Header2

• 16 November 2012 •

Call Tipu: Celcom Nak Bagi Duit Free

Semalam masa jalan-jalan, aku jumpa entry ni kat blog Pokok Manggis Depan Rumah. Pasal penipuan SMS la lebih kurang. Maka aku pun nak taip jugak satu cerita pasal kes penipuan ni. Oh ya, tajuk tu aku edit tajuk dia..kehkeh

Kisah ni jadi masa aku kat Tg. Malim. Haa sebelum tu aku nak jelaskan sikit, Tg. Malim kat Perak tau. Bukan kat Kedah. Sebab dulu banyak kali bila kawan-kawan aku tanya kerja kat mana, then aku jawab Tg. Malim, kawan aku pun kata, "Oh kat Kedah. Jauh ko sekarang H". Konfiden jer jawab Kedah. Buta map agaknya..-_-"

Okey berbalik pada cerita asal, suatu hari tu aku dapat call daripada private number. Kononnya dari Menara Celcom la. Aku tau dah orang tu keje nak menipu. Suara lelaki Indonesia yang try cakap Key El. Tapi sebab aku tengah takde benda nak buat, so aku layankan jer. At least boleh layan bersembang jap..hehehe

Orang tu kata, nombor aku menang simkad bertuah. Dapat berapa ribu entah, RM20k kot kalau tak silap. Then dia mintak nombor akaun Maybank untuk transfer duit. Aku ada jer akaun Maybank, tapi aku buat-buat takde. Pastu aku tanya la "Public Bank tak boleh ke? Saya ada Public Bank jer". Kemudian dia jawab tak boleh, kena akaun Maybank jugak. So discuss punya discuss, aku mintak dia call balik dalam masa 5 minit. Kononnya aku cuba nak dapatkan nombor akaun Maybank orang lain. Jadi dia pun setuju untuk call balik.

Just after dia letak fon, aku tekan la 1111, call Celcom Center pulak. Kunun nak buat aduan la, bagitau yang aku dapat call bla bla bla Maybank bla bla bla RM20k bla bla bla. Tapi Celcom jawab senang jer, dia takleh detact panggilan masuk kalau daripada private number. Dia advise aku untuk buat police report. Ceh, aku nak buat report apa kalau dah private number. Muhun Celcom tingkatkan perkhidmatan. At least trace la private number tu untuk rekod, kot-kot kalau jadi kes ke ape ke..grrrrr

Okey, taknak cerita pasal Celcom.

Tak sampai 5 minit, private number tadi call balik..kehkeh. Gelojoh betul, tak sempat aku nak sejukkan telinga. So aku jawab la, bagitau yang aku tak dapat cari akaun Maybank. Siap mintak kat dia untuk gunakan akaun Public Bank. Berbunga-bunga jugak aku pujuk dia, konon teruja sangat sebab dapat RM20k. Tapi last-last dia maki aku, keluar terus slang Indonesia dia. Takde cover-cover dah. Aku pun bantai gelak jer la. Lawak betul time tu..hahaha


Kesimpulannya, jangan mudah sangat percaya dengan simkad or nombor bertuah semua ni. Menipu jer tu. Kalau nak nombor bertuah jugak, pergi la beli kat Magnum ke, Sport Toto ke, tapi hukumnya berdosa la..kahkahkah. Sekian entry aku kali ni. Terima kasih.

p/s: kadang-kadang pedajalkan orang ni best jugak.. :D


136 comments:

  1. kehekehkeh..ok..entri ni aku dapat hadam...punchline tu ade, tapi masih boleh ditingkatkan lagi..

    pesal indon tu tak amik je kan no akuan yang untuk derma badan2 amal tu..senang je boleh dapat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm xcaye je Bundle 1st ;)

      Delete
    2. hahaha..ko ingat ni maharaja lawak ke ape? siap punchline jadah semua ni..kahkah

      tapi betul jugak..kalau dia amik no akaun badan2 amal yg kuar kat tv tu, senang2 jer la dapat duit..pastu org malaysia makin liat la nak menderma..

