Header2

• 08 October 2012 •

Pada Satu Garisan Halus

Aku bukannya terlalu mahir dalam selok belok ilmu agama. Aku juga bukan berniat untuk jadi keyboard warrior. Apa yang aku nak cerita kali ini, adalah sebahagian besar fahaman yang berlaku dalam masyarakat kita. Atau mungkin, ia sebenarnya turut berlaku kepada kita, dengan ataupun tanpa kita sendiri sangka.

Sering aku lihat dan baca di mana-mana, saat 'hukum' membuatkan kita pantas menghukum sesama kita.

Aku kira kita masing-masing ada belajar ilmu agama. Kita diajar tentang dosa. Kita diajar tentang pahala. Kita diajar tentang perihal hukum yang lima. Kita dididik untuk percaya ada syurga jua neraka. Dan kita sedia maklum bahawa ganjaran dosa dan pahala adalah ketentuan Yang Maha Kuasa.

Tetapi, ada tapinya. Bahawa kadang-kadang kita tak sedar bahawa kita sering jatuhkan hukum pada manusia.

"Kau tak tau tutup aurat, kau berdosa."
"Kau tau tak, tak tutup aurat tu berdosa."
"Hari-hari kau minum arak, sah-sah kau ni masuk neraka."
"Hari-hari kau minum arak, kau tak takut ke masuk neraka."

Pada sekali baca, dua ayat tadi memang begitu tampak serupa. Tapi sebenarnya terpisah makna pada garis yang sangat tidak ketara.

Aku tak berniat untuk membidas hukum agama. Tidak juga mempertikai sesuatu yang terang-terang dah ditentukan olehNya. Malah aku sendiri pun kadang-kadang terlandas pada mentaliti tipikal yang sama. Aku cuma nak kita, diulangi, kita faham bahawa ketentuan dosa dan pahala bukannya urusan kita. Kita boleh berpesan-pesan, kita boleh saling beringat pada kita yang selalu lupa. Tapi jangan jatuhkan hukum seolah-olah kita yakin yang dia dapat dosa, dia dapat pahala, dia masuk syurga, dan dia pula masuk neraka.

p/s: garisan ini tak akan terlihat nyata, ia cukup halus sampai kita sendiri tak sedar bahawa kita sedang dan telah melewatinya.


119 comments:

  1. 1st! 1st! 1st! Yeyyyyyyyy! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah makcik musuk :-w

      Delete
    2. lambat 4 minit la tadii.. huhu

      Delete
    3. Lebih baek selam dosa amalan diri sendiri. Cacat cela org laen maybe kita dah nampak depan mata. Cacat cela kita rupanya ada tersembunyi tanpa kita sedari. Tapi hukumnya di kemudian hari nanti, manalah kita nak tahu. Kan?

      Aku kan, selalu fikir macam ni. Segunung kejahatan tak mustahil boleh terhapus dengan satu kebaikan je. Dan segunung kebaikan jugak tak mustahil boleh terhapus dek kerana satu kejahatan je yg kita buat. Who knows kan? Wallahualam :D

      Delete
    4. errr..maksud aku, kita tau dosa dan pahala..tapi kita takleh tentukan dosa dan pahala..boleh jer berpesan2..tapi takleh tentukan..

      yg perenggan kedua tu..aku rasa sebaliknya..kadang2 satu kebaikan pun mungkin boleh hapuskan seribu kejahatan..dan satu kejahatan pun mungkin boleh hapuskan seribu kebaikan..macam kau cakap la, who knows..Allah yang tentukan..:D

      Delete
    5. Fuyyooo..die dapat fessss..:p yuyu dtg je dah 78 komen.. Zzzz

      Delete
  2. Replies
    1. setuju dengan entri ni :D kita bukan siapa-siapa untuk menentukan 'anda berdosa' atau 'anda dapat pahala' apatah lagi menentukan siapa ke syurga , siapa ke neraka,

      Delete
    2. haaa..camtu la maksudnya..

