Header2

• 02 October 2012 •

Dikhianati - Part 2

Terbitan ini adalah lanjutan pada kisah sebelumnya.

Aku ada sorang adik. Adik kandung. Ini adik yang lain, bukan si penjamin waktu aku belum punya lesen kereta. Ini adalah adik lelaki bongsu yang aku ada. Waktu itu aku tinggal di Tanjung Malim. Adik aku pula tinggal di Klang. Dan sebelum ini dia ada bengkel kecil-kecilan untuk servis sistem pendingin hawa.

Jadi bila saja aku hal-hal yang berkaitan dengan kereta, aku akan hantar kepada dia. Maklumlah, adik-beradik. Apa sangat yang nak berkira. Lagipun dia punya ramai kenalan di sana. Dan aku pun tak kisah kalau perlu keluarkan sejumlah wang pada orang yang aku rasa patut untuk aku letakkan rasa percaya.

Mungkinkah ini punca pada kronologi cerita?

Tetapi. Itulah dia. Kadang-kadang banyak perkara yang tak terjangka, berlaku tanpa kita duga.

Kenari aku sebenarnya masih boleh diguna. Ada steering, ada tayar, boleh beroperasi seperti biasa. In fact, aku bawa kereta tu dari Sg. Petani ke Tg. Malim, dan dari Tg. Malim ke Klang tanpa masalah yang begitu ketara. Aku hantar kepada dia, berserta sedikit wang pemula, untuk perbaiki bahagian-bahagian yang rosak binasa. Dan sepatutnya seminggu kemudian aku ambil semula kereta.

Seminggu kemudian aku datang, kereta masih belum ada. Okey, tak apa. Aku datang minggu seterusnya. Kereta masih tetap tak ada. Minggu bertukar bulan, kereta aku tak ada juga. Dah dua bulan tunggu pun tetap juga tak kunjung ada. Aku dah mula syak. Bila aku tanya, pelbagai alasan yang aku terima. Kerana dia adik, aku diamkan saja. Mungkin dia kekurangan wang, jadi duit yang aku beri, dia pakai dulu buat sementara. Itu yang aku fikir, agaknya.

Perasaan syak aku makin ketara bila dah masuk tiga bulan pun kereta aku tetap tak ada. Aku tanya di mana bengkel kerata. Aku nak tengok Kenari tu dah jadi apa. Tapi dia kata, bengkel tutup hari Ahad. Maklumlah, Isnin hingga Sabtu aku bekerja. Jadi aku mohon cuti, aku datang hari Isnin, minggu seterusnya. Dia bawa aku ke bengkel. Bengkel tu tutup. And the best part is, singboard pun tak ada. Aku fikir positif saja. Mungkin bengkel orang Melayu, bajet nak buat signboard belum ada. Positif kan? Hahaha. Diam lah!

Worst come to worst, adik aku makin lama makin mengelak. Call pun tak angkat. Aku datang pun dia buat macam aku tak ada. Cilaka betul. Grrrrr..Dan akhirnya, aku ke balai buat laporan. Takut-takut kalau adik aku bawak pergi merompak, tak pasal-pasal aku jugak yang kena. Sebenarnya aku nak buat laporan hilang. Biar dia kena tanggap. Pedulik hapa aku. Tapi pihak polis nasihatkan aku supaya berbincang elok-elok. Dia suruh aku bersabar. Agaknya 9 bulan sebelum tu aku tak bersabar ke? Aku bayar loan tiap-tiap bulan tahu tak? Kalau aku ni mengandung, aku dah ada anak tau. Kalau! Grrrr...

Jadinya, aku buat laporan bahawa kereta tu aku serahkan kepada adik. Tujuan laporan untuk dapatkan semula kereta. Dan akhirnya, aku dapat semula kereta tu dan live happily ever after. Bagus betul kalau ending tu ada. Tak payah aku taip entry ni berjela-jela.

Aku tak dapat kereta tu. Diulangi, AKU TAK DAPAT kereta tu. Adik aku pun dah pindah daripada rumah sebelumnya. Keluarga aku tak tahu dia sekarang duduk kat mana. Nombor telefon dah berkali-kali ditukar. Hari Raya pun entah dah berapa tahun dia tak balik. Dah buat dajal kat aku, takut la tu nak jumpa keluarga.

