Header2

• 13 October 2012 •

Satu Bintang

Andai kalian baca terbitan-terbitan lama saat blog ini mula-mula dicipta, kalian akan sedar bahawa kebanyakan cerita aku lebih menjurus kepada dia. Kali ini masih tetap sama. Masih cerita tentang dia, tapi dalam pengisian yang aku kira sedikit berbeza.

Sebenarnya ini cuma terbitan untuk ucapan Selamat Hari Lahir, jua interpretasi kepada sebahagian perasaan aku yang sedikitpun seakan tak pernah berakhir.

To my everdearest you, Selamat Hari Lahir untuk kesekian kalinya. Harap kamu sihat-sihat sahaja. Harap kamu sentiasa gembira. Harap kamu nikmati setiap hari dengan lebih bermakna. Aku sisipkan lagu ini, lagu yang pernah kita dengar sewaktu kita masih bersama. Lagu yang aku kira menyampaikan semua rasa, meski 'kita' kini tiada.




Aku tak tahu sejauh mana atau selama mana perasaan ini akan terus kekal dan terwujud ada. Apa yang aku tahu, kamu masih dan tetap ada. Bagaikan satu lagenda bernyawa, tegar membayangi aku biarpun jauh kaki kelana. Seperti bait-bait kata yang sedang menjamah telinga, perasaan aku akan tetap bersama walau jasad kini semakin sirna.

Tapi, ada tapinya.

Kebelakangan ini interaksi dua hala antara kita nampak dah kembali pulih seperti biasa. Dah boleh kembali bergurau senda, dah boleh kembali beramah mesra. Apakah mungkin, ikatan yang terlerai bakal kembali bertaut semula? Apakah mungkin, sebahagian kisah yang dulu bakal kembali terjalin semula? Aku harap 'ya' dan 'ya', tapi segalanya tertakdir pada ketentuan Yang Maha Kuasa.

Sesungguhnya kamu adalah antara kisah terbaik yang berlaku sepanjang usia. :)

p/s: aku rasa terbitan-terbitan kat sini dia tak akan dan tak pernah baca..in fact, dia tak pernah tahu pun yang blog ni ada..tapi andai kalian kenal siapa empunya diri yang aku cerita, mohon dan mohon JANGAN maklumkan kepada dia.


104 comments:

  1. Mohon kenalkan aku pada dia.. :">

    ReplyDelete
  2. wew . dramatik dihayati dgn lagu .

    ehm.tak salah pun kalau terpaut kembali ikatan yg terurai, cubalah selagi ada waktu :))

    #apa tajuk lagu ni ? kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. tadi lagu lewat semesta..lupa nak tukar..#_#

      Delete
  3. sungguh aku takkan dpt jadi pengomen pertama...
    sobs3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..cuba lagi..jgn putus asa..kahkahkah

      Delete
  4. H, anda sangat romantik laa... ho3... sy jeles.. kah3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni bukan romantik emma! dia penakut..Hahahahaha...

      Delete
    2. hahahahaha..ai romantik okey...:))

      Delete
    3. hahahaha.. *alamak, nk sokong sape ni?***

      Delete
    4. jangan sokong sida-sida..kahkahkah

      Delete
    5. okey2.. memandkan I sgt suka2 ngn jejaka romantik, so I sokong U H.. ^^ hahahh

      Delete
  5. ada harapan lagi tu. cantum balik part2 yg terlerai. hihihi..

    err first time dengar lagu ni. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. harapan? errr..entah..tak banyak kot..hahaha

      p/s: salah satu lagu feveret H :D

      Delete
    2. sape tau kan? :)

      lagu favret H semuanya rare tp sedap jugak bila dengar. hehe..

      Delete
    3. errr..aaaa..thanks :D

      Delete
  6. Dalam hidup, ada sesuatu yang paling indah untuk dikupas, dan paling sukar untuk dirungkai...kan?

