaloi ke kita terlalu berfikir sampailah kita lupa yg org tak fikir pon pasal kita.

    Boleh bekerja. Makan gaji. Betul tu. Kak Sha sendiri macam H juga, penat fizikal dan mental. Tp...jangan abaikan masa utk diri sendiri.

    Sebab penting kita sayangkan diri supaya diri disayangi:)

    *kereta tu merajuk tak?

    ReplyDelete
  13. Kalau rasa down, silakan bersenam... bukan sahaja sihat.
    Tapi bertenaga dan lebih tenang.

    saya pun suka awan..kalau nak tengok laut, sila tengok awan. mcm laut jugak. hehe

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh..teringin nak bercuti kat batu feringghi..nak baring tepi pantai..:D

      Delete
    2. depabali nanti aku gi batu peringgi, nak cari perigi. hehehe :D

      Delete
    3. erks..aku pulak nak pegi batu feringghi, nak main jetski :p

      Delete
  14. suka tengok langit,, ngan cahaya bintang... ^_^

    duit dalam purse aku tak sampai 120inggit.mana nak cekau 12k?? erm...
    hutang komen bayar lain kali.. aku ngerti.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bak la 120 ringgit tu..muhun bank in ke dalam akaun saya :p

      Delete
    2. aku dah pindah masuk gua... 4 taun sekali aje bleh kuar.. aku sangat bertabah disini..

      Delete
    3. erkk..semoga terus bertabah..uhuk2..

      Delete
  15. ena tak masuk lagi dalam alam pekerjaan.. tp melihat mereka yg dah kerja, memang nampak penat sangat mereka.. tak tahulah ena dapat harunginya juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. keje tak susah pun..cuma bosan..hehehe..

      Delete
  16. hehehe , ade gak isi nih , sapa kate takde ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..apa isi dia ek? macam takde jer..hahaha

      Delete
  17. Ada 2 yang sy setuju. Ketama, pasal penat otak tu lebih daripada penat fizikal. Kalo penat badan, lepas mandi pastu berehat akan rasa segar je. Tapi kalo penat otak, terutamanya kalo problem tu masih tak setel, perasaan dia... perghh... tak dpt nak explain.

    Kedua, pasal tgk awan tu, saya pun sama juga. Saya tak kira awan malam ke siang ke mendung ke, saya mmg suka tgk. Awan tu seperti ada cerita tersendiri. Seperti menceritakan tentang perkara berlainan setiap hari. Coraknya setiap hari berubah. Menarik sgt. Kan? *baik ko setuju sebelum akak boikot blog ni.*

    ReplyDelete
  18. ehmm..mcm x larat tp sebenarnya larat..=D

    awan mlm susah nk tenung..klau awan siang dah boleh tenung sampai x igt org skeliling..-.-'

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak lalat..hehehe

      tenung awan waktu siang x best..sebab panas..silau pun yer..tengun awan malam sejuk sikit..hehehe

      Delete
    2. *tengok

      hahaha..damai and rasa sejuk hati..

      Delete
  19. blog aku x penah kau singgah.hehe..

    ReplyDelete
  20. saja je tu cakap x singgah..sebab aku rindu sama kau bah..hehehehehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. erks..hahaha..singgah jer..cuma mungkin tak drop komen..:D

      Delete
  21. Take your time, babe. :)

    ReplyDelete
  22. penat fizikal pun penat, penat mental pun penat. tapi penat mental lagi penat. haaa paham ? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..faham2..penat paling penat ialah penat leher..:p

      Delete
  23. menengok awan?
    bukan lah..melihat awan :)
    xde duit nak beli kereta..hihihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahh x kira..nak menengok awan jugak..hahaha

      moto nak?

      Delete
    2. Nak jual moto pulak ke? moto ape? ngeeee

      Delete
    3. lc..nak beli? hehehe

      Delete
  24. aku pn pnt tgu keputusan syida...jd aku rse strt mlm ni aku nk tgk awan jgk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko pegi tengok syida jer la fik..hahaha

      Delete
    2. Kepala hotak you fik!!!

      Delete
    3. uuuuuuu..kakdah gawanggggg...

      Delete
  25. beli je la keta baru . hehe :p

    ReplyDelete
  26. asalkan update :)

    takpe,, itu rezeki .. jgn merungut .. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah..merungut tu perlu tau..sebab manusia memang tak pernah puas..always hope for the better..hehehe

      Delete
  27. wahh..sama lah kita..suka tgk awan..bulan..bintang..
    tenang je rasa kan..

    psst!xpe bab2 utang tu kira halal je lah.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..rasa lapang jer..hahaha

      psst! hutang kena bayar tau..grrrrr

      Delete
  28. tgk awan bila stress, rasa sepi...tp kalau awan mendung kdg2 rasa mcm awan tu memahami jiwa ni...

    tak nak beli RM12ribu tu =P

    dh free nnt jenguk je...memahami kalau busy,ok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. awan waktu senja lagi best..sebab cantik..:D

      p/s: selalu jer jenguk..cuma tak drop komen..hahaha

      Delete
  29. dtg2 je asik dh berploh komen. mls lah nk komen. huh

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..hahaha..nanti2 sebelum post entry baru, H inform kat yuyu dulu ea..:p

      Delete
  30. ada kereta susah tak de kereta pun susah.
    kerja susah tak kerja lagi la susah. jadi macam kawan kau kata tak boleh merungut ngn kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesimpulannya..kereta tu penting..tapi kerja lagi penting :D

      Delete
  31. Itulah hikmah melihat ciptaanNya.... memang confirm tenang... Apa tandanya tu.... kalau H nak tau! kalau rasa berserabut tenangkanlah diri, mengadulah denganNya... Insyaallah akan tenang....kalau malas nak bangun malam..... zikir ajelah... kat mana-mana pun boleh...

    Kadang tu, perkara yg Okje sebutkan tu boleh membantu tau! Cuma kita ni...biasalahkan ... malas je...he..he... bukan cakap orang... OKje sendiri!

    ReplyDelete
    Replies
    1. serabut ni sebenarnya best tau..sebab kita cari idea and option untuk solve problem yg ada..:D

      Delete
  32. suka juga gak tgk awan.. lagi2 tepi pantai.. best2

    ReplyDelete
    Replies
    1. awan malam ni cantik tau..putih jer..:D

      Delete

  33. Cikgu, sye last kan?
    :DD

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni camne boleh dapat no last ni? usaha lagi yer..exam lepas ni saya xnak awak dapat no last..faham?? >:[

      Delete
  34. penat mental tu yg paling penat sebab penat mental pengaruhi fizikal gak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2..cuma kadang2 jer penat fizikal tu pengaruhi mental. biasanya penat mental yg pengaruhi fizikal..

      Delete
  35. aku penat ngan exam tapi sekarang ni dahhh bebasss ouhhhh!!

    p/s :: aku suka tengok bulan ngan bintang.. tiap2 malam aku tengok.. especially bila kat kolej, lagi senang.. balik dari masjid, mmg aku jalan sambil tengok langit.. cantik sangat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amek la gambar..kau ni pun..grrrrr

      Delete
    2. feeling dia tu mana sama.. aku dah penah cuba try test amek gambar, nampak macam telur dalam kegelapan je.. bintang terus tak nampak... grrr

      Delete
  36. Aku suke tengok awan jugak.. kadang2 sengaja carik bentuk2 awan. Pasal kerje, hakikatnye gitu la....

    -kak6

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top