      Delete
  3. alahai, line slow tadi, kalo x dh fes tau.. *__*

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe Emma Ma'embong..cuba lagi lain kali..kehkeh

      Delete
    2. grrr... sy emmma shj.. xde tmbhn ma'embong! mntak maaf cpat! +_____+

      Delete
    3. eh bukan ke? ingatkan ada artis singgah blog H..hahaha

      Delete
  4. Tak siapa baik. Tak siapa jahat. Semua pon kalau boleh nak jadi baik. Dan sebolehnya mahu menjadi orang yg beri peringatan. Bersama kengkawan terutamanya. Tapi, kengkadang caranya salah. Lain pula jadinya.

    Well, pointing out others flaw isnt a bad thing. Its just the way of pointing it that really matters. But, if we only point it out among us without tellin that person. Nothings gonna change. Bila belakang cerita. Kira mengumpat ke Encik H? :((

    P/s: Sedih tengok segelintir schoolmate yg hanya pandai berkata2 di twitter tanpa praktikkan ia di dunia nyata. Terutamnya bila libatkan hukum hukum bercinta/bercouple n tutup aurat terutamnya. :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaaa...dah nama pun manusia kan..:)

      aku setuju dgn perenggan kedua..menyatakan keburukan seseorang tu tak salah..tapi kadang2 cara tu yang nampak sedikit salah..and yes, mengata kat belakang tu boleh dianggap mengumpat..bab ni aku taknak komen sangat la..hehehe

      Delete
  5. baik buruk orang kita sebagai manusia berhak menegur tapi yang pasti kita tak boleh menghukum orang tuh. Yang cuma kadang2 mungkin cara percakapan orang menegur itu salah lalu terlepas ckp seolah2 berbunyi seperti terus menghukum. tapi takpelah, Yang pasti jika kita terkena kita bersangka baik lah dan menganggap orang itu hendak menegur kita yang buat salah walaupun orang tuh tegur "sah-sah kau masuk neraka" mari kita amek teguran itu sebagai satu teguran yang amat keras sebab benda tuh mmg dosa kita tinggalkan perkara buruk tuh dan kembali bertaubat pasti orang yang menghukum kita tuh balik akan perbetulkan apa yang dia cakap sebelum ni. kan lagi baik :) sebab kalau tak ada yang menegur pun Rugi sgt sgt hidup kita sebab tuh tanda tak ada orang peduli dan sygkan kita. betul x encik h :)) topic yang baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..mungkin la niat menegur untuk buat org berubah..even teguran tu nampak kasar..sesetengah orang mungkin boleh terima..tapi pada sesetengah orang pulak, nampak macam si penegur tu dah senang-senang jatuhkan dosa..

      Delete
  6. betul... ada garisan halus yang membezakan baik dan buruk perkataan...

    ReplyDelete
  7. Betul la, dah ada pun cerita malaysia buat tentang garisan halus, apa pulak nama dia erk? hah'ah ANTARA GARISAN, cerita tu lebih kurang macam entri ni lah, halaus sangat garisan tu,sampai kita xtahu baik dan buruk,sama sama la kita ingat meningati. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..dia bukan berkisar pasal baik dan buruk..tapi lebih berkisar pada cara..menasihati tu baik, cuma kadang2 tak kena cara..:D

      Delete
  8. owh...terlintas di benak fikiran untuk buat tajuk yg hampir serupa tetapi berbeza makna...heee..nmpknya kamu mendahului..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain kali kena cop nombor cepat2..hahaha

      Delete
  9. Kadang2 kita saja hukum orang nilai orang sebab kadang2 kita rasa kita lebih baik dari mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa..sebenarnya kita lebih kepada tak sedar..tak sengaja..