      Delete
    3. tah la..nak hack akaun ko ke apa sebenarnya tu..tak paham..haha..akaun tv3 bersamamu tu hari2 terpampang kat tv..suh indon tu transfer 20k tu kat situ la..lagi bagus..ekeke..

      Delete
    4. kalau dia hack duit dalam akaun bersamamu tu, menyesal aku..tapi kalau betul dia transfer rm20k kat situ, lagi aku menyesal..kehkeh

      Delete
    5. Aku malas nak scroll down utk komen. So aku tumpang komen sini je. Mmg rajin ko melayan indon tu. Biasa yang aku kena sms je. Ko lagi advance, dia call terus.

      Delete
    6. kebetulan mood nak melayan tu ada..kalau x, aku memang biarkan jer..lagipun masa tu aku tengah bosan kot..hahaha

      Delete
  2. jgn cpt percaya kan.. yang penting kita kene INGAT kita nak cari duit pun ssh kan? jadi mmg x kan ada la org senang2 nak bagi kita duit :)O

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa tu la..ada sesetengah org yg mudah rambang mata..dengar rm20k, terus lancar jer bagi no akaun..:D

      Delete
  3. wahhh~ 2oribu..
    H nak no acc na x?
    heheh

    H na pernah kena gak tipu ..
    tp bukan menang berpuloh2 ribu mcm H laa hihi
    kisah na kan?sgt terasa BODOH !

    ok..ayah na dok kat kapar xdok serumah dgn kami (mak along angah and ayah sbb da divorce)
    so kisah nye..1 hari ni along (abg Na yg sulong)
    dpt 1 sms mcmni "tolong top up kan ayah 50,ayah dlm kesusahan nanti ayah ceritakan segalanya jgn hubungi ayah duhulu,top up pada no ni ok (no yang msg dihantar).
    Along pun menurut perintah (taknak jd ank derhaka konon2) hahah pastu 2 hari lepas tu dpt laogi msg yg sama..nk top up jugak..so along pelik laa along tanye Na "adik ayah ade minx kau top up x) pastu Na xde nape? pastu along ckp da 2 kali ayah minx top 50 dye ckp dye tgh ade masalah tp xbg call dye. pastu Na pelik laa Na try call no hp ayah (No sebenar ayah) ayah jwb macam biasa je siap tgh karaoke lagi ahahaha
    pastu Na minx hp along sbb na nk tolong reply msg penipu tu
    na reply "OK TAK PE AYAH BOLEH PG MATI" tp bukan niat kat ayah Na laa ..pastu dye sipenipu tu reply ok! "jgn main2 anak ku..ini hal penting <--ntah bila2 ayah na guna bahasa istana ANAK KU ANAK KU NI.. tak guna punya penipu nak jadi raja pulak ;p

    pastu kitaorg buat report..dpt taw org yg menipu tu orang Indon..HEBAT kan org indon? tu laa citaa dye

    #pjg nye cmmnt mcm nak kalah kan LYaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha indon oh indon..

      Delete
    2. member kita pernah kena. so disebabkab dia menurut perintah cam abg na dia ikut je ape org tu mintak. tp nasib baik dia cepat sedar. huhuhu.. guna bahasa indo jgk.

      Delete
    3. Ahaaa! Kakak Jna, sye pon pernah dapat mesej camtu! Padahal papa depan mata. Hahahahaha

      Delete
    4. Overnya komen Jna. Hahaha :P

      Delete
    5. ohooo..SMS camtu pun H pernah dapat jugak..tapi jangan harap H nak bagi topup..kehkeh..lagipun ayah H kalau taip mesej, ejaan dia klasik sikit..maklum la, ejaan org zaman dulu2..jadi susah la dia nak tipu H dgn cara tu..:D

      Delete
    6. anak ku.. hahaha..funny.

      Delete
    7. hahaha..formalnya 'anak ku' tu..rasa macam berlakon filem pulak..

