Dulu masa aku kecik-kecik, ayah aku pernah kata, jadi cikgu adalah suatu kerja mulia. Once kau dah jadi cikgu, gelaran cikgu tu akan tetap ada walaupun kau telah bersara atau ditakdirkan meninggal dunia. Masa tu aku angguk jer. Maklum la, aku masih kecik, bukannya aku tau apa tu cita-cita. Kalau ditanya pasal cita-cita pun, aku jawab cikgu, kerana itu jer contoh terdekat yang betul-betul ada depan mata.
Aku mula jadi cikgu masa umur 16 tahun. Diupah oleh tauke kedai, merangkap driver bas sekolah tempat aku belajar. Tugas aku, ajar anak perempuan dia yang cantik, Amy - 15 tahun, anak lelaki dia yang degil, Amli - 12 tahun, dan anak perempuan dia yang katik, Adik - 7 tahun. Bukannya aku ajar sangat pun, tapi lebih kepada mengusha anak perempuan dia yang 15 tahun. Upah yang aku terima waktu tu, RM100 atau RM50, entah yang mana aku sendiri dah lupa. Yang aku ingat, itu kali pertama aku digelar cikgu, walaupun berkali-kali aku kata kat yang perempuan tu, "panggil abang jer". : |
Masa umur aku 17 tahun, aku naik taraf sikit. Mengajar tusyen untuk kawan-kawan sekelas. Sesi persekolahan sebelah pagi, jadi petangnya aku luangkan masa dengan mereka. Mengajar kat depan, menulis kat papan hijau, menerangkan konsep dan harap mereka faham. Upah aku waktu tu, sekadar apa yang mereka mampu. Collect duit sorang sikit, dan bergilir bawakan makanan dari rumah masing-masing. Tamat Tingkatan 5, aku sambung belajar kat IPT. Tapi still setiap 2 minggu aku datang sekolah, mengajar batch Tingkatan 5 untuk tahun yang seterusnya.
Lama-lama aku makin sibuk. Atau lebih tepat, aku makin malas. Tak punya banyak masa nak berkejar sini sana. Jadi aku kira episod menjadi cikgu tamat kat situ jer. Rupanya tidak, episod baru pulak tercipta.
Tahun ke-2, aku dan kawan-kawan memilih untuk tinggal di rumah sewa. Then datang pulak kenalan kepada kawan aku. Menyatakan bahawa rupa aku seiras dengan cikgu dia kat sekolah lama. Cikgu Selamat namanya. Masa mula-mula, yang panggil aku cikgu cuma dia sorang jer. Tapi makin lama, nama panggilan tu makin menular, menenggelamkan nama sebenar aku yang akhirnya jarang disebut oleh sesiapa. Hatta kalau disebut nama aku pada gadis-gadis, mereka akan tertanya nama itu siapa empunya. Tapi kalau disebut cikgu, pantas pula mereka tahu bahawa aku adalah orangnya.
Tamat zaman belajar, kini aku telahpun bekerja. Tapi nama panggilan tu tetap terwujud ada. Hinggakan salah seorang dari kawan aku, Syed Eddy Asyraf a.k.a. Lutut, tak pernah lupa ucap Selamat Hari Guru pada aku, meski kini masing-masing dah lama tak jumpa.
So betul la kata ayah aku. Nama tu tetap lekat biarpun secara rasminya aku tak pernah ditabalkan sebagai cikgu. Dan betul jugak kata dia bahawa cikgu ni adalah satu kerja mulia. Sama macam yang pernah kita belajar masa dulu-dulu la, bahawa salah satu pahala yang berterusan adalah dengan menyebarkan ilmu yang bermanfaat kepada orang lain. Means, selama mana ilmu tu masih disebarkan dan diamalkan, selama itu kita akan dapat ganjaran pahala yang berterusan, InsyaAllah.
p/s: sekarang yang panggil aku cikgu, dah ada 2 orang, iaitu Cik Nin dan Payeh yang garang..yang panggil cikgu Bundle pulak, Aien Alien yang kini tunangan orang..
Ehem.