Sekarang ni, aku dah tak bayar loan kereta. Surat lawyer pun dah dapat. Bukan nama aku jer yang kena, nama adik aku yang penjamin tu pun terbabit sama. Adik aku yang penjamin tu dah meninggal. Kemalangan motor masa balik kerja. Pun dia tak balik jenguk arwah abang dia. Mungkin kalau ditakdirkan aku yang meninggal, baru dia balik agaknya. Hmmm...

So nama aku blacklisted. Jangan kata nak beli rumah, nak buat loan AEON Kredit untuk beli handphone pun tak lepas. Nak beli kereta yang aku pakai sekarang ni pun kena loan kredit. Interest mahal pulak tu. 10% setahun. Nak renew road tax kereta pun susah. Sebab Kenari tu ada kes, mungkin pernah kena tahan kat mana-mana. Entah la, Tak tahu nak cakap macam mana. Susah kot bila dikhianati oleh orang yang sepatutnya kita boleh percaya. Rasa macam diperbodohkan pun ada.

Oh ya, dulu aku pernah nak buat laporan kereta tu hilang. Tapi tak boleh. Sebab polis kata, kalau buat laporan hilang, akan bercanggah dengan laporan sebelumnya. So sekarang, kalau aku buat laporan pun dah tak guna. Kenari tu dah tak ada perlindungan insuran. Hilang pun aku tetap kena bayar juga.

p/s: kalau korang, rasanya korang akan buat apa?


99 comments:

  1. fes, takziah buat adik ko..

    hmm, betul2 rasa dikhianati lah plak.. hmm, ntahla H.. hbgn adik beradik ni, ibarat air dicincang xkn putus.. so, mgkn bg aku.. maafkan je la walaupn sakit hati sgt2 sbab dibuat cmtu.. tapi kan.. hmm, ntahlaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa..adik aku meninggal dah lama jugak..over 2years kalau tak silap..:)

      Delete
  2. ish sampai mcm tu sekali.. hummm... ini membuatkan sy berfikir bahwasanya kat dunia ni susah nak percaya org walaupun adik sendiri.. sabo je la.. doa2 la at list dia mintak maaf ke apa kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya tak salah utk percaya..kita hidup memang perlu bergantung hidup dan letak percaya pada orang lain..cuma kena berpada-pada la..hehe

      Delete
    2. rasa mcm dah berpada2 tp still kena jgk kan.. itu lah namanya takdir tuhan.. huhuhu

      Delete
    3. hmmm tu la..nak buat macam mana..sabo jer la..grrr

      Delete
  3. Apa apa pon Encik H. Sila tabah hendaknya. Tolong sentiasa positif. Mungkin satu hari, lembut hati si adik nak balik semula pada keluarga kan. Who knows? Dan macam emma kata. Air di cincang takkan putus :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. well..hidup memang kena sentiasa positif..hehehe

      tapi kalau dia balik, memang siap la..aku tumbuk perut dia!!

      Delete
  4. aduhhhh sedihnyaaa tataw nk kata ape kes ni...cuba bole ckp bersabar tp tulaa menaip mmg senang..nak memikul tu aduhh parah..tabah ye en.h

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..insyaAllah..i'm not that weak..cuma kadang2 keadaan tu buat semua perkara jadi huru hara..

      Delete
    2. BTUL tu..tp bole taw adik beradik bape org *iskk bz body kan?

      Delete
  5. err betul2 complicated nih. kes kereta belum setel, tambah kes lain pulak. redha jelah. :)

    #lain kali jangan tampal car sign mcm tu. hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..pencuri tu curi macam2..tapi sign tu dia tak cabut..kuajaq sungguh..:p

      Delete
  6. Dia tu tak fikir ke akhirat esok?
    org yg memutuskan silaturrahim ni tak dpt cium bau syurga nauzubillahi min zalik :(

    Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya.. org2 yg kita percayai pun snggup buat kita mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkkk..he's still my brother..:D

      Delete
    2. Kan dia tu snggup khianat & larikan diri semua tu, kira dia cuba memutuskan silaturrahim la begitu..

      Delete
    3. hahaha..xpe2..aku tak menafikan pendapat ko..aku reply camtu maksud yg aku still xnak putuskan silaturrahim adik beradik..:)

      Delete
  7. Upah jer si penarik kereta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak pernah terfikir cara ni..and skg ni kalau nak upah, entah aku tak pasti adik aku ada kat mana..

