Header2

• 24 October 2012 •

Satu Kali Satu, Dua Kali Kosong

Satu kali satu. Satu aku, dan satu kamu. Aku kira kecintaan kali ini bermula lebih kurang 8 bulan yang lalu, dengan tiga kalimah mudah dilakar menjadi saksi yang bisu. Saat itu, aku memilih bersama kamu untuk luahkan apa terbuku. Saat itu, aku memilih berteman kamu untuk menyulam senyum yang palsu.

Persisnya ingatan aku terhadap dia secara tak langsung merapatkan kita. Pada kamu aku mula kongsi cerita, pada kamu aku mula leraikan rasa. Dengan metafora maya melindung nada, dengan anafora kata menghias sukma, dan dengan epifora bahasa sulam bicara, kita mula berkasih dalam julat keterbukaan yang tidak dijangka. Halus, telus, tenang melangkah melangkau masa.

*****

Satu kali kosong. Satu aku, dan kosong kamu. Andai disingkap pada tirai kenangan waktu, perkasihan kita mulanya tak ada siapa yang tahu. Cuma aku tahu yang aku ada kamu, cuma kamu tahu yang kamu ada aku. Dan cuma kita yang tahu kebebasan mutlak seorang aku, mengisi kekosongan di dada kamu. Kekosongan yang aku isi dengan penuh kasih tulus yang satu.

Kini setelah bergulirnya waktu, cerita kita tak lagi cuma seorang tahu. Meski tidak beribu, tapi kisah ini sudah mula tersebar dari satu ke selepas satu. Sudah ramai yang dapat melihat, sudah ramai yang bisa menghidu. Ibarat sembunyi di langsir pintu, seperlahan mana tirai disingkap, lambat laun lirikan mata tetap bertemu. Dan kini, berpasangan mata menyaksi kamu, tanpa aku rasa cemburu.

*****

Satu kali kosong. Satu kamu, dan kosong aku. Masa yang pantas berlalu tak pernah dapat menghentikan waktu. Dan akhirnya, aku kadang-kadang seperti kian ditinggalkan. Ditinggalkan dalam komposisi cernaan akal yang penuh kekosongan. Menjadikan aku adakalanya separa bisu. Tercari-cari luahan termampu untuk terus temani kamu.

Aku kira kekosongan bukanlah suatu pilihan. Ada masanya aku penuh bernafsu melakarkan bahasa bisu untuk deria pandangan kamu. Ada masanya aku terkial kaku melukiskan coretan baru untuk dikongsi bersama waktu . Menitikan kata-kata indah untuk halwa telinga kamu kini tidak lagi mudah seperti dulu. Namun harus kamu tahu bahawa aku tetap sayangkan kamu, sepertimana perasaan yang bermula lewat 8 bulan yang lalu.

p/s: terbitan ini menggenapkan seperatus daripada sepuluh ribu..


119 comments:

  1. dah macam siti sifir bila ke sini..!
    H, berbunga2 bahasa kamu..sukar sungguh untuk di mengerti..heeee.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehkeh..lenkali kita belajar math lagi ea..sifir 3 plak :p

      Delete
  2. Encik H.
    Tahniah untuk entry ni. Sungguh tak dapat tangkap satu apa.
    Dan sye rasa. Memang itu yg encik H mahu, bukan?
    O.O

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..bagus2..tujuan entry ni memang nak tengok sape yg boleh kupas dan faham..:D

      Delete
  3. -___________- mohon pencerahan berkaitan entri dlm bahasa melayu yg mudah dihadam...

    ReplyDelete
  4. Kenapa bukan diberikan kepada saya ye.
    Cantik bahasa. Indah kata2. Bila nak dijadikan semuanya nyata?

    Atau mmg kenyataan?

    Deria saya masih lagi belum boleh menghidu bau apa sebenarnya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ia memang satu kenyataan..tapi xleh hidu, kena fikir dengan mata..:D

      Delete
  5. satu kali hmmm.. tak tahu nak kali dgn berapa dah.. puitis dan dalam maksud nya..

    masih tak beruapaya memjuk ke apa??