      Delete
  10. mmg benar hukum itu semua ketentuan maha Satu

    tapi faktanya, minum arak dan tak tutup aurat itu adalah dosa melainkan sempat bertaubat dan diampuniNya

    salah tetap salah cuma mcm mana kita memahaminya, jgn di'open mindedkan' semua menda, nnti sesat plak, sbb itu Allah mengutuskan rasul & Al-Quran

    kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..hukum tetap hukum..salah pun tetap salah..:D

      Delete
    2. betul tu encik bukan kosong..apa h tulis tu bagi aku takleh dianggap jatuhkan hukuman kat orng kalau dia nk cakap cane pon..dah memang tu hukum dan balasannya kan yang Allah tetapkan..dah tobat tu toksah kira..org yng dikata jatuhkan hukuman tu pon tak mungkin tegur orang yang dah tobat kan..kehkehkeh..

      Delete
    3. ceh..ko faham x apa maksud entry ni? hahaha

      maybe pendapat kita tak sama kot..kehkeh..xpe la, memang ada betulnya pun apa yang ko kata tu..cuma aku still rasa ketentuan dosa dan pahala tu urusan Allah, bukan urusan kita..:D

      Delete
    4. dosa dan pahala mmg urusan Allah..tapi panduan kita dari hadis dan al quran dah menerangkan pon soal hukum tu..dosa pahala,balasan syurga neraka..basic je tu..

      #mohon bagi pencerahan lagi bab 'jatuhkan hukuman tu' kalau aku salah paham..hehe..

      Delete
    5. hahaha..ko warrior sangat la bro..aku surrender la..tak reti nak jelaskan macam mana..:D

      Delete
  11. Garisan halus itu memisahkan antara positif atau negatif penilaian dan pandangan seseorang.. Tepuk dada, tanya iman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaa..halus sangat sampai kadang2 kita sendiri pun terlajak..huhu

      Delete
  12. betul betul betul. kita sesama manusia takda hak utk menghukum kesalahan orang lain. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..menghukum orang lain tu rasanya ada hak..cuma dalam konteks jatuhkan dosa dan pahala, rasanya itu yg bukan hak kita..:D

      Delete
    2. itu la yg chic na nak cakap sebenarnya. tp xreti nak buat ayat. hihihi..

      Delete
    3. hehehe..xpe2 chic na boleh speaking..H faham..:p

      Delete
  13. ramai yang terasa diri terlalu baik dalam dunia ni, sebab tu cepat sgt nak menilai org lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku gunakan perkataan 'kita' tu sebab aku sendiri pun kadang2 terlepas kata..bila fikir2 balik, rupanya aku dah terjatuhkan hukum sesama manusia..-_-"

      Delete
  14. Replies
    1. kalau manusia takleh hukum manusia, huru hara jadinye pakcik..mohon kerajaan hapuskan prinsip kedaulatan undang-undang..kehkehkeh..penjara kita jadikan muzium je..dah tu hudud nak cmpak mana?

      *err..berkaitan dop komen aku ni..haha..

      Delete
    2. hahaha..aku bukan maksudkan hukum yg kat mahkamah tu der..itu kebanyakannya hukum dunia..aku tak berapa amik pot sangat..in fact sistem perundangan kita pun bukannya setelus mana..kehkehkeh..

      apa yang aku maksudkan ialah dalam konsep jatuhkan dosa..contoh la, ko kat ofis update blog, tak buat kerja..then tiba2 kawan ko bgtau yg duit gaji ko tak berkat..haram hukumnya..berdosa..

      pasal hukum hudud, aku still rasa itu hukum kat dunia..and pada aku, hukum hudud tu untuk berikan pengajaran kat orang lain supaya tak buat perkara yg sama..tapi masalahnya, bila hukum tu dah dipolitikkan, itu yg buat orang makin pertikaikan isu2 agama..

      Delete
    3. amboi terasa akak kat sini dgn perenggan no2 tuuu...haha

      Delete
    4. erks..kak ima terasa ke? hahaha..mintak mahap zahir batin..:p

      Delete
    5. dari kefahaman aku, kalau dia nak tegur camtu tak salah dia pon..mmg dia tegur bende betul..makan gaji buta,benda haram dah sah kalau buat memang "berdosa"..dia ckp bukan bermakna di hukum aku atau dia keluarkan fatwa..tu hukum tuhan maa..
      apa yg aku nampak dalam kes ni sebenarnya ramai kategori sentap ditegur dan tak ngaku salah tapi nak salahkan org lain..kehkehkeh..