ReplyDeletesila tuntut hadiah di Kaunter H :[
DeleteAku sebenarnya ngantuk ni. Esok la aku komen berkaitan entry. Semalam malam Cekgu! -_-
Delete:-w
Deletemurid aku sebelum ni ramai gak pakcik, tapi diorang dah grad..tinggal aien je lagi murid terbaik..chuu ngn liyaa sebelum ni murid aku gak..tapi diorang dah eksyen..tak saspek cekgu betui..huh..hahaha..
Deletetak saspek ke tak respek? err...
Deletetu ayat saja2 salahkan la dira..apa la ko ni..hahaha..dulu2 apek senario selalu wat lawak camtu..tak penah dengar ek..err..
DeleteAbang H...Amy datang ni.
Deletekehkeh...tak saspek pun tak saspek la cekgu. apa2 pun ko tetap cekgu. macam H...dah tak jadi cikgu pun still melekat cikgunya.
Delete#aku saspek kau la H. (tabik springgg)
bundle: chuu dgn liyaa kan memang degil..mentang2 dah grad, terus lupakan ko..dah x panggil cikgu dah..panggil pakcik terus..
Deleteamy: errr..first time amy panggil camni..selama ni xpernah pun..grrrr
aien: aku pulak saspek kat bundle (tabik scoin)
Err, kalau aku tak reti kut nak mengajar kat depan kelas tu. Kompiden seh kau. Siap tulis kat papan hitam. Mesti kau masa tu dah berangan2 macam cekgu betul kan? Hahaha!
DeleteKalau dulu kita satu sekolah, mesti aku dah join kelas tuisyen kau, H. Eh, tapi err masa kau form 5 aku dah kat IPT ey? Err okey dah. Diam!
Err err mintak mahap Cekgu Bundle. Esok saya datang skolah. Mana ada saya dah grad. Wuuuuu cekgu mawah X_X
alaa bukannya org lain pun Liyaa..kawan2 sendiri jer, tu yg aku tak kisah..kira macam study group la konon2, tapi aku yg kena berdiri :(
DeleteH...dlu ko sekolah mana kt kluang? Sekolah Tinggi Kluang ek? Huhu
DeleteAien alien malas log in.
errr..ha'ah..mana tau ni? baca kat blog Cikgu Ma ea? hahaha
DeleteYup...aku bc kat sana. Dulu aku darjah 1 smpai 3 skolah kat S.K. Perempuan Bandar Kluang...dekat kan? Tiap2 jumaat aku slalu sludup msk skolah ko tmn kwn aku jmpa abg dia.. hehe
Deleteowh..patut la xpernah jumpa..hari Jumaat aku sibuk curi kasut kat masjid..hehehe
Deletebagus encik H ni, mengajar dr umur 16tahun lagi.. berkat hidup bila orang gunakan ilmu yg kita berikan...
ReplyDeleteakak pun nak panggil Cikgu H lah..
erkk..jangan..cerita ni setakat cerita jer kak..
Deletewah..kira somebody jugakla awk eh suatu ketika dulu..
ReplyDeletetak2..nobody jer..
Deleteim nobody nobody but yew~~
H, ikhlas ckp, cantik skecth atas tu..
Deleteselamat malam cikgu H.. gaya upin ipin
ReplyDeletegrrrr..xyah cikgu2 sgt..hahaha
DeleteCikguuuuuuuu jugakkkkk
Deletehahaha..xpayah2..kang lama2 kau panggil pengetua pulak..
Deleteok. Dira nak panggil H as Tuan Pengetua. :p
Deletexyah2..aku ni muda lagi..so panggil jer Tuan Pengemuda :P
DeleteCikguuuuuu...!!!
ReplyDeleteCikguuuuuu..!
emang benaranlah, gelaran tu tak akan pernah hilang...!
Ciknurrrr...!!!
DeleteCiknurrrr...!!!
gelaran cik nur tu bila nak hilang? hehehe
hahahahaha..!
Deletecisss....! terkena blik nih..!
xaciii..!
huh..!
hahaha..bukan selalu pun kenakan cik nur..:p
DeleteA'ah ye..xselalu pun kan.....hihihi..
Deleteoo..kampung tanjung malim ya..org perak le ni..
hihihi..
oh ya H... komentar anda tadi, komentar pertama..
Tahniahhh..! Sila tuntut hadiah di barisan Q..
hahaha..!
komen yg kedua dah di lepaskan dari kurungan, komen yg pertama tu, lagu seakan membunuh....?