      Delete
    2. Alamak! Ni nak kena mintak tolong Mael Lambong ni. Hehehe :D

      Delete
    3. Aku nak mintak tolong ah chai la..kahkahkah

      Cc: ym.bundle

      Delete
  8. Aku pernah hadapi pengkhianatan & dilema yg sama cuma jalan cite je berbeza. Lgpun permulaan cite aku berpunca drpd rasa percaya aku yg terlalu tinggi kut. Kira kebodohan aku jugak la weyh.

    So, apa update laporan polis tu? Siasatan dorang? Apa cite?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pernah tanya kat pegawai penyiasat pasal kes ni..dia kata either TTS (tiada tindakan susulan) or TTL (tiada tindakan lanjut)..aku tak ingat term yg mana satu..

      tapi apa yg aku tau..kes ni tak ada tindakan oleh pihak polis..alasan, aku buat report kereta ni bagi kat adik..so polis anggap ini masalah keluarga..

      Delete
    2. Ehh, mana boleh macam tu. Sesama family pun bleh wat jenayah apa. Bkn la maksudnya aku nak kata adek kau wat jenayah. Tp kira okey kau tak lapor kete tu kena curik, cuma kata kau bg kat adik kau, then hilang. Aku rasa still polis kena jejak la kete tu kat mana kan? Bln2 kau still byr tyme tu kan?

      Skang ni kiranya kete tu under tanggungjwb kau lagi tak? Means, outstanding payment kete tu camne? Still under komitmen kau? Ke dah insurans ke apa? Kalau dah dpt surat lawyer, bank dah tak kejar la ek?

      Delete
    3. itu la masalahnya..buat laporan polis tu sebenarnya hak kita..kita boleh laporkan apa-apa..kalau pergi balai tapi tak boleh buat report pun tak guna jugak..

      kereta tu atas nama aku, means still tggjwb aku..outstanding payment kereta tu aku dah stop bayar lebih setahun yg lepas..road tax and insuran pun dah mati..

      dah dapat surat lawyer..kalau bank kejar, aku lari..:D

      Delete
    4. Complicated seh masalah kau ni. Aku taktau if kau nak upah penarik kete maseh relevan tak. Sbb salunya penarik kete tu nak surat bank (yg mengatakan kau dah tunggak bayar etc etc). Plus, kau lak taktau kete tu sebenarnya wujud lg ke tak kan? Hilang lak tahun bila? Ntah kat negeri mana skang. Agak sukar kat situ utk upah penarik kete. Kecuali penarik kete tu org yg kau kenal & betul2 nak tolong la kut.

      Dulu aku hampir2 gak blacklisted. Bank mmg dah warning byk kali. Tinggal nak bukak case jek. Yg peliknya, kete dah tak bayar 9 bulan tp bank tak tarik. Teori aku, org yg pakai kete tu byr pd penarik kete utk tak tarik kete dea (kete aku sebenarnya), sort of wang perlindungan camtu r. Then aku deal ngan personnel bank (org atasan) yg anta surat kat aku tu, aku ckp aku mintak tolong bank tarik kete aku. Cite mmg cam simple. Tp macam2 yg aku lalui waktu tu. Gi balai, jpj, turun naek bank takyah cakap la. Tak lama pastu, baru bank dpt tarik.

      Selaen tu, aku gi jpj, bwk skali report polis. Aku ckp kete aku bkn kat tangan aku, so if ada org nak renew roadtax utk kete tu, aku mintak jpj block. Dlm masa yg sama, pegawai penyiasat jpj akan jejak la kete kau tu.

      Aku harap kete kau maseh wujud & adek kau pun maseh sehat walafiat. Dah lama tak dengar kabar berita, takut jugak apa2 jadik kat dea weyh.



      Delete
    5. aku tak sure kereta tu masih wujud ke tidak..tapi aku still harap adik aku sihat..

      Delete
    6. aku jeles makcik dah tak komen panjang2 camni kat entri aku..grr..

      Delete
    7. Erkkk! Pakcik, kau jeles ke kau perli sebenarnya? Sebenarnya kau lega kan aku dah tak menyemak lebih kat entry2 kau kan? :((

      Sory H! #_# Serba salah komen panjang. Huuuu

      Delete
    8. errr...aku okey jer..lagi panjang laaaaaagiiiiiii aku suka..hahaha..aku pulak yg serba salah sebab reply pendek2..:D

      Delete
  9. enH .. kereta tu skrg mcmna?? tahu kedudukan ke x?? ke skali kreta tu hilang ngn adik ko?? hmmmm payahla kn jd mcm ni... klu aq pun gila dah agak'y...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tau la kedudukan kereta yu macam mana and kat mana..adik aku pun dah bertahun tak balik raya..tak ada org yg tau dia kat mana..