      #untungnye opis aku takde timbul soal makan gaji buta..bos aku tak kisah wat keje ke tak masa opis,bleh je buat kat rumah atau tak datang opis..janji kerja siap,client tak bising..haha..sempoi kan..haha

      Delete
    6. iyo la..iyo la..ekau menang la..hahaha

      Delete
    7. Aku paham maksud Pakcik Bundle. Aku rasa aku paham gak maksud entry H. Cuma komen aku kat atas tu je terkuwa dari topik. Pastu semalam aku nak komen lagi rasa tak reti nak buat ayat. Hahaha!

      Kita takleh jatuhkan hukum, dosa pahala syurga neraka urusan Allah & whatsoeva tu, memula aku rasa agak confuse kita mmg takleh or lebih tepat tak berhak ke atau ni sekadar adab semasa berpesan2.

      Pastu aku fikir semula, maybe better kalau org tu jatuhkan hukum pada perbuatan yg salah tu bukan pada org yg wat salah. Contohnya, better kau kata "makan duet haram tu berdosa" instead of kau kata "kau makan duet haram, kau dosa". Or "tak tutup aurat tu dosa" instead of "kau tak tutup aurat, kau dosa". Means, cukuplah sekadar kau ingatkan perbuatan dea tu hukumnya berdosa, tak perlu kau yang nak jatuhkan hukum dosa kat dea, berbalek pada apa yang H cakap, dosa pahala tu urusan Allah. So, jatuhkan pada perbuatan, bukan pada manusia. Aku rasa macam tu la. Lagipun ayat tu lebih manis dan menjaga hati disamping niat nak mengingatkan dan berpesan2 tu. Bukan apa. Takut tersalah cara, kita pulak yg terlepas garisan halus tu. Huuu

      Tapi apa Bundle cakap tu pun betul gak. Org wat salah, mesti sentap kena tegur. Tapi penjelasan aku cam yg kat atas tu la. & cam yang H cuba sampaikan, berpesan2 tu boleh, tapi maybe dorang salah cara. Tak pepasal org yg dengar terus sentap. Hahaha!

      Ni pendapat aku yg tak seberapa je la. Maaf saya bukan ustazah :P

      Delete
    8. tu aku cakap ramai sentap kat sini..kehkehkeh..ni bukan soal keyboard warrior ke apa h..simple basic..budak baru akil baligh pon tau dosa pahala ni..org sentap je takleh terima..kehkehkeh..

      tegur cara kasar atau lembut je puncanya skg..ustak azhar lagi kasar aku rasa..terima tak terima, tu la agama..takkan nk cakap ustak azhar tu jatuhkan hukuman plak?hehe....

      wallahualam..



      Delete
    9. erks..sebenarnya aku tak rasa nak bantah apa2 pun..kalau sorang betul, tak semestinya sorang tu kena salah kan? kehkeh..

      macam aku cakap kat atas2 tu la, maybe pendapat kita tak sama or cara kita nilai sesuatu tu tak sama..aku rasa kalau kita berbalas komen panjang2 pun, at the end result dia tetap tak ada..kot..

      lagi satu, aku rasa ni bukan isu sentap..tapi isu limit dan makna..ustaz azhar tu pun kadang2 aku rasa jatuhkan hukum..walaupun tanpa niat..zzzz

      Delete
    10. Limit aku cam yg aku explain kat atas tu la. Org laen aku taktau ada limit ke tak. Zzzzzz

      Delete
    11. errr..aaa..aku rasa betul la macam apa yg kau explain tu..cuma kadang2 kita tak sedar and terlepas daripada limit tu..xyah cakap org lain la, aku sendiri pun kadang2 terlepas..hahaha

      Delete
    12. hahaha...hukuman lom jatuh h..tunggu kiamat nanti baru dapat..tu baru peringatan tentang hukuman yang Allah janjikan..camne ko leh ckap ustak jatuhkan hukuman plak..hahaha..