DeleteYup..memang betul..sebab tu gelaran Cik Nur tak bertukar2...Hahahaha
ni H dapat hadiah apa ni? Myvi ea? :D
Deletehihihih..nak Myvi eh..
DeleteSila2 ke produa..jgn segan2 pilih ye..
jgn lupa buat auto pyment..
bulan2 xde la lupa bayo..kekekeke
alaa..H blacklist la..xleh nak buat loan bank..huk2
DeleteSebelum komen berkaitan entry ni. Nak tanye, tak marah kan panggil cikgu, cikgu? Takkan panggil pacikk pulak, kan kan? :p
ReplyDeletepanggil abang jer :|
DeleteTidak menjawab soalan nii. Hahaha. Payeh garang? O.O
DeleteHa'ah..payed gawang..cikgu pun takut dgn dia..:(
DeletePayed gawang? Ahhh, tetiba teringat cerita aisah lima puloh sen =_=
DeleteCikgu takut? Cikgu kan ada rotan. Zzzzz! :p
payed tu lebih kurang macam aisah lima puloh sen la..hehe
Deletecikgu xde rotan la..sebab cikgu tak suka rotan2 org..XD
DeleteMintak tips untuk mengajar budak yg tak nak keluar suara boleh tak? T___T
boleh..bawak rotan..hehehe
DeleteEM , Senang Abang Cikgu . Haha . Untung lha , xpayah maksud maktab pun , tetap boleh gelaran cikgu , kan ? Tapi memang best bila kita punya ilmu lebih siked dari org lain , n dpt ajar org lain . at least , ilmu yg kita ada lagi berkat . :)
ReplyDeleteDia sbnrnya camni, bila kita ajar org tu, indirectly kita sbnrnya akan makin faham..sebab tu kalau ada ilmu xleh kedekut..hehehe
Deletebetul cikgu ! Hee , Thanks for da advance yer cikgu . Btw , cigu pandai subjek apa ?
Deletecikgu tak pandai la..dulu masa UPSR dapat 3A 1B jer..zzzzz
DeleteAih , Cikgu merendah diri . haha . Err , cikgu ambk 4 sbjek je ker UPSR ?? HAHA , ;). Insan istimewa nih !
Delete1 paper lagi cikgu drop..hehehe
Deletehaha . hebatt cikgu . you're my role model . haha . then . PMR n SPM pom , ckgu drop 1 paper jgakk ah ? ;)
Deletecikgu tengah repeat PMR..so belum amik SPM lagi..:(
DeleteOuh ya ? Gud luck PMR cikgu ! :P
Deletebaekkk..cikgu akan belajar rajin2..dah besar nanti cikgu nak jadi askar..:|
Deletekita bakal cikgu . hewhew
ReplyDeleteErkk..selamat malam cikgu..hehe
Deletehai cikgu :D
ReplyDeleteerkk..grrrrr...
Deletekikiki jgn maree nt kne jual ..
Deleteerrr..tu bukan mawah..tu menggigil..hahaha
Deleteawalnye ko jadi ckgu H! :D share2 la skit ilmu MENGAJAR tu camne? :D aku plan nak jd ckgu.. keh3
ReplyDeleteilmu mengajar? erkk..mana la aku tau..aku pun main hentam jer dulu..hahaha
DeleteWah..muda2 lg dah jd cikgu..
ReplyDeletecikgu tipu jer M..bukannya cikgu betul pun..hahaha
Deletemaka tahulah aku bahawa kau seorang yg berbakat menjadi cikgu...
ReplyDeletekalau aku mmg tak boleh sbb klu bnyk2 kali aku ajar budak tak paham aku lututkan jugak budak tu...
err..nak kata berbakat tu, aku rasa tak kot..or maybe memang tak berbakat..lagipun aku percaya, ada sebab kenapa aku tak ditakdirkan untuk jadi cikgu..
Deletehaha...kau kerja apa skang ni wei?
Deletekeje..aaaa..pencacai tua angkat najis..hahaha
Deleteuntung la keje pencacai...haaha...susah nak cari org muda kerja macam kau..kiki
Deleteaku sedia berkhidmat apabila diperlukan..kehkeh
Deletesemangat tu yg kita nak sebenarnya...semangat!! hahak!