      Delete
    8. Komen terpanjang dari na. Macam tak percaya pun ada nih. ngeh ngeh ngeh.

      Mesej2 tolong topupkan macam ni tak pernah la pulak dapat. Tapi mesej simkad bertuah tu dah selalu dapat. Tapi malas nak layan. haha.. padan muka dia habis kredit. :D

      Delete
    9. haaa..tu la..jarang Na komen panjang2 ni..kehkehkeh

      Delete
  4. hip hip hoorey! entri ni aku phm! baca dr atas smpai bawah *fuuu mood puas*

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa aku taip entry ni, aku cuma fikirkan ko jer kopi..memang harap sgt ko dapat faham..kahkahkah

      Delete
    2. Kahkahkah...Baru kali ni jek H ni normal mcm org lain :))

      Delete
    3. aku penah kena gak tp bkn via call.,org tu just sms. tp bahasa memang pecah serupa bangla yg taip.

      Delete
    4. kakdah: dilarang mengedog..grrr

      chuu: amboi..potong queue nih..kehkeh..

      Delete
  5. hahaha... ein penah kena dulu time sekolah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. erks..ein kena macam mana? dapat call jugak ke? O.o

      Delete
  6. haha.. padan muka org tu kan. nak dajalkan orang, sendiri terdajal. bijok H. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..masa tu H tengah mengular..bosan2 xtau nak buat apa, tu yg melayan jer..:D

      Delete
    2. tu nsb tgh bosan kan..kalo x bosan cnfirm dh kena maki dorang tu kan...hahaha

      Delete
    3. Mengular je keje kau..Makan gaji buta!

      Delete
    4. Ai: x baik tau maki org..kita cakap elok2 jer dah la..heheh

      kakdah: aku digajikan utk membuta :|

      Delete
    5. harap2 org tu call chic na lak. nak2 time tgh stress keja ke. leh lepas geram terus. kakaka..

      H mmg dibutakan utk mengular. :]

      Delete
    6. hahaha..marah dia chic na..marah dia..biar dia insaf..:D

      Delete
  7. wahh..samalah..! nur pun pernah dapat panggilan dari celcom..!hahahaha..lelaki juga..20ribu jugak..

    nur ade je buat entry...! tapi malangnya time tu nur xsihat, leh nak pekena dia kaw2..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..ye ke? rm20k jugak? meh2 nak baca entry nur..

      Delete
    2. 20K ada..10K pun ada...
      mcm2 nak menipu org ni kan..
      ni link entry tu. http://cahayacita2.blogspot.com/2012/03/panggilan-rm10000.html

      mngenai MLM tu, lawak dari dadidu nur pernah baca di facebook..kira itu bukan lawak original diorg..!lagipun cara myampaian lawak tu tak sampaikan..!

      eceehh..! nur pun kritik jugakk..!hihihih

      Delete
    3. ohoo..skjap lagi H baca..semalam dah bukak tapi x baca..sebab dah pukul 2pagi..

      pasal MLM tu..lawak shiro dgn balas pun bukan idea original diorang kot..sebab H pun pernah baca lawak2 camtu kat mana2..heheh

      Delete
    4. Err kenapa tiba2 cite MLM? Buatkan aku nak menyampuk. Hehe. Aku plg tak paham kenapa setiap kali nak panggil peserta kena kuwa muka Ray ngan Hanif tu. Tolonglah! Semak aku tgk -_-'

      And, aku muak dengar lawak lucah Balas. Lawak murahan -_-"

      Delete
    5. a'ah..memey sgt tak faham kenapa tetiba ray dgn hanif tu ade..!

      mcm hapeeee je..!

      balas mmg sentiasa lucah..agaknya dah kering idea..! mcm mana boleh dapat entahh..

      Delete
    6. tiba2 citer MLM pasal kat blog cik nur buat entry MLM..tapi ni bukan MLM yg bundle cerita tu..kahkah..ray dgn hanif tu, ada pun tak membantu apa2..setakat interframe jer..zzzz

      lawak Balas memang camtu drpd dulu..double meaning n lucah..