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa..ini takde kaitan dengan entry memujuk aritu..ini pasal lain..hehehe

      Delete
  6. tiga kali baca masih tak faham. haha. Nie syair buat kekasih ke. Heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..tak2..ni benchmark utk something yg tak ada makna apa2..:p

      Delete
    2. kenapa xda makna apa-apa..? mmg lansung xbermaknakah?

      Delete
    3. ada makna..tapi..errr susah nak esplen..:)

      Delete
    4. memang xde buat sementara ni..EN.H cover je tu ;)

      Delete
    5. errrr...errrr...esplen esok ea..hehehe

      Delete
  7. math ke bm ni cikgu? *konfius*
    okla tu dah 8 bulan. :)

    1% daripada 10000 = 100.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni sejarah la chic na..dah 8 bulan, sebulan lagi bersalin la..hehehe

      yup2..1% drpd 10000 = 100 :)

      Delete
    2. oh sejarah. tak minat, tutup buku. ZZZZZZ..

      Delete
    3. heppp..nak belajar ke xnak ni? grrrrr

      Delete
    4. ajar add math plissss.. 0_o

      Delete
    5. cikgu failed add math..hahaha

      Delete
  8. Hampir 1000X1 na bace jawapannya kosong
    Mmg xphm ape yg ada pada 1x1
    Dan day try darab dgn 2 still dpt kosong sbb xbole carik kamus bahasa melayu skrng ni -_-"


    Selamat pengantin baru awk! Semoga kekal hingga ke akhir hayat

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, H kawen tak jemput aku pon? sampai ati. huh, tanak kawan. :(

      Puteri Hang Lido malas log in sbb on9 via mobile gara-gara tercampak ke tempat jin bertendang -_-

      Delete
    2. Puteri Hang Lido ni entry utk jemputan kawen dye laa ni ;) jgn lupa dtg okay ;)

      Delete
    3. hepp..sape pulak yg nk kawen ni? hahaha..

      Delete
    4. KITA la hahahahaah *joking okay!

      Delete
    5. owh kita ke? yeahh!! yeahh!!

      Delete
    6. kiutttt! da laa mcm lari topic da ni..
      hehe sorry klau tersilap bhasa n terlebig gurau
      ^^selamat hari raya aidil adha~^^

      Delete
  9. Melakar bahasa bisu antara kau dan kamu, melontar irama bahasa nan syahdu, mencurah gelombang kata buat perenang irama bahasa yg hanya kau dan kamu yg tahu menerbitkan sejuta rasa kagum dalam memori seorang aku. Semoga cinta kau buat kamu itu tercapai hingga ke puncak Kinabalu.

    p/s: Kau buat aku rindu Mr. Captain la H..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeng jeng jeng..ini bukan entry percintaan penuh syahdu tau..ini pasal lain..kalau ada masa nanti aku bgtau..

      p/s: Mr. Capt kau ke mana?

      Delete
    2. Sebenarnye....aku ada je depan mata Mr. Captain untuk 3hari ni. Dan disebabkan itu jugaklah aku tercampak kat Terminal Bersepadu Selatan sorang-sorang sebab tiket balik Batu Pahat dah habis. hampeh.. kalau aku tahu, langsung aku stay dengan Mr Captain. cehhh !

      Delete
    3. bistu kau x balik raya ke ni?

      Delete
    4. Aku balik.. erm... aku malas nak taip balik.. karang berbuih pulak mulut aku. ko baca la sendiri apa yang aku merapu meraban kat blog aku tu.. huhu

      Delete
    5. ohoo..xpe la balik lambat pun..at least sampai kampung..

      Delete
  10. huhu..pening membacanya..follow sini:)

    ReplyDelete
  11. Setiap kali usai solat, sy selalu harapkan dia yg duduk disejadah hadapan sy. setiaphari sy tunggu email drnya. setiapsaat sy nantikan inbox sy diketuk. tapi semuanya kosong. setiaphari menangis kenapa kita begini.. sy ingin cerita padanya; sy curi gambarnya di mukabuku untuk ubati kerinduan sebelum profile picturenya menjadi kanak2 usia 7thn memakai seragam bomba dan kemudiannya terus hilang tanpa pesanan.. 2kali kosong= 1x1=1, kan..? jika dia turut sudi temui sy; ini dialog yg telah lama sy simpan utknya. "awk,jom kita nikah.."