Deleteselamat pagi cikgu.. amacam, ada sihat?? sy dulu mengajar org mengaji..tp xde la diorg pggl cikgu..hehehe.. xpela, gelaran yg elok kan.. bukannya yg bukan².. sy lak dedolu kwn pggl kecik sbb paling kecik dlm kelas.. ermmm, yg nama Syed tu apa kejam sgt dipanggil lutut.. phewww..
ReplyDeletehaaaa..ajar mengaji ni mesti org panggil ustazah kan? hehehe..dulu masa zaman belajar, nama panggilan banyak yg pelik2..nama Eddy tu kitorang panggil Lutut..nama Nazarul Saufi, kitorang panggil Volvo..nama Mohd Asrul, kitorang panggil Babu..nama Mohd Hafiz, kitorang panggil Awang..nama Fadil, kitorang panggil Kongkang..hehehe
Deletehaa untuk perempuan tu je abang kan???
ReplyDeleteuntuk laki yg degil tu?? cikgu ek ;| taw dah..
Cikgu H nak tak ajar Na lepas ni?
ehmm nk pggil cikgu ke Abang?
cehhh, apesal na dah comment apa yg dira nak comment??? grrrrrrr! :\
DeleteH kan adik na..bila masa lak tukar..bundle ni yang abang na k..hahha..
Deletehahaha..suruh panggil abang tu sebenarnya saja nak mengusik dia..sebab dah tau dia takkan panggil camtu..kehkeh
DeleteNa panggil kanda jer dah la #_#
Dira - Na kan taw isi hati Dira hihi
DeleteBundle- hahha awk ni klakar taw Na tringin Nak duku2 kepala awk bila jumpa nty*Adik derhaka x??tak laa kan =D
H - chehh dan2 jee saje usik klau dye ppgil abg mesti CAIR kan kan kan...
Alahh xnk la kanda mcm zaman dedulu sgt..
kita ikut trend skrng Na paggil H "LOVE"
**yaallah sweet poyoo nyee kau naaaaaaa #_#
err..tak..personally H tak suka org panggil 'abang'..adik beradik sendiri pun panggil nama jer..kecuali adik yg bongsu..dengan selected person jer boleh panggil camtu..hehehe..other than that, better panggil nama jer..:D
Deleteuntuk Na, pasni H panggil Chenta..okey?
kan kan kan..Na pun sama jugakk Na rasa kekok Nak pggil Abang..Rasa klakar rasa geli.. hihi Mak Na pernah ckp klau da kawen Na kena jugak ppgil suami Na "ABANG"
Deleteso Na egt lagi jwpn Na klau mcm tu xyh kawen pun xpe mak.. ( bole x sbb tu je xnk kawen) ggrrrr
#egtkan Na paling sweet rupa nye awk lagi swee kan LOVE! ;)
*menyampok*
DeleteKakak Jnaaa! Nak high five jugak! Tak mampu nak pggl org lain 'abang'. Geliiiii.
high 5! nak kiss dahi tak? heheh
Deletehahaha..sebab tu la sengaja suruh si Amy tu panggil abang..:p
DeleteNa, nak kiss kat dahi jugak!!! >:[
Cikgu, behave. Dah dua kali budak bawah umur baca komen cikgu camni. Hahaha.
DeleteKakak Jnaaa. Tanaaaak!
Itu pon geli jugak.
Hahaha!
alaa..bagi can la kat cikgu..bukannya selalu pun..hahaha
Deletehahahah ;D
Deletemana pulak Na yg bg H..
patut H bg Na baru laa terasa kasih sayang kan? kekeke
Ninja- buat2 xnampak jelaaa perbualan ni bole hihih
xleh nak bagi depan2 org..nanti bundle nampak..dia garang :(
Deletenpe takut dgn dye? dye abg Na laa.So dye xkn garang!
Deleteklau ikut sejarah family Na
Abang2 Na takut dgn Na..
so Bundle pun mesti takut dgn Na
hahahaha
eh yer ke? so abg bundle bagi green light ke ni? hahaha
Deleteasal x jadi guru ja terus hihi, garang sangat eh takut senang nak lempang orang agak nya..