      Delete
  8. haihhh . bodoh tu tak simpan bebetul .
    bangla oh bangla

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..indon la cekbolat uii..bukan bangla..hahaha

      Delete
  9. Pernah dapat call cakap menang dari Nescafe, lepas tu fie terus marah marah dia. Haha. Yang tak tahan, dia maki fie balik sampai takut fie nak angkat call lain lepas tu. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain kali jangan marah2 dia..kenakan balik jer..bagi dia panas hati..baru best..hahaha

      Delete
  10. Ngeh~ Tak suka angkat call. Lagi2 kalau tak tahu sape. Hahaha. Cikgu, sye terasa part buta map tu. T.T Thank God, tak amek subjek geografi dah sekarang ni xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa..baru nak call cik nin..kehkeh..

      cik nin pun ingat tg. malim tu kat kedah ke? grrrrr

      Delete
    2. Ninja :O
      Kehkehkeh..Maaf, aku teringat kat Fik..Kahkahkah...

      Delete
    3. Fik kan mmg salu ada dalam minda kau Syida. So sweet :)

      Delete
    4. burger ninja? kahkahkah

      Delete
    5. Err tumpang menyampok. Hehe.

      Takdelah sampai ingt tg.malim tu kat kedah. -_-
      Teruk sangat dah tu :p

      Delete
    6. elleh..yer la tu..haaa cikgu nak tanya ni, chenor kat mana?

      Delete
    7. Cikgu nak jadi cikgu geografi pulak ke?
      Senanya kan, chenor pon tak pena dengar T.T

      Delete
    8. erkkkk..chemor pernah dengar? O.o

      Delete
    9. Cemane nak delete komen eh?

      Chenor kat Pahang, cikgu!
      :D

      Delete
    10. Tak pernah. Tatabahasa baru ke amende? -_-

      Delete
    11. Waaaa! Apahal tak boleh delete komen?! Lepas ni tanak jawab soalan cikgu dah T.T

      P/s: Chenor, Pahang. Chemor, Perak.

      Delete
    12. hahahaha..biar la xleh delete komen..kalau silap taip ke typo ke, senang cikgu nak bahan..:p

      Delete
    13. Cikgu, malu ahhh -_-

      Rasa macam 'apahal bodoh geografi sesangat aku niii'. Tapi sungguh. Mana pergi tong sampah eh? Dulu ada!

      Delete
    14. tatau la cik nin..tukar template ni terus hilang tong sampah tu..

      Delete
  11. Kau ni ada masa jahat jugak kan? Nampak sgt kau betul2 ngah boring masa tu. Private number pun jadik kau nak ajak sembang. Hahahah!

    Tapi best laa sbb dpt maen2kan org tu. Mesti dea bengang sbb kena maen je ngan kau. Kahkah! Aku terbayang part kau pujuk bunga2 macam eksaited nak terima 20k tu. Teringin jugak aku nak buat. Hahaha. Well done H! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. siyes ni liyaa, kalau aku tengah bosan and ada mood nak sembang, org salah nombor pun aku layan jer..kadang2 siap call celcom services, sembang pasal bodban dengan operator..:D

      masa main2kan org tu memang best..aku siap cari idea lagi nak buatkan perbualan tu jadi panjang..then bila dia dah hilang sabar, baru aku start gelak..kehkeh

      Delete
    2. Tu la pasal, kalau kau bosan sgt kau call je aku H..Boleh dibuat sembang..Macam2..Kahkahkah...
      Sembang kencang beb... =))

      Delete
    3. Takde keje kau ni, H. Rajen lak nak sembang psl bodband ngan operator bagai. Kalau aku la, tepon2 operator ni la aku plg malas. Aku call bila betul2 dah terdesak je kut ada benda yg tak puas hati psl service.