      Delete
  10. ko patut upah penyiasat untuk siasat kes ni. Once kereta kau dah dapat semula, then the ending of your story akan wujudlah. Tapi tu pun kalau kau nak upah penyiasat tu lah. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku punya plan skg, pergi jumpa pihak bank, buat agreement utk bayar sikit2 setiap bulan..rm50 ke..

      Delete
  11. ini kes hampir sama dengan my kazen...kereta siap kena bakor sebab maling itu sakit hati sebab kete kena block (pakai kod) time sampai ipoh...

    kete hancur, hutang kena langsai jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena block pakai kod? macam mana tu? kindly explain :-?

      Delete
    2. kereta kena block pakai kod? guna GPS ke? atauu kereta yg pakai sistem automatik?

      Delete
  12. hmm . baik buruk dia , dia tetap darah daging kita . katalah kalau smua orang dh kene nainya dengan dia, then, smua orang xsuka dia, smua duk marah, maki hamun, then sape yang akan kata bendabenda baik kat dia? katakata tu doa . sape akan sayang dia kalau bukan keluarga ? doadoakanlah, mudahmudahan Allah buka hati dia . mogamoga Allah bagi kesedaran kat dia . smoga Allah bagi petunjuk dan hidayah utk dia. jauh mana pun dia pergi, lama mana tak bertemu mata , jahat mana pun perangai dia, dia tetap darah daging kita . ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. well..nama pun adik beradik..kat mulut mungkin dah maki berbakul2..tapi dalam hati, tak tergamak kot nak doakan benda yang buruk2..

      cuma masalahnya..pengkhianatan ni terlalu ketara..zalim sgt bila adik sendiri buat aku macam tu..sampai betul2 susah aku dibuat dia..

      Delete
    2. dan sakit tu lagi sakit bila darah daging kita sendiri . sabar + redha . aku tau tak mudah . tp, anggap saja semua susah yg kita dpt ni, kafarah dosa kita . mgkin ada salah yg kita buat dan kita xsedar. semua yg berlaku ni mesti ada hikmah . mgkin kita je xtau lg apa hikmah smua ni . chill ! ^^

      Delete
  13. Hmm.. kes serupa jadi kat kakak saya tapi melibatkan mak saudara 3pupu. Tiap bulan dia bayar loan thru makcik tapi tiba2, keta dia kena tarik, alasan, xdibayar 3bulan lebih. rupa2nya mck wat serong kat bayaran keta tu. tragis. hbgn kami adk beradik ok sebab hmpr tiap bulan berkumpul rumah parents.

    berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, jadi saya rasa beban H terlalu besar. Bank tak kisah pun hal camni H, yg pntg duit. hmm..

    saya rasa H patut laporkan kecurian dan batalkan laporan pertama. mungkin bank ada leniency akan hal begini jika laporan polis berkaitan keta hilang diselitkan, mungkin. Tambahkan laporan adik hilang. polis mmg takkan ambil pot hal ni sngt jadi H boleh hantarkan kepada stesen TV minta bantuan jejak adik H-kot2 dia merempat kat mana2 dan dalam kesusahan, sapa tahu dia dah insaf tp takut gara2 hal keta.

    harap2 adalah kebaikan akhirnya H.

    ReplyDelete
    Replies
    1. option untuk tarik balik kes yg pertama dan laporkan kehilangan sebagai kes kedua tu memang ada..tapi at the end, tak nampak hala tuju laporan tu ke mana..

      aku tetap kena bayar tunggakan hitang lama..even kereta tu sekarang tak ada..

      p/s: sebenarnya aku terpaksa stop bayar loan kereta sebab 3 bulan aku menganggur tak kerja..

      Delete
    2. jd skrg camne H? takde keje lagi ke?
      if ko berminat, if shj sbb bnd ni menguntungkan kat sini dan blm smp kat smjung even bnyk permintaan, ko tgk link ni, Apple rasa ada market. jika H berminat nak tahu lebih, Apple akan emelkan data. mcm berjual produk lak kan? hampeh je rasa. haha.. tapi informkan kat bawah post di bawah ni k.