    ReplyDelete
  7. Amin..semoga yg ape yg diharap kan "YA" akn menjadi kenyataan...Insyaallah..! MRH na smlm saje tgkkk entry ² lama jna! Yaallah x sangka awk bace dari 1st entry! SUMPAH terharu...! Jna sndri mengaku jna xpernah buat kat blog sape ² mcm tu! Again TQ! *siyes terharu! Awk mmg ohsem :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..errr..terharu jer? upah xde? hahaha

      Delete
    2. Adalah rahsia bg alamat cepat!

      Delete
    3. nak masuk meminang ke? cepat sikit tau..zzzzzz

      Delete
  8. Sape nyanyi lagu ni H? Sedapp! Err aku taktau nak komen apa. Feeling sangat baca entry ni sambil dengar lagu tu. Hahaha! Dulu2 pernah gak aku mengharapkan aku akan terjumpa sebuah laman penulisan yang ceritanya rupanya banyak berkisar pasal aku. Hehehe. Konon2 macam ni la. Ada blog yg tulis tentang perasaan pada aku, & dea pun taknak aku tau psl blog tu. Erk! Nampak tak mmg terfeeling lebih kat situ. Hahaha! Tapi nyatanya, benda tu memang takde :|

    Aku rasa aku macam tau siapa si dea :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kalau la suatu masa nanti tiba2 that girl tau pasal blog ni, aku harap dia tau sendiri..bukan aku bgtau, bukan siapa2 bgtau..means, atas effort dia sendiri..itu yg aku harap la..kehkeh

      p/s: Awan Band - Satu Bintang

      Delete
  9. Replies
    1. rasa macam hiba sangat dgr suara penyanyi ni..macam dia betul2 terbeban time tengah nyanyi..>.<

      Delete
  10. Nak tambah tapi juga, boleh encik H?

    Jangan terlalu meletakkan harapan terlalu tinggi.
    Takut andai jawapannya, bukan 'ya'.
    Sakit makin terasa. Diri err, merana?
    Hehe.

    Harapnya. Encik H sedia untuk terima apa sahaja kesudahannya. Dan harapnya, berakhir dengan 'ya' kisah kalian berdua. Semoga 'ya' menjadi nyata!

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah tidak..hope for the best, but always prepare for the worst..:)

      Delete
    2. nak tumpang komen sini lah. huhu..

      moga 'ya' juga pengakhirannya ;D

      Delete
  11. masih ada cinta ??


    take ur time beb :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Feelings that came back are feelings that never went away :)

      Delete
  12. Replies
    1. biskut apa? kalau biskut yg pjg2 pastu dalamm ada ceklat or stoberi tu aku nak la..

      Delete
    2. mintak kat bundle..kehkeh

      Delete
  13. baguslah bila dah kembali pulih.... msh ada hrpn lg tu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. harapan tu sebenarnya boleh dianggap tak ada..but still, masih tertakluk pada ketentuan Yang Maha Esa..:D

      Delete
  14. ada jodoh,insyallah tak ke mana :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..kalau ditakdirkan tak ada, usaha sekuat mana pun tetap tak akan jadi milik kita..:D

      Delete
  15. Replies
    1. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.... -_-"

      Delete
    2. da reply komen ko beso-beso

      Delete
    3. erkk..jangan marah..takut aku..>.<

      Delete
  16. bukan marah .. cuma bangga dgn ko .. tahniah dah masuk dalam mybloggersociety.blogspot.com aku .. thats all my precious

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..tapi aku tak expect anything in return..

      Delete
  17. rilek la beb .. biasa-biasa saja .. tak terasa pon .. terima kasih cucuk .. paling tidak ada idea nak update .. kepala pon dah senoneng ngadap soalan-soalan past year ni ..