      Jgn harap la Syida. H bila bosan dea harap org salah tepon je. Takpun busuk2 dea call celcom service. Dea mana ada simpan no org laen dlm tepon. Jgn harap dea nak call kau. Ahahah!

      Delete
    4. kakdah: hang toksah nak sembang kencang la weh..kahkah

      liyaa: dulu2 aku guna bodban..pantang line aku slow sikit jer, mula la aku call celcom..so alasan diorang macam biasa la, tengah naiktaraf perkhidmatan..zzz

      pasal simpan no dalam tepon, sekarang ni dalam phonebook aku dah ada 2 nombor yg aku save..:D

      Delete
    5. Yg aku pernah kena, biasanya mmg sah2 no indon. Maksud aku, no dea panjang tak macam no Malaysia. Err ohh kes yg ni maksud aku dea sms bukan call. Dea cakap la menang simkad bertuah kut tak silap, pastu suh call balek utk tuntut duet yg dijanjikan tu. Masalahnya kenapa no indon yg sms? And, just sms? Macam bangang je aku rasa. Terus aku pikir aku ni pakai simkad Malaysia ke simkad indon? Ahaha!

      Cehh, taknak kalah aku kan? Sume cite pengalaman penah kena aku pun nak gak :P

      2 je H? Okeyy, boleh aku teka nombo siapa? :P

      Delete
    6. skg ni aku dah start kompius..kau org malaysia ke? kahkah

      kau tapaya la teka..bukannya betul pun..grrrrr

      Delete
  12. hahah.. Len pun penah kena. Orang dia bunyi macam kulit hitam cakap menang contest dapat rm10K. Mintak nama penuh untuk confirmkan, no IC dengan no akaun. Mcm ala2 bank verification konon. Hahaha.. Dia memamng salah orang la..
    Len cakap jer' I work with bank. I know every single procedures. Give me your FULL name and your passport/IC number and you HQ contact number. Let me verify your existence.. or else, let me speak to your manager. NOW'. Terus orang tu drop telefon. Keh3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Len pun pernah kena jugak ke? hahaha..kalau dah Len keje dgn bank, memang silap besar la dia..dok main tembak2, tapi tembak x kena..:D

      p/s: tulung ejas blacklist buleh dop? hehehe

      Delete
    2. Uhuk3.. Len dulu keje utk bank singapore. X dapat nak bantu. Skrg dah tukar keje. huhu

      Delete
    3. ohoo..baru cadang nak kowtim dgn org dalam :p

      Delete
  13. kalau dya malas nk layan num tu.haha..buang masa..haha..sbb tau bnda tu menipu

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan la malas2..hehehe..at least kita cuba habiskan kredit dia..caj utk tempoh panggilan 7-8 minit tu memang tak mahal..bukannya lama pun..

      tapi tempoh 7-8 minit tu akan jadi best bila dia dapat tau cubaan yg dia buat cuma sia-sia..kehkehkeh

      Delete
  14. Replies
    1. sukacita dimaklumkan bahawa permohonan anda telah ditolak :)

      Delete
    2. bukan sukacita, tapi dukacita. hihi

      Delete
    3. Aku kalau dapat panggilan yang nombor panjang2, mmg aku tak angkat,.. yg nombor malaysia , aku tak kenal pun teragak-agak nak angkat.. biasanya aku akan angkat untuk kali ke-2.. aku rasa ko memang tahu kan .. hahahaha

      Delete
    4. dira: utk dia dukacita la, tapi utk aku sukacita..hahaha

      payed: kau memang sombong ea? :-w

      Delete
    5. Payeh laaa ! eii !!!

      sombong2 jangan sebut.. sombong tu bukan untuk panggilan2 ni tapi untuk org yg malas reply text.. kan ? sombong :P

      Delete
    6. payeh + kuced = payed..kahkah

      aku tak sombong la..aku pemalu #_#

      Delete
    7. payed = p*y** . grrr !

      terasa ehh part yg malas reply text ? hahahaha... good2...