      Delete
    13. sebab tu la aku kata, ko tak faham apa yang aku maksudkan dalam entry ni..hahaha

      senang citer camni la..ayat "kau bersalah" dengan "kau berdosa"..makna dia tak sama..nilai dia pun tak sama..aku tak tau la kalau ko tetap rasa dua2 ayat tu sama..:D

      Delete
    14. dalam konteks ni, bersalah tu kita tak pakai kan...berdosa atau dapat pahala je untuk mengukur amalan kita..kalau langgr trafik light tu baru bleh kata salah..hahaha..

      #sabar h..jgn la mawah..hahah..

      Delete
    15. grrrr...mana ada aku mawah :-w

      xnak la komen2 dgn ko..ko jahat..hahaha

      p/s: sebab dosa dan pahala tu untuk mengukur amalan la yg aku taip macam kat atas2 tu..bila kita kata "dia tu berdosa" or "dia tu masuk neraka", as if kita macam dah jadi Tuhan pulak nak mengukur amalan seseorang..:-w

      Delete
    16. hohoho..takut plak aku dengan statement ko ni h..kat komen ko ni pon dah nampak satu lagi spoil..hehe..

      ok..nanti aku sambung balik..

      Delete
    17. Sabar H. Penulis perlulah kental. Hahaha! Takpe2. Aku back up kau drpd jauh :P

      Delete
    18. hahaha..nasib baik kau backup aku..tengok la si bundle ni..jahak nanang..kadang2 aku rasa dia bukannya tak faham, tapi saje jer pusing2kan statement nak bagi aku geram..

      rotan kang haaa..grrrr

      Delete
    19. Tau2. Bundle memang sengaja je nak uji kesabaran kau. Nanti aku buat entry Penulis Perlulah Kental Part 2. Hahahah! Err taknak2. Nanti Bundle buat onar kat komen2 aku plak. Grrrr

      Nanti satu hari kita buli Bundle sama2 lak ey H? Hahaha!

      Delete
    20. hahahhaa..yelaa..aku tak jd nak panjangkan lagi..cukup la takat tu dulu..ekeke..kalau aku rajin aku tulis entri pasal ni gak nanti..hahaha..

      #makcik, ko toksah sibuk lah..p main jauh2..haha..


      Delete
    21. Boooooooooooo Pakcik :))

      (d)

      Delete
    22. yes!! yes!! nasib baik tak panjangkan lagi..lotih den nak melayan ekau ni bundle oi...zzzz

      Delete
  15. tak gemar mendengar orang suka menilai orang lain yg terang2 berbuat dosa, kerana hidayah Allah itu rahsia...siapa tahu pelaku dosa itu mati dalam ketaqwaan melebihi orang yg menilai/ menghukumnya dulu?

    ReplyDelete
  16. *Last kan kan kan..skrng ni mmg smua org suka menghukum..ade je yg salah ade je hukuman yg dot..iskk..jna pun pernah jd golongon yg menghukum ni (malu)kekonon hukum ex bf sbb marah sgt kan?? tp ade sorang kawan INDIA taw..
    dye yg mcm bg jna tersedar..
    kata nye.. "u xbaik hukum dye mcm tu..kita sebagai manusia xde hak nk hukum org sbb itu bukan kuasa kita..klau kita bole menghukum org sama laa kita mcm tuhan" sbb hanya tuhan sahaja yang bole menghukum hamba nya (terdiam jna lepas mamat india ni nasihat..SEE mmg btul pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau orng curi motor aku contohnye..sori la aku nak nk bg dia rasa hukuman tuhan je..meh sini aku hukum dulu..hahaha..