    ReplyDelete
  18. aku rasa macam baca kisah sendiri, peliknya aku tak rasa sedih, dan rindu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..sebab ini bukannya kisah sedih..kehkeh

      Delete
  19. nak habaq jugak kat dia...hehe..

    happy bzday utk dia....^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..xyah habaq aih..dia x baca pun..:p

      Delete
  20. kenalkan dia untuk saya juga ;)

    ReplyDelete
  21. dan kalau aku ade kuasa

    akanku kenalkan die dengan blog ni

    biar die tau apa kau rase

    cinta dlm hati sakit beb

    ReplyDelete
  22. =) senyuman ku ukir pembuka bicara... sungguh bertuah si empunya diri... moga ada peluang utk kamu berdua... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya peluang tu macam tak berapa nak ada..hahaha

      Delete
  23. Alahai syoknya dapat lagu dulu-dulu.... macam kat bintang rasanya....he...he... cakap terus terang aje le ..kot2 dia nak lagi tak de salahnya... kalau dia dah tak mo kan dah senang cari lain hee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..not that easy la hainom..nak terus terang tu susah..nak cari lain pun susah..hahaha

      Delete
  24. saye nak bgtahu dia bole?
    ape salahnye en H mulakan dulu.mungkin dia menanti jawapan dr en H. xkan pompuan nak mulakan dulu kan.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..zilla nak bgtau kat dia ke? macam la zilla kenal..:p

      Delete
  25. ruginya si dia tak tahu kewujudan blog ni n xbaca post entry ni...
    p/s:jodoh tu ketentuanNya,doakan yg terbaik...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak rugi kot..blog ni xde apa2 pun..interpretasi jer..

      p/s: harap2 dia dapat yg terbaik :)

      Delete
  26. laayn lan ajelah ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..tu la..layankan jer buat masa ni..

      Delete
  27. Bday si everdearest tu 13 october? Erm.. ada sorang blogger yang bdaynya 13 oktober. Cheryna Pires. Baru je wish belated kat dia tadi. Hehehe. Kebetulan sama kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk ye ke? belum wish kat dia nih../_\

      Delete
  28. wahhh...siapa ni...anyway, tak pe...okay jugak wish yg mcm ni...

    ReplyDelete
  29. nak bagi tahu dia.. nak bagu tahu.. boleh?? heee~~ jgn marah ncik H

    ReplyDelete
  30. Andai kisah ini berada di dalam filem arahan saya, sudah saya temukan mereka dan berikan ia ending yang indah. Andai ia dalam buku tulisan saya, sudah saya dekatkan mereka menjadi bahagia memeriahkan cerita.

    semoga berjaya H!

    ReplyDelete
    Replies
    1. perkataan berjaya tu agak jauh daripada aku..at least buat masa ni..:D

      Delete
  31. ermm..tertanya2 siapakah gerangan empunya diri.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermm..dia la..dia empunya diri..:D

      Delete
    2. Macam mana nur boleh tak perasan lagu ni dulu..?
      Best lah H..!

      suara ala2 misya omar kan..
      padahal band indonesia kan..~awan nano band ~
      kikikiki.. :p

      H..adakah ikatan itu terpaut kembali..?
      jeng...jeng..jeng..!!

      Delete
    3. hahaha..rasanya makin susah nk tertaut kembali..:)

      Delete
    4. Caiyokk H..!

      Ermm..percaya tak, hari ni lebih 100 kali nur dengar lagu ni..nak blik baru tutup..

      yang bestnya penyanyi tu tak penat2...
      Hahahahaha...!

      Delete
    5. Ehem-ehem...
      Nur rasa di sini...!

      Delete
    6. nope..dia bukan kat sini..:D

      Delete
  32. uish..nasib x kenal ja sapa org di maksudkan.. klau x la nie en H dah berumah tangga kowt.. *boleh mcm tu..:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. H tak suka naik tangga..penat..mohon sediakan lif..zzzz

      Delete
  33. baca entry nih sebab semata2 nak kenal NAF..:D

    ReplyDelete
  34. dalam banyak-banyak-banyak entri Capital H, Ara paling suka entri ni. siap bookmark lagi kat pc.

    Sesungguhnya kamu adalah antara kisah terbaik yang berlaku sepanjang usia. :)

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top