      bola2 api ~

      Delete
    8. kalau piyeh + kuced baru la boleh jadi p*y**..kahkahkah

      dilarang menyanyi kat sini..grrrr

      Delete
  15. dasyat kan depa nk tipu..pernah jugak dpt pnggilan camtu tp dr Shell.konon dpt cabutan bertuah sbb pakai kad bonus link..kahkahkah kad bonus link pun x dak cemana tu?nmpk sgt nk tipu..haishh len kali tnya la dulu cik ada pakai kad bonus link x?muahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..diorang try & error jer tu..cuba jaya..kot2 diorang tembak mengena, untung la diorang..kalau tembak x kena, boleh cuba cari mangsa seterusnya..:D

      Delete
  16. Kau dah tau dia orang indon kenapa kau tak cakap indon? Kahkahkah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana boleh..nanti dia tau la aku org Key El yang cuba nak cakap indon..malu la aku kalau dia gelakkan nanti..hahaha

      Delete
  17. aku pernah dapat call macam ni... sekarang kalau tengok nombor pelik aje, mesti aku lambat aje nak angkat. malas nak melayan orang cam gitu.
    dah orang taknak, pastu dia marah kita balik... nampak sangat penipu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. layan jer la..bila dia marah, kau gelak jer..gelak sampai dia letak fon..kalau boleh sampai dia insaf..hehehe

      Delete
  18. nk citer pengalaman sy lak..sowi ye menyemak.. yg 1st psl panggilan tipu tu.. pernah kena gak, maamt indon yg nyamar jd org kl, mcm awk ckp tu.. tp bkn private number.. kata sy menang 10k la, apa la. siap ckp dia dri menara celcom.. tp tetibe dgr ayam berkokok..hahaha, bru nk layankan penipuan dia, trus dia letak..ayam tu bikin spoil..

    kes kedua, sy dpt panggilan lucah dri private number.. almost tetiap mlm smpi sy tkt n sudahnya tetiap mlm off fon.. in case ada kecemasan, dh kalut kan.. so, sy call maxis, sama gak jwpn dgn jwpn awk dpt..dia xdpt trace.. bodoh gak.. ini dh kes gangguan seksual, dia suh buat polis report.. lagi bangang, bukannya sy ada bukti nk buat report.. xpasal² kang kena gelak free je kat balai..

    pd sy, xkshla mana² telco, sepatutnya amik serius kes mcm ni.. n kpd pentipu yg xbrape cerdik ni, senang btl ko nk cri duit kan.. sila tingkatkan penggunaan BM anda.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe2..kat sini boleh komen panjang2..:D

      hahaha..kat menara celcom ada ayam berkokok pulak ea..lawak tu..buat reban agaknya kat dalam menara..

      erks..panggilan lucah drpd private number? sape la agaknya jual nombor mizztina tu..isk2..tapi tu la, xkan telco2 ni semua xde sistem yg boleh trace private number kan? kalau camtu senang la nak jadi penjenayah..register jer private number, pastu blackmail org..xde sapa dapat trace..

      ayat yg last tu betul..muhun pentipu-pentipu sekalian tingkatkan penggunaan BM..practice make perfect..yeah :p

      Delete
  19. Hahah. kesian betul mamat indon tu dipermainkan oleh Encik H

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa bukannya selalu pun..asik dia jer main2kan org lain, sekali sekala biar la dia dipermainkan pulak..kehkeh

      Delete
  20. nice pos:) Post ini lebih baik Dari Yang Lalu :) Terus berkarya Y:) Mampir juga Y ke My Blog..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tudia..entah baca ke tidak ni? tiba2 post nice entry, lebih baik dari yg lalu..nak kata entry aku sebelum ni x best lettuw..kahkahkah

      Delete
    2. Yang ni sumpah lawak =))

      Mak + lampir = mak lampir = mampir ?

      kahkahkah!