      Delete
    2. Jna: itu la pointnya..as if kita ni macam tuhan pulak nak hukum2 orang..tapi sebenarnya kita kadang2 tak sedar yg kita jatuhkan hukum..niat kita sebenarnya cuma nak nasihatkan jer..

      Bundle: moto aku pun pernah kena curi bro..hahaha..dapat kat aku, memang tau la apa hukumannya..:-w

      Delete
    3. hhahahahahhahaha *gelak guling2
      kenapa laa orang mcm korang 2 ni masih wujud lagi??? bukan ke korang da patut pupus!!

      #xbole blah dgn ayat YM n MRH pasal curik moto..bebtul serious korang dlm hal ni ek???

      Delete
    4. kitorang ni spesis terpelihara..:p

      Delete
    5. Yucckkkkkkkkkkkkkkkk :p

      Delete
  17. Ya. Pendapat kita sama. Posting yg berkonsepkan "bajet baik" di hari yang sama. Cuma cara kita berbeza.

    Ntahlah.
    Bajet baik.
    Mungkin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak sha..kan na bgtw na la last hehhehe nape commnt gurau je kak sha..

      Delete
    2. pasal legging tu ke? hahaha..mungkin dia tak sedar yg cara dia tu silap..kot..agaknya..:D

      Delete
  18. Jna, sorry nak komen jugak.. so jna dah tak last. Ahakss.

    Aku nampak apa yg ko cuba nak sampaikan. Kadang2 ayat kita nak tegur org tu yg kita kena jaga-jaga. Supaya tak nampak menghukum, sbb kadang2 mmg kita takde niat nak menghukum, cuma nak menegur. Tapi kalo dah ayat bajet cam confirm ahli syurga tu yg bias abuat org bengang ye dok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha tu la..kebiasaannya kita cuma nak tegur..tapi tak sedar yang ayat kita tu seakan dah menghukum..aku tak pointing kat siapa2..sebab aku sendiri pun sama..-_-"

      Delete
    2. hahaha..padan muka!! :p

      Delete
  19. H..Keyboard Worrior vs Uztaz / Ustazah FB. Siapa juara? Tapi personally Dezee kesian sahaja..sebab niat mereka baik..cuma kurang communication skill sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kurang communication skill pun mungkin juga..tapi pada aku la, ia lebih kepada konsep 'kita tak sedar'..kita sebenarnya nak cakap berlandaskan hukum, tapi secara tak sengaja, kita rupanya telah jatuhkan hukum..:D

      Delete
  20. isk..memang ade org macam tu.nak hukum orang lain..pesan memesan da la kn.
    ade tu bila kita pesan kat dia, bole dia cakap
    "aurat aku bukan aurat kau".. susah beno org nak terima pesan memesan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa sangat dah dengar jawapan macam tu..hehehe..tapi rasanya kalau nak nasihatkan org ni, cara dan ayat tu kena betul..nada kena betul..jangan nampak yg kita bagi nasihat..:D

      Delete
  21. abg echi patut post banyak2 lagi pasal isu cam gini~ meningkat sikit ilmu gua pasal agama :) tq for sharing

    muhasabah2

    ReplyDelete
  22. manusia kan..
    memang mudah menjatuhkan sesuatu hukum dekat orang lain

    kau dah buat doosa besar,.. kau buat begitu begini kau dah sah-sah jadik ahli syurga..begitu begini..

    boleh menegur kesalahan, kesilapan & keterlanjuran orang lain tapi janganlah letakkan hukum masuk neraka syurga macam tuh..

    siapalah kita ni kan yang juga insan yang selalu buat salah dan silap

    p/s: dah lama xsinggah sini, satu ja nak cakap...
    H,kau punya template nih menakutkanlah...#__#

    ReplyDelete
    Replies
    1. erks..tima kasih sebab faham..hehehe

      p/s: aritu ada kes pembunuhan kat sini..:p

      Delete
    2. erk...pembunuhan perasaan...#_#

      Delete
    3. perasaan dah kena tanam..-_-"