    ReplyDelete
    Replies
    1. & sy sayangkan dia 2kali ganda lebih dari dia sygkan sy..

      Delete
    2. perghh..jiwangnyewww :o

      Delete
    3. anon: insyaAllah suatu masa nanti dia akan 'nampak' awak..hopee for the best okey..:)

      bundle: jangan la buli anon aku..grrrrr

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. haaa..ko komen apa ni..hahaha

      Delete
    6. aku salah kotak reply je pon..komen yang delete ni dah paste kat bawah tu la..grrr..

      p/s : aku benci la masuk blog ko h..komen banyak sgt dah kebelakangan ni aku tgk..pemes gila ko skg kan...huh..(ni bukan sindiran, ni betul aku jeles)..grrr

      Delete
    7. ceh..xde maknanya pemes weh..komen banyak tu pun sebab ko dgn na reply2 komen..tambah dgn komen yg aku reply..tu yg macam byk tu..padahal 30 jer kot..

      Delete
    8. eleh ko..merendah diri la konon..hahahhaa..ratus2 je skg komen entri ko kan..jeles siak..yg reply tu takyah kira la..janji banyak..hahah..

      mohon tips..

      Delete
    9. tips? senang jer..ko balik keje jgn mandi..bini suka bau badan suami..kahkahkah

      pantang nampak perkataan tips or petua, aku mesti teringat tips busuk tu..grrrr

      Delete
    10. A'ah abgH skrng da fofuler! Da femessss wewitttttttt :D

      Delete
    11. eleh na pon sama..kbai..haha

      Delete
  12. Susahnya nak hafal sifir kosong ni. Warghhhhhhh! ~X(

    Nanti hari Isnin nak kena baca depan perhimpunan pulak tu. Tapi tak dapat hafal lagi ni. Abes la kena denda berdiri bawah tiang bendera tu sampai loceng bunyik :-S

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe..esok baru hari jumaat..sempat lagi kalau nak study ni..hehehe..nak study group sama2 x? :p

      Delete
  13. air kosong satu Incik Haris.


    errr..Izzah kehausan saat cuba memahami terbitan kali ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lisa dtg bawak tehh oo ais Aien hehe

      Delete
    2. kesian Izzah..sampai haus jer..Lisa tolong bagi air tu kat Izzah pls..#_#

      Delete
    3. kan u dah pecat bibik kita :|

      Delete
    4. yelaa u syik tdo bilik bibik mcmne x pecat ;D

      Delete
    5. salah bilik la..sape suh u amik bibik yg seksi2..hahaha

      Delete
  14. aku makan tapi tak hadam...
    aku baca tapi tak faham...

    kenapa aku tak faham ye..??
    1x1=1...2x0=0... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. makanan tu kena sampai kat hati..fahaman tu kena sampai kat emosi..hehehe..1x1=1, 2x0=0, tapi jawapan dia bukan 10..:p

      Delete
  15. ape maksud nombor tu. semuanye sama ea.. ke kosong..kosong.bab kata najwa latif.hehe
    memang kisah antara dua orang ni da makin tersebar, tapi entry masih bermain teka teki lagi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksud nombor2 tu x sama..lain2 kot..hehehe..entry ni memang sengaja dibuat dengan teka teki..just nak tengok siapa yg boleh cuba2 fahami..:p

      Delete
    2. da taw da jwpn teka teki ni = RAHSIA KAN?

      Delete
    3. jawapan dia esok Na..hahaha

      Delete
  16. selagi hidup berjiwa hamba, pasti tetap terjajah abadi- usman awang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..hahaha..apa motif tuan hamba ni? idak ler hamba mampu nak memahamnyer..kehkehkeh

      Delete
    2. kan masing2 da xfaham masing2 kosong-kosong

      Delete
    3. komen bundle tu mcm xde kaitan dgn entry jer..kahkah

      Delete
    4. awk pun buat entry mcm xde kaitan dgn blog ni BOLE?
      hahaha

      Delete
  17. Ahh. Aku kelu. Aku macam tak percaya ini tulisan seorang LELAKI. Untung perempuan yang memiliki kau. Lelaki jiwa jiwa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..entry ni bukan pasal perempuan..hehehe