ReplyDeleteerrr..sebab dulu masa apply IPT, kalau nak amik course pendidikan kena interview..H xnak kena interview..:D
DeleteNampaknya ko adalah insan cemerlang sejak kecik. Kalau tidak takkan org nak suh ko ajar derang.
ReplyDeletekebetulan jer masa tu Lyd..sebab anak tauke kedai tu nak PMR dgn UPSR..
DeleteHai cikguuuu.. heheh
ReplyDeleteerkk..apa hai2? berdiri atas kerusi!! :p
Deleteaku cekgu tuisyen adik2 aku. nangis2 adik aku belajar....bila aku mengajar otomatik aku jadi garang. kau mesti cikgu yang cool kan H. :D
ReplyDeleteerrr..aku suka ajar konsep..kalau adik aku tak faham and tanya apa2, aku akan tanya dia balik pasal apa yg aku dah ajar..so time tu dia akan cuba ingat balik apa yg sebelum ni aku terangkan kat dia..
Deletedia bukan tak pernah belajar, cuma kadang2 dia lupa apa yg dia belajar..keje aku nak bagi dia ingat jer..hehehe
menarik cara kau sebab tu sesuai gelaran cikgu tu. aku tak! HAHA. sedar diri ni...sebab tu takde rezeki nak jadi cikgu bila berhalangan nak lapor diri kat sebuah SRK tetttt 5 tahun yg lalu.
Deleteerr..nangis2 adik aku alhamdulillah ada peningkatan...pastu aku sayang dia balik. pujuk belanja makan. ^_^
sebab tu aku pun xde rezeki nak jadi cikgu..aku jadi pelakon jer sekarang ni..aritu jadi Encik Haris..sekarang jadi Beto Kusyairi pulak..hahaha
Deletehahaha. tak perasan pulak aku dah cop ko jadi artis H. glemer sket :P
Deletepart Encik Haris tu boleh terima lagi..tapi part Beto tu, tergelak aku..hahahaha
DeleteTakde la...ko kan macam misteri gitu dgn entry penuh misteri...so pembawakkan Beto yg berkarisma mcm ko je ikut bayangan aku la...kalau tersasar pun xpe. Ko kan misteri....hahahaha.
Deleteaku suka tengok gambar Beto kat entry ko tu..pipi dia merah kan? blushing ke apa? hahaha
Deletelepas ni tukar dah encik H jadi Cikgu H..hehe
ReplyDeletepasni nak tukar nama la..jadi Encik Gu..hehehe
DeleteWahhhh lepas ni boleh tukar nama blog dah ni KIAH CIKGU H... hehehehe... memang pun, antara sultan dengan cikgu, cikgu lagi mulia..
ReplyDeleteKiah? err..kiah propa ke? hahaha..
Deletecikgu H !!!!!hahaha
ReplyDeleteGrrrr..mana cikgu? mana? meh nak rotan dia..
DeleteWahhh.. cikgu!
ReplyDeletehahah... sy pun pernah. jd cikgu sebab ganti pensyarah seni lukis masa kat u dulu.
:)
lawak2..
wahh..Len lagi advance..jadi cikgu kat u..:D
Deletewahh..lekat gelaran cikgu dr muda..haha..
ReplyDeletebagus kalau ilmu yg di ajar di guna pakai hingga ke hari ini..=)
tu la..gelaran cikgu tu dah melekat sampai skg..padahal H bukan cikgu pun :D
DeleteKau ajar apa kat payeh eh? Grrr!
ReplyDeleteKahkahkah...
erkk..ada la..mana boleh bagitau kat ko..ko kan cikgu kimia dia..hahahaha
Deletedulu waktu kecil2 pun mak aku suruh aku jadi cikgu...
ReplyDeletetapi aku tak pandai nak mengajar orang...
nanti penim diorang dengar aku mengajar... tak ade bakat untuk mengajar orang...
cikgu H!!! ^_^
erkk..mana cikgu aku? mana? aku harap2 sangat cikgu aku tak baca blog ni..-_-"
DeleteMemang punnnnn. fie nie baru je jadi cikgu ganti terus pergi kedai ke mall ke terserempak dengan budak2 nie dia panggil hai cikgu. Terus mak dia kata eh mudanya cikgu ( please cakap saya awet muda). Haha. Tapi betul lah, umi fie cikgu. Pergi lah mana mana pun, ye cikgu nak beli ikan ye, cikgu baru balik sekolah ke. Walaupun kat dahi takde cop cikgu. haha. Tapi orang ibarat dah tahu gaya cikgu nie
ReplyDeletehahaha..tu la..even kalau umi fie dah bersara nanti, pun akan tetap org panggil dia cikgu..:D
Deletexde spe nk panggil sy cikgu ke?