      Ruth Basket

      Delete
    3. sekarang ni aku dah keje la Apple..:D

      p/s: aku dah tengok link tu..maybe kalau kau bagi detail explanation, aku akan rasa lagi berminat..:D

      Delete
    4. Laa. Baguslah. buat org risau pula ko ni H. Lol. sbnrnya tu bisnes bakul plastik tapi dgn corak. skrg dah jd trend kat sabah di klgn guru2. lol. sbb blm lg samapi ke smjung jadi kot2 dpt bntu H, tapi da ada keje, baguslah H. haha..

      Delete
    5. explain la lagi Apple..kot2 aku boleh jadi distributor kat area Kuantan..hehehe

      Delete
  14. Sayang..protect..cherish orang yang buat baik dengan kita je..Dezee yang kata H.Heh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku akan sayang, protect and cherish for whom i love..:p

      Delete
  15. aduyaiii

    byk betul dugaan, kalau aku dah meroyan dah, maklumlah nak beli kreta sebijik bukannya senang

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal beb..kalau ikutkan sebenarnya aku nak beli Harrier..tapi dah interest 10% setahun, tak termampu aku nak tanggung..

      Delete
  16. perghh..adik ko wat hal..tak saspek abg betul..nasib syurga bukan dibawah telapak kaki abang kan..haha..tapi kalau kakikan bleh gak..haha..ko maapkan la dia..nanti2 dia balik la tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..apa nak buat bro..redhooooooo jer la...

      Delete
  17. err macam2 hal duniawi.. sabar ye awk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah..dah sabar bertahun2 dah..hahaha

      Delete
  18. pedihnya mata yang membaca.

    tapi kenapa adik kandung begitu? tak jumpa ke time raya? tak ada rasa nak bersaudara ke?

    melampau sangat. pendapat yg boleh diberi...kena dptkan khidmat guaman dan bantuan perundangan.

    AKPK dah cuba?

    ReplyDelete
  19. huhuhuhuhu. tak reti nak tolong tapi nak komen jugak boleh??? huhuhuhu. memanglaaa adik. tapi kalau dia buat naya kat aku sampai melibatkan khidupan aku akan dtg. dan akn dtg. musnahkan jalan hidup aku yang lurus. eceh! lurus sangat. memang aku mrh. nak positif? huh! myb tgu aku hilang ingtan dan lupa baru leh positif kot. tapiiiiiiiiiii, tue bila aku mrh. bila aku dah tenang sikit selepas enmblas tahun, dan masa tuh aku dah ada kete baru yang nalaaa punya. okeh! aku positif! amek laaaa kate tu kat kau. bukan rezeki aku. ALLah nak bagi lebih baik kat aku neh. ferari! :) saba bro! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..komen ni masuk spam rupanya..hehehe..meh pinjam ferrari jap..nak pegi racing..kehkeh

      Delete
  20. sedehh la kisah kau ni.. adik sendiri tu... sabar eh... hope suatu hari nanti dia balik jugak... comes hell or high water , he's still your brother kan... have patient...

    macam yang ko kate , ko akan protect , cherish whom you love ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. comes hell or high water? wah2..pengaruh novel kuat sangat kau nih..:D

      well then, he's still my brother..dajalkan aku camne pun, tapi kalau ada apa2 jadi kat dia, for sure aku pun rasa kesannya..

      Delete
  21. dah ramai komen. aku ada sejibik motor sahaja jadi permasalahan motokar seperti ini tak dapat aku selami dengan telus. kau abang yang baik H....tak sampai hati nak bagi adik kena "tanggap" kan H.


    semoga adik kau baik-baik sahaja. kenari tu harta dunia semata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah la Aien..kalau ikutkan marah, aku nak jer biar dia kena tangkap..biar padan muka dia..tapi on the other side, aku tau aku akan kesian kat dia..

      Delete
    2. tersepit kerana ada rasa kasih adik beradik.


      refer komen si Izzah atas ni ye H...Hariz. :P
      #aku suka komen dia.

      Delete
    3. Erkk..macam mana kau tau nama aku Encik Haris? grrrr

      Delete
  22. Sampai hati adik u buat macam tu? Dia x balik beraya ke? U ll macam rengang semacam lepas tu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama dah x jumpa dia..kalau jumpa memang dah kena lempang agaknya budak tu..hehehe

      Delete
  23. sedihnya..apasal adik tu teruk sgt..geram plak..kereta tu smpai skrg xjumpa ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai skg x jumpa..tak tahu entah apa cerita..

      Delete
  24. GILER LA .. NI KIRE KES "BUNUH" GAK R .. ADIK TIKAM ABANG ..
    EEE ..