      Delete
    3. Kat blog pon ada terima comment ni. Sebijik cikgu! Terus sye delete. Hahahaha

      Delete
    4. ni namanya komen copy paste..entah2 kat blog encik copy paste pun dia komen camtu..hahaha

      Delete
  21. ahahahahaha padan muka dia. Hubby pon pernah kena n dia buat hampir sebijik yg ko buat tu. dan betul bunyi mcm indon try logat KL.. 10 minit hubby layan dia.. pastu suruh kol balik. bila kol balik hubby buat macam2 alasan lagi.. boleh2 dia kata suh beli reload kupon rega RM200.. last-last memang berakhir dgn maki-maki juga! huh... !!

    dulu ada satu nombor telipon hantar msg konon dari petronas yg aku kononnya memang RM15000. aku reply dia..
    " Saya hantar nombor fon kamu ni kat polis nak tak"

    tapi tak dpt reply ahahahaha.. sebab nombor pelik tu lebih dari 10 digit cis!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha..mesti puas hati kan sebab dapat buat dia marah? rasa macam ohsem dapat kenakan org yg mcm tu..:D

      nombor indon kot..sebab nombor indon memang panjang..16 digit kalau x silap..

      Delete
  22. first of all, kawan ko tu fail geografi ke? hik hik hik

    Regarding to this entry, ececeh.. skipping pulak, haha! Aku pernah la dapat call memalam buta, masa tu dok tengah berborak dengan Mr. Captain dengan mak dia kat dapur rumah. Dengan rasa penuh keterujaannya, aku loud speeker. Kasi semua orang dengar. Dia siap cakap nak bagi duit hantaran kat aku RM20K, haha. kitorang dah tak tahan nak gelak gila2. Tapi still layankan je.. Lastly, Mr. Captain menyampuk. Dia kata, "Panggilan anda sudah dirakam sepenuhnya. Kita jumpa esok di balai polis kerana anda mengganggu 'isteri' saya."

    Tak banyak soal, dia terus letak phone. hahahaha! baru gertak macam tu dah gabra! Padahal, aku kahwin pun tak lagi. keh keh keh keh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. first of all jugak, bukan sorang dua yg tanya camtu tau..in fact salah sorang operator celcom yg aku call, pun ingat tg. malim tu kat kedah..

      regarding to this entry, ececeh.. skipping pulak, haha! kau ni x baik tau tipu2 dia..kesian kat dia..nak cuba2 nasib last2 kena tipu pulak..hahaha

      tak banyak soal, nak soal 1 jer..bila korang nak kahwin? kehkeh

      Delete
    2. ko tunggu bulan 12. nanti aku announce ye. :p

      Delete
    3. alaa..announce la kat aku dulu..special case..hehehe

      Delete
  23. tu lah keje diorang...menipu je nak duit kita....


    ita langsung tak layan kalau no yg takde nama..private number..
    memang biar je duk menjerit situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh mana boleh tak layan..kot2 bank call ke..bos call ke..kena jawab tau..xleh biarkan..hehehe

      Delete
  24. erkkk.. mula sekali nak ckp ko keja dekat tg malim??

    rajin giler ko layan kan.. nampak sgt saja nak menghabiskan masa

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu aku keje kat tg malim la..last year baru pindah kuantan..

      kebetulan jer aku rajin nak melayan..lagi2 untuk benda2 yg xde faedah..kahkahkah :D

      Delete
  25. ena pun org tg malim dan juga org KL.. hahahahaha... betul tu sis, lagi satu kad gores dan menang tu.. hati2 la... byk kali kena tipu, my dad la... dia kol my dad yg ayh sy menang mende enth dan suruh ayh sy g tuntut hadiah tu kt ipoh.. ayh sy xnk, pastu dorg nak maki hamun ayah saya lak... perghhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis? errr..sis yg mana ni ena? hahaha..pasal gores dan menang, H tak pernah kena..tapi selalu la jugak dgr citer pasal tu..

