Header2

• 26 November 2012 •

Assalamualaikum

Wa'alaikumsalam dan salam sejahtera..

Terbitan ini sedikit sabit dengan terbitan yang sebelumnya. Tapi dalam masa yang sama, terbitan ini bukan untuk marahkan sesiapa. Hanya sekadar penjelasan andai apa yang aku taip, kalian anggap sebagai nista.

Sepanjang penulisan selama ini, aku cuba perhaluskan setiap kata agar bahasa aku tak menyakiti. Aku cuba timbang setiap frasa agar bicara aku tak melukai. Tujuan aku, biar kalian baca, moga kalian mengerti. Tapi dalam masa yang sama, aku harap kalian tidak berkecil hati.


Dalam terbitan sebelumnya, sungguh aku tak berniat nak condemn sesiapa. Dan sungguh aku tak berniat nak kritik sesiapa. Aku cuma luahkan pendapat, aku yang aku fikir dan apa yang aku rasa. Kerana aku tetap percaya, bahawa pendapat dan kritikan ada punya sedikit beza. Beza yang cukup halus, tidak sama pada penilaian setiap seorang daripada kita.

Jadi seandainya, diulangi, seandainya apa yang pernah aku taip buat kalian rasa dibantai, dihentam, dipertikai, diperlekeh, dipersenda atau disakiti, aku mohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Sesungguhnya apa yang tertera, hanya sekadar pandangan peribadi. Yang baik datangnya dari Allah, dan yang buruk datang dari kesilapan aku sendiri.

Itu sahaja. Terima kasih daun keladi.

p/s: maaf, aku disable komen untuk terbitan sekali ini.. :)


Back To Top