ReplyDeletejeles da ni
oh ye aien da tunang? bileee
errr..hai cikgu Iffah..hehehe..Aien dah tunang..bila?yang tu kena tanya sendiri kat dia..:D
Deletehai cikgu H, cikgu A datang komen ni...ok, nama stat dgn A bukan M :p
ReplyDeleteerkk..hai Cikgu A..soalannya, camne leh jadi Ma pulak ni?
Deletesalam alaik cikgu...ustazah singgah komen nih...hee
ReplyDeletewslm ustazah..ada bawak lukisan utk saya x? hahaha
Deletehaha...ustzh dh pos mlalui fb ari tuh..lupa ler tew...
Deleteeh mana ada lupa..tunggu next year baru guna..sempena tahun baru..hehehe
Deletechekgu, H...hashhumm! haha
ReplyDeletekemainn, "panggil abang jer"
kire h ni stok budak2 pandaila..ajar orang. good2. nnti bleh ajar tusyen anak2 aku, panggil pakcik H jer, hehe
errr..aku kan, kalau anak2 buah aku panggil pakcik, aku taknak jawab..aku bgtau diorang, kalau nak panggil aku, kena panggil uncle..hehehe
Deleteselamat malam cikgu! (gaya ihsan upin ipin)
ReplyDeletearitu chic na suruh ajar add math tak ajar pun.
cikgu, g toilet jap. :D
erkk..bila Chic Na suh ajar? H lupa la..hehehe
Deletecikgu :-w
ReplyDeletejatuh saham aku ! grrrrrr !
time kasih utk ilmu yg ko ajar.. serius, mmg menolong.. aku ingat lagi apa yg ko ajar.. hahaha
berkat aku minat cg ni.. sbb tu boleh minat apa yg ko ajar... tapi masih takk puass hati.. apesal aku garanggggg ???
aku baik.. semua sila baca ye.. aku tak garang :)
@_@ <-- mata bersinar
errr..apa yg aku ajar? sebenarnya aku pun dah lupa apa yang aku ajar..hahahaha..kau memang gawang la payed..tengok ayat ketiga tu, dah la x puas hati kat aku, tanda soal sampai 3..gawang betul..kehkehkeh
Deletedemo ni.. keno gocoh jugok kawe sero... takpe encik Haris... payeD takkan goyang :) mentang2 la aku capital D.. yang H kat belakang payeh pun ko tukar jadik D... Ehh, H ngan D ? hahahaha
Deletekalau ko nak 30 tanda soal pun aku boleh bagi.. anything for hang :P
wohoo..30 banyak sangat..4 jer dah la..cukupkan kuota..kehkeh
Deletegatal bebeno :|
Deleteapa pulak..betul la..kahkahkah
Deletesaya pun pernah jadi cikgu jugak..
ReplyDeletegive me five!!!! hoyeayhhhh~ =D
hoyeah!! give me five!! :p
Deleteokey, aku panggil kau cikgu boleh? haha. ye aku pun suka jadi cikgu. ingat dulu aku ajar tusyen kejp. serius bila jadi cikgu, kena banyak sabar. hehe
ReplyDeleteerks..tak boleh..aku dah bersara..zzzz
Deletehaha. boleh jugak. cikgu pencen la bro.
Deletewaaahhh cikgu H !!
ReplyDeleteerrr..mana H punya cikgu? mana? O.o
Deleteowh..skang bukan cikgu lah ek..
ReplyDeletemmg kalo gelaran cikgu akan bw smp mati kan..
teringin gak nk soh org pgge cikgu..hahaha
tak..sekarang dah jadi tarzan..lalalala~
Deletetapi tapi....cikgu ni romantik. suara cikgu ni..amboiii..boleh buat anak murid terjatuh hati. hiksss
ReplyDelete