      Delete
  18. adehh..
    masuk sni trs di ajar sifir la plak..suma asyik darab kosong je bila nk dapatnya?

    psst!selalunya bila kita rapat dgn seseorg tuk meluahkan perasaan tetiba dari hari ke hari makin rapat,rapat dan akhirnya...jadilah satu kali satu = aku dan kamu.hahahaha
    btul kan H?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok2 esok kita darab 3 pulak ea..:D

      errr..salah..kot..hahaha

      Delete
  19. en H, entry kali ni meyentuh hati saya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa..xde niat nak sentuh hati sesiapa nih..kehkeh

      Delete
  20. Adakah entri ini untuk budak-budak sekolah mengenal sifir matematik dengan lebih mudah. Ataupun entri yang memeningkan khalayak yang ingin memahami setiap maksud yang tersurat dalam entri ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni bukan entri untuk budak2 der..sastera ni..pewaris usman awang..tapi betul dia mmg nak peningkan org yang cuba2 nak paham..so senang citer tak payah cuba paham..dia mmg style syok sendiri je nak paham sorang..hahaha..

      Delete
    2. hazmin: entry ni memang utk memeningkan khayalak..:D

      bundle: hahaha..jahak demo..

      Delete
    3. hahha..jgn mara h..ko mmg camtu kan..suka buat org tak paham..haha..selamat hari raya..meh la raya umah aku..ketupat lemang ade ni..

      Delete
    4. eh takdenya aku nak marah..lagi aku gelak baca komen ko ada la..kahkah..selamat hari raya weh..tahun depan jgn lupa buat aqiqah utk anak..

      Delete
    5. ^^selamat hari raya aidil adha ^^

      nape mcm xjemput na ni???

      Delete
    6. bkn jeles sakit hati kittew ! hehe

      Delete
    7. abg bundle sila jawab..adik na dah sakit hati tu..haha

      Delete
    8. na meh datang umah aku skg gak..grr..tak sabar dah aku nak korbankan ko ni..haha

      Delete
    9. Sampai ke hati??? Huhuhu "̮

      Delete
  21. Jadi kesimpulannya apa? 8 bulan itu selepas 1x1, 1x0 dan 0x1? Kebarangkaliannya y=mx, atau y = [m/x] +c mengikut garisan songsang.

    Bila nak kawen dgn 'dia' tu?

    ReplyDelete
  22. tolong ajar aku ayat2 bunga mcm ni..boleh lah aku pikat hati syida jadi bini aku :p
    hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau biar betul nak pikat syida guna ayat bunga2 camni..ada mengamuk dia tu kang..hahaha

      Delete
    2. ooo..ni rupenye fik..haha..salam kenal bro..kawin nanti jgn lupa jemput..

      Delete
    3. selamat pengantin baru fiq ;)

      Delete
    4. Ko ni, semua ko nak tibai Selamat Pengantin Baru. Orang tu tak kawin lagi la na. haha :P

      Delete
    5. belum lagi ke? mana laa taw org wish je ;)

      Delete
  23. walaupun Ima future cikgu bm tp still di awangan bila baca entry MR H..AHAHAHAH..indahnya bahasa kita ;)

    ReplyDelete
  24. Salam Aidiladha untuk awk. Tahun ni, taknak beraya rumah saya..? hehe.. haritu ada masak-masak, ingat nak ajak awk, tapi..
    ermm..tapi syawal dah habis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni raya haji ni awk ada buat makan2 x?

      Delete
  25. Replies
    1. 0x0 ada..tapi sebelum 8 bulan lepas ler..hahaha

      Delete
  26. kosong tetap menjadi kosong. huhu..

    p/s: salam aidiladha

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..kosong tetap jadi dua la..hehehe

      p/s: salam aidiladha jugak

      Delete
  27. En H, minta semak kotak inbox di FB anda. terima kasih..

    ReplyDelete
  28. haha..lawak pulak baca semua komen kat atas..
    dan sama seperti diorang, husna x berjiwa sastera..kui3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi kak hus gelakkan org..malahai dia pun sama..hahaha

      Delete
  29. erkk..pencerahan dia menyusul malam nanti..hahaha

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top