    KALO LA KENE KAT SY .. MYBE DA UPAH PENYIASAT PERSENDIRIAN KOT .. KUIKUI ..

    TP MEMG GILER R .. XDE OTAK .. SIAN LA KNE BLAKLIST SBB BUKN KSLHAN YG KITE WAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa nak buat..terima jer la kot..huhu

      Delete
  25. sedihnyeeeee adek sdiri buat mcm tu.

    ReplyDelete
  26. susah jugak...haish...nasib kau la tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..dah nasib..harap2 akan okey..:)

      Delete
  27. complicated nye..fuhhh.. btw, moga teru tabah :D

    ReplyDelete
  28. ish... bgtaw je polis pasal citer sebenarnya..
    atleast bila ada report, leh jadi bukti kat pihak bank or pape pun lah..

    kau jangan risaw..sebab bukan kau sorang je kat dunia ni yng ada adik wat dajal camtu.. aku pun same..uhuk, uhuk :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dah bgtau polis ceritaa sebenarnya, then polis tu la yg advise buat report bagi kat adik..salinan report tu still ada..

      err..kau pun sama jugak ke? hahaha..senasib la kita...

      Delete
    2. hahaha... tapi tak seteruk kau lah :P

      Delete
    3. erkk..teruknya aku..-_-"

      Delete
  29. huuuu~ xmahir bab2 ni...tapi camne nak selesaikannye tu? bayar pada benda yng takde.. huuu~ polis pun xley tolong cari ke location keta tu kat mana dia berada..at least tahu la jugak kan kat mana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..nak bayar, benda dah takde..nak cari, tak dapat jumpa..tak tau dah nak mintak tolong kat polis mana..

      Delete
  30. kecewa, saki tdan hancurnya hati bila orang yang sepatutnya kita percaya buat macam tuh..

    patutlah abang ipar pernah pesan, bila berkait dengan soal percaya, walau dengan keluarga sendiri pun jangan letakkan kepercayaan yang penuh. adik-beradik pun boleh khianati darah dagingnyanya sendiri

    menakutkan, tapi Alhamdulillah..setakat ni keluarga SKl semuanya baik2 belaka

    dan H,,moga terus tabah..kalau jumpa kasi tumbuk muka dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jumpa, H nak tumbuk perut dia..grrrr...

      Delete
    2. ok,,tumbuk jelah kat mana2 yg H nak, janji puas..yeah..

      Delete
  31. Hish...memang geram tu.... rasa nak lempang aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lempang jer dia hainom..lempang kuat2..grrrrr

      Delete
  32. Hmmm.. patut kalau x bayar kete, org bank pandai jer carik kereta tu untuk tarik.Tp bank pon lembab..ish.. kesiannya..10% setahun tuh..banyak..kalau mcm tu nak xnak mesti bayar on time.banyak penalty sana sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la masalahnya..cadang nak buat early payment..maybe lepas CNY tahun depan..:)

      Delete
  33. harap pagar, pagar makan padi..grr!

    ReplyDelete
    Replies
    1. harapkan 'pegar' la kak hus..'pegar' tu sejenis burung..hahaha

      Delete
    2. sungguh ka?? tp knapa ramai yg cakap mcm pagar?? -.-'

      Delete
    3. sebab ejaan masa dulu kot..org dulu2 kan eja jawi..tu yg lama2 terbiasa dieja sebagai pagar..

      sama jugak macam melepaskan batuk di tangga..ejaan sebenarnya batok..batok tu means pencedok air utk cuci kaki..hehehe

      Delete
  34. owh..baru tahu..
    mlm tu kebetulan tgh tgk drama melayu apa tah ada pelakon sebut harapkan pagar, pagar mkn padi, abah husna tnya kenapa peribahasa tu mcm tu haa?? kami yg lain nie tergaru-garu..bm pon cukup2 mkn..haha..
    nak kena bg taw nih..hehe..tq..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. adoii..maaf lar terkomen lain plak..igt nak rep yg komen atas tu..-.-'

      Delete
    2. hahaha..xpe2..xde efek pun kalau komen kat mana2..kak hus punya pasal, semua boleh..:p

      Delete
  35. erm sadis..takziah.. byk dugaan hang kan..Allah syg hang lebih ni. Hrap2 one day nti adik hang tu akn pulng ke pangkuan keluarga dan bermaafan la ye.. sebelum bermaafan tu han hempukk dulu dia guna beluti

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top