      Delete
    4. habis ada kes pembunuhan apa nih...~_~

      Delete
  23. namanya manusia, akn terus menghukum dari menyatakan sesuatu yg sepatutnya dikatakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. entry ni peringatan untuk aku jugak sebenarnya..:)

      Delete
  24. Erm! Xnk hukum suke hati! Tapi hulurkn tgn ntuk kmbali ke pangkal jalan.;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana tangan yuyu? meh2 nak sambut..hahaha

      Delete
  25. Kau dok mengedog aku kau tak takut dosa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. err..takut..hahaha..tu bukan mengedog la..tu kira orentasi silatulrahim..kahkahkah

      Delete
    2. Kiranya aku membalas activiti mengedog kau tu tak kira berdosa la kan :|

      Delete
    3. berdosa atau tidak tu bukan aku yg tentukan..tapi kau bersalah..grrrr

      Delete
  26. aku bukan first..surrender..
    tapi aku nak bagi pendapat la sikit..tak salah menghukum kalau benda tu mmg dah terang2an salah..
    tapi kita tak tahu kesudahan seseorang tu..org yg jahat boleh jadi baik..kita tak tahu..
    so aku pun tak thu apa yg aku cuba sampaikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..menghukum tu tak salah..aaa..macam mana aku nak explain yer..kau baca la komen2 kat atas tu..kehkehkeh

      Delete
  27. Teringat drama 'Antara Garisan' macam tiru drama tu aje...he...he... yelah siapalh kita nak menghukum manusia lain...sedangkan kita pun tak tahu apakah peyudah kita nantikan....kena selalu berdoa supaya iman dan islam itu tetap milik kita!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..drama Antara Garisan tu pasal konsep org baik jadi org jahat..org jahat jadi org baik..tapi entry ni pasal limit..pasal makna dalam kata2..:D

      Delete

  28. Maha Suci Allah swt, Dia tetap Tuhan Yang Maha Esa walaupun seluruh makhluk bermaksiat kepadaNya..

    Kita masih boleh hidup bermasyarakat dengan cara salah satunya, Allah tutup aib2 antara kita.

    ReplyDelete
  29. orang suka guna perkataan dosa dan neraka, syurga. jarang berkata bahawa Dia murka. lama2, orang takut tak masuk ni, takut masuk tu, lalu lupa Yang Satu. huhu..

    sebagai manusia, kita tidak ada hak menghakimi org lain. tapi kita berhak untuk memberi nasihat. ni ayat ko, saya ringkaskan saja haha.. dan saya setuju H.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..ini la antara yg aku nak komen kat blog kau Apple..alaa, tempat yg aku kena maki tu..kehkeh

      Delete
  30. btl2..kita xde hak nk hukum seseorang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. err..kita ada hak nak hukum..tapi hukum dunia jer la..bukan hukum akhirat..:D

      Delete
  31. kalau dah tersalah sebut pon susah jugak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tersalah sebut xpe..sebab tak sengaja..hehehe

      Delete
  32. Ha....saya dah baca. Emm! lebih kurang la..

    Situasi dia sama seperti:

    1). Membawa seseorang ke arah cahaya/membawa orang itu keluar dari kegelapan hidup.
    2). Membawa sportlight suluh orang itu yang berada dalam kegelapan.

    Kalau faham, faham lah..
    Kalau tak faham... saya pun susah nak explain.

    Encik H dapat tangkap tak maksud saya?




    ReplyDelete
    Replies
    1. faham2..saya dapat tangkap apa maksud 'saya' tu..hehehe

      Delete
  33. erm btul tu.. pemikiran yg 'sempit' ni la selalu menghukum org utk terus dgn kerja terkutuk.. seolah-olah tak de peluang utk bertaubat... secara sedar atau tak kita sendri pon antara org yg menghukum... bagaimana?? dan kenapa?? mungkin kita dah terdidik bgitu dr awal... sekadar pendapat~~kalo salah maafkan saya.

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top