      Delete
  26. eh..sama la kita.. pernah jgk jd mcm ni.mng hadiah..time tu xterpikir.rase bergenang air mata sb menang hadiah.nasib baiuk kawan cakap tipu.terus tersedar ke alam nyata.hahaha.
    tp dia xde marah2..cakap2 manja gitu ngn kita :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab zilla ppuan memang la dia cakap manja2..hehehe..lagipun masa tu zilla dah hampir2 nak percaya, tu yg dia terus ayat..:D

      Delete
  27. Ha...ha.... baru betul, jumpa buku ngan ruas!!!
    agak-agak le nak menipu... upah le omputeh ke.... mau Encik H kita termakan jugak!!! ha...ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak..kalau upah omputeh, tergeliat lidah nak speaking..H bukan reti sgt omputeh ni..yes, no, thank you H tau la..hehehe

      Delete
    2. haha. padan muke die. nak menipu org sgt kan. suke suke hati je.

      Delete
    3. hehehe..dia cuba jaya tu..kot2 mengena..:D

      Delete
  28. dye dah tersilap orang nak tipu tuh , dahsyat larr , terbaek ~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..hahaha..jaga2 CP..nanti dia nak call CP pulak..:p

      Delete
  29. kahkahkah org indoh ada hati nak ckp kl . pyka dulu guna mxs kena jgk mcm nie . tmbah2 dorang antar msg plak kan bnyak2 kali , tapi buat bodo je tak layan . hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sms memang H biar..rugi kredit jer nak balas2 sms..tapi kalau call H layan la..sebab yg habis nanti kredit dia..kehkeh

      Delete
  30. haha. aku rasa kau kena maki indon tu balik. jadah apa dia nak menipu. haha. aku pun penah kena bro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..maki tu x sedap bro..dia mesti dah biasa kena maki..xde efek kot kat dia..sebab tu aku main2kan..biar dia yg marah..hahaha

      Delete
  31. pernah jugakk..letak je tepon tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..rugi tau letak telefon..bukan senang org nak call bagi rm20k kat kita..:p

      Delete
  32. hahaha ! melepaslah H nak merasa duit celcom .

    eh , org indon tu maki cakap apa ? haha

    nk tau jgk ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..melepas nak dapat rm20k..kehkeh

      errr..mana nak ingat indon tu maki apa..dok gelak2 jer time tu..hahaha

      Delete
  33. wah. siap call ek?? biasanya aku dengar cerita dapat tawaran kononnya bertuah ni melalui SMS je. canggih2 la penipuan sekarang ni...konfiden je call ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..konfiden jer dia call..aku pun konfiden jer la jawab..nasib baik aku keje kontraktor, dah biasa taichi2 ni..:D

      Delete
  34. kalo memain snokla

    kalo cm ni mmg kne pang skali

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab memain la yg berani tu..kalau dpn2, xdenya nak kenakan dia..hahaha

      Delete
  35. haha.. tetap tak suka celcom walaupun tgh guna line celcom sekarang..asyik2 msg "Ini dari parti blablabla.." selalu sgt dpt. apahal? nak kempen pon, agak2la.. geram sgt dgn celcom sbb open number kita kepada parti politik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. H selalu dapat sms entah apa2 drpd celcom..pernah call celcom mintak jgn hantar sms camtu..tapi dia kata kalau blog, semua2 sms lain pun xleh dpt..contoh internet banking..

      Delete
  36. M mmg tak layan SMS camtu..err Encik H, saya Akan publish setiap komen bila saya balas bw sesapa yg tinggalkan jejak tu..so komen Encik H saya dah publish la..jgn sedih yek..senyum skit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa..saje2 jer a komen camtu..sebenarnya okey jer..tak sedih pun..saje jer komen kunun2 tacing..hehehe

      Delete
  37. sib baik ngko tercepat sedor.. ;D
    ghajin pulok ngko melayannya.. :D

    selalau dapat sms je..

    ReplyDelete

Siapa komen 1st boleh tuntut hadiah di Kaunter H..:D

Back To Top